wahhhh..tertag lagi oleh sister yang sangat disayangi di alam maya ini,
peri pia (nama dia sama dengan saya lorrr....sebab itu, denagn mesranya saya memanggil dia, k.long).saya pernah bertemu sekali dengannya di Tanjung Malim. kebetulan dia on the way ke Sungkai dengan hubbynya, encik Fazli. jadi dengan seriesnya dia datang menemui saya yang ketika itu agak malu-malu kucing dan gementar. saya tak tahu kenapa, tapi rasa agak kekok untuk mendedahkan diri saya.huhu...lagipun, tidak pernah terduga oleh saya bahawa teman yang begitu akrab di FS kemudian berblog bersama-sama kemudian berFB bersama-sama juga, akhirnya di depan mata. itulah takdir yang maha Esa! kami melabuhkan lagi pertemuan itu di restoren Pau Yik MUn yang begitu 'fofular' di Tanjung Malim itu sambil menikmati minuman sejuk dan pau. toce ye kaklong untuk pertemuan indah itu....okey, mukaadimahnya begitu panjang sekali.maka, silalah saya menjawab tag itu.saya menjawab tag ini dengan series tau...bukan lagi loyar buruk macam dulu-dulu dan dengan beraninya, saya mendedahkan segalanya yang diberitahu ini, tiada yang benar, melainkan yang benar-benar belaka.....(T__T).haha.skemanya haku.....
pia & k.long ketika pertemuan itu.....

k.long tak beritahu saya apa rulesnya. jadi, saya ke blog
JARD yang telah mengetag k.long untuk melihat rulesnya...iaitu,
******************************************
Rules:
Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random
things,
facts,
habits,
or goals
about you.
At the end, choose 5 people to be tag
******************************************
1. Berasal dari Kemaman, terengganu...tapi tak lahir kat hospital pun, tapi kat rumah aje...D-17,
Bandar seri Bandi (yang kini rumah itu telah dijual, bukan milik bapak saya lagi...)
2. Diberi nama dalam surat beranak, Safiah Afsah binti Shaharuddin. tapi, masa umur 12 tahun, pergi buat Ic, tak semena-menanya namaku bertukar menjadi...Safiahafsah binti Shaharuddin.mulai usia itu, pia pun pakai jelah nama baru itu hingga saat ini...bapak tak marah, kan...????walaupun penat nak sebut nama yang panjang itu dalam satu nafas saja. sampai kawan pia ada yang cakap, nama kau macam orang arab da....huhu.tapi memang dalam alquran, ayat dan surah keberapa pia tak ingat, ada menyebut perkataan...'safihanapsah'. mungkin dari tu kot atuk pia, Mat Ali dapat idea...mak kata 2 minggu nak buat nama untuk pia, sebab cucu perempuan kesayangan katakan...mula2 nak letak nama fauziah lah, hape lah,...then, reka punya reka bersama makcik tersayang, dapat lah nama itu.... maksudnya pula, safiah itu bererti suci & ikhlas dalam persahabatan. juga merupakan nama salah seorang isteri rasulullah. hafsah pula nama ibu nabi daniel dan juga salah seorang isteri rasulullah....iye.pia baca dalam buku wanita-wanita hebat dalam Islam...tak silap la nama buku tu. pinjam dengan
maryam hari tu.huhu, nama je macam isteri nabi ni, perangai pula camana...???takpela....nama mesti elok.sebab, banyak yang ada dengan nama sebenarnya.kan?(sikit punya panjang dah pasal nama saja....huhu).
3. Lahir 7 tahun selepas abang pia lahir.lama tu mak dengan ayah tunggu kelahiran ini. jadi, memang lah sangat ditatang bagai minyak yang penuh.tapi apakan daya, adik pia pula lahir tak sampai usia pia dua tahun pun. ishh, kacau betul la........
ni lah budak mangkuk tu...huhu (nasib baik jie tak ada blog,kalau tak nahas haku...).

4. Pia banyak darah kelantan sebenarnya, walaupun asal dari terengganu...ayah memang 100% kelantan. mak dari Besut, tapi salasilah pun dari kelantan juga. tapi kenapa pia tak putih ek??agagaga...(",). sebab bapak aku tak berapa nak cerah.....haha.
5.sekarang berusia 24 tahun, sebab lahir pada 31 oktober 1986...pernah 5-6x je kot sambut birthday hingga ke usia ini. paling besar, tahun 2009 kot....paling awal, masa umur 8 tahun.

birthday 2009...23 years old.di rumah k.elly
6. suka menyanyi yang keterlaluan. kau tak pernah tengok orang yang sangat suka menyanyi macam ini gaya tahu tak??huhu. tanya je la. lagu apa...berapa tahun puluh-an pun semua bantai. kecuali, lagu Inggeris..tak tahu kenapa sangat failed.haha. (sila gelak). lagu yang nobody2 tu yang 'femes' gila tu pun pia boleh salah nyanyi. pia nyanyi 'nobody2 want u' haha. padahal, 'nobody2, but u'. tapi, lagu hindustand ku hafal dengan fasih.huhu
7. juga suka menari.....tak adalah pandai sangat. tapi, minat. kalau ada event yang memerlukan benda ni, masti pia join. see....


8. gila karoke. dah namanya suka menyanyi.memang tak hengat la...sampai ada member pia, sue namanya, boleh tahan telinga pia menyanyi 5 lagu yang dia suka...tengok kau, aku nyanyi sorang-sorang tanpa segan. haha. dalam karoke box tu la. tapi kalau nyanyi untuk audiens, pernah. dua kali...baru minggu lepas. kat pantai cendor...haha.buang tebiat. lagu apa tau??
.Pelamin anganku musnah. Rela. Izinkan selamanya namamu di hati. Janji.
mereka-mereka cakap, wahhh..sedap suara, macam artis dah. haha.pia tahu mereka tipu. =D
9. dare to be diffrent. tu je yang perlu kalian tahu....pia takkan peduli dengan apa yang orang kata, walaupun kadang-kadang semacam peduli. pia takkan ambil pusing, walaupun kadang-kadang goyah juga. tapi...pia selalu pegang, pia je yang tahu siapa diri pia, apa yang pia lalui dan apa yang pia buat. dan, bila buat keputusan, pia tekad. tapi timbang dulu bulat-bulat....walaupun pia tahu risikonya, pia sanggup hadapi. tapi, pia tahu kenapa dan mengapa pia buat begitu. contohnya, keputusan pia sekarang.
1o. Manja, tapi sangat berdikari. memang saya kadang-kala bergantung dengan orang lain, tapi untuk hal yang tak mampu saya lakukan saja. tapi, yang boleh dilakukan dengan akal dan kudrat ni, saya seboleh-bolehnya takkan meminta tolong.contohnya, saya belajar dengan duit sendiri. buat business kecil-kecilan untuk support study saya. kemana-mana sendiri...dll...jadi, saya jarang mengeluh dengan masalah yang datang dalam hidup. kerana bagi saya, sebesar mana pun ia, pasti ada jalannya. so, jangan menggedik manja depan saya jika anda ada masalah, ok.saya menyampah!tapi berbincang dengan saya....bagaimana nak menghadapi masalah itu, bukannya mengeluh dan membebel.
11. suka bersenam. bersukan. itulah kenapa saya minta mengajar PJ di sini selain bahasa Melayu.
12. suka kucing gila-gila...tak tahu kenapa, kalau dapat cium kucing, nikmatnya Ya Allah..tak boleh nak cakap. peluk kucing, rasa bahagia....apatah lagi, kalau dapat kucing yang macam memahami kita. kan-kan? berapa banyak koleksi kucing yang pia pernah bela, pia tak ingat. tapi yang seekor ini, paling latest dan sangat disayangi....
ini dia, my manja. ada saya buat entry ini pasal budak
MANJA ini.

13. suka yang amat makan mi goreng basah. huhu. tu je menu yang pia reti order bila ke kedai makan dulu..sebab suka yang amat. sampai pia belajar masak sendiri.tanpa sesiapa yang ajar pun. betapanya suka, hanya membayangkan ramuan dia dengan rasanya saja. dan itulah, masakan yang paling pia terer masak hingga hari ni. cesss!!!. tapi sekarang, dak tukar. suka makan char kuew teow ataupun mi bandung.love air tebu dan air laici untuk menu sejuk. love air milo panas. bestttt.....

mee goreng basah....nyum3.
14. saya ni...kalau berkawan dengan orang tu, orang tu jelah saya rapat. sampai mati pun saya takkan lupa.sebab tu, saya ada koleksi kawan baik yang masih baik dengan saya sampai hari ini, biarpun kami berjauhan dah.
sal.adah.nisa.mila.ena.sue.nani...tapi, bukanlah saya ni jenis memilih kawan...cuma, agak pemalu untuk memulakan persahabatan. dulu la...tapi sekarang, dah makin ok kot.
15. gila fast food. dulu, gila KFC. sekarang, mcD pula. pizza kurang. a& w boleh lah layan sekali sekala. rasamas ke hapa tu tak menggamit selera saya sangat. tapi, kalau Mcd, memag tak boleh tahan. jadi, macam mana saya nak diet??bila nampak ni je, saya tak boleh kontrol diri dah. hancurlah diet saya....
16. okey, sekarang saya berdiet sebab berat badan saya naik gila. biasa, hanya dalam 49 hingga 52kg. tu pun dah berat. tapi, baru-baru ni naik sampai 57 kg. bayangkanlah?dengan tinggi saya 158 itu.pendek semacam je saya tengok.ada member cakap, saya macam ayam daging.haha. benci aku dengar!so, saya berazam dengan setekadnya. tapi, jangan tak tahu...untuk tempoh diet saya selama 1 bulan ini, berat badan saya dah turun banyak....okey, saya timbang dulu untuk latest ni nanti saya update ye.
17. memang cita-cita saya nak jadi cikgu dari kecil lagi. pernah lah tukar-tukar cita-cita kan, tapi ini juga cita-cita yang berkenan di hati. lagipun, family memang support sangat-sangat. kata orang, cita-cita yang direstui ini mudah dicapai, kan?maka, saya pun memilih UPSI dan sekarang, sedang berpraktikum di SMK hillcrest dalam meniti untuk mencapai cita-cita saya itu. tapi saya juga suka bidang komunikasi. sebab, memang saya suka bercakap dan gemar berangan-angan menjadi personaliti TV.huhu.
18.series cinta dengan warna merah jambu.haha. macam jiwa lembut je....tapi memang itulah hakikatnya. banyak baju warna pink.banyak barang warna pink.sekarang dah kena slow sikit.sebab dah naik pink mata pia bila buka almari...huhu.
19. Sudah serik bercinta.....so, sekarang, candidate je lah yang ramaiii.....haha.ini FAKTA.
20. gila gambar! suka benar snap gambar...tidak ku perlu handset canggih-canggih bagai, asal boleh ambil gambar, sudah okey.....haha. nasib tak rosak je fon tu sebab kegilaan ini.tengok, di FS betapa hebatnya kegilaan ini. bukan suka ambil gambar sendiri je, tapi suka snap gambar-gambar orang. nak-nak, gambar curi. candid. mamarazzi, kata
ena. lepastu, edit cantik-cantik. itu juga satu kegilaan. cakap la software editing gambar apa yang tak ada...photoshop pun semangat belajar. walaupun benda tu payah gila untuk orang yang tak ada basic lansung macam pia ni. lepastu, upload...tapi sekarang, slow dh mengupload gambar di mana-mana laman sosial.kecuali, di blog ini. pernah berangan, untuk menjadi photografer yang profesional, tau. mungkin.satu masa nanti.

seee...kegilanan ini.dimana-mana jua.....anda pun macam ni juga kan??huhu

21. penakut yang amat. takut rollercoster. takut spaces shot. takut nak drive. haha. satu lagi rahsia besar saya dah bocor. ini kelemahan yang tidak boleh disembunyikan dah. semua yang rapat dengan saya dah tahu. bila mak saya paksa untuk belajar kereta, saya rasa mcam nak mati. beku je otak. payah nak pick up. kebenakan itu membuatkan abah saya boring untuk mengajar. yela, kalau kau jadi cikgu, 2minggu ajar, masih tak reti-reti lagi, fed up jugak le...kerana ketakutan itu, betapa lamanya, saya bertangguh untuk ambil lesen. tapi lately, entah apa semangat saya, kan dah cakap dalm fakta no. 9, im dare to be diffrent. bila ia terjadi...bila rasa itu datang, jangan ada sesiapa yang tanya kenapa. so, semalam...ada seorang kawan (haha, kawan baik tau) telah mengajar saya memandu kereta kancil auto adiknya itu...erima kasih encik *mangkuk* kerana telah berjaya mengatasi ketakutan saya dan buat saya rasa, owh senangnya memandu kereta auto. boleh encik belikan untuk saya??=p (diberi nama encik mangkuk kerana dia memang suka mengucapkan perkataan itu.huhu)
22. saya ini amatlah lembut hati....suka menangis. tapi agak rock.kot?tapi saya ni suka orang tegur saya depan-depan jika saya buat salah, biarpun ia amat menyakitkan. sekarang...saya cuba jadi lasak. apa pun, terima kasih buat encik mangkuk, sebab train saya sekarang untuk menjadi lasak, rock dan tak mudah jatuh hati.huhu. garang?nak kata garang, tak juga. nak kata tak garang, macam garang. tapi penat lah buat-buat garang kat sekolah....ha adoii....
23. lastly, saat ini pia memang rajin.sebab tu, jawab tag ni panjang gila....kan pia dah cakap, pia ni suka bercakap. lagipun cakap pasal diri je, mudah kan???bukan cakap hal orang lain...haha. amik kau...sila baca dengan sabar. satu lagi, pia tak kisah lah kalau kau nak cakap panjangnya jawab tag....orang lain punya pendek-pendek je. ada aku kisah?haha. kan dah cakap, im dare to be diffrent. tak kisah jika cara pia berbeza...yang penting, mesti berani untuk menyatakan dan membuat sesuatu mengikut cara kita. ramai yang boleh cakap, aku adalah aku...tapi siapa yang berani beraksi seperti aku adalah aku...tidakkkah sedikit sebanyak kita akan mengikut orang dalam bertindak???jadi...lupakanlah prinsip itu....jika kau tak berani utk buat sesuatu dengan cara kau sendiri.ok?

haha.ini barulah...aku adalah aku.
:
:
:
:
okey. masa untuk ngetag orang pulak ye. saya nak tag.... moga jadi idea untuk berblog.huhu