Showing posts with label online contest. Show all posts
Showing posts with label online contest. Show all posts

Dec 24, 2010

HIJAB CONTEST dan giveaway by SOFFYA ESHOPE!

INI STICKY POST. SILA SCROLL BAWAH DAN OLDER POST, UNTUK POST TERBARU OKEH?
BANNER HIJAB CONTEST & GIVEAWAY


syarat-syarat contest
(p/s:tapi contest ni dah tamat penyertaannya. yang tinggal GIVEAWAY kat bawah ni)


salam semua!

mudah aje ye kawan-kawan. memandangkan contest kat facebook tu dah tamat penyertaannya, so, korang  korang cuma perlu buat entry kat blog pasal HIJAB CONTEST & GIVEAWAY  ni. syarat dia macam ni je tau... kacang je...=)

  • buat entry pasal HIJAB CONTEST DAN GIVEAWAY by SOFFYA ESHOPE.
  • letak banner kat atas sekali tu dan linkkan ke entry ini okeh?
  • tagkan jugak tiga orang kawan kome dan mestilah dorang tahu telah ditag ;D
  • tarikh tutup : 31 disember 2010 (dah tak lama lagi, ye dak? so buat cepat-cepat)
  • pemenang akan dibuat ikut sistem cabutan bertuah (dah namanya giveaway kan?) dan entry yang menarik hati cik bulan nihhh :D. kira ada dua hadiah atau mungkin lebih berdasarkan sambutan. okeh?
  • pastekan link entry korang kat kotak komen kat bawah. dalam kotak komen je ye, kotak beracun ke, kotak spring ke, gua tak layan.

hadiah:
hadiah mungkin tudung ERIESYA atau tudung curly ala rozita che wan tu (kalau perempuan yang menang), beserta pin/clip shawl yang comel tu. tapi kalau lelaki, pia akan bagi perfume kot...? tengoklah nanti macam mana... yang penting, mestilah beshhhhh :D ye dak?


sekarang, pia nak tag dulu blogger-blogger yang rajin sungguh ke blog cabuk nihh :D




apapun, pia akan update contest ni dari masa ke masa..:) dan hadiah-hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta contest dan giveway boleh tengok di sini ye...:)


tentang contest:
contest ni pia buat kat facebook sebab update kat pages soffya eshope lebih aktif dari update kat blogshop tu. so, pia buat contest yang macam biasa orang duk buat tu, hantar gambar sampai 20.11.2010 hari tu dan lepas tu LIKE-LIKE kalau like. ;) tak susah kan? lagi pulak, tak semua peminat soffya eshope ni ada blog, kan? sekarang dah masuk step like-like tu, apa lagi, pergilah like!

undi peserta kegemaran anda di sini:

update:
PIA DAH UPDATE GIVEAWAY NI BALIK. TENGOK BETUL-BETUL :)
p/s;pada yang dah buat, stay je dengan entry asal okeh?


pesan cik bulan:
kalau tak faham apa-apa, tanya je.. jangan segan-segan :P

Dec 13, 2010

and the winner of HIJAB CONTEST is... jeng, jeng, jeng?

 

sorri yehh, lambat nak announced sebab kesihatan tak mengizinkan. dari semalam tak online, petang tadi sempat buka kejap, pening tengok huruf-huruf nihh, lepas tu sambung tidur then malam ni baru online balik. hari tu, busy sangat tak sempat nak update apa-apa, tapi sekarang kesihatan pulak tak mengizinkan...


batuk ni pelik sungguh sampai kepala jadi ting tong, dada pun sakit semacam. berdiri rasa nak rebah, duduk rasa nak pitam. haihh, nak kena beli ubat batuk sekilang kot, baru nak hilang. maaf yehhh?


okeh, tanpa melengahkan masa, diumumkan, pemenang-pemenangnya. tapi sebelum tu, chek dulu hadiah-hadiah yang menjadi milik mereka ni. kalau dengki, angkat baju. hehh =P


 hadiah-hadiahnya...



[TUDUNG CURLY] 


[SHAWL]

[SHAWL CLIP]



HADIAH TAJAAN oleh:



dan pemenang-pemenangnya ialah...


tempat pertama

dya teha
279 undian


tempat kedua

alya haduri
209 undian


 saguhati I

eda amisha
186 undian


saguhati II
ayu ayumie
155 undian


saguhati III

 nur farhana
153 undian


TAHNIAHHHH!!!!
 
kepada yang menang. kepada yang kurang bernasib baik, sila cuba lagi next contest eh... ada contest lagi lepas ni tau untuk tahun 2011. lagi besttt!okeh, pemenang, tolong emel cik bulan kat soffya86@gmail.com okeh? nanti mana tahu boleh pilih-pilih hadiah ikut warna kesukaan sendiri ke kan... =)



pesan tahibulan:
ini bukan pilihan cik bulan, ini pilihan pengundi. jadi, jangan pulak tak puas hati dan komen cik bulan lebih-lebih ye...;P

Sep 14, 2010

mencari follower ke-500 | jejak kasih di hari raya ke-4

follower ke-500


500 okeh, bukan 5000 mahupun 5000 000




tengok entry pun dah faham ye dak? jadi, apa tunggu lagi..promote kat kawan-kawan blogger tu untuk mengushar blog ni dan menjadi follower yang ke-500 soffya cik bulan punya main blogspot. tak ramai dah pun..jadi, sila cepat!=)


apa kes nak jadi yang ke-500? he..tak ada kes apa-apa bro, cuma adalah sikit cenderahati dari aku untuk kamu tu. tak istimewa pun, cuma bolehlah dijadikan kenang-kenangan antara kita. ha, jangan lupa juga, sesiapa yang menulis entry mempromote yang aku rasa sangat membantu untuk kemasukan pengunjung baru sebagai follower blog ini, aku juga ada sesuatu untuk kamu..


ohh ini bukan contest montest. tak ada test-test yang nak disprint test. ini hanya suka-suki saja. antara aku dan kamu, kamu, kamu. kikiki (sengih yang tak ada maknanya...hu) sesiapa yang alert dan best sangat tu, memang boleh catch up hadiah-hadiah yang tawarkan ini;

  • satu hadiah untuk follower ke-500
  • satu hadiah untuk promoter terhebat dan best!

soalan & jawapan:

  • perlu ke buat entry?-ohh tak perlu buat entry pun, cuma follow saja untuk jadi yang ke-500... buat masa ni aku remove widget follower supaya kamu tak tahu, kamu yang keberepa, dan berapa lagi nak cukup 500 kan? -buat entry kalau nak promote benda ni untuk rebut hadiah kategori kedua. yang ni aku galakkan untuk follower lama...mana tahu kan?sila letak banner atas tu sekali (kalau rajinlah) dalam entry kamu tu..yang lain-lain terpulang pada kamu  nak buat macam mana gaya pun...=)
  • macamana nak bagitahu?-lepas follow/buat entry, tinggal saja komen kat bawah ni dengan NAMA & URL masing-masing ya...=)

lagi-lagi soalan, boleh je tinggal komen ya..atau jerit kat shoutbox aku tu ha..=) hope join ramai-ramai okeh?


P/S:
HADIAH LAIN MUNGKIN ADA JIKA AKU TERASA PERLU TAMBAH..MANALAH TAHU KAN... EH TAPI INI BUKAN CONTEST OKEH? JUST SUKA-SUKI SAJA...=) JADI JANGAN ADA YANG PANDAI-PANDAI NAK CLAIM MACAM-MACAM =P

*********

jejak kasih di hari raya ke-4

apa kemalangnya, semalam si shuhadah baru saja balik kampung aku tu. dia asalanya beraya kat terangganu. dah bila ada dia, ada motor, mulalah aku nak merempit kan... tapi bukan merempit samai tersepit, cuma merempit ala-ala diva berjalan-jalan ronda kampung sambil lambai-lambai gaya miss world naik pentas ambil award tu. ahaks, kemas, perasan! hakhak =D


okeh, yang jadi ceritanya... kami mungkin langkah kiri. niat di hati nak jejak member-member lama yang dah lama tak jumpa.


pertama, pergi rumah salamah binti amat (hakhak, sebut nama penuh tu......supaya dia dan keluarga dia, serta seluruh keturunan dia tahu yang aku pergi cari dia), di blok A, bdr seri bandi. tapi... hampa, dia sudah pulang ke pangkuan mydin terengganu, meneruskan kerjayanya sebagai supervisor berjaya sambil menolak troli di Giant untuk meneruskan kerjayanya sebagai suri rumah tangga masa aku call tu apabila mendapat nombor telefonnya dari bondanya.


cuba kau bayangkan frust tak frust aku ni? tapi tak apa, teruskan langkah untuk jejak kasih seterusnya...


kedua, rumah sabrina binti yusof. fuuh, juga hampa. sudah meninggalkan suami, pulang semula ke kolej (nursing) meneruskan perstudian. kemain bergaya aku pergi melaung bagi salam, tapi tiada jawapan ku terima, langsung pergi cari di rumah mertuanya, juga hampa.


yang ada, hanyalah iparnya sahaja. kalau kau jadi aku, masih bersemangat tak?aku, tetap bersemangat. lansung meneruskan percarian.merempit lagi....


ketiga, rumah juliza binti mamat. ha, ini bukan sekelas ke , seusia ke apa...tapi lagi tua dua tahun. tahu dia ni siapa? bekas gf abang sepupu aku... tapi, meskipun begitu, kami baik... baik sangat. dari dia jadi gf sampailah tak jadi gf. lama dia jadi gf abang sepupu aku. masing-masing sayang nak mati, tapi ada ego masing-masing. tpi bila abang aku tu nak kahwin, mulalah menangis masing-masing...huhu.


tapi sekarang, kak jue pun dah kahwin juga.... dan kerana dia dah kahwin, maka dia beraya rumah mertuanya di shah alam. maka, kau rasa percarian aku ni hampa ke tak hampa?


hu...hampa lagi...bak lagu to'ki.aduhh...tapi tak apa, aku dah dapat contact number dia setelah menghilangkannya tempoh hari.


kata syuhadah:
aku...dok kenal mana doh budok-budok sini.dok cara etek.

kata aku:
ye ah, aku dok cara mana gok ke budok-budok ni... sebab tu orang pun dok cara gok ke aku...=P


hakhak, gelak.=,=


betul tak, kalau kita take care, orang akan take care kita lah kan? kan dah cakap, what you give you get back..ye dak?=)


gambar bukti? tak ada =,=


pesan tahibintang:
selamat bekerja untuk yang dah mula bekerja...sabar ye yop..;)

Sep 13, 2010

kalau anda baik hati, comel/handsome, sila vote saya. yergh!

Facebook Photo Makeover Contest 2010

sila VOTE okeh?;)

aku rasa dah macam peraih undi simpati pula memandangkan aku tak beruangberwang nak pancing undi dengan duit dan beli kamu semua, maka aku guna alternatif ni lah... jalan ni kan tak salah di sisi undang-undang, ye dak? bila fikir-fikir pula, macam dah gaya afundi soffya untuk minggu ke-7 AF8.hakhak...gila perasan kau yerk? hakhak, gelak jahat untuk diri sendiri, sambil jelir-jelir. ohh, sadis sungguh. =P


jadi, sebab aku dah siap buat entry ni kan, kamu kawan-kawan, selaku penyokong kuat blog aku ni, selaku pengikut aku kan..(walaupun kadang-kadang je kamu datang baca entry aku kan), kamu-kamu kan baik hati plus comel nak mati, gorgeous-gorgeous tu (perempuan).. dan handsome/smart-smart (lelaki), silalah vote  soffya shaharuddin. please..please... (sambil buat comel. alah, buat je pun, tapi memang tak comel sesungguhnya. tolong jangan muntoh. ye...)


cara dia mudah saja yop, yong... begini..

1. ada facebook kan? silalah search pages marly kama . make up ( MK ) atau kamu klik je pada link tu kan terus sampai sana.

2. Bila dah LIKE pages marliy kama tu, bolehlah like pages tu dengan kadar yang segera tak toleh kiri kanan depan belakang. kemudian, bolehlah ke gambar saya tu kan... kat link ini, soffya shaharuddin dan silalah LIKE gambar itu untuk vote saya. boleh kan?boleh kan? cepatlah cakap boleh, karang aku merajuk karang ha... (ada aku kesah? kau jawab macam tu siaplah, aku lempang kau laju-laju der.kekekeke)

3. siap. itu saja yong. tak susah pun... tapi kalau dah vote dan rasa nak inform aku pun boleh... dialu-alukan sangat. boleh je tinggalkan komen kat wall FB aku, tulis besar-besar yang kamu dah vote kan.. senang, nanti aku tahu lah mana kawan, mana lawan, ye dak?

eh, jangan pula bila aku tulis macam tu kamu fikir, aku cakap yang tak vote tu musuh aku... cumanya aku bagi kredit lebih untuk yang vote aku... kira give and take lah ye dak? mana tahu nanti kamu masuk apa-apa lah kan..kan..kan..kita tak tahu kan? aku vote lah balik... jadi, hari ini hari aku, silalah sokong aku nanti hari kamu pula..ye dak?mana tahu nanti kamu masuk gadis melayu 4 ke, aku votelah pula kan...kikiki.


kenapa aku masuk ni? sebab aku nak try luck aku... manalah tahu kan? tambah-tambah aku ada satu gambar masa buat makeover hari tu. tak berguna juga gambar tu kalau aku tak buat apa-apa kan, setakat simpan dalam sampul dan buat pekasam, tak ada guna kan? jadi, adalah baik kiranya aku masuk ni...


lagipun hadiah dia teruja sungguh yop. ini ha...

MAKEOVER & HAIRDO, WANG TUNAI RM100, OUTDOOR ...PHOTOSHOOT & GAMBAR 8 x 10 BERSERTA FRAME
jadi, apa lagi..silalh undi ye yop, yong...
;)

sayang kome ketat-ketat
(suka berlagak cakap macam orang perak, padahal teman orang terengganu.hikhik)

macam satu malaysia saja, kan?
=)


pesan tahibintang:
undilah dengan seikhlas hati... cik bulan berterima kasih banyak-banyak buat yang telah undi dan akan mengundi....=)

Sep 8, 2010

3 perkara ramdom : outdoor photoshoot | hang out | make over contest

 kekeke... ada gaya tak?tukar kerjaya boleh?=P


kejap-kejap, sebelum mengarut lebih panjang, nak tiup-tiup sikit, bersihkan sawang-sawang dan tahi-tahi lipas yang ada. woohhh, kasihan kamu encik blog yang handsome kerana mempunyai cik puan yang semakin hari semakin berlagak macam tak ada blog yang perlu dipertanggungjawabkan. hehhh. sila marah dia encik blog! T_T.

fuhh, rasa macam lama sangat-sangat tak update blog dan buat apa yang patut, trafik pun tak terjaga ha... sampai BE aku dan banyak stop, tinggal enam je sekarang. sedih sob sob sob mey... mana taknya, sibuk weh, sibuk shopping raya dari pagi sampai petang, petang sampai malam, sampai pagi balik sambung lagi sampai berbuka, sambung lagi sampai lebam, sambung lagi sampai pengsan. okay,tak, tak. tipu.tipu. =P. sibuk tu memang agak sibuk tapi rasanya lebih banyak menyibuk...hakhakhak=D


okay, kali ni lupakan semua-semua pembohongan dan repekan tu... aku akan update satu-satu benda eh. pasal apa?ha, itu yang kita tak tahu tu...nah, aku bagitahu...


  • pasal outing photoshoot kat taman botani ni...

lagi-lagi cerita dan gambar in next entry ye...=)

  • hang out lagi..shopping raya dengan sista dan bro in law...=)

(uiks, jaket dan shawl sama...kekekkee. jaket dan cardigan selalu jadi penyelamat kan...betul tak?)



VOTE pada gambar dengan LIKE saja gambar tu. caranya...

I)LIKE pages Marly Kama
II)LIKE gambar itu supaya saya boleh dapat make over&hairdo/wang tunai/outdoorphotoshoot/gambar free...eh?vote lah ek..vote lah ek... sayang kamuketat.ketat. okeh? saya pertaruhkan gambar tu sebab tu je gambar make over yang saya pernah ada...=)


okeh, itu saja untuk update pantas kali ini... nanti cerita satu-satu ek...=)


Bebel tahibintang:
penat wohhh..hari-hari keluar cari barang...

Aug 7, 2010

kalau anjurkan contest, harus fikir dulu.

situasi aku:
aku fikir banyak kali entry ni nak post ke tak tapi lepas fikir-fikir, aku rasa harus, sebab untuk bagi pengajarn untuk semua dan minta pendapat kau orang pula. weh, kalau aku salah, jangan masuk belah aku tapi nasihatkan aku ye? jangan jadi batu api yang terus membakar-bakar.



intro:
pertamanya maaf andai menyakiti....:|


contest aku:
sebelum ni aku pernah anjurkan contest, tapi fasal kucing dan aku pula sibuk jaga atok di hospital, diteruskan dengan pemergian atok, maka tak sempat war-warkan contest. tak update apa segala, maka pengunjung berkurangan. bila aku tarik balik contest tu, ada pula blogger yang tegur di kotak jerit, cakap nak masuk. tapi apakan daya, masa tu aku pun sibuk sangat dengan urusan kenduri arwah tambah server tak elok kat kampung arwah atok, aku tak sedar mana jeritan tu hilang dan lupa nak balas soalan dia, kejam kan aku? aku lupa dia siapa, tapi aku ingat, dia bahasakan diri 'akak'... buat pengetahun, contest itu tidak ada sebarang peserta lagi kecuali pengomen-pengomen yang cakap, tiada kucing. aku minta maaf banyak-banyak pasal tu...


terms and conditions/syarat-syarat:
kawan, walau contest aku tu contest pasal kucing pun, aku rasa aku dah fikir terms and conditionnya apa banyak-banyak kali dan telah aku catatkan bagaimana kemenangan diperoleh biar semua orang jelas, dan yang paling penting, sebagai penganjur contest akulah yang paling jelas, dan pilih pemenang pula ikut rules yang dah dibuat, sebab nanti kalau silap, itu dah kira menganiyai orang. sebab aku sendiri pun, kalau masuk contest, sure ikut rules punya.kalau orang cakap, letak satu gambar, aku letak satu. kalau contest suruh senyum menawan, senyumlah menawn jangan senyum paksa pula, kan...



macam tu juga contest dari walaibatikku. dia cakap pakai batik/sutera, tak kisah kalau kain batik pun.. maka, aku buatlah seperti yang disuruh dan menang. begitu juga contest muslimah anggun. mula-mula aku pilih yang trend tudungnya anggun, tapi istilah muslimah tu bagaimana? takkan nak bagi gambar yang tergedik-gedik nak mati. mana muslimah anggunnya? jadi, aku pilih gambar yang pakai kurung dan bergaya biasa, cuma mungkin nilai tingginya pada lilitan shawl yang dipakai, dan aku menang untuk pilihan kedua kali.





ohh, hanya dua contest itu saja yang aku menang kawan dari berpuluh-puluh contest yang aku masuk tapi ada aku surrender bila kalah?ada aku perang? tak kan.. terus masuk lagi, sebab ia juga mungkin 'luck'.  aku juga tak pernah merungut kalau kalah, sebab bila tengok pemenang, dalam hati cakap, yes, you deserve it! kecewa sikit-sikit tu biasalah...sebab tak dapat merasa dapat barang free, kan? hakhak. tapi yang aku merungut ialah bila pemenang tu tak serupa bikin dengan kehendak contest... pelik, tapi benar. aku tak kisahlah kalau tak terpilih walau kecewa kan, tapi biarlah cerdik dalam menilai...



contest kamu (ini hanya nasihat).
kawan,
nasihat aku buat semua yang nak anjurakan contest lagi, jangan bagi orang lecewa dengan tindakan kita. mungkin kita buat satu contest suka-suka saja, tapi fikirlah baik buruknya dari sikap kita tu. ah, itu contest kau kan? tak apalah, nak buat suka hati pun buatlah. tapi ingat, kita juga jadi pengadil. tahukah hukum bagi orang yang mengadili secara tidak selayaknya?



jadi kawan, main-main juga... yang betul, harus ada pada tempatnya. aku tak pernah berasa begini sentap untuk membalas entry begini (walaupun sebelum ni ada blogger yang buat entry khas nak balas teguran aku di blog dia) tapi bila aku baca statementnya begitu, aku rasa malu. ahh, istilah, definisi, bila kita buat sesuatu yang melibatkan orang, harus jelas, istilah yang dipakai oleh semua orang. definisnya harus selari. kalau kita mahu orang ikut kehendak kita, berdasarkan fahaman kita, jelaskan sejelas-jelasnya. aku bukan pakar bahasa inggeris, tapi aku major in bahasa melayu. tiap orang cakap, akan beri makna pada aku sebab otak bahasa akan menganalisinya. begitu juga otak Mate. bila dengar nombor, dia akan mula mengira-ngira...


jadi pengadil, adili bukan sebab kita rasa ohh dia ni hebat gambarnya, ohh dia ni kreatif, ambil gambar jadi dua pergerakan, dan dia ni melompat-lompat sedemikian, tapi adili adakah ia mengikuti kriteria yang kita tetapkan dalam contest. kalau macam tu, nanti dalam satu pertandingan, pengadil akan pilih, kau nombor satu sebab kau pakai baju lawa dan beg lawa gila, nampak hot. tapi contest nak cari model yang berwajah photogenik. aci ke? pengadil, tugas anda berat. anda harus tahu itu.



bagi aku juga, bila orang menegur, dan bertanya jawablah baik-baik ye. jangan pula kita buat entry nak bidas balik dan cakap, suka hati andalah, saya dah buat yang terbaik (walau anda bukan membidas saya, tapi anda membidas si yang bertanya, penghantar emel itu) atau masih menegakkan benang yang basah. jangan tunjukkan dua kali ketidakcerdikan kita, ye? ditambah lagi dengan kawan-kawan yang duduk menambah (komen di entry bidasan), untuk cakap orang yang tegur tu salah, emm, tak kemanalah jawabnya...kan?



emm, mulanya aku hanya bertanya apa itu definisi '?', tapi bila aku lihat entry dia cakap, terima 2 email cakap macam ni...

definisi ... saya dengan orang lain mungkin berbeza. maksud saya...saya
jelaskan sebab saya ada dapat 2 email yang berupa kritikan. cakap yang saya
pilih pemenang macam bodoh...
takpelah. suka hati awk
lah yer. yang penting saya rasa pemenang saya pilih ADALAH YANG TERBAIK
ANTARA YANG TERBAIK. okay enough about contest.


(tiga titik itu keratan yang dipotong)



ye, aku yakin, perasaan ni memang tidak syak lagi! dan kawan, nasihat aku, kalau anjurkan contest, tolonglah fahamkan dulu diri sendiri... baru fahamkan orang lain.... ye? jangan rumah siap, pahat berbunyi, kan tak best, terjadi pula hantaran emel sedemikian, dan teguran ini anggaplah untuk semua..ye? beringat sebelum kena :)




Nota bulan:
sangat tak sedap, nak cakap ni.. tapi kena cakap juga..mungkin, aku akan unfollow individu terbabit... sebab, aku follow pun untuk contest kan...




kejap lagi mungkin aku akan delete entry ni...:| (entry ditulis pada 3 julai 2010)

Jul 22, 2010

siapa nak jadi follower ke-100?

apa pandang-pandang? nak minta pelempang? tipu?main-main? he tak adalah... apa? ohh...tengok follower dah mencecah 4 ratus lebih tapi tanya nak jadi yang ke-100 eh? hakhak, jangan marah. lapangkan dada, ni dengar cerita ini...


buat rakan-rakan yang baik hati, apa kata mari kita meramaikan blog kawan kita ni... namanya, azmin hamin. oh sama ada dia ni handsome, macho, kacak, gagah perkasa atau tak, itu tak penting... begitu juga sama ada beliau ini sudah berpunya, atau tidak single ke tak, itu juga tidak penting....


yang pentingnya kawan, beliau sedang bermurah hati buat satu contest menjadi follower sehingga yang ke-100. aku dah pun jadi juga semalam iaitu follower ke-60..jadi lagi mahu kumpul 40, tapi tadi aku tengok, dah ada 70, maka yang belum terkumpul ialah 30. maka,


aku dengan kuasa veto iaitu dengan kuasa bulan, bertukarlah, nak ajak kau, kau, kau ramai-ramai memeriahkan majlis join contest ni. marilah...kita follow dia ramai-ramai sampai tak muat korum, nak? kalau dia tanya, kau tahu dari mana, kau cakap dari aku..kenapa? sebab senang aku nak bodek hadiah khas dari new zealand..hakhakhak. gila tak ikhlas punya blogger...


apapun, selamat memfollow kawan...:]



Notabulan:
aku rasa tak rugi pun....kalau memfollow kan.... 


encik azmin, terima kasih promote blog saya...kalau sudi, promotelah lagi..hakhak :P

Jul 14, 2010

dapat hadiah dari eDast | sticky mode entry dah tamat semalam.

ingat post melekat aku tentang contest butik eDast, Saya Suka Hijab yang dibuat selama seminggu? ye, semalam dah berakhir... yang bestnya, walaupun event belum tamat, tapi aku dah dapat emel dari puan eDast hari tu lagi... minta maklumat untuk penghantaran hadiah. ni petikan emelnya...





dalam contest itu, aku pertaruhkan gambar ni...


 [senyum.konon-konon memang dapat hadiah.hakhak]


best.semua yang buat, dapat hadiah...:) terasa bahagia. senyum. ada hadiah yang bakal menyusul ke rumah, walaupun hadiah bukan special (sebab tak ada satu pun peneka yang tepat, walaupun aku perasan dan syok sendiri, aku dah teka dengan tepat.huhu...)



apapun, terima kasih untuk puan eDast...



Notabulan:
tapi banyak-banyak, aku tetap tunggu hadiah dan kad dari WANIE pujaan hatiku...hakhak (mesti wanie bengang. aku siap mesej kt Fb dia, mana tak bengang kawan tu...hakhak, gelak lagi)


best tak dapat peserta macam aku...selalu buat entry update contest.secara tak langsung, aku mempopularkan blog pengajur beberapa kali kan...betul tak?he... betul kata CEROI, aku ni rajin.hakhak. (boleh tak nak berlagak macam ni, wanie?)

Jul 13, 2010

Saya Suka Hijab

[ini adalah sticky mode entry]
[scroll ke bawah untuk entry terbaru, ye?]




CONTEST - GIVEAWAY @ eDast Boutique
~TEKA & MENANG~


Untuk melihat syarat-syarat pernyertaan bolah KLIK SINI. Malah, saya pun dah buat entry memperkenalkan contest di sini tadi. Ingat ye, buat sticky post selama seminggu... dan saya bermula hari ini hingga 13 julai 2010.



Jadi, cik bulan mempertaruhkan gambar ini...:)





Ini pula pendapat saya tentang butik eDast
'Butik eDast mempunyai kelainan dari butik-butik yang lain kerana ia menyediakan pelbagai keperluan wanita, bukan sahaja tudung dan shawl tetapi juga menyediakan aksesori, pakaian, cros dan pelbagai lagi. Malahan, kebanyakkan item yang disediakan juga masih tidak terdapat di pasaran lain, mungkin kerana ia agak ekslusif dan bermutu tinggi. Contohnya, Swirl Roses dan Ruffles. Jadi, saya memilih tudung Swirl Roses black + grey sebagai item yang paling saya suka dari butik eDast'


(tudung swirl roses black + grey)


Jadi, jika anda inginkan kelainan serta suka/berminat akan tudung tersebut, boleh beli online di http://edast-onlineboutique.blogspot.com & boleh juga datang ke kedai di http://butik-edast.blogspot.com. Malahan, anda juga pasti akan teruja dengan pelbagai pilihan pakaian, tudung, crocs dan aksesori wanita yang lain. Silalah jengah di sana, ye!


Soalan teka dan menangnya ialah, tarikh butik eDast - offline mula-mula beroperasi adalah pada : ? JUN 20?? dan jawapan saya ialah pada 4 Jun 2009 dan tahun ini adalah ulangtahun butik eDast yang pertama...:)


okay, dah siap... sekarang saya nak hantar penyertaan ke edastboutique@gmail.com dengan subjek CONTEST-GIVE AWAY @ eDast boutique dilengkapi dengan butir-butirnya...




nota bulan:
actually ia dah tutup, tapi puan eDast cakap boileh lagi hantar...:) jadi, cepat...

Jul 8, 2010

update contest dari butik eDast | confirm dapat hadiah, yeay!






Puan eDast cakap, contest dah ditutup sebab sibuk tak sempat nak uruskan contest. Jadi, dia dah update senarai peserta... dan paling best, ini:





ye, semua yang masuk dapat hadiah! hebat tak contest?ngeee...



"***semua yang menyertai akan dapat hadiah :)
***DUA orang bertuah yang dapat meneka dengan tepat akan dapat hadiah yang SPECIAL BANGAT..ahaks!
1. Nadia Khan - 4 JUN 2008
2. Wawan - 12 JUN 2009
3. Nurul Farida - 5 JUN 2009
4. Faridah - 4 JUN 2009
5. Nurul Farhana - 12 JUN 2009
6. Siti Bahijah - 12 JUN 2009
7. Nazeeha - 12 JUN 2009
8. Sasha - 4 JUN 2008

9. Zara - 4 JUN 2009
10.Tiefazati - 4 JUN 2009
11. Ernie Nazira - 2 JUN 2009
12. Zai Kulim - 4 Jun 2008
13. Faraha - 15 Jun 2009
14. Soffya cik bulan - 4 JUN 2009"


Jadi, confirm dapat hadiahlah kan dan aku yakin jawapan aku memang tepat sebab aku dah menyelongkar pages butik eDast dan menemui klu ini, tapi itu terpulang pada rezeki kan... okay, kalau nak membeli dan blah, boleh ke butik eDast ye :)



Notabulan:
Bersempena pelancaran myelly dan group esok, aku pun nak anjurkan contest mulai hari ini...



[suka tak?]

LENSA BURUK, THE CONTEST






Tuan penganjur cakap:


"Aku membuka contest ini terbuka kepada semua dan syarat utamanya ialah, naik muatkan gambar pilihan anda yang di snap dengan hanya menggunakan kamera telefon bimbit anda sahaja. Mungkin inilah peluang anda untuk berkongsi bakat anda dengan semua. :)" - Ti Anne Mohd YAssin


Jadi, dengan itu...aku pertaruhkan gambar ini okay...


(klik untuk pembesaran mengancam)
 
 
Tajuk foto : Siang yang Hilang
Model Telefon Bimbit : Nokia N73
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana permainan bahasa yang digunakan, adakalanya puitis adakalanya bersahaja. Begitu juga dengan setiap tajuk entry, seringkali menggamit emosi untuk membaca isinya. Apatah lagi, diseri dengan gambar hasilan seni sendiri, pasti sering memikat hati.
 
 
okay, sekarang nak siapkan kerja, nak tag 5 yang berbakat... (weh, dia suruh tag 5 je, kalau aku tak tag kau maknanya bukan kau tak berbakat, tapi aku tahu kau malas jawab tag) dan yang kelima-lima itu ialah...:)

peri pia, dini, cikhelena, shafie, ceroi@meniti senja



ada faham??? :P



Notabulan:
Jom join... aku pun ada buat entry memperkenalkn contest di sini semalam untuk support contest :)

Jul 2, 2010

contest gadis paling comel


ini adalah CONTEST: GADIS PALING COMEL jadi, yang bukan gadis, atau separa gadis atau sangat terselah kejantannya tidak layak masuk contest ini. semua gadis dari negeri inderapura, kazastan, goheadgoestan, pakistan dan orang hutan, boleh masuk ke peraduan ini. kerana syarat-syaratnya hanya seperti berikut:



  1. terbuka kepada gadis-gadis sahaja sebab lelaki tidaklah comel.mereka kachak dan macho sahaja. hak hak hak.
  2. perlu lah menjadi followers saya yang comel dahulu. *psst..kalau nak LIKES fanpage saya sekali pun ok what. thehehe...:)
  3. letak sekeping sahaja gambar anda SENDIRI. tidaklah berdua mahupun bertiga apetah lagi berempat. dan gambar itu mestilah gambar anda yang TERKINI mungkin! tidak mahu gambar masa kecil-kecil; masa baby sebab kalau masa baby semua orang pun comel oh..!
  4. buatla entry khas untuk contest saya ini. letak kan banner contest ini di entry anda dan di sidebar anda dan WAJIB backlink kepada contest saya ini semula. ok. ;p. copy-paste je code banner contest di sidebar saya itu.perletakan banner contest di side bar adalah tidak wajib.terpulang mahu letak atau tidak :)
  5. di dalam entry anda juga tuliskan jawapan untuk soalan saya ini :: apakah benda comel/cute yang anda suka? contohnya. :: benda comel yang saya suka ialah toothbrush holder. ;p. itu contoh lah ye..
  6. tag kan hanya seorang yang anda rasa patut join contest ini. make sure orang yang di tag itu tahu ya??!


kata nurain lagi,


itu sahaja syarat-syaratnya.mudah kan???gambar tak kisah beredit atau tidak.tetapi NATURAL BEAUTY is better right? hehe...kalau sudah join,alertkan saya di ENTRY ini.!


contest dibuka dari 21 JUNE 2010 hingga 21 JULY 2010. saya masih belum terfikir nak ambil berapa pemenang..3 orang ke 10 orang ke??.nanti akan update later.!! juri adalah rahasia. yang pasti bukanlah seorang blogger. ;D




bila baca ini... aku pun dari negeri tanjung rambutan ni pun rasa nak join jugalah...


apa maksud comel/cute??bagi saya comel itu subjektif. comel berbeza dari cantik.hanya kita sahaja boleh kategorikan yang seseorang itu cantik atau comel. theehee.. tak semestinya gemuk,kamu tak comel dan begitu sebaliknya kan kan??

ANDA RASA ANDA COMEL TAK??jom lah join contest saya ini. tak kisah lah comel tang hidung ka mata ka mulut ka gigi ka...join sahaja tak mahu segan tahu??! :) :)



bila aku baca kenyataan tu, aku terus rasa comel tahap gaban. hakhak. lalu, aku pertaruhkan gambar ini... iaitu gambar seseorang yang perasan comel dan sedang buat-buat comel.ngee... harap tuan penganjur, melarikan sedikit mata supaya tidak terkena sumpahan/ kenan...(,")







ye cik nurain,
benda paling comel yang saya suka ialah kucing tapi itu binatang kan. jadi, kalau tak ada kucing, saya rasa paling comel ialah cupcake yang macam-macam rupa tu... geram betul menengoknya, kan? (kecur air liur weh...)


kucing dan cupcake :)



dan, mengakhiri tugas dengan mengetag White girl. :) dan sesiapa yang nak masuk, masuk saja... ye?




cik bulan:

ish, kalaulah encik M tahu aku masuk contest dan perasan-perasan macam ni, mesti banyak modal dia nak kutuk aku... hakhak

lekat juga dalam anak tekak aku nak sebut contest ni.. gadis paling comel ohh! oii, kau jangan kutuk aku ye kawan-kawan!

Jul 1, 2010

terima kasih ! walaupun england kalah dengan Jerman 4-1




terima kasih, kepada tuan penganjur semalam... yang awalnya ada sedikit kekecohan ala-ala kekecohan yang berlaku saat kekalahan England terhadap jerman, (betulkan kalau salah. sebab sawan khinzir abang sepupu aku pun sampai kat aku juga bila england kalah macam ni. mungkin dia pun turut menangis seperti beckham menangis hari tu...dan mungkin juga sepupu aku tu malu kat bini dia,hakhak-cess, tak ada kena mengena langsung)



sebab menerangkan duduk sebenar. ye, aku faham... tak apa..tak apa...okay? ye, mungkin bukan rezeki kan...



dan terima kasih, kepada kawan-kawan yang memberi sokongan padu. hakhak, macam nak tergelak pula (tapi dalam hati terharu weh)... entry khas yang aku buat pasal contest tu mendapat sambutan hangat (macam meraih simpati murahan).ohh tidak. aku kan suka berkongsi (padahal tak ada idea semalam.ngee..) dan paling penting, ia diharap menjadi pengajaran kepada semua pihak..termasuk aku sendiri.



antaranya...jangan kedekut nombor telefon dengan blogger yang rapat. alert sikit..rupa-rupanya belum exchanged nombor telefon... dan kalau menyertai atau menganjurkan contest, mesti alert...alert dengan pelbagai kemungkinan dan apa-apa lah...okay?



pesan aku... tiap yang berlaku ada hikmahnya... begitu juga walau england kalah kan...itu maksudnya, abang sepupu aku tu tak perlulah bersengkang mata tidur lewat lagi untuk england kan...dan bini dia pun tak perlulah nak membebel lagi...ish, england, england...buat mohd norfazizi tak keruan kerna kamu...



ye, itulah pertaliannya antara terima kasih dan kekalahan england dengan Jerman. adios kerompes!hakhak.



cik bulan:


ini bukan kelaut, tapi kesungai...muahaaahaa....

Jun 30, 2010

contest cik aleng indah

[anjuran cik aleng, due date : 30 jun 2010]


oleh sebab tadi rezeki tak memihak kan... frust punya pasal, jalan-jalan lagilah tengok blog-blog orang mana tahu jumpa lagi best punya contest. jadi jumpa ini contest, maka nak try join contest ni pula... pesanan tuan pengajur, iaitu cik aleng seperti berikut:



Syarat-syarat penyertaan:
1) Letakkan gambar korang di mana-mana tempat menarik di Malaysia yang di rasakan indah
2) Tulis entry simple kenapa korang rasa tempat tu indah
3) Jangan lupa banner contest cik aleng indah yer..link kan ke blog ni.
4) Korang kalau jadi follower pun ok gak. (tiada paksaan)
5) Last skali letakkan URL blog korang kat dalam komen yer. senang cik aleng nk gi melawat
6) Contest akan tamat pada 30 Jun 2010.


Hadiah yang akan cik aleng beri berupa minyak wangi yang berharga RM250 (untuk 1st prize). then cik aleng akan framekan gambar korang secara ekslusif (untuk 1st, 2nd, & 3rd prize).
rase-rasenye nk bagi hadiah jugak pada peserta lain. yang tu tgk pada penyertaan.
jadi, oleh sebab tarikh dah nak tamat...maka aku pun malas nak memilih lagi..dan aku pertaruhkan ini... (sebab tak ada dalam syarat berapa kena letak, jadi aku letak tiga ni..)



ni kat puncak genting highland, yang aku pergi tahun 2008 hari tu lagi... di taman bunga tu..kau orang pernah pergi mesti perasan tempat ni. kenapa tempat ini indah?
cuba tengok sendiri...memang perfect lah tempat tu. kau tengok gambar pertama, ia di kawasan bunga-bungaan indah. yang kedua, atas jambatan tu, pemandangan belakang macam bersalju saja kan.. kawan-kawan aku cemburu tengok  gambar ni..hakhak. macam winter sonata katanya. lepas tu, yang ketiga pun tempat air terjun kecil dekat situ juga...kalau pergi genting, memang akan selalunya bergambar kat sini, sebab aku suka naturenya yang nyaman sekali...kan?



jadi, kalau kau orang ada gambar kat tempat indah ada lagi 10 minit, mari lah sama-sama join..jom, jom!


cik bulan:

cik aleng, ini penyertaan last minute sebab baru jumpa contest kan...harap menepai kehendak cik aleng...








mungkin bukan rezeki saya...:(

mula-mula baca komen DINI...hahh, menang? biar betul..tadi chek dah, kalah....kecewa juga, tapi banyak dah masuk contest kalah pun dah biasa...kan?


[klik untuk tumbesaran mengancam]



terus buka blog balik dan klik pada banner contest sigadis, dan cari entry terbaru...

 [klik untuk ke entry penyertaan aku]


ye, winner lama tak bagi respons dan aku pula kena bagi respons sebelum pukul 3:30 p.m. teruja sebab menang tapi kecewa sebab jam sekarang dah pukul 4:39 pm

[klik untuk pengumuman pemenang]


balik semula ke blog, tengok shoutbox...bertubi-tubi orang yang mencari... memberitahu kemenangan...




aku pun balaslah macam yang aku cakap dalam shoutbox tu... frusted. tapi nak buat macam mana, mungkin tak ada rezekilah tu...


padahal aku baru saja lari dari ladtop ni pukul 2:00 petang dan kembali balik pukul 4:25 petang... pergi tolong kat dapur, sembahyang, rehat, makan-makan, on fon,  rehat... lepas tu datang balik... dah melepas...


tapi apapun, yang aku tahu ialah, baiknya hati kawan-kawan blogger aku ni..nak-nak si dini. dan juga peserta-peserta contest yang sama-sama jerit pada aku... maaf kawan, aku tak perasan...


terharu.sob, sob sob...



cik bulan:

ini kemenangan kedua selepas contest walaibatikku. aku nak buat contest juga..tapi takut tak dapat sambutan macam hari tu...erm..

contest muslimah anggun

anjuran yang baik hati : sigadis
pesanan penting:
[due date : 30 jun 2010, jam 10.00 ]


untung juga rajin jalan-jalan kat innit nuffnang, jumpalah contest ni.jumpa pun dah pukul berapa dan contest end hari ini, 30 jun, jam 10:00 am. jadi, sebelum melepas...baik hantar penyertaan dulu. hakhak... ni contest masa paling pendek pernah aku jumpa. tak bernafas aku..7 start, 30 jun habis.fuhh, dan pukul 11 umum pemenang terus. wow, gila pantas ni! lepas tu terus pergi pos hadiah katanya...memang pantas. memang singkat.


jadi, sebelum akal aku pun singkat...maka aku pun nak taruh gambar ni...


tentang shawl...
baik, inilah shawl paling murah yang aku ada. jujur. siap ada tiga colour...hitam dan hijau. aku beli kat jalan TAR. sampai nak keluar biji mata dengar harga.hakhak. mula-mula cuak nak pakai, tapi bila dah pakai senang nak menjadi. kan kemas tu bila pakai...betul tak? ada rambu-ramba sebenarnya, tp aku sembunyikan sebab taknak masuk dalam mulut aku.he.. dan shawl itu dipakai dengan lilitan ala arab dan menjadi seperti selendang siap ala dato' siti pakai dulu-dulu (ingat tak?). ia tak perlu pakai keronsang pun, hanya pakai jarum peniti. masa ini nak pergi kenduri kahwin rose, dan gambar ini telah jadi header blog aku atas tu. nampak tak? dan yang pasti, anak tudung dua line tu lagi mahal dari shawl tu dan ia dipakai senget, iaitu sebelah kiri lebih banyak dari kanan..ala-ala heliza tu..hakhak (banyak betul ala-ala kan...).harap ia sesuai untuk tema contest, muslimah anggun...(eh, kau jangan muntah okay?anggun...aku rasa la...sebab pakai baju kurung dan gambar tak gedik, kan...ngee...)



Ni pesanan tuan penganjur yang aku tahu dan baca...:). tak tahulah pula kalau kau orang baca lain..he


Contest bermula : 8pm on 27th June lepas~ okey!
Contest berakhir : 10.00 a.m on 30th June esok pagi~okey okey!!

Masa dan tarikh baru coz ramai yang tengah cari gambar x jumpe2..;)..Gudluck!!

Hurry!!

Hadiah akan dipos pada 30th June tau!(^_^)

Hadiah untuk 2 contestant yg terbaik je ~ yakni sopan n shawl yg kemas

Hadiahnya ~ aksesori berserta shawl yg cantik untuk Muslimah Anggun..=)

Alrite,

D t&c for this contest are :

  • Anda sekarang mesti ada kat sekitar Malaysia sahaja..;)
  • Anda mesti bertudung ~ compulsory
  • Gayakan shawl anda seunik dan secantik yang mungkin
:: shawl sahaja tau! ::
::Kpd sape2 yg xpenah pakai..cube okey!;) ::
:: Syria punye tudung juge diterima okeh!::
  • Gambar bley full, half body or head-only by showing ur shawl that fit ur face okey..;)
  • Must be my follower..(^_^)
  • Must post satu entri khas tentang shawl yang anda gayakan
  • Tag sekurang-kurangnya 2 orang and let they noe bler korang tag ok..;)
  • Letak contest banner di sidebar blog anda dan link kan pd blog nie dan leave url link kt comment
  • Makeup cantik2 or non-makeup okey!(^_^)..

Gudluck Gadis2 Muslimah yang cantik dan sopan!

nak tahu lagi, boleh ke blog sigadis ye tuan-puan!


jadi, aku nak tag dengan sopan mereka berdua ini...:-


ye, apa tunggu lagi...mari join sebelum tamat tempoh ya!




cik bulan:

harap tuan penganjur puas hati ya...:)

jam 5:10 baru siap buat entry...adoii...selamat pagi malaysia...:) tadi rajin sangat blogwalking...:)

Jun 25, 2010

contest anda phothogenik


[yang baik hati anjurkan contest : yeyen a.k.a izyan izzaty]


[ contoh yang photogenik & gergous : yeyen]



kena tag lagi.dek peri pia dan dini. tak apa, tag lah banyak-banyak, aku suka... aku suka. betapakah, berapa banyakkah, begitukah photogeniknya aku ni sehingga menjoinkan diri? hakhak. gila punya ayat lah. tak ada hal... genik tak genik, itu tak penting. yang penting, memeriahkan contest. tapi aku rasa memang photogeniklah aku ni. sebab apa? sebab dalam gambar memang genik gila, kat luar, haprak. hak hak.




[ni gambar pertaruhan...super ekslusif.hakhak]

kenapa gambar ini?

kenapa saya suka gambar ini? sebab dia best...hakhak.sebab aku konon-konon senyum biar pipi kembung, lepas tu mata jeling, dan pegang bunga putih. yang penting, jari membulat di mata tu paling best. unik. selebihnya, sebab gambar ini memang genik.hakhak.



gambar ni aku tangkap masa shoot konon-kononnya untuk koleksi gambar mysoffya. geli gelemang aku tengok gambar-gambar aku weh time tu. yang ni aku rasa boleh tahan geli sikit lah... (bukan geli ketiak, ye.)
edit sebab rajin guna PS sekarang sampai semua rasa nak kerat-kerat.blog ni pun rasa nak kena punggah juga ni nanti. tiba-tiba rasa menyampah dengan header semua lah (konon-konon mahir sikit konon...)



nak join? tak nak? nak tak nak, aku nak tag kau supaya join... kamu ialah :

.cik arnab
.kak liza
.meniti senja aka ceroi
.white girl
.mariam ogawa
.sugar2
.suraiza
.shafie
dan kau...kau (sesiapa yang nak joinlah...join je...)



apa tunggu lagi...dekat dah tarikh tamat iaitu 30 jun. makanya, anda wajib menyertai contest ini sekarang!prasyarat dan syarat, sila jejak blog cik yeyen aka izyan izzaty sekarang! sebab dia cakap hadiah dia menarik wohh...:D




cik bulan:


cekodok monster is feeling well...:P

eh, kalau lelaki sama lelaki bergaduh, apa perlu kita buat? harus hantukkan kepala mereka ke dindingkah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)