Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Mar 14, 2012

Separuh mati .

Aku pernah separuh mati gila-gilakan orang .
Aku juga pernah separuh mati sebab keras-kerasan ditolak .
Dan kini aku separuh mati berasa bersalah apabila dia datang menghulur tangan saat CINTA itu telah MATI .';(
 
Sejujurnya, aku menolak bukan kerana ingin membalas dendam .
Aku menolak kerana sememangnya, secara diam-diam, secara perlahan-perlahan, CINTA itu telah HILANG. Tanpa kau, tanpa aku sendiri menyedari .
Maafkan aku !

#Ya Allah, permudahkanlah jalan dalam usahaku memilih siapa sebenarnya tuan empunya tuan rusuk kiri ini ... Allahuakhbar !
#Soalan paling kerap kedengaran di telinga ini, akhir-akhir ini " Awak dah bersedia untuk bergelar isteri ?"

Dec 8, 2011

Sejuta kemaafan ...

Tak perlu kau menabur cerita dusta untuk meraih simpati... setelah kau meruntuhkan segala kepercayaan dan rasa cinta yang masih bersisa ini. cukuplah aku berdiam diri sebagai tanda yang cinta di hati ini sudah tiada lagi . ini tandanya, segala rasa itu telah pun mati .

Terima kasih, kerana menjadi orang seterusnya yang merobek hati ini . terima kasih, kerana pernah memberikan harapan, tetapi sekelip mata menariknya kembali. terima kasih, kerana akhirnya tidak lagi mahu berjuang untuk terusan mengerti . terima kasih ...

P/S; Maaf, 4, 5 hari sudah tak menjawab call/sms. malahan, kadangkalanya off . bukan sms/call kamu sahaja yang tidak berjawab, malahan juga dia . itu adil bukan ? adakala membisu lebih baik daripada bercakaran untuk perkara yang sia-sia. mungkin ketenangan akan datang dalam ketegangan yang selalu mencengkam .

#cant sleep tonite ! 

Jul 22, 2011

saya harap awak tahu saya still sayangkan awak...

Saja ah gatal nak like page  Saya harap awak tau saya still sayangkan awak ni. lepas tu admin dia banyak pulak kata-kata yang dia tulis kat page tu yang aku like. tapi tak rajin nak like-like pulak kat situ. karang macam meroyan sangat namanya. so, aku ambik dan tempek kat sini jek ah. sharing is caring...ye dak?  

Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang... Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan... Pesan pada hati, jangan di kenang-kenang akan cinta lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir..

Setulus manapun cinta kita pada seseorang.... kalau dia bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita... berdoalah agar dapat jodoh yang baik-baik... pengakhiran cinta yang sedih mungkin ada hikmah yang kita sendiri tidak tahu apa yang ALLAH akan berikan pada kita nanti...(~_^)
 
Bila cinta putus di tengah jalan usahlah bermuram menyakiti diri sendiri. bangkitlah dan mulakan cinta baru... kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti... usah mengharap pada yang tak pasti... usah merayu pada yang tak sudi... cinta pertama tak semestinya yang terbaik... setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri... janganlah terus terikat pada yang sudah pergi... semangat-semangat...life must go on...:)
 
Kredit untuk admin. dalam hati ada taman pesen dia nihh. huahuahua. Tapi kan, apasal aku rasa kata-kata yang dia bagi tu macam sedih-sedih jek semua... dah sendu dah aku nihh. muahaha.

Jun 29, 2011

Bukan Niat

sambungan part II entry sebelum ni (aku dah draftkan balik) ramai yang menunggu. tapi dah karang-karang, tetiba kena sembur pulak. adehh, ada yang terasa lah. dan ada yang panas. so, aku taknak tambahkan lagi panas orang. dan tak nak orang terasa lagi.


kadang-kadang niat kita tu lain, tapi orang ambik dengan cara yang lain. tak kurang juga dengan 'orang yang mengambil fungsi sebagai penyampai tak bergaji'... memanaskan lagi yang sedia ada dengan penerangan yang salah. kan?


so, malas lah. walaupun benda kita cakap tu betul dan kita berkongsi tanpa audiens tahu siapa yang kita maksudkan, tetapi orang-orang yang tahu siapa yang kita maksudkan tu lah yang menjadikan benda ni isu. sedangkan, perkongsian kita secara universal sahaja, dan mengambil sampel terdekat sebagai contoh. kan?


sekali lagi ditekankan, ini personal blog. sesiapa sahaja pun yang ada personal blog, korang boleh chek lah, semua kongsi about opinion dan kehidupan peribadi masing-masing. kadang-kadang, cerita yang terlalu peribadi pun nak cerita. makan, keluar dating, sakit perut, semua cakap. so, entry semalam lepas tu bukan nak mengutuk-mengata, memerli atau nak buat orang kecik hati, tetapi dibincangkan sebagai suatu isu sahaja.pendapat peribadi, dan berdasarkan pengalaman orang sekeliling. thats all.


tapi kan, apapun aku nak mintak maaf if ada yang terguris rasa dengan entry tu... dan mungkin aku silap sebab mention beberapa benda sensitif kat situ. orait. aku mengaku, yang aku silap. mungkin ada benda berkaitan, dan buat hati aku panas dan tak puas hati. maaf.


p/s: tak suka bila niat disalahtafsir... aku tak suka orang kecik hati dengan aku macam tu.....

Jun 15, 2011

seribu kali sayang...

penerangan kau dah cukup jelas dan aku tahu ia benar. kerana perasaan aku tidak menipu untuk merasai itu semua semenjak dahulu. tetapi aku memaksa hati untuk tidak percaya. aku memaksa diri untuk menafikan agar kau berputus asa dan meneruskan jalan kau sendiri.


hakikat yang pasti, halangan untuk kita sangat besar sayang....


dah melihat dia secara dekat. ingatkan dia hebat sangat duk mengutuk kita... huhh. apapun, bukan rupa jadi ukuran, biarlah budi jadi sandaran. kadang-kadang orang mencintai akhlak kita lebih dari kita sendiri. kan?

Jun 13, 2011

Kalau sayang boleh dibuang...

kalau sayang ni boleh dicampak buang, saat ni jugak aku nak campak buang semuanya.





aku benci bila aku mengatakan benci tetapi hati semakin dekat, semakin sayang. aku benci perasaan ini.
suka lagu Lena AF9 tadi... tapi tak kena pulak dengan cerita ini... :S

Jun 2, 2011

Definisi CINTA

Ni kandungan mesej yang dihantar kat facebook aku oleh seorang teman untuk menjawab soalan aku dalam entry INIaku copy dan paste kat sini terus...malas nak edit ejaan dan ayat dia dah... baca ah, semoga kita sama-sama dapat jawapan...


Assalamualaikum... (sekadar memetik attachement dr seorg teman...semoga terdetik sesuatu di hati utk difikirkan bersama..Wallahu 'Allam) I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU... Inilah sebahagian drpd ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang 'mabuk cinta'.


CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini. Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit. Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.


Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya. Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:- "...ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." (Al-Maidah, ayat 54) "Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu.."(Al-Imran, ayat 31).


Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya, InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain' Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorang wali wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.


Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta??? Atau...adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci??? Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian???Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...


Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan. INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan spt cinta atr 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'... Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah. Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban. Wahai REMAJA...Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah...

May 4, 2011

BOLA CINTA awak ♥

awak suke?

awak, kalau ada orang lukaka hati awak lagi.. awak ambik bola ni, awak campak kat muka dia ok!

walawehhhh :P



HAHA, awak kena tipu. ada ke orang belikan BOLA besar-besar macam tu untuk budak besar-besar-macam-saya-walaupun-saya-macam-budak-kecik? :P

May 2, 2011

cincin NIKAH

hari itu, dia bermain-main dengan cincin di jari dengan macam-macam soalan.
kenapa longgar, patutnya saiz berapa...?


saya jawab, ahh sibuk dengan cincin orang :P
bukanlah, nak beli cincin NIKAH.


hati girang. malam itu terus bermimpi.
dalam mimpi itu, kami bernikah. :L


dan dua minggu kemudian,
kami pun berpisah.


kenapa?
kerana dunia kita yang berbeza.


mungkin itu mimpi MANIS yang sangat buruk. MUNGKIN.
syaitan pun tahu bermain-main dengan hati ini. CISSS.

May 1, 2011

awak bahagia tak dengan saya?

Bila saya dengan awak, bahagia je memanjang saya rasa....


*********

awak, 
dah cukup, bila awak cakap, awak sangat BAHAGIA bila bersama sy :)
meskipun selepas ini, tiada lagi ruang untuk kita bersama.

.THE END.



Apr 14, 2011

lain orang, lain cara dia bercinta

awok malas lah nak citer pasal cinta-cinta, love love ni bagai, tapi dah kome tanya, awok ceriter ler... (gaya macam tak macam usop ler, tapi tangan idok ler seghope itu :L)


ehem, ehem. bila post cerita pasal adik kahwin, bila post gambar adik kahwin, soalan kerap diulang siaran, ialah bila giliran awak? bila pulak nak makan nasik minyak awak? bila pulak awak yang naik pelamin? bila pulak awak tut, tut, tut... segala. bunyi macam beza, tapi membawa maksud yang sama, kan?


awok malas lah nak cakap banyak. sebab persoalan JODOH ni tangan tuhan. cuma selalu berdoa, ia datang tidak terlambat, dan tidak dengan orang yang salah... mungkin lambat sikit, asal tak sesal kemudian hari. ada kakak tu cakap jugak, biar lambat, janji speed. HA HA. nakai naaa....


dulu kan, bercinta selalu tayang kat friendster (masa tu femes amos fenster ni. awok suka benar up gambar, dan buat shoutout COMEL. haha). masa tu gambar pun tayang muka hak lawa sekali, yang dua kali taknak. tapi bila zaman FB ni, tak layan der gambar buat muka comel perasang lawa tuh, yang orang nak tengok, gambar penuh nampak style apa ehkau pakai time tu.. itu baru berduyung orang datang tengok dan komen. betul tak, betul tak? (angkat tangan macam ucop kalo kome setuju dengan awok)


so, memang orang tahu lah kalau zaman tengah mabuk asmara ke hape time tu. sayang menyayang, gaduh ke, bertunang ke hape semua. sweet couple lah katakan... si kawan-kawan duk komen. tu dia... sekali putuihhhh, yang sweet jadi swap je.  :P


jadi, status awok kat fb tu, SINGLE tak payahlah nak dipertikaikan. janji, bila awok nak kahwin, awok bagitahu kat sesiapa yang patut tahu. dan bila dah kahwin, awok bagitahu kat semua orang supaya bila dah up gambar ehem ehem, mesra-mesra gitu, tiada lagi fitnah dan syakwasangka. ngerti?


jadi, kita kena set, bahawa cara orang ni lain-lain.  mungkin ada orang bercinta nak semua orang tahu perkembangan PERCINTAAN dan KEROMEOAN dia. mungkin sipolan tu berasa selesa begitu. dan kalau nak bersayang-sayang atau bermakian hamunan di FB pun dia tak kisah... bila up gambar gitu-gitu pun dia tak kisah, so itu cara dia, toksah kome duk sibuk.


dan cara awok macam ni.... releks, cool, low profile.... (YE KE???), dan mungkin atas pembelajaran lalu, kome jangan jugak persoalkan. janji awok tak kacau kome kan?



 -maaf dengan bahasa awok.hantu kak limah terlalu menguasai diri. HA HA-

Feb 23, 2011

suka dan sayang. tapi bukan CINTA. boleh ke?

termasuk hari ni, dah seminggu lebih lost contact. persoalan dia aku biarkan saja tanpa jawapan.
biarlah, biarlah dia tafsirkan sendiri. sama ada ye atau tidak, sama ada benar atau salah.


tak perlu dia persoalkan hati aku... sebab dia pun tahu...
tapi, suka tak semestinya cinta, sayang juga tak semestinya cinta kan?


jadi, aku memang tak bermain kata.
aku ikhlas merasai perasaan itu sejak mula aku melihat dia...
ye, suka, ye mulai sayang.


dan perasaan ini ternyata bagi aku pelik, sebab dah lama aku tak merasai perasaan seperti ini.
ye, berasa suka akan seseorang...


berapa ramai pun aku berkawan,
hati aku terasa cuak, terasa tak boleh...


tetapi saat hati aku mulai ditawan,
aku sedar ada insan yang lebih memerlukan aku...yang kadangkalanya aku seperti tak merasakan cinta yang kuat dari dia. dan aku tak nak membuang seseorang yang sedang ada dalam hidup aku untuk seseorang yang lain, yang baru aku kenal, yang kononnya lebih baik, tetapi akhirnya sebenarnya lebih teruk dan sangat menyakitkan hati....


itukan pengalaman....
jadi aku harus belajar dari pengalaman itu....
kan?


terima kasih untuk awak, kerana memberi saya pengalaman...
bagaimana dulu menjadi bodoh apabila melukakan hati orang yang amat menyayangi saya, dan kemudiannya dilukai dengan sebegitu teruk, hasil dari perbuatan sendiri.
ohh ye, saya akan tetap menulis tentang kita bila teringat....boleh kan?
jangan baca lagi kalau awak sedih.
saya faham.

Feb 10, 2011

JANGAN terlalu banyak bertanya, sebab aku malas nak MENIPU.

sama ada tipu besar ke kecik ke, kalau benda lari dari fakta sebenar, memang kira tipu ye dak? tipu sunat ke, wajib ke, harus ke, argh, tipu tetap tipu dan matlamat pula tak menghalalkan cara. kan?


sama jugak dalam situasi aku sekarang. keadaan dah makin celaru, haru-biru. saat aku dalam ketidakpastian tentang hubungan aku dengan mangkuk hayun ni, aku mula mengenali dan menyukai seseorang. aku pun tak tahu kenapa, dan bila perasaan itu menjadi begitu. sedangkan sebelum ini, banyak sudah aku membina persahabatan, tetapi tak boleh. isk.


aku tersepit. apatah lagi, bila setiap hari harus menghadap persoalan-persoalan mereka yang mendesak jawapan 'JUJUR' dari aku. please, biarkan aku berfikir dan jalanilah hidup kita seperti biasa, seperti tidak pernah wujudnya rasa 'sayang' antara kita. dan, jangan terlalu banyak bertanya, kerana aku tidak mahu untuk menipu. please!


kadang-kadang aku ingin membuang cinta dalam hati, kerana cinta sering membuat aku sakit. sigh.

Feb 8, 2011

terjumpa kawan lama, dan dia dah nak KAHWIN!

sebab awak tak nak menyambut huluran bunga dan cinta saya, lalu saya tetap begini. 
orang lain dah beranak-pinak, tapi saya masih macam ni. HA HA, dramaqueen!


 

terjumpa beliau masa jalan-jalan kat sogo semalam sebelum karok. hehh, terkezuut. sebab tak sangka boleh terjumpa kat tengah-tengah KL ni. ohh ye, dia keje kat ampang sekarang. berjalan dengan encik tunang, mencari barang kahwin.


lalu, kad kadwin pun bertukar tangan.... ohh semoga selamat semuanya kawan! TAHNIAH!


ohh ye, pashmina rosey itu di soffya eshope, okeh!



Feb 4, 2011

CINTA bertepuk sebelah tangan?

ada orang kata, kalau saya, saya nak orang yang betul-betul menyayangi diri saya... T___T
ye, semua orang nak macam tu kan... tapi, kalau kita sayang orang tu, orang tu pasti ke akan sayang kita sama macam kita sayang kan dia?

atau kita kena pilih, kasih sayang yang banyak dari orang yang betul-betul sayang kita... tapi tak kita cintai
atau menyayangi orang yang sangat kita cintai, tapi tak punya banyak kasih-sayang untuk kita...


hidup kan tentang pailihan?
tapi bagaimana nak memilih bila cinta seolah-olah bertepuk sebelah tangan macam ni...

Jan 9, 2011

Serba tak kena. ohh resah hati ini.

aku harap penulisan ini tak panjang. sebab aku sebenarnya berada dalam persimpangan. kecelaruan emosi. kalau menangis pun, apa ada dengan menangis? sedangkan banyak lagi perkara yang perlu dilalui, perlu diurusi. dengan menangis juga, semua ini tetap terjadi. jadi, ada apa dengan menangis?


kalau kita mencintai seseorang itu, kenapa susahnya untuk dia juga mencintai kita dengan perasaan yang sama? ye, benar kata orang, mencintailah... dan jangan sesekali berharap yang sama. tetapi, boleh ke kita hidup dengan falsafah begitu sedangkan hidup ini tak semudah itu?


sebagai manusia, dalam hidup ini, ada perkara yang boleh tak boleh, mahu tak mahu, ye dan tidak untuk kita buat. dan seandainya kalau boleh berjalan beriringan, membuat dan tidak membuat sesuatu dengan persetujuan yang sama, bukankah hidup ini lebih indah?dan lebih mudah?


atau adakah sebenarnya kita telah memilih orang yang salah? dan bila kita menyedarinya, adakah boleh kita berpaling semula, kembali ke awal perjalanan? tetapi mengapa, walau kita mencuba, hati masih tetap merindui dia, tetap mengatakan, ya dia, tetap mahu dan berharap, tolonglah berubah, tolonglah cuba memahami, kerana aku masih tetap menanti...


resah ;'(

Dec 27, 2010

Masa zaman Universiti dulu, ex-boyfriend & geng-geng dia panggil aku, PIASEPFIA. hehh, benci tapi rindu wehhh!

 PIASEPFIA?...keh keh keh-
semester IV


hak hak. aku paling ingat, bila satu masa...aku bangun dari kerusi pergi kat meja lecture pergi beli buku (buku tu ada tiga je dan orang yang berminat nak beli salah tiganya adalah aku, si pelajar yang konon-konon rajin baca buku, hehh), dia dan geng jerit...


pia sepfia, pia sepfia! (ala orang pergi konsert indie, then jerit noh, noh!. hakhak)
cess, malu aku dowh....(sejak bila tulis dowh dowh ni.. hakhak). and the whole class pay attention kat aku dan aku rasa macam aku baru menang anugerah bintang popular time tu.


kalau kau duk kat tempat aku pun kan, pasti kau rasa macam malu gila kena bahan macam tu. rasa nak segera berlari masuk bawah meja. hehhh. dah lah aku masa tu mamcm zaman ayu-ayu layu gitu kan...


tapi masa tu kita orang kawan aje... kawan? tapi macam dia tu selalu kutuk aku je. macam musuh lah pulak. dari mula-mula kenal lagi, dari mula-mula minggu orientasi lagi. dari situ, dia dah mula bahan aku, dah mula curi-curi no telefon dan main misscall misscalll (macam budak baru nak up lah kan? HAK HAK) dan gelarkan aku cikgu safi (padahal, orang panggil aku pia je... saja je kan?)


eiii, banyak lagi lah. aku rasa macam nak tulis-tulis je kat sini. ohh ini bukan puppy love...okeh? dan kalau ingat balik memeri tu semua, nak menitis air mata aku. rinddu siottt.... kelakar pulak tak payah nak cakap. sebab dia yang paling banyak bahan aku, dan dialah jugak couple aku masa semester III. dan bila orang tanya,


"ehh W, macam mana mu boleh kapel dengan safi? bukan ke mu yang paling banyak bahan dia?"
jawab W "hehhh, biasalah... benci tapi mahu."

hakhak. rasa nak bukak cerita lama sekarang jugak je........grrr...=P


tau dia tu siapa? dia itulah lelaki itu.... yang tak ada taman dalam hati, tapi yang pernah mengopek udang untuk aku, yang pernah meninggalkan bola kerana aku, yang pernah cakap ohh tak, saya mana pernah bagi kad  raya kat awek! 






UPSian, Budak-budak Pendidikan Bahasa Melayu, batch 2006-2010...

dalam ni ada saya...ada dia...=]


kenapa piasepfia? to be continue...

Nov 13, 2010

peMALAS. haihhh, bila boleh kahwin agak? cari jodoh II

(T_^)

kadang-kadang terfikir jugak, macam manalah agaknya nak cari jodoh kalau MALAS.... malas nak jawab SMS, malas nak jawab call, malas nak approve friend request, malas nak jawab hai, malas nak gerakkan jari jemari ni menaip sesuatu yang orang suka... kenapalah peMALAS. haihh.


hantu apalah apa dalam diri aku sekarang. hantu mambang api, mungkin tak, sebab tak ada pulak api keluar ikut telinga aku. kalau nak kata mambang kerapu, ikan kerapu pun aku tak kenal. mambang tanah lagi tak, sebab aku ni anak kedua, air. =P


tapi kalau kat dapur, kat rumah, lately makin rajin melampau. macam ada yang nak masuk meminang dua tiga minggu lagi je... hakhak. sampaikan abang aku memuji tak hengat dah. naik kembang kempis hidung aku ni. sampikan tak terucao dek kata-kata dah. wakaka =D


tapi, TAPI ye kawan-kawan, nasib baik, tunang adik aku cakap adik aku masak lagi sedap dari aku, kalau tak senyum tak hengat lah nihh. urm, tapi apa aku kesah? memang dah aku tahu, kalau bercinta, semuanya wangi. kalau adik aku kentut pun mesti dia cakap kentut adik aku bau macam georgio armani. ekeke.


persoalan MALAS bab tu makin berleluasa. makin bermaharajalela. sampai dah tak terela dah aku nak menaggung penderitaan dek penyakit malas ni. risau jugak aku... karang feel nak bercinta tu hilang macam tu je...


eceh, gaya tulis entry macam single and available je...hakhakhakhakhak :D. tapi memang single and available pun...kan, kan? =P



pesan tahi bulan:
eh korang jangan kena tipu, aku ni dah beranak empat dah...;P

Oct 18, 2010

mencintai orang yang mencintai atau dicintai. mana lebih baik?


dalam hidup kita, apa yang kita nak, apa yang kita harap... takkan selalu terjadi. itu memang lumrah.jadi jangan pernah mengeluh dan mengalah. sebab, tiap-tiap yang tuhan takdirkan, pasti ada hikmahnya, ye tak?

comtohnya, kalau kamu menangis hari ini, takkan esok,esok,esok pun sama. kan? contohnya juga, kalau hari ini kita dilukai, esok-esok Allah akan mempertemukan pula kita dengan seseorang yang sangat menyenangkan. betul tak?

aku pernah berkata, yang cinta itu masalah. apabila tidak dinilai dan diperhalusi, pasti ada makhluk yang berfikiran dangkal akan menyangkal dan memberikan pelbagai komen yang berbentuk tohmahan kepada kenyataan dalam entry itu.

mungkin juga hanya membaca tajuk dan tidak membaca isi, lalu menimbulkan spekulasi yang entah apa-apa, yang langsung tidak berkaitan dengan apa yang aku perkatakan. nevermind, sebab itukan manusia. suka menghentam orang lain tanpa berfikir terlebih dahulu. kan?

kali ini, aku ingin timbulkan topik yang baru. almaklumlah, untuk orang yang masih mencari cinta macam aku, pasti akan berdepan dengan pelbagai persoalan begini. kadang-kadang muak juga, cinta, cinta, cinta. tetapi selagi kamu declare diri kamu single, maka akan ramai yang datang menghulurkan cinta. persoalannya, bolehkah kita menerima jika hati tidak terbuka?

ada kawan memarahi aku... soalnya, bolehkah aku menerima jika tidak membuka hati untuk ke arah itu? soalnya, bolehkah aku menerima jika seluruh pemikiran aku bepusat kepada seseorang yang lain? soalnya lagi, bolehkah aku menerima, kalau aku berfikir macam-macam, dan memberi persepsi macam-macam, seolah-olah bersyakwasangka dengan nawaitu orang?

hemm, kalau kamu di tempat aku... pasti kamu akan faham. setelah berkali-kali gagal dalam bercinta, pasti kamu tak ingin lagi bermain api. ye tak? lebih baik, sendiri tanpa perlu memikirkan siapa-siapa. tetapi, bolehkah suatu masa nanti mempunyai pasangan hidup jika tidak memberi dan menerima?

kata kawan lagi, boleh... jika sudah ditakdirkan tuhan begitu. bertemu, berkawan dan seterusnya berkahwin, tanpa bercinta terlebih dahulu. bercinta selepas kahwin, lebih nikmat katanya. tetapi... tak semua orang dikurniakan cinta sebegitu.

yang pastinya, Allah menggemari orang-orang yang suka berusaha. tidak menunggu, tetapi berusaha mencari cintanya. pasti pencarian tidak akan sia-sia jika tidak pernah berputus asa. malah, putus asa itu adalah sifat yang sangat dibenci Ilahi.

jadi, katanya lagi... mencarilah dengan hati yang terbuka untuk menerima. jika ada cinta yang diberi dari tangan yang ikhlas, menerimalah dan merasailah. jangan mengejar seseorang yang hanya mimpi, kelak merana diri, katanya lagi.

urm, persoalannya di sini... adakah lebih baik mencintai orang yang mencintai diri kita, dari mencintai orang yang kita cintai? meskipun orang yang kita cintai sangat dekat dengan jiwa kita dalam kebanyakkan aspek dan orang yang mencintai pula masih kita tercari-cari keserasian untuk bersama...?

semalam, dalam NONA, aku mendengar seseorang berkata, jangan mencari perbezaan, kerana kalau dicari, jurangnya akan semakin besar... apatah lagi, kita ini adalah dua insan yang berlainan, bertemu setelah dewasa. adik beradik, yang membesar bersama sedari kecil pun boleh bertengkar dan adakalanya bercerai-berai, apatah lagi kita, yang hanya mengenali setelah dewasa.

aku setuju dengan kata-katanya itu. tetapi aku masih takut dan diburu kebimbanga... kerana perkahwinan itu kata orang satu perjudian. mungkin kau kalah, mungkin kau menang....


perlukan jawapan =;=


cakap tahibulan:
mencari dan mencari...:) 
sekarang kat rumah BFF, mila untuk persiapan kahwinnya. oh lagi 3 hari.... tak sabarnya melihat dia menjadi seperti puteri..

Oct 15, 2010

dah cuba berkawan tapi tak boleh. aduii.

aku ni kan sejenis wanita yang kalau dah bagi hati kat orang tu, orang tu je dalam fikiran hati. bila nak fikirkan orang lain, bila nak buka hati kat orang lain, rasa payah sangat. betul kata orang, macam mana nak merasa cinta, kalau kita tak buka hati kita untuk menerima.... ye tak?

kata orang, kenali dulu ramai orang. masih belum terlambat untuk memilih... tapi itulah, sukar untuk aku menerima dan kemudian memberi. serik pun ada, bila mula kenal orang, aku mula rasa ahh dia tu macam sipolan A ahh dia tu macam sipolan B, yakni mereka yang pernah ada dalam hidup aku dan membaut aku terluka.

aku ni bukanlah baik sangat, tapi aku rasa aku taklah buruk sangat. sama macam kamu semua juga... aku juga tak memilih sangat. cuma kadang-kadang aku mencari seseorang yang macam aku 'suka' dan 'harap'. aku harap seseorang macam dia ni, cuma berbeza macam ni, macam tu...hakhak, memilih ke? tak kan...

tapi terus-terang, aku memerlukan seorang teman 'baik' dalam hati aku... encik M? usah ditanya. aku dan dia, 'mesra' tapi dia selalu memberi ruang untuk aku memilih yang terbaik, kerana aku masih muda... :) keadaan kami, hanya aku dan dia saja yang tahu...T_T

sebab tu status aku di mukabuku, adalah SINGLE. (eh, perlu ke caps lock?hakhak) :P


pesan tahibulan:
encik M selalu dalam hati aku... selalu menjadi pilihan aku yang teratas, tapi aku rasa ada jurang di antara kami. jadi aku harus membuka ruang hati ini untuk seseorang... he :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)