Showing posts with label myelly. Show all posts
Showing posts with label myelly. Show all posts

Jan 4, 2011

awak berminat nak jadi MODEL? jom sertai SISTA GATHERING 9hb ni!



...Hye Ladies! :) ♥♥

Sista Modeling akan anjurkan Sista Gathering yg da boom!!!

Tujuan?
1. Utk kenalkan pada peserta ape itu sista modeling, background & plans for coming 2011 :)
2. Utk membantu usahawan wanita utk mengembgkn lagi skop bisnes mereka
3. Utk membantu peserta yg minat menjadi model & lain2 yg berkenaan
4. Utk HAVE FUN!!! :D

Nak tahu details?
Jom check it out :D

Date: 9/1/2011
Time: 1.30 - 6.00 pm
Venue: Felda Villa House, Keramat, KL
Theme: Pinky Yellowish
Fee : RM50 ONLY!! :)

Apa yg anda dpt kalu dtg event ni?
- Ada Lucky Draw, Miss Gorjes Award, Door Gift, Fashion & Modeling Tips, Boutique Discounts, Photoshoot Session & Discount photoshoot sehingga 15% untuk class sista!
- Boleh pilih seat sndri mse hi tea! :D
- Setiap yg hadir akan ada mini profile :)

Tentatif??
Tadaaaaaaaaa :)

1.30 - Sista Registration
2.15 - Welcome Speech by Sista :)
2.30 - Pengenalan Sista Modeling
- Modeling Tips by Sista Modeling
3.15 - Lucky Draw
3.20 - Fashion Tips by Kusya Collection
4.05 - Hi Tea & Sessi Mesra bersama Sista :)
4.35 - Lucky Draw
4.40 - Sesi Soal Jawab bersama Sistas :)
5.00 - Sesi Jualan
5.30 - Sesi Bergambar
6.00 - Bersurai

Sape yg boleh hadir?
♥ Ladies
♥ Boyfie Ladies
♥ Adik beradik
♥ Mak ayah
♥ Sedara mara
♥ Kwn2 :)

LIMITED TO ONLY 60-70 PERSON ONLY!!!
FIRST COME FIRST SERVE!

Utk confirmkn kehadiran anda, sila emel pia dgn segera... 0179212631. No akaun akan diberikan melalui sms anda.
* Sista xkn publish list nama peserta sbb nt info event jdi pnjg sgttttt :D *

JOMMMMMMMMMMMM JOIIIIIIIINN!
:) pasti HAVOC!!

XOXO,
SISTA MODELING
♥♥♥♥♥

Organiser : Sista Modeling - Modeling Class
Official Boutique : Kusya Collection - Trendy Muslimah Apparel
Official Photog : Bulan Madu Foto



good news!
Booth soffya eshope (my elly dot com) akan turut serta pada hari tersebut!


Untuk lihat teaser photo booth, sila klik sini.





Lagi berita baik yg terkini :D
Sesiapa yg join sista gathering 9 jan ini berpeluang utk keluar magazine bulan march 2011 :) magazine ape tu?? jeng3 :D



UPDATED! 

Ada lagi 1 pihak magazine yg akan hadir pd hari tersebut :)
Tarikh akhir pembayaran dilanjutkan sehingga 5/1/2011.


[sumber: sista gathering]

Dec 25, 2010

Perfume baru di pasaran! Siapa minat MAHER ZAIN, silalah beli!

warna myelly... merah & hitam

kalau sesiapa masih ingat myelly yang selalu aku ceritakan dulu, mesti boleh agak entry ni. kalau tak ingat, boleh jejak entry-entry ni untuk berkenalan dengan team myelly.

Siapakah MyElly?

Konsert Mahabbah untuk Gaza | MyElly, Rabbani dan Nas.my

Bunting myelly untuk program 9-11 Julai 2010

 

so,berita baiknya, sekarang myelly dah muncul dengan produk baru, iaitu ME PERFUME. perfume ni diinspirasikan dari jenama-jenama terkenal antarabangsa da ia mempunyai 25 haruman, iaitu:


Woman (Red)
-Elly inspired by apple blossom
-Spring Dew inspired by body shop
-Ruhill Blossom inspired by anne sue
-Night Rain inspired by paris hilton
-Sity inspired by clinique
-Cleo inspired by victoria secret
-Bakawali inspired by lancome
-Umairaa inspired by tommy girl
-Eishaa inspired by elizabeth arden
-Rossa inspired by dior
-Yeumm inspired by paris hilton
-Lyyn inspired by apple
-Angel inspired by ken20
-Desire inspired by christina aguilera
-Acaperra inspired by britney spears
-Winter Sky inspired by jesica simpson
-Sofyaa inspired by dolce & gabbana (D&G)
-Tiaraa inspired by bulgari

Man (Black)
-Maheer Zane inspired by hugo boss
-Black Rose inspired by dunhill
-Oregano inspired by dunhill london
-Lemon grass inspired by ferrari
-Romance inspired by guess
-Galica Rose inspired by armani
-Dzikran inspired by paco rabbana


merah untuk wanita dan hitam untuk lelaki okeh



pandangan kotak depan



pandangan kotak belakang



nah, sesape peminat maher zain tu sila beli cepat. rm19.00 ajeee =]
yang tak minat maher zain pun kena beli jugak!




ehem, ehem..yang minat cik bulan pun bolehlah beli ye... hak hak hak

Sofyaa tu jenama saya = soffya eshope =]

UPDATE!
Promosi tahun baru, beli 2 awak dapat FREE POSTAGE!


untuk botol 22 haruman lain, pia update dalam next entry okeh?

pesan tahibulan:
biasalah perjalanan... adakalanya berjalan lancar, adakalanya bermasalah, ada naik dan ada turun.........

Sep 2, 2010

terima kasih sebab berada di belakang saya! ;)

terima kasih daun strawberry, 
sila sokong lagi nanti saya bagi blackberry.

wahh, blackberry? banyaknya duit nak bagi blackberry... isk, jangan cepat hilang waras ye kawan-kawan, mana mahu saya hadiahkan blackberry yang gila canggih tu, yang saya nak bagi ialah buah blackberry tu pun kalau pokok blackberry yang saya tanam belakang rumah saya tu hidup subur aman damai.... (tipu, tipu)


saya tujukan ucapan khas ini buat kawan-kawan yang menyokong perniagaan saya... beli dengan tanpa paksaan (hakhak) dan menghebohkan dengan kerelaan. terutamanya si ceroi, selalu saja like-like saya punya update, meskipun dia lelaki tak boleh beli tudung kan...muahaahaha. begitu juga customer tetap saya, naniey izan, sofie nur, dan seorang lagi blogger cantik yang selalu memeriahkan pages soffya eshope tu, iaitu ernie khong. terima kasih juga sebab membeli dengan sis ya ernie...:)


disebabkan ada seorang blogger, mengomen berkata " kenapa asyik enrty sedih saja?" kan..jadi saya cerita sikit benda gembira ni ya... hari tu myelly ada membuka tapak di KHAR, UPSI sempena sambutan kemerdekaan dan program mencipta rekod membina logo 1 malaysia dengan botol terpakai tu.. memang canggih lah kan program tu dan tersohor sebab banyak wartawan-wartawan dari TV3, sinar, dan macam-macam lagilah datang buat liputan (tapi saya sangat tak ada kena mengena di situ okay?hu)







apa kaitannya program itu dengan saya, dengan kami? pasti ada kaitannya... iaitu dalam masa yang sama, myelly yang selalu saya ceritakan itu telah menjadi penaja program ini. selain penaja program, myelly juga telah menaja makanan untuk askar-askar PALAPES yang bertugas pada malam kemerdekaan itu... :) dan saya mysoffya adalah salah satu domain yang berada di bawah kumpulan myelly :) so, soffya eshope juga berada di sana untuk mempromosikan barang-barang jualan meskipun tidak sebesar kedai-kedai lain yang ada. tapi alhamdulillah, jualan tetap juga berjalan dengan baiknya untuk 4 malam itu. lagipun yang kami target ialah mempromosikan keahlian dan produk-produk dalam myelly :)








ketika di tapak juga kami telah membuka keahlian percuma kepada semua pelajar UPSI yang berminat dengan myelly meskipun myelly sekarang masih under constructions begitu juga dengan domain-domainnya yang lain. so, sesiapa yang berminat dengan keahlian percuma ini bolehlah tinggalkan komen/ mesej di FB saya ya, nanti saya terangkan...




percuma dan berbayar pasti ada bezanya kan... tapi setidak-tidaknya kamu masih mendapat benefit yang sewajarnya dari keahlian percuma ini...ya kawan-kawan?



ha..yang ni memperagakan koleksi shawl dari soffya|eshope.comel kan?



jadi, apa tunggu lagi..nak shopping tudung/shawl cantik boleh terjah soffya|eshope dan facebook soffya eshope. kalau nak beli jubah/blaus,baju muslimah, kemeja dan tie pun boleh... selamat membeli dengan senang hatinya.. (mana-mana kod dalam siri qirani boleh buat pre-order jika stok dah habis...)


pesan tahibulan:
alah membeli, menang memakai ye dak? eh tiba je ter'saya' pulak...kikiki


bebel tahibintang:
seronoknya cik bulan menjual yer....:D

Jul 9, 2010

aku bersiaran di tapak karnival konsert Gaza, stadium shah alam..

beberapa jam kat sini.aku macam culture shock. aku tak bajet macam ni. jadi aku kelu. kau nak tahu, aku satu booth dengan rabbani dan nas.my... dan betul-betul sebelah pentas. bila dah kongsi satu booth, maka sempit. aku tak tahu lah macam mana nak masuk barang-barang mysoffya, myelly and group nanti.



apapun rasa bertuah sebab satu booth dan duduk sebelah pentas macam ni.... mungkin esok akan lebih baik. tunggu abang azrul dan krew yang lain datang. moga  ada jalan....


kawan, datang ramai-ramai. ada hadiah misteri menanti anda...dan rebat belian....jom!



Notabulan:
dah nak habis bateri....maka harus sign out.

Jul 8, 2010

Bunting myelly untuk program 9-11 Julai 2010

[myelly and group]


Jumpa kami ramai-ramai di sana ye...:) dan minta jasa baik kawan-kawan untuk promote event ni kepada semua...






[jumpa di sini...dari 9-11 julai 2010]




Notabulan:
Sesiapa rajin nak tolong buat entry pasal event ni, bagitahu aku... nanti ku bagi hadiah shawl, nak? atau nanti dapat special price membeli dengan mysoffya/myelly..macam mana? letak saja ketiga-tiga banner tu dalam entry...promotelah macammana pun....okay?


mysoffya - masih dalam proses.segala kesulitan amatlah dikesali... ku dah berapa kali buat.asyik tak kena pada mata je...hemm..

promotion konsert gaza di radio IKIM | myelly juga ye...:)

quick update:

dengari iklan ini dari pukul 6.00 hingga 6.15 petang ini di radio IKIM ye kawan-kawan!

Jul 7, 2010

Produk myElly edisi 1



Sesiapa yang minat baju t-shirt ala-ala muslimah kan, better singgah ke soffya|eshope. Ini adalah produk terawal dari myelly yang aku mula nak masukkan dalam blog sementara tarikh bertemu pelanggan adalah pada 9-12 Julai, 2010 di Stadium Melawati Shah Alam.


Mulai malam ni aku akan banyak update pasal event tu nanti untuk penghebahan. Harap kau semua faham dan bersabar kerana segala kesulitan (kemenyampahan, kejelikan), amatlah dikesali (hakhak). Jadi, jangan pandang belakang (cewah), lawati soffya|eshope dan kalau nak tengok lagi banyak produk, tengok facebook myellydotcom.


Weh, harga pengenalan sangat best.belikanlah untuk diri sendiri atau untuk mak, kakak, adik perempuan kalau pun kalau kau tak pakai eh...hehe.


Buat yang bertanya pasal website tu, nanti aku bagi quotataion harga dia camana ye.... terima kasih buat semua yang memberikan sokongan :)



Notabulan:
Aku tak berbanyak masa nak promote ni gila-gila..banyak kerja aku wehh.. nak siapkan website orang lagi, nak buat kerja-kerja pengekeranian lagi, kerja mengupload gambar lagi, nak update blog lagi.aku tidur 3-5 jam saja sehari...(hiperbola)

Jul 6, 2010

Hari Terbuka CNI III : Analisis Kulit

Ini adalah tujuan utama aku dijemput ke event ini. mak oii, gila ramai orang. dalam hati berdoa, janganlah ramai sangat datang chek..hakhak (busuk hati), sebab tak lalu ni... bayangkanlah, sampai hari ni suara aku serak lagi.


macam-macam ditanya dan nak lawan suara gelak-gempita mereka yang buat show lagi..adoii. biasanya kami diberi uniform macam doktor tu...kalau macam tu, baru nampak profesional sikit, kan...


"kome, saya beautition, bukan pakar kulit badan. kalau tanya saya pasal kenapa kulit badan anak gatal-gatal, fuhh, itu kena fikir dua kali dan suggestion adalah bukan dari produk muka lah kome, mestilah produk kesihatan. begitu juga kalau gatal di muka... bukan barang kecantikan penyelesaiannya....okay?"


ini gambar original candid oleh kak pah



itu yana... my old friends. ohh lebih tepat, adik yana

akak... kita harus tahu jenis kulit kita. jangan bila produk baru launch je kita pergi beli...


(tekstur kulit tangan adalah tekstur yang paling bagus.
seharusnya, kulit muka kita pun macam itu juga. meh bandingkan, sama ke tak?)


dan ini gambar lakonan...hakhak (itu kawan-kawan saya...)




Sesungguhnya pengalaman semalam memberikan aku lebih keyakinan. Dah lama aku meninggalkan bidan ini, sampai ilmu pun nak berkarat di otak. Scanner kulit tu pun lama dah tak pegang. rindu...rindu akan keyakinan, semangat dan sikap berani aku dulu... ke mana eh, hilang semua tu?


myelly akan dilancarkan kelak... ada sesiapa nak syorkan produk, nak join venture, dialu-alukan...:)



Nota bulan:
Tak mahu malas-malas lagi... akan menjaga kulit sendiri macam dulu...(he. tahu tetapi tidak mengaplikasikan teruk kan?)

Jul 4, 2010

siapakah myelly?

semalam, mungkin dari entry ni, orang akan tertanya-tanya apakah itu myelly? baik, myelly adalah sebuah syarikat bernama myelly dot com (M) sdn bhd dan beroperasi sepenuhnya di atas talian dan juga bukan atas talian. memandangkan portal myelly belum siap sepenuhnya, aku rasa tak wajar aku menyebarkan domainnya di sini. tunggu entry akan datang ye... :)  tapi sedikit barangnya telah aku sisipkan dalamy soffya|eshope.



sebab ia syarikat baru, tu yang buat aku agak sibuk sekarang. apatah lagi, myelly yang baru nak bertatih, perlu macam-macam... ye, aku harus menolong sebab mysoffya anak myelly...kalau ibu tak beranak dulu, macam mana nak buat anak kan? tapi dari anaklah, jadi ibu, kan? (konon-konon macam soalan, ayam dengan telur mana ada dulu tu....).



quotation harga, perjanjian, terms & conditions, itu semua perlu disiapakn segera, website sendiri lagi. aduhh, banyak kerja... tapi masih sempat tidur lewat buat entry, kan? logo pun asyik bertukar ganti sebab tidak menepati kehendak pemilik myelly.  (itu lagi kena fikir, walaupun ada syarikat yang diupah untuk buat tu...)




(logo lama myelly)



macam aku cakap sebelum ni, aku gigih belajar membina website untuk jadi salah satu tenaga pengajar di myelly dan web designernya. jadi, perkembangannya sekarang, aku dah dapat satu job untuk membina website. ini adalah kerja join venture antara aku dan seorang lagi web designer, sebab kami sama-sama baru. apapun, aku harap dapat membuat yang terbaik... sebab produk yang cuba dipasarkan ialah produk dari batu gunung berapi, dan agak bercirikan Islam.



emm, kalau kau nak berniaga (tak ada barang pun tak apa. penghantaran pihak kami yang buat, cuma perlu ada website/blog) atau nak website niaga, belajar buat website, nak sistem mesej hebahan (DMS) atau apa sahaja, inform safia/soffya cik bulan okay? - penerangannya di next entry, ye?



doakan aku... untuk kerjaya sampingan selain berniaga dan bakal guru. borang posting kan baru saja isi, insyAllah kalau ada rezeki aku ditemuduga bulan 7 nanti, dan konvoksyen, insyaAllah bulan 12.10 nanti. kawan, support aku!





cik bulan:

nanti aku perkenalkan ownwe myelly. yang pasti, bukan akulah pemilik myelly. fuhh, nak buat portal myelly, tu telan ribu riban kau, tapi aku cuma pemilik mysoffya.

dengan myelly and group, kau tak perlu lagi keluar untuk berbelanja kawan.. barang rumah, barang dapur, pakaian, cadar, pinggan mangkuk, anak patung,  buah strawberry...semua ada!



[like dan hebahkan tentang myelly, ye?]

Jul 3, 2010

Konsert mahabbah untuk Gaza | MyElly, Rabbani dan Nas.my


[ajak ramai-ramai datang ye... sambil berhibur sambil beramal...] 
sesiapa nak tapak karnival, inform aku.. aku akan cuba ajukan pada pihak terbabit, ye?


jumpa kami di karnival ini dari 9-11 julai 2010

myelly
mysoffya
mybeauty
mymoney
myhouse
mytiaraa
myfezz
myellyen
myrosess
mystrawberry


ohh pertama-tamanya itu bukan konsert kami. itu konsert mereka dan kami menumpang sekaki. umum mengetahui konsert ni kan pada 10 Julai, tapi karnivalnya berlangsung selama tiga hari, iaitu dari 9 hinggga 11 Julai. tika ni, banyak gerai-gerai akan dibuka dan kami dengan kerjasama Nas.my serta Rabbani akan mengambil bahagian. cuma, tidak tahu bagaimana kapasiti tapak tu nanti, sebab myelly cuba dapatkan penaja konsert dari sebuah syarikat korporat yang lain juga.



insyaAllah... mohon majlis dan pelancaran myelly and group berjalan lancar...:)


cik bulan:

ohh, pelancaran bukan yang grand-grand, cuma seperti pertama kalinya beroperasi...


[share ini di blog atau like sahaja]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)