Showing posts with label zaman kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label zaman kanak-kanak. Show all posts

Aug 20, 2011

eh, dah tua kita ye?

Baru rabu lepas post gambar geng-geng masa darjah 6... hari ni dapat jumpa lagi dorang. tapi rasanya kawan dari kecik-kecik lagi kami bertiga ni (asyik nak tomoi jek masa kecil dulu) ahh, biar lah pun kami bertiga aje, tapi riuhnya bagai sekampung. biasa ah, dah mulut macam longkang jek semua. nak bahan kawan jek kerja. muahaha ;D

nazri, kawang mitok maaf deh. mulut kawang ngan edah macam longkang sikit. grrr.

nasib baik si mangkuk dan bf edah ada back up nazri. Hi hi -____=

 Eh, geng SKSB. udoh besoo kome?
adui, silap language lah pulak
beso doh set mung? muahahaha, :D



 aahh, lagi versi putih hitam. ahaks




macam pinang dibelah-belah. wakaka ;D
boss, kawang mitok maaf sebab asyik drift jek. nati kawang bawak boss jalan KL lagi yep ;P




 eh, ini adik hantu mak limah namanya ye ;)
p/s: nazri yang dibuli habis-habisan oleh dua gegurl yang howt. kah kah


ini versi gathering awok-awok bujang trang tang tang... hehhh ;D. 
nazri, nanti raya atas kapal lah deme...sabo ye... koje, koje. ;S

Apr 13, 2011

CINTA HATI saya ♥


dia... cinta hati saya selain mak dan abang. kami hidup berempat beretahun-tahun lamanya.
berkongsi susah-senang, suka duka bersama. RINDU itu pasti :) ohhh my budak PUTIH.


bila saya merajuk, dia cakap apa, ololohhhh, kak merajuk ek? sambil buat muka busuk 14. (haha, memang tak boleh blah)
bila pergi pasaraya pulak, dia akan buat muka comel, kak, nak yang ni, yang tu, yang ni... saya cakap, la, ambillah nak makan. la, ambillah nak guna... kenapa tanya kak pulak? sekali sampai kat kaunter dia lesap. ohh bru tahu kenapa dia tanya, sebab nak haku bayar ghopenye. adehhh. :L saborrrr jelah.



kecik-kecik gaduh macam geng kongsi gelap.sikit tak pakai parang kapak je lagi. dalam hati, eh kau boleh blah berambuss cepat-cepat tak dari rumah ni?
bila tua-tua, alaahhhhh bila mangkuk ni nak balik..... hutang aku bila nak bayar daaaaa. ha ha, takde gurau je. eh, lama pulak aku tak cium dia. keh keh keh.


dan sebulan lepas, dia kami lepaskan...
ke dalam pelukan lelaki yang dia sayangi, yang kami percayai.
moga dia selalu bahagia. andaipun akan ada dia terluka, moga rahmat tuhan akan selalu melindungi dan merawat hatinya. insyaAllah....


-kakak. kakngah.-


toing, toing!
dah lama tak update blog kan? mesti ada yang RINDU kan? HA HA ayat bajet camni memang perlu. untuk konfiden level. kah kah kah. okey nanti kita update cerita yang terlepas ye. stay tuned :)


ewah kau, macam drama bersiri pulakkk :L

Dec 18, 2010

Kenapa adik putih, kakak hitam? makcik nak makan pelempang ek makcik?

elok-elok makan nasik, hari ni makan kuih lompang, nak? HAK HAK, tak adalah. saya ni budak sopan santun, tertib dan seangkatan dengannya. haruslah saya senyum, sengih-sengih macam kerang busuk. kerang pun tak ada busuk macam ni tau.


nasib baik lepas tu makcik cakap pulak, alah, hitam pun cantik, hitam manis. hak hak. lagi rasa nak cium makcik pulak. makcik kata lagi, iyelah, pelik jugak, kenapa adik putih kakak gelap sikiiittt... kata makcik lagi. teratur ayat makcik. menusuk ke tulang sumsum. grrr.


dia beranak bulan cerah makcik. KEH KEH, gelak pulak makcik. he, tak adalah makcik, kita ikut ayah kita, dia ikut mak. jawab budak hitam. budak putih, sengih je. alah banggalah tu. tak apa, tak apa. hehh :P


 alahai...dari kecik lagi aku ni hitam. sampai besar, tak luntur warna aku ni. pakai clorox boleh?

 budak hitam vs budak putih


dah besar-besar pun sama. boleh hantar kedai kereta, tukar cat tak?

pakai baju warna sama pun tetap boleh beza :P


dari jauh pun dah memancar putih dia. hehh



dah dewasa, dia masih putih, aku masih hitam. benci, ini tidak adil! =P


Lagi kisah lucu budak hitam dan budak putih di sini:

keep reading ya!

Jul 6, 2010

main dengan atok



lepas main dengan nurse dan main dengan cikgu, dia nak main dengan atok tapi aku tak pasti pula apa yang dia nak main. cadangan aku, ada satu aktiviti yang boleh main dengan atok... ni ha...




main congkak. jom join!


aku selalu main ni dengan arwah atok masa budak.budak sampai menangis, sebab asyik kalah, kena goreng dengan arwah. lepas tu, pesan, atok, jangan main terror-terros sangat tok, kita nak menang. tok sengih saja. master ni...mungkin tu kata atok dalam hati.


oleh sebab aku tak puas hati selalu kalah... aku main lah tipu. aku tahu atok bukan perasan kan, jadi aku ngelatlah sikit..harap atok ampunkan dosa-dosa aku yang telah mengelat atok..atok, ampunkan dosa cucumu ini..(hakhak)



nota bulan:
walaupun ada yang menafikan, tapi aku tahu, akulah cucu kesayangan arwah atok... :)

kecil putih, besar hitam. bukan aku.

 (kecil hitam, besa putih.apa ek? siapa eh?)



hari tu kecil hitam besar putih. memang bukan aku. hari ni kecil putih, besar hitam pula. hakhak, lagilah bukan. sebab masa kecil lagi hitam dari besar-besar ni, sampai orang cakap, "eh Nah, ni anak mu sapiah yang hitam sungguh masa kecik tu ork? eh cerah dah sikit (cerah? perli ke makcik?), comel dah hor...."



lepas tu ada yang tambah
"hor, hok ni ah... hok masa kecik hilang sokmo ni..."





eh, kawan, bukan selalu hilang sebab orang tak nampak cari aku eh (agak-agaklah) tapi sebab aku lasak terlampau. kalau nak tahu tahap lasak aku, baca entry pasal zaman kanak-kanak ni. memang melampau, tapi bukan aksi peramugari terlampau eh.



jadi,
"eh mu, kecek molek siket ork... stemek mu..." ayat abby fana di radio..hakhak



cik bulan:
aku nak cari laki putih supaya anak aku putih tak macam aku.hakhak.

Apr 28, 2010

zaman kanak-kanak 4:budak hitam cakap "mak,nampak lutut tu haram!"

 ...budak hitam dan budak putih...




eceh...macam mak kau tu tak tahu halal haram.hehh!bila mak ulang, ku malu sendiri.masa kecil-kecil, hingus pekat-pekat, pandai je kamu kata, "mak...ustazah kata pakai seluar nampak lutut, haram...".haha, pandai je...tapi bila besar...hilang dah yang halal dan haram.mak gelak je cerita...ku bengang.apasal kecil-kecil pandai, besar-besar bangang tak pandai?kan...? (untuk kita semua lah..sekalipun ku tak pakai lah seluar pendek tika outing, tapi...masih belum memakai pakaian ikut piawaian yang ditetapkan.hehh)









adikku pula... 
mak :adik lapar lagi ke..tambah lah nasi tu..."
adik :tak lah mak....
mak: dah tu mak tengok, licin habis jilat-jilat ho...
adik:adik nak pelicin...tak baik...nabi marah....




hoho.advanced lagi adikku jijah.hehe...mak memerli..hu, kecil-kecil ikut nabi, jangan membazir rezeki.sekarang, beli itu buang...beli ini buang.makanan mak masak,tak nak perhabiskan...tak pula cakap nabi marah...hoho.adikku kena.lain pula cerita dengan abangnya...




mak:sir, bakpe air milo tu cair sangat...
abang:takpelah mak....jimat....



hoho.itu darjah satu kot.buat air milo sendiri.wahhh....jimat sungguh.kalau boleh warna biar sama dengan air teh je.hahaks.tapi mak cakap...yang itu jimat tapi besar sikit pergi sekolah...satu hari 2, 3 ringgit mahu habis.tak ada yang jimat pulak...huhu.









pendek kata, budak-budak...kan? hati putih dan suci.yang baik, susah pun tetap masuk ke hati kata mak lagi.kadang-kadang ayat-ayat kami masa kecil, diingat-ingat tergiang-giang di telinga mak sebagai kenangan.itu saja yang ada, untuk diiingati selain beberapa keping gambar semasa kecil...




dan bila mak pusing-pusing hal yang sama....ku gelak...:D kami gelak...:D. itulah kami.....budak hitam (eh, ku seorang je yang hitam. adik dan abang putih.malang kan?)



kamu pula...apa cerita masa kecil...mesti mulut lagi celoteh buat orang geram kan...??



p/s:masa kecil, hati suci murni dan putih bersih.harap tua-tua ni pun sama....he


p/s/s:ku rindu tentang semua itu...rindu.andainya masa boleh diputarkan semula......

Apr 25, 2010

zaman kanak-kanak 3:budak itam sangat lasak | adakalanya seperti jantan :P


 ...budak itam dan budak putih...





sekarang sudah besar.dia tetap putih dan ku tetap hitam.hoho



cerita budak hitam part 1 dan part 2 di sini.


panjat sana, panjat sini.patah habis pokok-pokok orang.lurah, bukit, danau paya semua dah ku takluki.pacat lintah...hoohhh, itu kacang saja.eh, bukan..itu best friends.haha.teruk memang teruk...dengan pukat (benda ala-ala pukat) atau bakul jarang kat dapur atok tu, bantai je buat menangguk ikan.haha.




ikan apa...ikan sekila mungkin.tak pun..anak bilis kot.entah, tak ku kenal dan tak ku ingat nak gambarkan.tapi kecil-kecil..kat alur-alur air jernih juga air tak berapa jernih dan kadang-kadang kat air-air terjun yang turun dari bukit.




fuyoo...itu budak hitam.selamba.gatih basikal...(kamu tahu gatih tak?kayuhlah kome...) rally sikit, lepastu ronda-ronda kampung...lepastu masuk port lah.haha.port apa, port menangguk ikan di air keruh.haha.kalau kamu tengok ku masa zaman-zaman darjah dua tiga tu, memang tak lulus...semua paya kenalku ini.parit longkang apatah lagi. air terjun pun ada.main tarzan-tarzan tak payah cakap lah...teruk memang teruk, persis anak teruna.gengnya pun...ramai jejantan tapi bukan jejantas dari yang betina.




tapi yang hairan tu, sampai besar pun...ku tak pandai berenang.mungkin sebab terlebih advanced masa belajar dulu, sampai tak tahu yang mana satu berenang dengan gaya kuak lentang mahupun berenang katak...orang suruh libas-libas tangan, ku lipas kaki kecepuk kecepuk kot belakang.lawan toke...itulah pasalnya....:P sampai sekarang tak reti berenang...hehhh




eleh, ku tahu kome lagi teruk perangai dari ni kan...cerita sikit...mahu tahu juga...:)



p/s:besar-besar ni dah tak lah lasak sangat...he walaupun sedikit rock...:)


p/s/s:semalam pergi karaoke, layan lagu ella.hilang gian....haha :P







Apr 11, 2010

zaman kanak-kanak 2 :budak hitam...ohh budak hitam.



..mek tam vs mek tih...



okay.ini budak hitam... gambar fresh dari ladang petang tadi :)
kamu kenal ke?





ye.beliau panggiil saya macam tu.*budak hitam*.hehh.sangat tidak sopan beliau itu.tapi ye..tapi ada aku kisah? :) beliau banyak memberi saya idea untuk menulis. terima kasih sebab bermulut tak ada insurans dan buat saya tough... :)




hu...tapi saya sikit pun tak kisah.memang itulah saya pun...tapi bak kata orang, hitam itu menawan. kata benson & hedges, hitam itu berkualiti (betulkan, andai ku silap tagline ni atau ejaan rokok tu, okay?).mangkuk man marah je dengar.katanya....ingat kamu je berkualiti?habis...warna-warna lain tu tak berkualiti...??hoho.





kamu ni kadang-kadang meroyan macam orang gila talak tahu tak encik jamil....yang kamu melenting tak tentu pasal tu kenapa..??heh, tak adalah..dia pun gurau je dengan saya tu...okay, terima.





okay, cerita lagi tentang kisah masa kanak-kanak.mak saya cakap, mulut saya macam murai dan petah macam orang dewasa...wehh kawan, pernah tak kan kamu macam malu-malu sikit dan rasa nak sorokmuka, masuk bawah meja, bila dengar cerita tentang diri sendiri masa kecil?angkat kaki tangan.hehh :)





saya pernah rasa lah macam tu...mana taknya, mak saya kan, dia akan ulang semua cerita tu, dari a smpai z....berpuluh-puluh kali, beratus-ratus kali tanpa riak lenguh pun.mungkin sampai dia penat gelak lah kot.yang gelak banyak-banyak pun dia...dan saya tumpang sekaki lah... :D dan kadang-kadang dia cerita pula depan orang lain?pernah diceritanya kisah saya kepada bakal mertua saya dulu tu...wah wah wah...tak tahu nak letak kat mana muka ni ha...sabar jelah!







kadang-kadang saya rasa macam saya masih budak.mungkin lah, dia tengok saya ni masih budak.yelah, jangan tak tahu kalau saya ini sangat manja, yang bisa dicium dan dipeluk...yang masih boleh duduk atas riba mak lagi....wakaka :D. tak ada lah....mak suka peluk je.lepas tu cium...mungkin sebab saya tak rasa kasih sayang ayah dari kecil sebab tu saya rapat sangat dengan mak.yalah,mak pun besarkan kami tiga beradik seorang diri, jadi...mesti mak rasa ini sajalah harta yang dia ada, kan...??





he..itulah hakikat hidup saya.dibesarkan dengan kasih sayang seorang ibu yang tidak berbelah bahagi dan ibu bapa saudara yang pengasih serta atok yang sangat penyayang. kerna kasih sayang yang tidak berbelah bahagi itulah, saya berasa seperti ini.berasa bahawa segala yang dibuat di dunia ini, kerna dia.untuk apa pun, hanya untuk dia.satu masa.....insyaAllah, akan penuhi segala janji....untuk dia.ye..untuk seorang wanita yang tangannya itu bisa menggoncangkan dunia. :)




abang zizie (sepupu yang poyo dan selalu buat saya menangi sebab tak tahan dibuli) :ya..ohh ya.ngaga sikit.sengih sikit.tunjuk gigi.kan terlanggar karang...(lawak bodoh beliau ketika elektrik tak ada kat rumah.

budak hitam: (bengang.ohh.rasa nak hadiahkan penampar laju-laju je)




p/s: bahagia menjadi budak hitam...kerna mak selalu kata walaupun hitam, tapi hati putih...hehh (bukan angkat bakul masuk sendiri.;p)


p/s/s: walau pun zaman kanak-kanak tidak sesempurna orang lain, tapi saya tetap bersyukur. apatah lagi mempunyai orang-orang yang menyintai dan setia melayani diri ini dari kecil hingga kini selain mak...iaitu paksu, maksu, makcik, atok dan juga dua beradik.huges!





mak...budak hitam ni kan, tak lama lagi insyaAllah akan jadi cikgu macam mak nak...:)




Apr 7, 2010

zaman kanak-kanak 1:masa kecil sangat hitam.besar-besar ni agak hitam.hoho :D

...budak putih vs budak hitam...



memang.sesiapa yang tengok ku masa baby, boleh bawa pengsan.nak sedap lagi, koma terus sebab terperanjat.yang mengandung, dilarang tengok sebab takut kenang..karang tak pasal-pasal dapat anak coklat jingga tak pun merah jambu...hoho.





mak ku jawab...sebab ramai sangat yang tegur kan."kenapa anak mu hitam sangat ni???" yelah, mak putih melepak.tapi bapaknya tak nafi lah memang tak berapa nak susu.agak kopi-kopi sikitlah.huhu."erm...takpelah...asal dapat je..hitam-hitam pun, kita sayang anak kita..."(sebab mak dan ayah tunggu 7 tahun nak dapat anak kan lepas abang.dapat pula perempuan macam yang nak.bapak terus potong rambut yang rock tu..dan mula berserban.hu...)





tapi yang best, mak ku cakap ku ni pandai dari kecil lagi.hoho (angkat bakul sikit ni.jangan marah arr...).semualah keluargaku dan jiran-jiran geram dengan ku sebab dari kecil memang mulut cakap banyak, tegur itu ini tak padan dengan usia.yelah, mak cakap belum dapat jalan, masa tengah merangka-rangkak lagi tu dah pandai cakap sikit-sikit dah.





lepastu, mak cakap ku manis..biarpun ku hitam.haha.mak cakap ehh...okay.ada lesung pipit dekat bibir (yang ku kenali sebagai telaga buruk.kamu tak tahulah panggil apa pula, kan?).dua-dua belah pipi.lepastu, bila bercakap, dengan mulut manis macam tu..lepastu tegur itu ini, itu yang memang buat orang geram.sebab tu mak cakap ku macam musafir, sebab kejap pergi situ makcik ku ambil lepastu ke sini jiran ku pula bawa ke rumahnya atau ke mana-mana. tak lekat kat rumah sampailah ku besar.hoho.melekat perangai tu.





satu lagi, pakcik ku selalu cakap ku bijak (haha.poyo je mengaku bijak.tak lah..atas beberapa alasan.tapi taklah bijak sangat, kan...?), sebab ku pernah makan najis ku sendiri.hahaha.gila kotor kan?masa tu, mak lambat sedar ku dah berak.lalu ku main-main najis tu.geli kan dengar??tapi..masa itu ku tak tahu apa itu najis?apa itu yang kau main-main tu...?makku cakap, majoriti budak akan termakan najis cicak ke (cess, najis cicak.gila sopan ni...) atau najis sendirilah.hoho





bila pakcik ku sedar dan nak ambil ku, pakcikku bau mulut...wooo, begitu harum.maka, sudah sahlah..bahawa ku telah termakan najisku sendiri dan sebab itu ku pandai.pakcikku cakaplah...ye, pandai meloyar buruk sedikit sebanyak.ni tips ni wohhh, nanti boleh praktis untuk anak sendiri ye...??haha





yang paling ku tak tahan ialah...masa makcik ku kahwin ku 4 tahun.sebab ku kan selalu tidur dengan makcik ku itu, tapi malam tu tak boleh lah, dah malam ehem ehem ehem kan.kacaulah....lalu ku bengang.ku pergi tanya pakcikku...




"eh, bakpe pakcik nasrul tidur dengan mek?orang kan tidur dengan mek....mana boleh"




haha.dan ku menangis-nangis, seraya mengamuk-ngamuk.maka, dapatlah ku tidur dengan mek ku seperti biasa.kacau program, potong stim.hehh.tapi ku tak tahulah apa yang terjadi malam itu, okay...??ku kan tidur nyenyak...hoho.ha...kamu, jangan nak gatal-gatal fikir dan nak kucerita yang bukan-bukan, kan kena banned blog ku cari makan ni karang, payah!





okay, kisah masa kecil bersambung lagi dalam enxt entry....:)




p/s:kamu...apa yang mak kamu kata eh???ku nak tahu juga....


p/s/s:bila teringat zaman kanak-kanak, rasa nak jumpa doremon dan minta pinjam mesin perakam masa supaya boleh balik ke zaman itu semula....hu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)