Showing posts with label tentang blog. Show all posts
Showing posts with label tentang blog. Show all posts

Jul 9, 2010

kenapa disable right klik ye?

bukankah itu lebih memudahkan? bila kita dalam satu blog, mahu ke blog yang lain. kita nak pergi ke blog lain, dan tak nak hilang jejak blog kita lihat sekarang, kita boleh klik 'open in a new tab'dan terus masuk ke blog kita nak masuk tu kan...kan?


dan bukankah lebih mudah orang nak ambil info dari kita punya blog? atau kita memang tak mahu berkongsi ilmu/info dengan orang lain...?


bagi aku, aku suka blogger ni, neodmarco. dia siap tulis macam ni lagi pada about me:

"Aku suka tolong orang,tapi aku bukan budak yang baik.Kalau ada apa2 yg korang nak copy kat blog ni,copy je la,lepas tu kongsikan lah dengan kawan2 yg lain yer..aku tak marah pun.Bukan boleh bawak mati pun blog ni..huhu :P"
 
 
jadi, kalau dia disable right klik, kita tak boleh nak copy apa-apalah kan? atas tujuan itu jugalah aku tak pernah disable right klik pada mana-mana blog aku. sama seperti Neo, ilmu/perkongsian yang setitik tu, kongsi...copylah nak copy pun, tapi buatlah ia secara berhemah...


renung-renungkan...bagi aku kenapa kita nak saling menyusahkan... dah kemudahan teknologi ini menyediakan jalan, kenapa kita nak menutupinya... kawan, letakkanlah sesuatu di tempatnya...okay?



ingat tak perkara ni,

kalau kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan lebih memudahkan urusan kita... dan sesiapa yang menolong untuk kebaikan orang lain, walhal mengalihkan duri di atas jalan pun, kenapa kita pula nak buat sesuatu yang menyusahkan orang lain?


fikir-fikirkan...



Notabulan:
Aku cuma berharap sentiasa diingati Allah supaya jangan lupa, alpa dan takbur....


[autopost.suka tak?]

Jul 5, 2010

365. satu tahun eh?

kalau hari itu satu tahun. tapi aku bukan cakap pasal hari, tapi pasal follower aku... ya, nombor yang genap setahun. meskipun 60 darinya dah hilang jejak sebab aku gatal-gatal tukar URL bulan 12 hari tu, ada 300 darinya yang capaian follower semenjak aku betul-betul aktif berblog bulan satu hari tu...



melakui srkrin kecil ini, dunia aku jadi besar. luas.jauh. tanpa sempadan. dari lorong skrin yang sempit dan tiada arahnya, aku kenal kak liza, peri pia, wanie, ceroi@meniti senja, uruchimaru@kf, white girl, cik akma, dini, cikhelena, shafie, suraiza, sugar2 kapas strawberry, kak asha, embun di tengah malam...



dan ratusan follower serta ribuan blogger yang lain.... hebat kan dunia blogging? terima kasih kawan blogger.terima kasih dunia blogging! (walaupun blog aku ni blog cabuk je..)




cik bulan:


eh, tadi aku tidur petang aku mimpi seorang blogger ni datang dengan suami ajak aku keluar... peliknya...kan? sedangkan aku tak rapat sangat dengan dia pun.tak seperti peri pia...

Apr 4, 2010

dato' paduka singgah baca blog aku, wooww!!

...bukan dato' siti ataupun dato' k lah tapi...



ku rasa sebab entry ku pasal teater tahun lepas.teater tu karya beliau, dan kami pelakon-pelakonnya. dan beliau memang suka cari kat blog-blog maklumat pasal teater dan kami pernah exam dengan cara tu.buat ulasan teater berdasarkan ulasan kat blog-blog orang.sebab tu ku buat ulasan pasal 3 buah teater yang berlangsung berturut-turut tu...




kerana dia jugalah, ku berfikir untuk tukar gaya penulisanku menjadi lebih sopan...tak lagi guna "x tau,so, bile, aku," slanga inggeris dan berwarna warni tulisannya. dan akhir sekali ku rasa nak berubah, ku tulis blog dengan ayat penuh dan skema yang mungkin.walau ada caca merba nya lagi.sejak dari itu..ku insaf.hehe.




...dato' paduka dr. rosli mohd saluddin di tengah-tengah tu...




datuk paduka:safia, saya ada jumpa blog engkau...


hahhh.mapusss...blog cokia tu dia baca?ku terkesima.kaku sekejap.mataku pada matanya.


datuk paduka:hehh, apa yang kamu tulis...





ku mampu sengih saja.dan dia pun berlalu...ku malu.series.blog bodoh ku dulu..yang macam diari tu ada yang baca?dan beliau itu....yang ku kagumi selama ku di arena sastera, yang bila dia tawar ku bersajak dengannya ketika majlis-majlis tertentu nak-nak time tengku bainun datang tu..ku gila teruja.cepat-cepat je mahu itu telah membca blogku itu.hohoo..




okay, sebab dato' paduka itu..ku ingin buat sekali lagi ulasan teater itu untuk menjadi rujukan kepada penggemar teater.ye,tiga teater berturut-turut itu sungguh amaizing.betul.bukan sebab kerana ku yang berlakon, menari dan menyanyi tapi skrip mantap dan jalan cerita yang betul-betul tidak membosankan, punya klimaks yang tak kau duga serta kelakar...haha.




okay, next entry ulasannya okay?




p/s:ku suka teater.menonton dan berlakon..ku suka.ku suka juga nyanyi...


p/s/s:profile penuh dato' paduka akan diceritakan kemudian.ni ku mahu cepat.mahu pulang ke KL pula...:)

Mar 28, 2010

catatan dari hati kepada bicara dari bulan

...header kini...


salam,


ehem, ehem...agak lebih sopan dari biasa.cess.wahai blogger seantero dunia (macam fofular je blog.hehh), sila jangan pelik bila lihat blog saya yang berubah wajah 100 peratus.ye..saya bertukar selera sekarang.banyak kali sudah berubah wajah, kini berubah lagi.tapi tagline dan desciptions semua turut berubah.



mengapa?
emm...sebab saya dah lama guna identiti ni untuk blog saya satu lagi.dan, description lama tak sesuai la...sebab, saya hanya bakal guru.jadi, elok tidak digunakan secara meluas title itu, kan?



....dulu...

tajuk dulu:
catatan dari hati


description dulu:
~hanya sebuah blog tentang seorang cikgu, major bahasa Melayu yang dengan suka relanya mengajar PJ.ngeee...(T__T). Ingat pesan cikgu ye murid-murid..."katakanlah jangan ragu, asal saja ia dari hatimu...~


profile diri dulu:
hanya seorang cikgu bahasa Melayu. yang gatal-gatal pergi mengajar PJ.hoho. walaupun kadang-kadang menulis dengan agak skema tahap gaban, tapi jarang-jarang sangat dapat menulis secara berhemah, berwacana dan bermetafora bagai...minta ampun kepada encik tatabahasa.:D.apa saja dari hati,tulis saja...kasi pecahlahhhh!!





itu dulu..sekarang, ialah apa yang kamu lihat kini.cantik tak?harap kalian suka..dan dapat menambah pengunjung ke sini....(",)




sekian, pengumuman hari ini.terima kasih. (T_T)


p/s:tak reti lah nak guna windows 7 ni.print screen tak reti nak paste.tak ada button paste kat paint pun...(huh, senaknya saya ni, kan?).anyway, thanks to encik shafie sebab tolong edit header saya biar betul letak duduknya.mekacih...kalau ada kesempatan, saya belanja mcd ehh?he...


p/s/s:owh, semua dah tukar baru ni..gambar je belum.ok, will do.:)


p/s/s/s:hari ini hari ahad.hajat hati mahu pergi nonton...mahu ikut?

Mar 22, 2010

suraiza hantar surat cinta songsang lagi.saya jawab la..:D



salam...(sengih,;D)



lama bebenar ye tak update blog.banyak pula rasa nak update sampai tak menang membeli, tak alah memakai...hehh.alang-alang, jawab tag dari dik suraiza la dulu.soalannya agak ringkas tepat dan padat. kali ni beliau tanya soalan-soalan peribadi pula.hehe...jom, kasi pecahlahhh!!sebelum tu., terima kasih eh dik, sebab penat-penat karang surat cinta lawa-lawa untuk akak ni..wangi. hoho.



soalan cepu peraknya berbunyi begini;


-siapakah diri anda di rumah?
seorang pengemas rumah, pencacai buang sampah, pengganas di dapur, pembebel, pemanja macam kucing parsi.hee...;D




-siapakah diri anda di samping rakan?
seorang yang independence, tapi budak manja.hehh, boleh ke?. dan juga doktor cinta.waauuuu!!




-5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai

1.honda jazz boleh?...(berangan la kau, lesen kereta pun tak lepas lagi.haha)
2.dapat lesen kereta la dan pandu kereta laju-laju tak hengat, sebelah je dengan encik mangkuk...then, potong bm dia.sopan je, angkat tangan perlahan-lahan, lambai...komang-komang pun, cucuk-cucuk kereta dia kot belakang biar dia sakit hati (gila tinggi cita-cita tu cikgu.lesen entah bila nak lulus...last-last, bawak auto je.agagaa...)
3.beli ladtop baru kaler pink...(insyaAllah, esok akan tertunai...tu pun kalau ada sugar daddy nak sponsor.huhu)
4.photoshoot yg grand-grand dan boleh jadikan saya lawa 18 kali ganda dari yang sebenar (mak aii, gila tinggi demand budak ni.demam ke apa?)
5.blackberry kot?(tapi saya ni bab-bab telefon tak le gila bagai sangat....)


p/s:bagi saya, semua yang di atas adalah 'benda'...(dalam konteks saya la.hi...)




-siapakah nama pasangan anda?
sipolan bin sipolan (bakal diisi nanti setelah 3 tahun mencari cinta.hu..)




-ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda
tak ada pasangan, apa mahu cerita?




-bila tarikh anda couple
tarikhnya akan diumumkan kelak (sidang media akan datang, ok?gaya artis glamor tu...)





-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda
bekas pasangan la...putus tunang lah, kot?bakal pasangan...harap takkan ada.insyaAllah!




-lagu tema cinta anda
malu nak cerita la, gaya budak darjah enam je soalan. tapi masa cinta monyet darjah lima dulu, si budak hingusan tu, nama dia padli, baru je tengah tarik-tarik tali nak bercinta la konon (gatal betul budak ni ye?), dia bagi lagu ni tau...'kita ditakdirkan jatuh cinta', spring tu. then,masa tingkatan tiga dulu, sipolan tu pulak bagi lagu 'gugurnya bunga cinta' by laksamana.layan je dengar.tangkap leleh kejap...tu dulu la wey...





-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda
perubahan?nanti la tengok yang mana hodoh-hodoh tu renovate la...then,modifed mana yang senget-senget.kalau otak yang senget, kasi injection dos tinggi la, baru berubah....hu





-tag 10 rakan yg lain
Sebenarnya soalan-soalan di atas layak untuk orang yang sedang hot bercinta dan yang dah ada rumah serta tangga. saya mana la boleh jawab soalan-soalan macam tu...bukan je rumah, tangga pun belum ada, cinta apatah lagi...jadi, saya tag yang layak eh...; )




p/s:saya rindu kamu semua.muahhh....seminggu sudah tak dapat update, tak dapat blogwalking, tak dapat fb.bila dah dapat online, ha tengok tab dia bersusun-susun...hu.





p/s/s:nak ubah lagi blog saya.header....layout...description pun.tunggu eh. nanti kita kasi pecahlah



...blog saya sekarang....

!

Feb 17, 2010

template baru saya...

akhirnya.ya, akhirnya....



inilah template baru saya.






penat...saya test itu ini.saya betul2 tak pandai. bukan macam ni template yang saya nak...(amboi, demand ye kau, pia).bukan...saya suka style tulisan content dia.tapi saya tak berapa suka warna hijau untuk title post. style tulisan title post dia juga. link kat tepi juga nampak pelik.sesiapa yang baik hati, boleh tolong...tolong buat template yang cantik dan mudah untuk saya. janjinya, belanja mc d ok?



Sekarang pukul 5.07 pagi dah.saya mahu update banyak perkara lagi sebenarnya...huhh...

saya pelik dengan blog saya.sesiapa boleh tolong?

(",)


sila pelik.



tengok, saya telah dengan sengaja dan dalam sedarnya menukar template blog saya. tetapi, inilah pula hasilnya...yang atas tu hilang separuh.huhu (seperti yang anda semua lihat)


kepada yang berkenaan, sila la tolong saya...saya belanja mc d okay?





pia: ye.saya tak tipu.series.saya berjanji belanja anda makan mcd.hehe (mak saya cakap, tak baik menipu.dosa.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)