Showing posts with label blog cik bulan. Show all posts
Showing posts with label blog cik bulan. Show all posts

Aug 15, 2011

Terima kasih readers walau dari mana pun korang datang ;')

kadang-kadang aku sendiri tak tahu dari mana datangnya pembaca belog ni. sebab aku memang jarang update. dan kalau update pun, aku pun tak rajen nak blogwalking. bukan sombong ke hape eh, tapi aku dah lama dah dalam dunia blogging ni. until 2008 lagi. kalau nak ikut dari blog kat fs, until 2007 lagi. so, benda-benda blogwalking, lepas tu ikut tips-tips blogging ni semua, memang makanan aku time tu.

benda ni aku selalu dah buat. sampai nak muntah dah aku rase. masa tu, macam gila bebeno nak blogging. nak kenal orang tu orang ni. tetapi apakan daya, benda ni ada naik turunnya. time rasa down, oleh sebab faktor luar yang menghalang untuk blogging (contoh ah, duduk tempat takde coverage sekian lama, dalam sebulan ke, tak dapat blogging atau sibuk dengan kerja dengan lamanya seminggu dua tak blogging). jadi, dengan kata lainnya dalam bahasa melayu kita, putus hangin, maka, segala-gala kejadah berkaitan dunia blogging tu aku biarkan, lepaskan, lalu.... berlalulah begitu sahaja...


dulu, memang rajin tahap gaban lah nak kau komen aku, aku komen kau, kau shout aku, aku shout kau, kau follow aku, aku follow kau. ah semua tu makanan aku dulu-dulu le. sebab memang teringin nak jadi blogger berjaya. cehh konon. kalau trafik naik bagai nak rak, komen berjuta-juta lemon kat entry, ahh bangga kembang hidung tak boleh tidur kot. tapi, perasaan MALAS akhirnya mengambil tempat...


so, rasa tu semua dah hilang. yang ada, saya sayang belog saya. saya nak menulis sebab saya nak belog ni hidup. belog ni ibarat perakam masa. apa sahaja cerita, yang okey tak okey nak tulis sini. ahh macam diary pun ada. dan dalam masa yang sama, kalau entry tu (update) bukan benda penting dan berfaedah tak harap pun orang baca. buang masa kau jek kan nak baca? sebab kadang-kadang update benda yang terlalu peribadi dengan bahasa yang sangat dalam. sometimes sorang tak boleh nak faham pun, jadi buat apa baca kan...?


so, untuk entry tertentu jek aku akan ping kat mana-mana. mungkin entry tu ada benda yang bermanfaat untuk kau orang baca... kan? so, bila takde update atau ping entry, tetapi blog readers masih mantain/meningkat, aku terfikir jugak, mana datangnya korang semua nihhh??


dan walaupun earning nuffnang aku tak riban-riban macam cikepal, tapi agak berbaloi lah untuk blogger separa hidup, separa mati macam haku nihh.... sebab siapa, tentulah sebab korang, readers :)


memang komen kat entry tak banyak. lagipun aku tak approve lagi komen orang dah beratus2 dah ni aku peram. sebab... nanti aku nak buat entry khas untuk menjawab soalan korang tu baru aku approve ye kawan-kawan ;)


apapun, korang sudi datang dan baca itu dah memadai... ;) nak komen ke taknak ke terpulang. yang penting belog ni hidup sebab korang. dan terpulanglah apa korang cari kat sini. nawaitu masing-masing kan?kat sini ada tips, ada tutorial, ada gossip, ada cerita peribadi.. terpulang apa korang nak baca. janji korang bahagia kat sini..;D




stay tune!!!
T___________________T


masalah bercambah-cambah kat benak. tapi aku senyum tetap senyum.okeh? ;)
ahh, kau tak payah nak memujuk sangat. tak makan dah ;P

Feb 3, 2011

adik soffya cik bulan kan? ha, kau ada?

HA HA. malu haku nihhh. macam nak masuk bawah meja. tadi tertiba aje abang aku masuk rumah, tengok aku tengah online... dia pun gelak-gelak tanya...

adik, glamour adik... budak-budak ni kenal habis. adik soffya cik bulan ork? 

mana tak tersedak aku. sebelum ni abang aku tahu je nama 'gelenya' aku tu. sebab selalu tengok aku update blog. tapi bila dia kata 'budak-budak' ni tu merujuk geng-geng dia lah. yakni, budak-budak flat nihh. adoiii, siapakah itu?


takkan lah budak-budak flat ni pun nak layan blog cabuk aku nihhh... woiitt, sape tu? angkat baju cepat!


psst..
sekarang, mak i pun dah gelak...aduhhh

Jan 15, 2011

Jom berIKLAN di blog soffya cik bulan. MURAHHh jer... nak tak?

UPDATE!

Macam dah jadi trend sekarang kan? banyak blog buat perkhidmatan macam ni. harga iklan pulak based on trafik dan pakej yang dia bagi. sama jugak dengan cik bulan. ingin memulakan perkhidmatan ni jugak, sambil membuka peluang kepada kawan-kawan untuk sama-sama menjana faedahnya. saya dapat, anda dapat. setuju?


Baik, ini trafik blog cik bulan. ohh tak best beribu-riban pun tambah-tambah lagi update setakat 2, 3 hari sekali hari tu telah menunrunkan trafik blog. kadang-kadang setiap hari lepas tu senyap sampai 3, 4 hari. tak terjaga.


Tetapi akhir-akhir ini, dah mula aktif balik dan sebab itu trafik mula meningkat dan selepas ini, dah ada tanggungajwab, harap ia dapat meningkatkan semangat untuk aku terus beraksi seperti dulu-dulu kala. buat entry macam makan coklat dan BW dengan kencang tak pandang kiri-kanan, ye dak?


 Trafik minggu lepas. masa mula-mula nak aktif blogging balik


Period: 03.12.2010-09.12.2010
Unique visitor: 1, 360
Pageviews: 3, 818


Trafik minggu ini. dah mula menunjukkan sedikit peningkatan
 
 

Period: 10.12.2010-16.12.2010
Unique visitor: 1, 705
Pageviews: 4, 978


[peningkatan trafik terbaru, lihat SINI]

Ni purata trafik minggu masa aktif berblog dulu 


Period: 11.07.2010-17.07..2010
Unique visitor: 2, 193
Pageviews: 5, 738 
(pageviews harian boleh mencecah seribu) 

Trafik bulanan yang dicatat bulan ini


Period: 17.11.2010-12.12.2010
Unique visitor: 6, 348
Pageviews: 17, 855 


KESELURUHANNYA:

Unique readers per day : 180 - 480++ Unique Visitors
Page views per day : 490 - 1, 200++ views
Monthly Unique readers : 5,400 - 6, 300++ Unique Visitors
Monthly Page Views : 14, 700 - 17,800++ views
Current Readers at one time : 1 - 25 peoples


PAKEJ PENGIKLANAN:
(pia dah update mulai 24.12.2010)

Pakej cun
- personal blog
-sebulan RM10 dengan 3 special post 
-sewa 2 bulan sekaligus free 2 minggu

Pakej vouge
-blogshop
-sebulan RM10 dengan 3 special posts
-sewa 2 bulan sekaligus free 2 minggu

Pakej style:
-personal blog n blogshop
-sebulan RM5
-tiada special post, cuma muncul secara random dalam entry pia 

p/s:
sistem barter dihentikan. sekian 


rajin-rajin drop sini :  SOFFYA ESHOPE

JIKA BERMINAT:
-emel: soffya86@gmail.com
-kalau nak sewa banyak bulan/setahun ke boleh runding ye?

sumber rujukan:
blog dini, zie dan kie-yu. TQVM

Dec 15, 2010

Entry tentang fesyen, tutorial dan tips bertudung sangat mendapat sambutan. ada request atau pendapat tak?

keyword semalam, 14.12.2010.


majoritinya tentang tudung kan? alhamdulillah, entry-entry berkaitan tudung ; fesyen, tips, tutorial dan review sangat mendapat perhatian daripada readers. ramai yang menggoogle entry berkenaan tudung dan melekatlah blog cik bulan ni.


so, ada sesiapa yang nak bagi pendapat kepada cik bulan bagi meningkatkan lagi potensi ini serta nak request lagi tips apa-apa, atau tutorial tentang fesyen bertudung ke, bolehlah cik bulan buatkan lagi dan kongsikan dengan semua... cik bulan ni okeh je. kalau cakap selalu macam samseng pun, tapi hati ni lembut bak salju. salju pun tak lembut macam ni (ni paksa gak percaya walaupun ia tak benar. hakhak)


apapun, cik bulan bersyukur sangat sebab korang ni rajin drop by sini dan sebab koranglah, trafik blog ni terjaga. okeh, ni antara tutorial dan tips tentang fesyen bertudung kat blog cik bulan ni ye. bolehlah baca dan praktikkan...


malah, kalau rasa nak share, boleh saja. cuma kreditkan ke blog ini saja okeh. ingatlah, jadilah penulis yang beretika ye? jangan jadi bodoh sombong ye kawan-kawan? anyway, terima kasih banyak-banyak.


selamat mencuba eh kawan-kawan. kalau yang elok, kongsikan. kalau tak elok, bagitahu cik bulan, nanti perbaiki dari masa ke masa =] btw, thanks a lot for reading all my entries =D


love ♥♥,
soffya cik bulan (SCB)

Dec 12, 2010

jom undi cewek berhijab cantek kegemaran anda!

comelnya kak siti berhijab, undi cepat!

nak undi siapa lagi, kalau bukan siti nurhaliza, maya karin, nasha aziz, fazura yang cantik-cantik tu kan? eh, tapi sejak bila pulak depa tu berhijab? =P olohh, silap orang lah. kelabu mata. sebab cewek-cewek yang tersenarai ni pun tak kurang cantiknya jugak. tapi lagi manis sebab dorang berhijab. jom chek it out!


UNDI MEREKA DI SINI:
-bukan aje boleh undi peserta, tapi jugak boleh ushar-ushar shawl, tudung & inner cantik. dah lah cantik, murah pulak tu tau!tambah-tambah lagi ada END YEAR SALE tau :)-



aisyah majid
85 undian


alya haduri
206 undian


jasmine hana
94 undian

atira wahid
53 undian


cik mai
55 undian


Suehoney Ziannie
 40 undian


faradeela rafique
44 undian
dya teha
279 undian


eda amisha
186 undian

fatin diyana
57 undian


 
gee jah
63 undian


mardiatul aminah
60 undian
ayu ayumie
155 undian


 nur farhana
153 undian


nabilah amalin
71 undian


Natsumi
114 undian


siti harniza
72 undian

 nurain
57 undian
siti sani
54 undian
sofie nur
83 undian


surayza
141 undian

suryani
43 undian

syafiqah
43 undian


nur syazwani
74 undian

ely yusliza
43 undian


zarifah
82 undian


ini undian setakat 12.12.2010
undian akan ditutup pada jam 12.01 a.m, 13.12.2010
ha, tinggal lagi berapa jam je kan? so, apa lagi, undi cepat kalau nak peserta kegemaran dan anda rasa layak untuk memang! blogger-blogger yang anda kenal pun ada kat situ join. so, apa lagi, undi cepat!


#klik link ini untuk undi:~
 
pesan tahibulan:
buat blogger, masih ada masa nak join GA. hingga 31 disember ni tau. senarai peserta boleh tengok kat sini... SENARAI PESERTA.

Nov 14, 2010

blog buruk

 (^,~)

sekali pandang, macam okay je. dua kali pandang, macam buruk je... tiga kali pandang, hehh, hilang selera aku. grrrr. aku tak cakap muka kau eh, aku cakap pasal blog buruk aku ni. entah, banyak sangat nak berubah selera, edit itu ini, last-last jadi macam ni.


actually, aku nak baut header yang transparent tu. baru je belajar. tapi, TAPI ye kawan-kawan, masa tak cukup. sekarang kan, 24 jam sehari pun macam 14 jam je. kadang-kadang aku tidur 2-4 jam je sehari kerana kerja-kerja yang memburu. redha je lah....kan... aku sebab kalau buat kerja, suka bagi fokus betul-betul untuk mendapatkan hasil yang macam aku nak. so, header baru, tunggu dulu.


okeh lah, aku nak tengok stok tudung baru pulak dan stok tudung yang orang dah booking. nanti aku tulis lagi... kalau nak kutuk blog aku ni kutuk lah. segala kritikan membina diterima. kritikan yang menjahanamkan pun diterima. =P


chow.


pesan tahibulan:
gua bukan kat kampung sekarang. jadi jangan gatal-gatal nak sms, nak datang rumah...:P

Aug 18, 2010

Semasa pulang bertemu kemalangan. Dasyat. Melayang baju sejuk kesayangan.Ohh!

nak kata dasyat sangat tak adalah juga, tapi sebab aku pun tak terbiasa menghadapi situasi begitu, bagi aku agak dasyat. tapi dulu pernah lah sekali terlibat dalam kemalangan kecil...baik, sebelum cerita perihal kemalangan, aku nak cerita dari awal bagaimana perjalanan bermula. kan hari tu aku ada buat entry balik kampung itu best dan menterujakan!... ha ini adalah sambungan ceritanya kawan. jadi baik kamu baca entry itu dulu dan menyambung di sini ye :]


malam itu seperti yang telah aku hebohkan, konon-konon macam aku sajalah yang terajin di dunia ini menolong kemas rumah bagai, aku pun dijemput oleh kak elly balik untuk pulang ke kuantan, sebab esok kami ada program di sana. jadi, cerita kemalangan ini pastinya bukan lah di kemaman ye kawan-kawan. cumanya, pada malam itu aku tergerak hati ingin memakai sweater putih aku yang lama dulu padahal lama dah aku tinggal kat rumah. sejuk, fikir aku.


[si baju sejuk putih]


siang esoknya, seperti biasa, merambangkan mata di bazar juadah bak kata encik M, silau itu ini, menuruti kehendak dik Paan yang perut buncit, grrr... maka berjalan pulang. bukan berjalan kaki, tapi berkereta. best yang amat membeli-belah di situ tapi mmasih aku ingat bahawa membazir itu amalan syaitonniraajinn maka, aku tak adalah membeli sakan.


[ ketika balik dari pasar juadah..]


malam itu pula, aku berbuka puasa dengan cukup riang sekali memang tak ingat kau langsung sebab berbuka kat kampung kan... mak kak elly masak ketam cili api. dah apa lagi, bantai cukup-cukup. memang berselera tapi...dalam hati, masih rindu masakan emak kat kampung. aduhai...rindunya... selepas berbuka, macam biasalah ke trawikh dan yang paling bestnya ialah surau dia depan rumah je. maka, bersama-samalah aku dengan warga tua semuanya di situ...


kemudian, balik tu, melepak punya melepak, aku yang dah mengantuk ni pun melayarkan bahteraku dahulu hinggalah gelak ketawa kak elly yang geli hati pasal apa pun tak tahu, telah menjahanamkan mimpi indah aku tadi. jadi, sekitar 12.40 a.m kami bergerak semula ke tanjung malim. katanya abang azrul, bas malam memang macam ni. grrr...bas sendiri ye dak... dan malam itu juga, hati masih tergerak untuk memakai sweater putih walaupun sudah berlengan panjang.


ketika inilah cerita bermula....kamu tahu tak Sungai lembing, Kuantan? panching? kalau tahu, angkat baju cepat. eh, eh...angkat tangan atau angguk laju-laju. ye, bagus. malam memang pekat hitam. mata aku pula terang sebab tadi dah beradu kan. kalau tak, memang awal-awal lagi aku dah melayarkan mimpi...masa melepasi sungai dekat bukit Kuin,tiba-tiba...


abang azrul u-turn balik. eh eh kenapa, kenapa...??ada orang terbabaslah jawabnya abang azrul. masa tu aku naik curiga juga, adakah ada sandiwara semasa? yelah kan...macam kamu tahu, banyak betul kemalangan tipu untuk merompak, merogol dan sebagainya kan. jadi, aku was-was juga sebab tadi aku tak nampak apa-apa, tapi rupanya memang ye. teruk. pokok patah...kereta jahanam kat depan tapi malangnya aku tak tersempat nak ambil gambar kejadian.


abang azrul dan kak elly bergegas memberikan bantuan sebab masa tu tak ada sesiapa lagi yang nampak. dua orang perempuan. kasihan sungguh. ish, kalau aku lah, memang pengsan dah ni. yang memandu pula tak ada lesen, katanya baru ambil kawan dari stesen bas kuantan. yang si kawan tu pula memang kesakitan. sebab dia pula tidur tadi, jadi tak sedar apa-apa, so memang terkejut lah kan. tengok kenderaan dia, macam penumpang teruk, tapi alhamdulillah dua-dua okay. cuma, si pemandu cedera di lutut dan si kawannya, lemah sangat jadi, kak elly pangku saja dia.baringkan dia atas riba...aku agak, dia ada kecederaan dalaman. sebab darah memang tak langsung, tapi mesti belakang dia terhentak kuat kan...


kasihan aku tengok si pemandu tu. dari gayanya, aku agak dia ni memang berani. gaya pun agak kelakian. dua-dua anak remaja, aku agak baru 20 tahun, atau sebaya-sebaya aku. yang pemandu tu memang menggelabah sebab dia tak ada lesen, kereta rosak teruk, dan kawan dia pula sakit macam tu. aku faham perasaan dia... masa tu dia berkali-kali cakap...


"saya tak pandu laju. dalam 60-70 saja sebab saya tahu malam. saya pun tak tahu, mula-mula ada benda melintas, mungkin babi (khinzir), saya elak, lepas tu ada sesuatu macam benda putih terbang, saya terpegun tengok...lepas tu saya tak dapat control kereta dah..."


lebih kurang macam itulah katanya dia. orang-orang yang ada kat situ pun percaya cerita dia sebab situ memang banyak kes macam tu berlaku. kata mereka, iblis lah tu...ohh misteri sungguh. kamu pernah menghadapi situasi begini tak? janganlah... minta simpang malaikat 44.taip kat sini pun aku dah rasa ngeri, seriau semacam, apatah lagi menghadapi.isk.


melihatkan si kawan yang terlentang, dan agak seksi, jadi aku pun buka sweater putih yang aku pakai... aku hamparkan menutupi dia. maka, sehingga ambulans datang pun, sweater itu bersama dia dan selamatlah sudah, sweater itu pergi dalam kenangan. bye bye sweater putih, semoga kau akan terus berbakti. actually, aku sayang baju sejuk itu sebab ia selalu jadi penyelamat bila nak cover baju lengan pendek, atau dalam kesejukan. yang aku selalu bawa ke mana-mana, ke genting, balik kampung...satu lagi, ia tak besar. selesa pakai. tapi mungkin itu takdirnya...jadi, selamat tinggal sweater putih...


selepas ia selamat dibawa ambulans (kira-kira sejam selepas kejadian), kami pun meneruskan perjalanan. aku tidak lagi tahu apa perkembangan mereka...bagaimana kesudahannya dan di mana kini si baju sejuk kesayangan..tapi aku harap, mereka merasai kasih sayang aku dalam baju sejuk putih itu. tak ada apa yang boleh ditolong untuk meringankan penderitaan mereka, hanya itu sahaja....mungkin itulah hikmahnya. kenapa hati begitu tergerak nak pakai, rupanya ada rahmat yang menanti. rupanya si baju bakal berbakti...


apa yang aku harapkan, mereka berdua selamat hendaknya dan tak ada apa-apa yang teruk...itu satu. satu lagi, kereta itu.aku tengok mak budak tu bukanlah orang senang. agak-agaklah sebab memang tak boleh cover insurans (tak ada lesen), berapa habis tu nak baiki kereta. aku tak boleh weh...memang aku jenis fikir itu dulu sebab aku tak boleh tengok macam mak aku sendiri pun susah sebab aku. jadi, bila aku tengok mak dia susah-susah datang masa tu, susah hati pasal anak lagi, pasal kereta lagi, kasihan sangat... harap ibu itu tidak menaunggung bebanan yang besar akibat kejadian itu...


jadi, kawan-kawan...nasihat aku...

  • jangan memandu tanpa lesen.jangan kawan. masa kau memandu tu kau tak fikir lagi akibat dia sebab tak jadi apa-apa lagi, tapi bila jadi apa-apa, masa tu baru kau menyesal tak sudah.kalau kawan kamu mati tika itu, kamu juga boleh dicas menyebabkan kematian okay...tak silap akulah...
  • bila memandu selalu beringat.banyakkan membaca nak-nak malam kan. macam-macam ada nak kacau kita. adik paan cakap, kata bulan ramadhan tak ada syaiton, tak ada hantu? eh bukan, bukan ia tak ada, tapi power atau keterbiasaan dia tu terbatas.itu saja. jadi, beringatlah banyak-banyak..
  • ni nasihat untuk aku juga. silalah pakai elok-elok dalam perjalanan risau takut jadi apa-apa, sadis sangat. contohlah, pernah mak aku cakap ada orang jatuh motor, tapi tak pakai underware.huhhh, dasyat.jangan ye kawan buat yang pelik-pelik.
  • membantu selagi termampu. macam kak elly dan abang azrul...meskipun dah terlewat perjalanan, tapi masih juga duduk di situ membantu. aku respect mereka ni bab tolong orang...sangat tip-top. susah macam mana pun mereka cuba...

itu sajalah kot aku nak cakap...jadi kawan-kawan sama-samalah kita mengambil iktibar dari peristiwa ini ya... semoga kita selalu dipayungi rahmatnya. ops sebelum terlupa, saya dah update sidebar blog ni. kat situ, semua entry tips, tutorial, sharing dan fesyen bertudung yangaku pernah buat aku listkan, jadi, kamu hanya perlu klik-klik saja untuk membaca ya... selamat membaca dan mencuba kawan-kawan. semoga penulisan-penulisan aku itu bermanfaat....:]


Notabulan:
Tips ke, apa-apa saja boleh dicilok...asal dinyatakan sumber dari mana ia diperolehi. Ketelusan anda dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih ye kawan-kawan...




Notatahibintang:
nikmatilah hidangan resepi aku yang begini...satu entry saja satu hari dan pastinya agak panjang...baca mana yang nak kamu tahu, skip saja jika ia tidak perlu bagimu...tapi jangan lupa untuk meninggalkan pesan juga jejak. dan selalulah berkunjung kemari. ohh ye, autopost selalunya jam 8.00-9.00 am setiap hari..:)

Aug 15, 2010

trafik steady dan maintain. lebih dua ribu UV sehari.

eh, bukan 500 UV sehari, tapi lebih dua ribu kau. ha...dua ribu rupiah....jangan panik ya. ops kawan, jangan terkejut dulu. sila lihat bawah ini dan kau pasti faham yang blog aku bukan blog popular cuma aku selalu buat-buat popular je.T_T 2000UV? kirim salamlah nak dapat. kalau tak rajin buat entry dan ping blog memang tak ramai UVnya...ohh sekali lagi, maaf telah mentipu anda bulan-bulan puasa ini dengan tajuk itu.grrrr...T_T.bohong sunat..grrrr...


[trafik dari 06 ogos-12 ogos 2010]


macam sekarang, aku sibuk dengan kata lainnya, busy body (hakhak) maka dapat buat satu hari satu entry kira okaylah untuk jaga trafik dan nuffnang tak merajuk kan...alhamdulillah, sekarang masih ada 7 BE yang sedang berjalan, meskipun ciput-ciput tapi tak apa lah kan, dari tak ada.


paling penting, trafik maintain, mendatar...hehe. mesti kau cakap, alah 100++ UV pun nak kecoh? eh tak..bukan aku suka menunjuk-nunjuk time UV aku cecah 400++ UV je, tapi masa sikit macam ni pun aku nak kongsi juga, sebab apa, sebab maintain. bagi aku ini pun dah kira okay untuk aku yang bukan lagi blogger tegar sekarang. tak berapa nak tegar dah, tapi yang pasti aku SAYANG blog aku dan kamu-kamu semua...


ohh hari kalau kamu baca ini, aku masih away... di mana? tak di mana-mana pun. masih dekat dengan hati-hati kamu juga.grrr...(perasang,perasang!). cuma dunia aku tak lagi macam dulu.dulu kalau tak hadap blog, rasa macam lemah separuh badan, tapi sekarang, tak terasa sangat suma bila dapat saja peluang, harus, memang harus untuk update mana yang patut dan blogwalking...rindu kat kau lah punya pasal, kan...T_T


apapun, blog aku dah 100% bertukar wajah. dah warna-warni.aku pun tak tahu kenapa aku boleh berubah sedemikian rupa. penulisan aku...dengan template-template blog 100% tukar, padahal aku sebelum ini terikut juga dengan blog yang skema yang putih mendatar. alah, apa-apa sajalah, kan... eh, kawan..kalau tak suka tengok blog macam begini, bagitahu aku cepat-cepat ye??


seperti musim, kadang-kadang prinsip manusia pun boleh berubah-ubah...


mungkin sebab itu..bila ada angin yang bertiup, bila musim berubah...aku pun harus berubah. kadang-kadang, perubahan iotu kecil, tapi besar maknanya macam sekarang, aku sudah tidak lagi tidur lewat bersengkang mata menghadap ini kerana ingin berstamina keesokan hari...


malahan, aku rasa hidup ini lebih bermakna sekarang.uhh, aku pernah rasa rindu pada diri yang dulu, dan kini aku rasa diri itu kembali.yergh!! seperti juga warna kegemaran...dulu, aku cintakan PINK/MERAH JAMBU tapi kini rasa cinta itu berkurangan. ye, aku sudah tidk algi jiwa auu auuu tapi sudah jadi garang. suka merah, oren..grrr...mungkin sebab dia banyak mengajar aku erti 'kuat' dan 'tahan'.ye, sebab selalu diprovokasi dan selalu dibuli.hehhh.tak apa,

ada ubi ada pengat,
ada hari aku ingat.


apapun, selamat meneruskan ibadah puasa...moga kita dapat mengambil sepenuh kebaikan bulan ini...:) maafkan aku kalau ada tulisan aku semalam-semalam dan hari ini mahupun akan datang bisa membaut kamu tersentap dan melukakan hati kamu.maaf...:|


ohh sebelum tutup entry, ini sedikit gambar bahagia aku dengan family kedua... iaitu pada hari lahir k.elly yang ke-17 (hakhak) pada jam 12 malam,08 ogos hari tu malam kami nak perrgi ke genting keesokan harinya. [17 tahun-atas kek tu tulis macam tu eh...:D. eh sebelum tu nak cakap, aku memang langsung tak sempat make up apa-apa sebab ini suprise party sebenarnya...bedak secuit, lipstik secolek pun tak sempat. maka terimalah prestasi gambar tak semegah, aku si budak hitam.grrr]


layannn...:]

birthday k.elly
sweet 34st

birthday girl dan suami

ohh ini kami yang gedik dan selalu over T_T

aku pegang kucing tapi seba ia hitam itu berkualiti, maka tak nampak sangat mek tam aku tu :P

nak menyibuk, tapi tak sempat


nah, ini bunga dia.hubby dia kasi. ohh aku bila lagi?hehh
(teringat tragedi sejambak bunga tahun lepas...)


Notabintang:
Mengerjakan sesuatu yang kamu minati, kamu ketahui pasti sangat asyik dan menyeronokkan, bukan?

Notatahibintang:
Aku rindu kawan-kawan lama....dimanakah kamu???

Aug 10, 2010

bukan bermoral sangat pun...

lantaklah. tak tahu bila masa aku tukar penulisan aku menjadi ala-ala tidak bermoral ni. entah. pengaruh jin mana pun tak tahu.mungkin syaiton laknatullah sedang bermaharalela..ohh ye ini hanya penilaian diri sendiri ye..bukan kamu yang cakap.bukan dia yang cakap :| tiba-tiba terfikir macam itu bila singgah macam-macam blog, dan mungkin ada membaca tulisan yang bisa membuat sentap sekejap, jantung berlari-lari laju 150 perminit seperti seperti dalam entry ini.



bak kata pelatt, makin banyak kau baca blog mengarut, makin banyak kau nak mengarut. makin banyak kau baca blog mencarut, makin banyak kau nak mencarut. setuju tak? sama lah juga, makin banyak baca blog bermoral makin lah kau nak bermoral, kan...? T_T



pelatt yang berlagak albert eistein yang hodoh.


yang pasti, aku belum sampai tahap mengarut dan mencarut serupa itu kan pelatt...eh, tapi dalam macam-macam ni pun, kamu dapat sedikit sebanyak info, tips dan pedoman dari blog aku kan kawan? cepatlah cakap ye..karang aku sentap dan tutup blog ni karang...


bermoral sangat pun tak, mengarut sangat pun tak. sedang-sedang, boleh? tapi ejaan, titik berat skema bagai bhai...:)


Notabulan:
Pelatt pun dah sedikit insaf sekarang.kena sampuk dengan apa pun aku tak tahu.grrrrr....

Notabintang:
seharian kat luar tak sempat online pun...maka terimalah sampah ini. nak upload dan cerita pasal genting pun tak sempat ni...

[entry ditulis pada 20 julai 2010]

Jul 25, 2010

cik alexa jatuh anak tangga!

laporan kemalangan jatuh anak tangga secara melampau oleh blog soffya cik bulan. wah, memang melampau, diam-diam dah jatuh menjunam. ye, 24.07, blog soffya cik bulan jatuh 1000++ anak tangga (baca gaya penyampai kedudukan anak tangga dalam muzik-muzik ye kawan), dalam ranking blog-blog di Malaysia. manakala, kedudukan dalam kalangan blogger seantero dunia pula jatuh beberapa ratus ribu anak tangga. :]



fuuuhh, kalaulah memang anak tangga tu gaya anak tangga bangunan KLCC tu, mahu semput nak turun naik ni... nasib baik bukan, kan? okay, ini laporan berkala tentang rangking Alexa aku ye..lihat sini...


 18 Mei 2010


4 Julai 2010


8 Julai 2010


dan ini yang paling latest...

 24 Julai 2010



yang lain bezanya berlakunya penurunan kan...tapi satu je beza kali ni iaitu sites linking, berubah iaitu bertambah dari 1 ke 7, apakah itu ertinya kawan? ada sesiapa boleh bagitahu? 


lagi bebelan dan kemengarutan pasal alexa boleh klik pada link yang tersebut...




Notabulan:
Ini bukan kisah cik siti bawa payung...eh.

Jul 23, 2010

tips nuffnang | kenapa tak dapat-dapat burfered earnings?

okay, tadi aku blogwalking... jauh berjalan luas pengalaman kata orang. jadi, aku jumpa satu blog ni, iaitu blog KIE-YU yang memang selalu paste link dia kat facebook aku. aku selalu masuk pun cuma jarang-jarang tinggal komen...mungkinlah...


tadi, aku banyak masa dan memang niat nak blogwalking je malam ni, maka aku geledah entry-entry dia, dan aku jumpa pasal NUFFNANG, iaitu kriteria-kriteria yang membolehkan kita dapat advertorial dari nuffnang tu. apa lagi, ternganga lah aku baca kan...dan aku geledah link yang dia bagi tu...iaitu blogger wanita berjaya, kak red, itu tak payah cakaplah, fofular seantero dunia, kan?


manakala satu lagi link, iaitu perondajaketbiru. aku baca tips dia bagi sampai faham, dan terus geledah lagi blog-blog yang related post dengannya tu kan, yang pasti pasal nuffnang, iaitu luckystrik dan hilalazmi. memang hati ni meluap-luap nak baca tentang tips-tips tu, tu yang rajin geledah...


bila dah berjalan satu-satu ni, maka banyaklah tips yang berguna boleh dapat kan...?? dan kenapa trafik kita cantik, tapi kadang-kadang tak dapat-dapat burfered earnings tu juga telah berjawab...apa sebab? sila klik bawah ni kuat-kuat untuk tahu sebab-sebab dan berjumpa dengan pelbagai tips...:]


sharing | menggeledah tips nuffnang dari blogger best

[dengan tagline...gerenti terhangat di pasaran]




Notabulan:
best rasa blogwalking malam ni...terima kasih sangat-sangat buat yang tersenarai di atas...:)

Jul 19, 2010

burfered earnings bertambah lagi.alhamdulillah :]

[nampak iklan-iklan macam ni dan sebagainya silah klik...]


mula-mula nak cakap, tolonglah klik mana-mana iklan dan tengok iklan free tu weh... nak-nak pendatang dari google yang suka search kat google "soffya86" atau "soffya cik bulan" (eh aku tahu, aku boleh detect lah) juga dari facebook yang suka intai blog aku ni...



eh, suka blog aku kan? (perasan,perasan). baik klik, karang aku tak nak mengarut kat sini dah.... (ugut, konon)



lama dah tak dapat, jadi malas lah nak chek dan lebih excited nak chek analitik je di nuffnang. sedar tak sedar, masa DINI cakap dapat burfered baru untuk iklan celcom, haihh, teringin juga nak chek sebab tengok iklan dia pun selalu je tertayang-tayang kat blog ni. chek, eh ada.. satu, celcom punya juga.


 [BE yang sedang berjalan...]



lepas tu rasa nak usaha gigih maintainkan trafik. target 200 unik saja sehari, sebab nuffnang ni mengikut DINI, ia bukan kira berapa banyak trafik tu..bukannya nak gempak habis, tapi mesti maintain. contohnya, kalau 40 unik, maintain lah selalu macam tu, itu berdasarkan fahaman aku lah.



disebabkan keyword menjadi, ada hari naik dekat 500 unik, (naik mendadak. tak cun).esoknya, turun dekat 400, esoknya turun lagi 300 lebih sikit je dan seterusnya maintain 200 lebih setiap hari sampai semalam. itu yang suka.. hujung minggu tetap maintain berapa yang aku nak. selalunya, payah bukan main...



alhamdulillah.... rezeki segala-galanya dari Allah.... moga burfered earnings (BE) aku terus bertambah dan aku nak buat giveaway untuk pengunjung setia blog aku...:] sekarang, yang celcom tu dah jadi ME pun tapi nasib baik, BE hari-hari bertambah satu-satu sampai jadi empat...dan ia sedang berjalan sekarang..... :)


[BE yang dah jadi ME....]



Notabulan:
ingat, harus maintain trafik supaya BE (pendapatan terumpuk) akan berjalan selalu dan tak jadi metered earnings (pendapatan meter)


THANKS NUFFNANG!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)