Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Jul 31, 2010

renungan | sekali-sekala, muhasabah diri

 memohon ampun..itu yang terbaik..;]

Adakah kita orang yang lupa, lupa nikmat dari-Nya hingga lupa untuk bersyukur? bacakan ini..semoga menginsafi diri... ohh mungkin itu hanya kisah sang suami yang tidak menghargai, tapi sebenarnya, jika direnungi, ia lebih dari itu..moga sama-sama menjadi pedoman kawan :]

********

TAJUK :DIARI SEORANG ISTERI...

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari.

Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. 
Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati. Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. 
"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. 
Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. 
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. 
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... 
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. 
Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...
YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

[Dipetik dan dibahsuaikan daripada Facebook cikgu Kamal]
*********
sob sob sob..sedih baca ni...memang menyayat hati tak pasal-pasal malam ni ada cerekarama free. kawan-kawan, hargailah sesuatu itu sementara ia masih ada...kalau nak lagi renungan, baca cerpen ini, PULANGKAN. lagi sedih dari ini.. tapi aku rasa lebih logik cerita pulangkan ni. kenapa, baca sendiri... semoga sama-sama menginsafi :)



Notabulan:
Iya..bila dah tak ada, jangan ditanya lagi, ia dimana? kan...?

Notatahibintang:
Sebab tu takut sangat dapat kekasih panas baran... lelaki, awak kan pemimpin, mana boleh terburu nafsu, ye tak?

Apr 4, 2010

mencari kirana

salam,

sesiapa yang pernah baca kat piabucuk.blog.friendster tempat mula-mulaku belajar berblog itu atau pernah baca cerpen ini di penulisan2u, abaikan okay. kisah cerpen ni hanyalah rekaan semata-mata, yang dicipta semata-mata untuk memenuhi keperluan assigment saya masa semester 3.


Baca lah, mungkin tak menarik sangat, tapi penuh dengan pengajaran sebenarnya.buat kamu semua, bercintalah selagi masih ada rasa itu, selagi masih dikurniakan perasaan untuk mencintai dan menyayangi. tapi janganlah bercinta hanya mengikut rasa.



Indahnya dunia sebab kita dikurniakan rasa untuk saling kasih mengasihi bukan? cerpen ini juga didedikasikan buat ini sesiapa yang masih ada ibu dan bapak...(ramai yang masih ada kan, tapi ramai manalah yang menghargai mereka...) teman, sayangilah mereka dengan sesungguh hati...Percaya dalam hati, bahawa kita tetap permata mereka walau siapapun kita...Percayalah!!



##############################################



MENCARI KIRANA
‘dan bila suka berganti duka, hilanglah bahagia, datanglah sengsara...'



Satu perjalanan yang sepi. Itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan hidupnya. Bukan dia ingin meratapi, bukan juga ingin menyesali, namun hanyan sekadar mengimbas kembali suatu perjalanan yang bernama kehidupan. Inilah sebuah kisah tentang meluka dan dilukakan...tentang sebuah kisah mengecewa dan dikecewakan...


Lembut tiupan angin bayu selatan perlahan-lahan menenggelamkannya bersama suatu kenangan...


Dia masih ingat...


Permulaan hidupnya hanya sebagai anak petani yang hidupnya serba susah, yang hidupnya serba daif. Namun, hidupnya tidak pernah bergantung pada simpati orang. Ayahnya gigih, ibunya jua gigih dan kerana itulah dia jua menjadi seorang yang gigih. Sifat ini terus membesar bersama dirinya dan mengalir kemas dalam tubuhnya.


Walaupun hidup keluarganya hanya secukup ada, namun itu tidak menghalang cita-citanya untuk semakin mekar. Ibarat bunga yang mekar ditaman, sentiasa mengembang dan mempesonakan, begitulah impian dirinya yang telah sekian lamanya tertanam. Namun, itulah jua janji serta harapan orang tuanya yang telah dia persiakan...


Semuanya kerana Kirana...


Kerana Kirana, dia jadi begini. Kerana Kirana, dia kini bukan siapa-siapa lagi. Ye..kerana Kiranalah, tiada sudah apa yang dia pertahankan selama ini, matlamat, maruah dan harga diri semuanya hilang bak debu-debu yang bertaburan...Semuanya kerana satu perhubungan yang tidak pernah dia rencanakan.


Benar kata seorang sahabat, jika kita tidak menginginkan sekalipun akan sesuatu, kalau tuhan sudah menentukan begitu, maka begitulah. Jika dia kata jadi, maka jadilah. Dan pastinya perhubungan itu membawa dia pada satu daerah yang sangat asing, yang terlalu tidak akrab buat dirinya...yang telah mengubah perspepsi, mentaliti dan personalitinya... daerah itu sangat indah jika dibajai dengah keikhlasan dan kejujuran, namun sangat membahayakan dan menghancurkan jika dialuri dengan kebuasan nafsu syaitan.



Itulah daerah yang dinamai sebagai daerah percintaan...menyeronokkan bagi yang bahagia, mengsengsarakan bagi yang tidak menggapainya...



Dia anak watan 70-an. Jua anak laut yang tidak mengerti apa-apa. Kemajuan, kecanggihan teknologi mahupun fesyen terkini bukanlah perkara biasa buat dirinya. Namun setelah penghijrahan dia ke ibu kota dia mula mengenali semuanya itu.



Perginya bukan bersahaja, tapi ingin mencari pangeran hatinya yang telah lama menyepi.

Pengeran itulah yang telah mengenalkannya pada cinta suci itu dan kemudiannya meninggalkan dia dalam duka. Lara hatinya tidak dapat diubat lagi. Dia perlu, harus dan mesti mencari....lalu dia mula berhijrah pada suatu penghidupan yang benar-benar mengajarnya kehidupan dunia moden yang seawalnya dia terasa begitu ralat dan canggung.



Dia ingin terus mencari, tiada kenal putus asa. Kerana dia tahu, Kirana pergi bukan kerana dia tidak cinta, Kirana pergi bukan kerana dia tidak lagi sudi dan dia pasti amat Kirana pergi bukan kerana Kirana sudah mula membenci, tetapi Kirana pergi kerana dirinya yang dulu tidak mengerti. Kirana merajuk hati...


Dan dia ingin memujuk Kirana agar kembali, tapi mungkinkah dia?Dia yakin dan percaya. Kerana itu, dia rela mempertaruhkan nasibnya...


Itulah Arjuna...Mula lupa akan cita-cita yang dulu dia kembangkan, dia mula lupa pada mata kedua-dua orang tua yang mengalirkan seribu kepercayaaan dan mula lupa tangan yang pernah mendodoikan. Dia tetap ingin pergi, ingin mencari pangeran hatinya. Tapi ibu tetap rela dalam terpaksa kerana sayang. Begitu jua ayah. Ayah tetap merelai dalam pesan. Nasihat ibu dan ayah mengiringi penghijrahan Arjuna. Arjuna angguk, Arjuna faham...


Tapi Arjuna lupa, perginya itu bukan sebarang pergi. Dia sebenarnya telah menggali lubang yang maha dalam buat dirinya. Dia sendiri jua tidak tahu untung nasib dirinya nanti, namun dicekalkan jua hati sendiri demi mencari Kirana. Dia tekad yang dia tidak akan berpaling lagi.
Arjuna tiba di ibu kota dengan sekeping kertas putih. Arjuna masih ingat pesan Rogayah, itulah alamat yang perlu ditujui apabila dia sampai ke Kuala Lumpur.



Kota itu terasa begitu asing buat Arjuna, apatah lagi hentian Puduraya yang sebegitu menyesakkan. Arjuna mula teringat akan kampung halamannya, yang terasa begitu nyaman dan menenangkan. Ingatannya tenggelam dalam kesyahduan deruan ombak pantai Teluk kalong. Pokok Nyiur sedang melambai-lambai lembut, seolah-olah menggamit kepulangannya. Rindu tiba-tiba datang bertamu...



Tetapi, itu dahulu. Saat mula-mula dia ke sini. Namun, kini tidak lagi. Kampungnya sudah tiada makna pada hatinya, ibu dan ayah sudah mula luput dari ingatan. Arjuna datang mencari Kirana, namun Arjuna yang sebenarnya kehilangan dirinya. Arjuna tewas dengan godaan dunia.



Tidak terduga oleh Arjuna apabila sekali lagi cinta itu bertamu dihati. Dan cinta Arjuna bukanlah cinta seperti dulu. Cinta Arjuna kini sudah berganti anekanya. Tiada lagi cinta suci, tiada lagi cinta sejati, yang ada cinta nafsu-nafsi yang menyeronokkan dalam kesengsaraan. Arjuna tewas. Pangeran hatinya dulu telah dilupakan. Begitu jua cita yang dikobar-kobarkan selama ini.


Dulu, arjuna pernah berjanji akan mencari Kirana kerana Kirana punyai cita-cita yang sama, punyai pandangan yang sama tentang kehidupan dan jua Arjuna tahu bersama Kirananya, rencana itu dapat diteruskan.


Tapi, hanya kerana pertemuan dengan Arif di hentian Puduraya yang tiada mengerti apa-apa, Arjuna mula kelam dalam ketandusan. Arjuna terjebat dalam cinta terlarang. Dia tidak lagi mengerti akan hakikat kehidupan yang dicari. Pesan ayah dan ibu tiada lagi berbekas di hati.
Arjuna pernah terasa berdosa. Tetapi perasaanya itu sering hilang begitu sahaja.



Arjuna seronok begitu, seronok dengan kehidupan yang baru ditemui ini. Arjuna suka kehidupan yang tiada kongkongan adat resam, tidak ada pantang larangnya dan bebas sebebasnya berbuat apa sahaja. Arjuna seronok kerana Arjuna tidak pernah menemui kehidupan sebegitu. Malah, Arjuna juga tidak lagi sesuci Arjuna Kirana yang dulu.



Arjuna hilang harga diri yang dipertahankan kerana bercinta dengan mengikut kata hati. Namun, jauh di sudut hatinya, tersimpan dendam yang amat dalam. Arjuna marah, Arjuna benci, tapi apalah daya Arjuna...malah tiada siapapun yang dapat mengerti akan isi hatinya kini.
Arjuna kini juga mempunyai ramai teman baru, berbeza dengan dirinya di kampung dahulu.



Inilah yang Arjuna harap-harapkan. Arjuna lupa bahawa dia sudah jauh menyimpang. Arjuna tenggelam dalam keseronokan dunia sementara. Tiada lagi cinta suci Arjuna buat Kirana...



Dan sekali lagi tuhan ingin menguji...



Arjuna, gadis sunti di ambang 20-an, punyai raut wajah yang mempesonakan, senyuman yang begitu menawan dan renungan yang begitu mengasyikkan mula rebah kebumi. Kekuatannya yang dulu begitu sejati dalam dirinya, hilang tiada berpesan. Sepancar kilat sesalan itu datang dan Arjuna benar-benar ingin kembali namun masih bergunakah...



Arjuna menangis esak, beratap raung...namun hakikat hidup, yang pergi takkan kembali. Ayah dan ibunya pergi tanpa melihat puteri kesayangannya berbahagia dengan pangeran hatinya, pangeran yang dikejar dan dinanti selama ini. Bukan sahaja mereka pergi tanpa mengetahui khabar tentang Arjuna tetapi mereka jua pergi tanpa sempat melihat Arjuna mengotakan janjinya...


janji yang sering meniti di bibir Arjuna semenjak kecilnya lagi...dan tahukah mereka bahawa puteri itu kini sudah tidak setia pada janji...


Arjuna tersentak tiba-tiba. Dedaunan mempelam yang berguguran menyapu lembut wajahnya. Arjuna mendongak. Sepantas kilat ingatan itu memutar kembali kenangannya tatkala melihatkan bebuah mempelam di hujung dahan.



Di sinilah episod cinta itu benar-benar berakhir, berakhir dengan esak tangis Arjuna. Arjuna benar-benar kehilangan Kirana...


Kirana pulang. Sebetulnya, Kirana sudah lama ingin kembali ke kampung halamannya, namun langkahnya sering terhenti. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang menghalang. Terasa masih ada lagi yang ingin dia buktikan. Namun, kerana rindunya pada Arjuna, gadis yang diikat dengan kasih sayangnya dahulu dia melangkah jua pulang. Kampung Telok Kalong baginya tiada banyak berubah. Dan dia harap-harap gadisnya jua begitu.



Namun, kecewanya Kirana bukan kepalang. Mendengarkan cerita dari temannya Sudin, Kirana terkedu. Terasa sayu dihujung hati, mengenang Arjuna yang tidak berpegang pada janji.


Bertambah sayu lagi apabila mengetahui Arjuna pergi kerana mencari dirinya sehinggakan lupa pada ayah bonda tercinta. Bagi Kirana, Arjuna tidak perlu begitu kerana dia sendiri telah berjanji yang Arjuna tidak akan sekali-sekali dia persiakan. Lagipun Arjuna gadis desa, yang kuat berpegang pada budaya dan adat. Tidak seharusnya dia berkelakuan begitu.



Marahnya semakin bertambah tatkala didengarinya cerita bahawa Arjuna sudah jauh berubah bila ke kota. Minah rewang, minah ligat... aduh, pedihnya hati...


Yang paling disesali, Arjuna sanggup mendurhakai ibu ayahnya yang dahulu Arjuna sentiasa utamakan. Kerana cintakannya, Arjuna sanggup meninggalkan mereka. Malah, kerana hidup di ibu kota yang selesa, Arjuna mula lupa kedua-dua insan yang dulunya tempat dia bernaung kasih dan sayang.


Astagfirullahalazim Arjuna...



Berlainan dengan Arjuna...
Saat melihatkan Kirana, Arjuna mula lupa diri. Lupa akan khilaf yang pernah dilakukan. Kerana rindu yang telah lama terpendam, dia bagaikan histeria. Perasaannya membuak-buak ingin memeluk Kirana. Dia ingin meluahkan segala rasa yang terbuku. Dia tahu Kirana pasti mengerti akan hatinya. Dia tahu cinta Kirana adalah buatnya.



Namun, pelukan Arjuna itu tidak berbalas, terasa longgar. Dia mendongak, memandang wajah Kirana. Air mata Kirana berkelompok di mata. Arjuna mengerti.


Arjuna mula menangis kuat...
Dan, dedaunan mempelam gugur lagi berselerak di kaki. Anggerik biru ditepi kaki hanya membatu, seolah-olah serba tidak tahu dan rumput-rampai yang kesayuan hanya tunduk membisu ke bumi...syahdu...



'Abang...'

Arjuna hanya mampu menjerit dalam hati saat Kirana meleraikan pelukan itu. Kirana memandang sayu wajah Arjuna.


"Cinta itu tidak buta, Arjuna. Jadi janganlah Arjuna buta kerana cinta..."


Arjuna terdiam. Dia pernah mendengar kata-kata itu...ye, Arjuna ingat. Itu pesan ayah sebelum Arjuna pergi mencari Kirana. Mengingatkan itu, air mata Arjuna semakin mengalir laju. Mata Kirana pula semakin berkaca.


"Arjuna, tidak ada cinta sejati, tidak ada cinta suci andai diri tidak punyai cinta buat diri dan keluarga sendiri...kembalilah Arjuna. Tebuslah maruahmu...selamat tinggal Arjuna Maya..." ucap Kirana dalam sebak.



Arjuna benar-benar ingin menjerit. Lebih menyedihkan Arjuna, Kirana pergi tanpa mendengar penjelasannya. Kirana perlu tahu, cintanya memang cinta sejati buat dirinya. Kerana cinta yang dia agungkan itu, dia rela berbuat apa sahaja. Tahukah Kirana, apa yang terjadi padanya... tahukah Kirana yang dia dinodai tanpa rela...



Kirana tetap tidak mahu berpaling...
Bukanlah Kirana mahu berlaku kejam dan bukanlah Kirana mahu menghukum, apatah lagi di saat-saat Arjuna berduka lara sebegitu. Tetapi Kirana berbuat keputusan begitu kerana dia lelaki sejati, yang berpegang teguh pada kata dan janji.



Ye janji...
Dulu, Arjuna dan dia pernah sama-sama berjanji...akan bersatu apabila tiba waktunya, sama-sama berjanji...yang tiada pernah ada cinta lain antara mereka. Dan yang paling penting, Arjuna pernah berjanji untuk menjaga dirinya buat Kirana. Bersungguh-sungguh Arjuna berjanji, namun dialah jua yang memungkiri.



Walau begitu, dalam hatinya masih terdetik kalimat...‘abang sayang Arjuna...'. Terasa ingin sekali dia bisikkan pada Arjuna kalimat itu, namun biarlah hanya dia sahaja yang tahu.



Angin bayu selatan itu menempis kuat wajahnya membuatkan dia tersentak dari lamunan itu sekali lagi. Terasa basah pipinya. Pipi itu kini tidak segebu dahulu, sudah punya urat-urat timbul. Juga tidak lagi setegang dahulu, malah sudah menampakkan riak-riak kedut di sana-sini.


Dia meraba-raba matanya. Basah. Mata itu jua sudah tidak sesempurna 40 tahun yang lalu, bengkaknya timbul, kaburnya jua teruk kerana tangisnya yang tidak pernah jemu.



"Abang..."


Sekali lagi kalimat itu meniti di bibirnya.
Dulu, dia pernah meraung kuat kalimat itu tatkala dia sedar dari lena tanpa seurat benang pun. Dia marah, geram, sedih dan benci. Tapi pada siapa...



Arif!
ye, Arif menegurnya di stesen bas itu, berbuat baik padanya, menawarkan pertolongan untuk mencari tempat yang ingin ditujuinya. Arjuna terpedaya, dan ternoda. Itulah yang terjadi setelah meminum air pemberian Arif.


Dia tertekan. Arif memohon maaf. Arif ingin memiliki dia selama-lamanya kerana itu Arif berbuat demikian. Arif tidak mahu Arjuna ketemu Kirana kerana hatinya sudah jatuh cinta pandang pertama.


Mendengarkan itu, Arjuna hampir pengsan. Arjuna tidak tahu arahnya lagi. Harga dirinya sudah hilang dan dia tidak mahu pulang menadah nasib pada keluarga. Kerana itu, Arjuna hidup dalam dunia Arif dan Arif berjanji tidak meninggalkan Arjuna dengan wewenang.



Arjuna tidak mengerti bahawa perkiraannya itu silap. Dan Arjuna hanya pulang setelah dia begitu banyak kehilangan...hilang cita, cinta, harga diri dan kedu-dua ibu bapanya...


Dan Arjuna tahu dia telah banyak melukakan, namun dia dia juga telah banyak dilukakan...
Dia juga tahu yang dia telah banyak mengecewakan, namun dia juga telah banyak dikecewakan...



Dengan mata berkaca, Arjuna merenung ke arah laut biru...seolah-olah mengharap Kirana akan muncul di situ. Dia masih menanti dan dia ingin sekali Kirana kembali agar Kirana tahu cintanya tidak pernah pudar. Malah, penantian itu tidak pernah berakhir.



Dan, mencari Kirana jua tidak pernah berakhir...


-tamat-



(Safia Shaharuddin,Ogos '07@myrOOm)



##########################################



p/s: moga menjadi pengajaran buat kita bersama.ini karya kedua hamba, setelah cerpen 'Janji Pasti' yang dimuatkan ke dalam antologi 12 cerpen remaja terbaik daerah pantai timur terbitan DBP.nanti saya post di sini, ye...yang pasti, ia cuma karya kecil..:0


p/s/s:ku masih belajar menulis...tapi yang pasti, sastera dan seni itu jiwaku...:)


Mar 31, 2010

dah beberapa kurun tak berYM.jangan marah jika saya tersilap tekan punat-punat itu




jangan marah juga jika saya dah tak reti nak set up untuk voice call.jangan marah juga jika saya lembap je balas kamu punya mesej, sebab saya sudah sedikit kurang alert bila berYM.jangan marah juga jika saya asyik duk berbuzz-buzz, sebab rasa macam seronok je ketik-ketik mende alah tu.



jangan marah juga jika saya selalu guna emotions tu macam budak-budak baru jumpa neneng. jangan marah juga jika saya saya kata...ohh maaflah, saya malas nak berwebcam lah.dan jangan marah juga jika saya kata, ohh sangat tidak seronok berYM, saya mahu blah dan tidur...haha.sila jangan marah, okay?




...emotions yg menterujakan, hahaks...
(gambar credit to incik google)



dah kamu paksa saya berYM, saya berYMlah.sebab mahu menjaga hati kamu...tapi saya sedikit bosan dengan YM.saya tahu kamu buzz-buzz-buzz saya 14 kali, tapi saya tak dengar, sebab saya mute ladtop saya.haha.saya cuba set up baik-baik untuk voice call, tapi tetap hancur juga.kamu yang mendengar suara macho saya, tapi saya tuli suara cun kamu.tak adil, kan?






dan, maaflah..saya tka bisa berwebcam ditengah malam-malam ini.saya pantang.mak saya kata, nanti kecantikan luntur...haha.saya tipu...kahkahkah.tapi sebenarnya, saya malas nak paut tudung.malas juga nak mempamerkan kecomelan saya di depan kamu...hoho. (sila muntah)






p/s:kan sudah kubilangi,ku fail kini berYM.ku tak mampu.....hanya kalau berYM, tidak lebih akan buat kamu sakit hati.ku tidak alert, nak-nak bilaku berblog.chat kat FB pun daku fail.inikan lagi YM.alih-alih, dikatakan sombong tanpa bukti sahih.


p/s/s:jangan buat daku sebagai cewek, jika kamu suka berYM.okay?daku sudah tua, bukan belia muda remaja lagi.tak layak lagi untuk berYM, jika bukan untuk tujuan-tujuan penting dan sekadar untuk sengih-sengih di depan ladtop.hehhh


p/s/s/s:kenapakah ku serupa ini berbicara?k.long kah empunya angkara?haha :D

Mar 24, 2010

kisah baju kurung berbelang-belang dan ladtop compact presario CQ35

...credit to GambarHehe.com...




tapi ia bukan fesyen kuda belang macam yang itu, okay? al-kisahnya, tika itu cikgu tergesa-gesa turun tangga...

pelajar:cikgu, cantik baju kurung cikgu.ha,macam yang saya nak beli... (cikgu jalan je.senyum.hehh, cikgu dah perasan baju lawa sangat le tu...ekekek)


pelajar lagi:cikgu beli kat jalan TAR ehhh?

(telan air liur aku. rasa mahu gelak...)


cikgu: (sengih, buat bodoh senonong je jalan...he)

dalam hati.."ish,ish, ish...macam mana student tu tahu-tahu je aku beli baju ni kat jalan TAR?"hahaks.

masuk library, apa lagi, kongsi cerita lah....berterabur budak-budak tu gelak.kenapa?sebab ini la....


...ini saya punya...




...ini mila punya...



...ini dik mai punya....



saya ada, dan mereka pun ada.mahu pakai sama-sama hajatnya.huhu...:D

keh keh keh...kena-kena.student sekarang laju je nak tegur kan?hu...saya tak peduli itu baju berapa harga, mana nak beli pun...saya tak kisah. dan juga tak jadi kudis kalau orang tahu...tapi bila student sendiri tegur macam tu, rasa macam nak gelak je....owh, dia pun tahu?he...dan saya tahu dia pun pasti berkenan baju yang sama, jika tak dia tak mungkin perasan, kan?hehh :D


lagi satu, gab antara student dengan guru langsung tak ada sekarang.dulu, berani ke kau nak tegur guru-guru macam tu?hu...mahu makan penampar laju-laju tak hengat ni. hehh. dulu nak tegur baju cikgu cantik pun rasa macam cuak je.karang takut cikgu salah anggap bodek ke apa, atau pandai-pandai kau je..he.


tapi sekarang, apa kisah?cikgu ke, pengetua ke, ala...siapalah sangat...macam kawan-kawan je dibuatnya..nasib saya bukan cikgu yang higest demanding, kerek gila tu.tak kisah pun...kalau student nak berkawan, saya jadilah kawan.lagi bagus.lagi harmoni,tapi, agak-agak la...



...cikgu yang berbaju oren berbelang hitam putih hari itu.yang control hensem bila ditegur pelajar.ishhh.sila lihat nametag....:D





balik sekolah, en mangkuk (kasar tak?tukar la..encik jamil pula eh,he...) dah menunggu depan pagar.dah lama menunggu lah tu...muka sengih, tapi loyar buruknya dia, tak tahu nak cakaplah.rasa nak cili-cili je mulut dia tu. students saya pun dilawakkannya.ishhh.


jangan salah faham ye.dia menunggu saya di hari itu sebab saya dah gila tak sabar nak ladtop baru...(T_T). semenjak ladtop saya rosak, saya macam mati kutu.nak online pun terpaksa berpinjam-pinjam.nasib ada kawan-kawan yang baik hati dan prihatin.dan yang penting, mereka tak gila blog dan tak gila fb.:D.


lagi pula saya ni jenis tak berkira rete redak saya, jadi orang pun tak loket lah dengan saya, bukan?itulah hidup..mesti buat baik dengan semua orang.biarpun kita geram, sakit hati, maraahhhhh, panassssss, hangitttt, hotttt....jangan sesekali buat balik apa yang orang buat.mantain baik je selalu...baru orang akan ingat kita, akan sayang kita, kan? (tapi saya bukan baik sangat pun...cuma agak sabar.itu je kot)


kereta itu meluncur laju ke Lowyat.sekolah dah habis pukul 6.50 dan hodoh-hodoh, jam-jam tadi gerak keluar dari taman boltan tu pun pukul 7 lebih dah.nak rushing lagi, lowyat kan tutup pukul 9.30.harap sempat...saya malas dah nak pergi 2, 3 kali.hari tu dah pergi sekali survey.ni saya tak nak survey-survey lagi.lagipun adik encik jamil, si ijal akan jadi tuan penasihat.dia kan budak it dan selalu datang situ beli ladtop kawan-kawan dan hadware ladtop.so, saya rasa mungkin tak tertipu lagi buat kali kedua.ohhhh


selepas jalan-jalan sikit atas tu dan dah sedikit pening-pening lalat, ye, lega.ijal call suruh cari si budak nama azdrul aizat tingkat atas sekali dan sampai-sampai je, ijal call budak tu.urusan jual beli, pertanyaan dan perjanjian harga dibuat antara mereka melalui telefon.ladtop yang budak tu suggest kat ijal sama dengan kehendak hati saya.


saya dah terliur dengan ladtop tu pun sebenarnya.terpamer atas meja.comel..kecil je....berbanding ladtop saya yang dulu dan paling latest compaq buat masa ni.kata ijal lagi, time dia datang hari tu pun belum ada lagi model ni.lagipun siri baru..dulu T siries, sekarang P siries.


saya pun tak faham sangat, tapi saya setuju benar dengan perjanjian tu dan maklumat yang ijal sampaikan.harga seperti yang saya nak..bajet dalam RM2000. harga sebenar rm2099.tapi ijal mintak upgrade ram 2GB (DDR3 tau.baru punya di pasaran) hanya RM2000.dengan 8 gift yang seperti biasa tu...then, saya nak beg galas HP nya sekali.


budak tu tawarkan RM2100 dengan upgrade warranty 3 tahun.lepas fikir-fikir saya setuju sebab saya tahu beg tu pun kat pasaran ada jual rm75-rm95. tapi malang, saya dapat beg hijau bukan pink.hehh. (actually, saya ni bukan jenis yang cerewet sangat bab membeli, nak minta itu ini, harga begitu begini dan itulah masalah saya)


sengih.dapat yang diinginkan...apa lagi, ada modal la beliau nak kutuk saya.
"hah, amik online lah sampai muntah.jangan tutup2 ladtop tu.dari malam sampai pagi, dari pagi sampai malam, pastu dari malam sampai pagi pulak.tapi pakai lah kipas besar sikit.kalau tak cukup besar, nak besar lagi, ambil kipas yang kat restoren yang besar kedabak tu letak kat bawah ladtop.ngeee...;D" (kurang asam kau ye, encik mang?)


dia gelak.hangin je saya dengar.perli lah tu.tak habis-habis ye engkau encik jamil?siaplah kau encik jamil, nanti saya online, saya tak peduli awak lagi, okay? (tipu, saya tipu je........T_T)


then, balik dengan sengih masih di bibir.hehhhh kau ni, macam budak dapat neneng kata encik M.he...gambar ladtop saya, nanti eh.belum sempat snap-snap lagi.nanti kawan-kawan rumah cakap, gila meroyan ke budak ni?tahu la..ladtop baru.ingat kau seorang je pernah ada ladtop baru...T_T


p/s:thanks to encik jamil...banyak tolong saya yang memang tak terbiasa hidup tanpa seseorang di sisi ini. apapun, dia memang baik walaupun tak baik sangat. (keh keh keh, ada unsur paradoks di situ....sila jangan faham)

p/s/s:hangin je encik jamil dengar saya selalu cerita dan kutuk pasal dia kat blog dengan nickname encik mangkuk.maap la...tapi itu kan hakikat.awak memang mangkuk man pun.saya malas lah nak tipu kat sini, kan tak baik tipu, dosa tau....XD

p/s/s/s:sekali lagi, gambar encik jamil memang tak ada....series.saya pun pelik...ada lah gambar-gambar curi tu. dia cakap, bayarlah, nak ambik gambar.masuk toilet pun bayar!hehhhh, apa ingat kau tu star ke nak bayar-bayar? dia gelak...saya gelak.asyik gelak je....(yelah, dia mesti malu, dia kan bukan belia muda remaja lagi...hehehe)

Mar 22, 2010

apalah kerenah student saya besok, ye?

...anak didikku....




ucapan berbasi-basi untuk murid-murid (sambil senyum sampai telinga),



selamat siang murid-murid...harap dah siap gosok baju dan prepare mana yang patut. tamat sudah minggu foya-foya ye semua. sila sedar! dan alam sekolah sudah menanti...cikgu pun terasa sengal je urat kepala lutut, macam berat kaki je nak ke sekolah apabila mengenangkan, apa lagi la karenah kamu semua esok ye?? yang pasti, ada yang angkat tangan dari jauh (macam jumpa geng yang berbelas bulan tak jumpa tu la...) atau "hai cikgu, lama tak jumpa...cikgu sihat?" ni biasa kebanyakkan student India... yang penting, booklet mesti siap eh kalau taknak tengok cikgu bertukar. bukanbertukar dengan kuasa bulan, bertukar lah macam sailormoon tu,eh bukan....itu cantik amat dan tak berapa nak pelik. tapi cikgu bertukar yang lagi pelik dari tu. mata jadi menyala-nyala, muka merah kemerahan atau biru kelabu taik anjing ke...ha, tak nak tengok cikgu macam tu kan?jadi, sila berperangai macam budak ada akal dan waras, okay?




...cikgu yang bakal kembali ke sekolah...



ehem, seminggu cuti sekolah dah pun berlalu.yang dah balik kampung pun dah balik semula ke pangkal lengan., untuk meneruskan kerja esok hari.ye, esok isnin.maka, silalah bertugas dengan berdedikasi seperti biasa.




seminggu kat kampung amat mensukacitakan. tidur tak ingat dunia.makan tak ingat dunia.melepak tak ingat dunia.pendek kata, betul-betul lupa diri la. hilang diet, hilang excercise bela badan, semua hilang. yang tahu, nak melepaskan tekanan yang terpuruk dalam benak sekian lama. balik kampung atok lagi la...dilayan-layan seperti puteri raja. maka, bertambah-tambah berat tulang la...





tapi cakna atok tetap tak lupa, okay?sebab itu memang dah tnaggungjawab saya dari dulu lagi...sebab tu, cucu kesayangan atok ni. nbukan atok je, satu kampung pun sayang ni...hehhh, perasan nak mati!biasalah...cakna atok.mandikan dia, tukar pampers...macam-macamla. kadang-kadang boleh hilang sabarr...tapi, sabar juga...pernah mahu nangis aje, he...kalau makcik, memang dah selalu sangat la menangis, tapi tetap sabar.ye, sesungguhnya sabar itu sangat beerti dan membahagiakan.mana taknya, kalau nak minta mandikan dia, mahunya 3, 4 jam baru dapat mandikan. saya tak tahu pujuk gaya macam mana dah, kadang-kadang saya termenung sendiri. kadang-kadang dia boleh gelakkan saya.huu....sabar jela...hehh.




saya pernah cakap dengan dia, dulu masa saya kecik, dia yang membebel dengan saya suruh saya mandi, dan saya degil yang amat. makin atok suruh, makin saya pekakkan telinga. lepastu, buat muka...sekarang, atok pula.main-mainkan saya...buat yang sama. dalam hati, hah amik kau!padan muka tu...!!hu....atok cuak gila nak pergi mandi.air tu sejuk sangat katanya, dan macam-macamlah. yelah, dia pun tak larat nak angkat badan sangat, ingat-ingat lupa lagi dan sebab itu lah saya bersabar. kerana orang tua ni lah yang memberi kasih sayang bila ayah saya tiada.dialah yang mencium., menunggu balik sekolah, yang menjerang kepala bila demam, yang emalyan apa yang saya nak makan sampai saya dah tua ni (tapi jangan tak tahu, atok suka benar KFC.asal sua je, senyum sampai telinga...XD), yang berebutkan saya supaya stay dengan mak saya....isk,dikenang-kenang, sayu hati.....;(




sayang dia sangat-sangat tau...tanggungjawab saya sekarang berada pada orang-orang ini...mak, abang, adik, atok dan makcik. itu lima orang yang terpenting dalam hidup...tak tahu apa akan jadi dengan dunia ni tanpa mereka. yang pasti, apa yang saya perbuatkan, tujuannya adalah mereka, dengan redha yang maha Esa....


...mom...



....itu saya tiga beradik....




....yang tengah-tengah tu la atok ku....

...ini raya 2007.hu...part paling sedih di pagi ray ni.sob3...


okay, nati cerita lagi...cucu moknik nak tidur dah...T_T





p/s: hargai orang...cuba buatkan mereka berasa penting.insyaAllah, lebih dari itu, kau akan dapat...



p/s/s:esok sekolah, saya mahu pakai baju kurung pesak baru lah.he...baju oren belang-belang.mungkin lepas sekolah akan terus ke lowyat sebab memang tak ada masa lain dah...;)




p/s/s/s: isnin. saya tak ada kelas PJ tau!jadi tak payah bawa kasut dan pakaian sukan...he.



Mar 14, 2010

bang, saya bukan mangsa ragut!

kecuaian hari ini begitu menyesakkan...hilang beg, handphone, duit, ic,kad atm sekaligus!



malu sekejap...(^,^). iye2 je cakap semalam last update...tapi tiba je hari ini ada kesempatan dan terjadi pula peristiwa yang begitu menduga perasaan.ye, kerana sikap careless saya...saya insaf sekarang, sungguh insaf.




malu juga sebab careless.sangat careless.kenapa sering begini?nasib ada je nasib baik.barang yang hilang, pulang kembali.(bukan dia pulang berkaki ayam, melainkan saya dan mc chik yang berkaki berkasut ini nyot nyot nyot berjalan dari jalan TAR ke masjid india untuk mengambil yang pergi nak kembali itu...terima kasih sis, kerana bersusah payah bersama akak tadi...)





kenapa ia terjadi?


tahu kan, hari ini hari sabtu.jalan TAR, ada pasar malam, kan?owh, saya selalu teruja bila pergi sana kebetulan ada pasar malam. selalu saya akan hilang ingatan sekejap dan tiba-tiba terignore perihal yang patut saya alert.hu...apatah lagi, ketika itu kami jumpa kedai baju yang murah-murah dan sweet. selepas berhempas pulas memilih dengan cermat, saya membayar baju-baju itu.kami,iaitu saya dan mila berjalan lagi. (ayat cikgu bahasa melayu.jangan tak tahu okay?)




wow, jumpa tudung.murah-murah...iye, itu tujuan perjalanan saya hari itu.mahu ke kedai yang selalu saya borong tudung untuk customer di kampung.tapi terjumpa kedai ini.lalu, saya terpana sekejap.sebab, memang harganya jauh lebih murah.selepas perjanjian harga dibuat, mula memilih, dan tanpa sedar, mungkin ketika itu, saya pun terlepas beg kecil yang memuatkan kad atm,duit, phone sony, (yg tertakfungsi sebab tertumpah mi sup ketika di booth khar minggu lepas...ishhh), simkad maxis dan ic.



....macam police report statement pulak rasa....;D



selepas beberapa minit kemudian, saya teringat dan mencari,tapi owhhh.....tak jumpa.cari lagi...tetap tak jumpa.muka dah cuak gila.mila pun sama..ishh, macam mana nak bayar tudung-tudung nie..tapi tu tak penting.yang penting, atm kad dan ic saya.dan duit nak balik..heee....nak menangis pun ada dah.tapi muka saya macam biasa, releks cool boleh sengih senyum ketawa.walaupun....
.

.

.

.

.
saya telah papa sekelip mata. (^,^)





huuu....sebab dalam handbag saya tak ada duit walau seposen pun.malah satu sen pun tak ada.kedana kan?sebab semua dalam beg kecil tu...dan saya tahu bro yang jual tudung tu macam tak nak percya je beg duit saya hilang..tengok muka saya yang maih ceria, macam tak ada yang rugi punn...he.saya tak tahu kenapa, tapi dalam hati rasa, ia masih ada.masih di sini.mungkin dalam timbunan tudung ni.mungkin, jatuh kat bawah.mungkin dan segalanya mungkin....




tapi masih, releks.....tenang....positif.(T_T)



teringat abg azrul.ye, mesti minta dia blockkan kad atm bank islam saya.make a call to k.elly.mereka semua panik.aiyyoo....tiba-tiba saya rasa manja pula.saya okay actually, tapi bila mereka tanya banyak-banyak dengan deperatenya tu, saya jadi gabra pula. manja tiba-tiba.tapi perihal kad bank dah settle.okay, lega.




teringat wajah-wajah yang tersayang...yang pastinya akan membebel sekarung dua setiap seorang.hehh..kena tahan telinga.tapi tetap nak mengadu juga...(dah memang manja, kan?) sebab, nanti nak balik dengan apa?satu sen pun tak ada...(mungkin boleh harapkan encik mangkuk walaupun dia sibuk bekerja di bukit beruntung). apatah lagi, mila pun belum sempat cucuk duit tadi.sebab dia akan ke sogo kejap lagi untuk cash out sebelum bertolak ke kemaman.dan masa dia untuk ke puduraya pun dah tiba.so, i'll alone...huu...




nasib adik berdua housmate saya datang.belum pulang ke destinasi masing-masing.pinjamkan duit untuk membayar tudung-tudung itu dan bekalan untuk saya...then, kak pah call, bagitahu kawannya akan datang ambil, untuk balik dan buat police report.yelah, ic saya pun hilang.saya agak lega tika tu.barang yang hilang dah tak fikir lagi dah.bukan rezeki lah tu.thanks to k.elly yang telah memaklumkan kepada mereka-mereka yang berkenaan akan kesusahan ini dan thank to them (khairul and the girl) yang kalut tak pasal datang pick up saya.huu..saya bukan mangsa ragut lah, saya mangsa careless!hee...risau tak pasal-pasal sebab silap fakta.yang pasti, saya selamat.kecederaan jiwa juga tidak berlaku ye.jangan risau.




ketika sedang menunggu khairul, sambil bermuhasabah diri sekejap....mundar-mandir tanpa hala.ikut kaki saja...dan berfikir...mc chik pula kesana. ros pula ke sinun. berpecah, walaupun masih dekat.





"saya tahu ini teguran dari Dia. saya sangat cuai akhir-akhir ini.banyak barang saya sering hilang walaupun kadang-kadang jumpa balik. saya juga abaikan banyak hal yang besar untuk hal-hal yang tak penting.saya juga abaikan beberapa perasaan yang patut saya jaga.saya juga banyak mensia-siakan masa.saya juga banyak permudahkan hal yang tidak patut dipermudahkan.pendek kata, saya leka.ye, Allah menguji saya sekarang supaya saya cepat sedar. maknanya Dia masih sayangkan saya.saya hargai teguran ini biarpun pahit. Dengan teguran ini buat saya berfikir.benar kata saya di awal entry tadi, saya tiba-tiba I.N.S.A.F!dan keinsafan itu datang tanpa dipaksa...dan saya redha, mungkin ia bukan rezeki saya lagi..."





dalam masa yang sama,
teringat adik tadi yang datang kepada saya ketika sedang memilih tudung selepas kehilangan beg itu. dia menadah bekas untuk derma dari saya.saya nak ambil duit, tapi saya tak ada satu sen pun..tapi teringat duit yang RM100 mc chik pinjamkan kepada saya.boleh pecahkan untuk dia tak?saya susah, dia pun susah.apa kata jika berkongi kesusahan?tapi dalam saya ingin menyatakan seuatu kepadanya, dia beredar dengan muka hampa.saya ingin memanggil balik, tapi..dia telah pergi.lupa dan terus memilih...tapi tiba-tiba teringat, adakah Allah sedang menguji lagi?ada yang pernah berkata kepada saya, jika ada dalam hidup kita, saat kita benar-benar ikhlas, keihlasan yang tak boleh dinyatakan dalam bentuk apa pun, itulah satu syafaat yang sangat besar untuk kita (lebih kurang macam tulah....maaf kalau tersilap ayat ni eh)




masih termenung. dan tersedar bila ada panggilan dari nombor mak.siapa sangka, tiba-tiba ada keajaiban yang berlaku.ngeeee,,,,:D senyum lebar.melompat dan berlari saya kejar mc chik dan ros.




tahu apa yang abg saya cakap, tak?


abg:adik, adik ada tinggal beg ngan handset ke kat wisma apa tak tahu tadi orang tu kabo...
saya:hah? ada-ada.bukan tinggal, hilang.bakpe bang?(pelik jugak.abg aku ni ada sense ke yang macam boleh tengok-tengok dari jauh tu...hahaa)
abg:ha, tadi ada orang tepon kabo.(saya dah gila teruja ni)
saya:ye, kat mana, kat mana tadi abg sebut, bang?
abg:abg tak berapa pasti pulok...adik tepon balik orang tu k.
saya:okay2.bagi no dia
abg:ok, nanti abg tepon balik.


then, abg saya calll balik.hu...barang-barang itu di Wisma Yakin, depan masjid india.apa lagi..dengan sepantas yang mungkin, saya dan mc chik berjalan ke destinasi itu.syukur tika tu tak terkata.macam-macam persoalan bermain-main di minda.dah hilang, tapi dapat balik?anugerah 1 dalam 1000 ni.syukur..kerana masih ada insan berhati mulia eperti kak ria itu.





telefon saya dari tadi lagi busy.sms pun bertalu-talu. saya rasa macam operator pejabat saham.saya malas nak mengangkatnya lagi.saya tahu mereka risau dan dalam masa yang sama, ingin membebel kepada saya.hehh.sabar dulu ye...encik dan cik sekalian...saya hanya sms pendek kepada mereka ssemua...


"jangan risau ye, barang dah dapat balik..ada orang pulangkan dah"





hu...dalam panas terik, kami berjalan. sekejap berlari.bayangkanlah dari jalan saya dapat akhirnya juga beg itu.terima kasih tak terhingga buat kak ria.tadi saya peluk dia kuat-kuat sebab terlalu gembira.rasa nak cium-cium pun ada.hehh.saya nak belanja dia makan nanti...tapi tadi sempat la bagi sedikit sumbangan ikhlas walaupun dia menolak...




p/s:nanti sambung lagi.saya dah tertidur depan ladtop pun semalam.he....walaupun entry ni entry cecah lantai, bak kata cik epal.(bnayak sangat nak diceritanya...he)

Mar 12, 2010

top 12 contest baju kurung menawan...tolong vote saya, boleh?

...itu saya.no 31.vote okay di SINI.klik saja.....



terpilih lagi. suka sangat! terima kasih puan weiyda. ish, tak sangka..sebab ada lebih dari 50 contestant. tapi baru je update tentang ini.tmasa tinggal tak sampai 2 minggu.sila vote saya sekiranya anda rasa saya layak menang.apapun, undian itu sanagt dihargai...lepas vote, berlink-linklah antara kita.moga tidak tersia-sia undian itu dan ukhwah yang baru terbina...okay?





baju kurung ini memang punya banyak sejarah...sejarah untuk saya dan sejarah dalam aspek kemelayuan itu sendiri.tak mahu cakap banyak, let the pictures talk to you.apa tunggu lagi, sila undi,okay?





p/s:bab undi-undi ni lemah...bukan ramai follower dan bukan fofular.jika saya tak ramai follower an tak 'fofular' dan baju ini kalah, adakah sebab baju ini tidak menawan?huh...terjerat.apapun, kasih pecahhlaahhhh okay?

masa bekerja, bekerja dengan bersungguh-sungguh.masa bermain, bermainlah dengan sepenuh hati.

bebelan beliau kadang-kadang sama dengan bebelan seorang guru. ye, mahaguru Gan Ah Seng. bagi beliau, itu satu prinsip dan saya mesti faham itu.(sebab saya fahamlah, saya masih stay.jika tidak...)



kata guru;

"bila bekerja, bekerja dengan sesungguh-sungguhnya,
bila bermain, bermainlah dengan sepenuh hati,
bila tidur, tidur dengan selena-lenanya,
dan bila makan, nikmatilah makanan itu..."




faham kata-kata ini?ye....sesuatu itu lakukanlah dengan bersungguh-sungguh.betul-betul.apa sahaja, walaupun hanya persoalan makan atau bermain.



kata guru lagi,

kenapa ada orang yang malamnya tidak lena tidur?ye...ia kerana masa dia bekerja dia tidak membuat kerja itu dengan bersungguh-sungguh.kerana itu, ketika tidur pun masih memikirkan. asyik terfikirkan akan hal-hal yang belum selesai.hati tidak tenang....lalu tidur pun tidak nyaman.




kenapa pula ada orang yang tertidur ketika bekerja dan selalu tidak siap kerjanya?ye..ia kerana malamnya tidak tidur lena, lalu langsung tidak dapat bekerja dengan baik. tidak dapat fokus.kurang tidur, langsung mengantuk. lalu, tidak siap kerja.akhirnya...malam pula tidak dapat tidur lena kerana asyik memikirkan perihal yang belum selesai...



dapat lihat pusingan itu?



begitu juga ketika kita makan....nikmatilah.jangan makan seperti lembu...meragut saja.begitu juga ketika bermain.main....main.mainlah sepenuh hati.keluarkan seluruh tenaga dan perasaan.tendanglah bola sekuat hati.jangan tendang macam orang yang nak mati.boleh?macam budak-budak bermain, macam mana?pasti terlihat kesungguhan itu....




atas prinsip itu...encik jamil saya, beliau jika bekerja, akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. owh, tak silap PERMANIS menggajikan beliau sebagai ceti halal @ cik siti.hu...amanah katanya. saya cakap, bolehlah daftar dengan ASB lepas ni.dia cakap, kurang asam budak ni...hoho.memang pattern kalau bekerja memang tak ingat apa dah. kalau lepak, memang lepak memanjang, tak fikir fasal kerja dah.


"saya, kalau saya kerja..nak kerja je.ingat kerja je.yang saya tahu saya nak settle kerja saya. saya tak suka nak campur-aduk itu-ini.tapi, bila saya lepak, saya nak lepak je memanjang...tak nak fikir apa dah."




disebabkan itu, saya pernah bengang sebab dia tak mahu melayani SMS saya.saya faham sebenarnya dan saya juga tak suka menganggu orang bekerja. tapi kadang-kadang naik hot sebab langsung sunyi sepi.tapi dia menegaskan, dia memang begitu...owh, encik jamil saya masih muda belia, SMS itu sangat penting, makanan kmai budak 16 tahun. kurang asam, budak ni...kau nak kata aku tualah?he...die gelak.saya pun.



tapi...sejenak termenung, saya sedar...ye, prinsip itu sangat benar dan tepat.okay encik jamil, mulai minggu lepas, saya akan ikut cakap kamu.dan kamu, jangan nak eksyen bagai sangat, okay.boleh?




p/s:itu prinsip hidup...moga akan menjadi teladan buat semua....

p/s/s:satu masa ingin berkongsi profil sebenar encik mangkuk a.k.a encik jamil ini...

Feb 23, 2010

Sampailah encik jamil mampuss...haha!




Ok.sekarang sambung cerita tentang masalah yang lawak...haha.masih kah kau ingat dalam entry terdahulu (KLIK SINI) pia pernah menyebut. okay.dia menjadi masalah sebab kadang-kadang mnyebalkan hati, tapi juga sangat lawak, hanya kerana dia cuma encik jamil...haha. faham tak?





okaylah, ia hanya berkenaan seorang kawan. Yang boleh dikatakan dikenali hanya melalui business. Mungkin asalnya a buyers la. tapi, lately... jadi kawan pula. Bukan ada cerita menarik pun.kalau anda harap baca entry ni nak hilang tension ke, nak gelak sakan ke...tak ada nya. Tapi, kalau nak senyum malu-malu kucing tu, bolehlah.silakanlah membaca...sampai ke titisan yang terakhir.ok?




Perasan tak berapa banyak ok dah dalam entry pia akhir2 ni?perasan tak? Perasan (aku jawab sendiri).bagus, sebab alert! (untuk diri sendiri juga.wakaka.)




He...too olders then me. Tak perlu lah i mention berapa umur dia kan.nanti, dia issue pula, susah. Tapi, kalau anda mengharapkan perangai dia macam umur dia, forget it!tak akan punya...at the first time jumpa, macam mat skema gila. Sesuai dengan kerja dia lah.tapi rupa-rupanya...gila juga.wakaka.otak dia la...gila-gila dan loyar buruk.tapi dia bestttttt....wa cakap lu!haha.





Kenapa dia besttttt??? (ala2 iklan tv3 dulu-dulu tu)

Sebab.. Sebab dia bestttt..haha.=p (mAngkuk betul la...marah blog readers macam ni)





(saja nak panjangkan entry.sebab nanti kalau pia bagitahu dia, eh, i ada cerita pasal u dalam blog.dia akan tanya balik lah kan...eh, apa yang u cerita pasal i, hal baik ke buruk n berapa banyak u cerita? Benda-benda baik n special pasal u lah...dalam beberapa muka surat khabar....pia boleh cakap macam tu.sure dia senyum sampai ke telingaa...haha.agak lah kann...)





Yang sebenarnya....(ala-ala lagu yuna tu) Tak ada yang best pun melainkan otak dan mulut dia yang tak ada insurans tu. Otak dia memang boleh masuk lahhhh...sebab dia punya cara berfikir memang sangat sesuai dengan realiti hidup sekarang. Walaupun dia dah dot.dot.dot umur dia, kau orang takkan jangka macam tu. Owh...jangan ingat pia cerita kat sini sebab nak suruh anda semua cakap, wahhh baiknya dia.tak.sebab pia kenal dia...bukan sebaik dan sesempurna manapun...ala, macam kita-kita ni la.tapi, dia tidak sembunyikan siapa dirinya dan tidak berpura-pura baik. Erm, ada sesuatu padanya, yang boleh pia belajar.





Dan sebagai kawan, ada sesuatu, yang boleh diingati tentang dia.kata-kata nasihat dia..sangat-sangat berpijak di bumi nyata. Eh, kau orang pernah dengar tak nasihat yang kau orang rasa tak boleh nak terima, tak boleh nak dengar, tak boleh nak install masuk dalam kepala otak? Ada tak?? Ada kan?banyak kan??jadi....pastinya kita dah muak. Tapi, bila dengar nasihat dari certain orang...eh, boleh masuk pula. Senang hati pula nak ikut...ahaaa....itulah yang pia maksudkan. Hati pun senang...kan?yelah..dia pun dah lama hidup.mesti experience pun banyak kan?dia kan makan garam dulu dari kita....ok, itu satu.





Dua.apa pia cakap tadi?owhhh, mulut tak ada insurans kan?ok, janganlah anda semua suspek yang bukan-bukan pula.tapi memang betul la kan..mana ada mulut ada insurans. Insurans nyawa ada lah kan?insurans mulut ada ke?huhu, sendiri jawab.





Ok.anda takkan dapat kawan yang mulut macam ni kat mana-mana. Sebab, pia tanya anda lah kan...at the second time, bercakap kat fon,dia dah kutuk2, siap mangkuk-mangkuk bagai. Tapi dalam nada lawak macam ala-ala p.ramlee lah kan...Ada ke? Mungkin anda pernah jumpa...tapi pia first time ni. Tapi tak tahu kenapa, hati senang kawan dengan dia. Sangat-sangat senang, sebab tak payah fikir banyak-banyak.kau mangkuk kan???aku pun hayun lah...haha. dia kenakan pia, pia kenakan dia balik.1=1.ok.




Ada aku kesah???





Haha.itu lagi satu ayat dia yang paling glamour la...rasa nak cili-cili je mulut dia masa mula-mula kawan. tapi sekarang..dah biasa yang amat. Saling memperkenakan lah sekarang.lepastu, gelak...wahhh, hilang masalah. “Jangan pening-pening cik ya oiii, apa nak difikir-fikir, nikmati dulu hidup tu.kenal dulu asam garam, baru boleh berlagak nak berpacaran pun...”haha. nasihat encik jamil lagi. Tahu je pia ni jenis minah bunga-bunga. Kurang asam betul.






Then, dia kelakar gila...sangat-sangat kelakar. Kadang-kadang kalau bercakap kat telefon 30 minit, tak tahu apa isinya percakapan tu. Dah, asyik buat lawak bodoh, lepastu perkenakan pia aje. Sedap- sedap mulutnya dia tanpa ragu-ragu, memanggil pia...cik mon atau cik dey...haha. lagi aku geram! Sebab, at the first time jumpa masa tu..pia kan agak montel atau deybab. Jadi, dengan sesedap rasanya dia pun memperkenakan hamba ini.huhu, tak apa..cik ya dah kurus sekarang. Dah turunnn....berat badan. Masih lagi dalam proses diet, dan berat yang diingini 47kg.boleh ke??? Biar nanti, balik rumah kat kampung, buka-buka pintu, mak pun kata “maaf dik, adik silap rumah ni...”miaaauuww...konon-konon mak tak kenal la..hahaks.






Tapi bila hal yang series dia akan series tahap gaban. Sampai pia tak rasa tu patah kata yang keluar dari mulut encik jamil ni. Macam tak percaya je....adakah itu encik jamil yang cakap? rasa nak chek-chek dahi dia...demam ke hape, takutla tak sempat sampai tiga kali jumaat ke (yelah, dia pun dah lanjut usia....haha. takdelah....). Terkedu juga bila baca mesej nasihat dia yang panjang gila.kadang-kadang la. Then, dia cakap la...





“cik ya...saya ni memang tak series.tapi bila masalah tu series, saya akan cakap dengan series....sebab, saya taknak satu masalah tu jadi besar dan bila silap langkah,tak boleh nak patah balik.” Itu kata encik jamil. Isk isk isk, terharu rasa. Sampai nak menitik air mata.agagaaa...





Kalau tak, mesej dia... pendek-pendek dan memang mangkuk. rasa nak hantuk je kepala dia kat dinding. (cess, dalam ni je aku berani cakap macam tu)





Haku peduli apa??



Itu ayat yang pia selalu balas kalau dia beritahu apa-apa pula. kau perdajalkan aku ye, aku balas lah balik.mesti jadi 1=1, kalau tak, tak puas hati. Terasa berasap sampai ke telinga.haha.





Lagi satu, dia suka hafal dialog-dialog dalam cerita p.ramlee... dia sesuaikanlah dengan mana- mana situasi percakapan tu.contohnya, pia tanya..sampai bila, nak life single aje...???





Ermm...ececeh, dia macam berfikir je.sabar tunggu ni... “sampai encik jamil mampusss....”haha. dia gelak.





tu dialog dalam cerita madu tiga kan? Masa diorang bahagikan giliran sama-sama diaorang....malam ni rumah kau, esok rumah kau, lusa rumah aku...gilir-gilir macam tu, sampailah encik jamil mampusss....kan, kan??lebih kurang macam tu lah. ingat tak dialog tu...ingat? ha, terima kasih sebab ingat. Satu geng la..minat p.ramlee. Dan tahniah juga, sebab otak kau masih gred A sebab boleh ingat walaupun dialaog pia tu tak berapa nak sama dengan dialog asal. bengang tak kau rasa?kalau ada kawan macam ni...sakit hati.pia tanya series juga la nadanya, dia main-main.pia balaslah, “ok, takpe...hari ini hari engkau labu...hari esok, hari aku pulak....”(dialog labu-labi)





Menyampah aku! Sebab selalu sangat kena dengan loyar buruk dia.huhu. ok, now the end fasal encik jamil a.k.a encik mangkuk (nama samaran dalam entry INI....)







take note: sila kutuk encik jamil ok alias encik mangkuk?aah, rasa better juga kalau dalam entry akan datang, cerita fasal dia, letak mr X a.k.a encik jamil a.k.a encik mangkuk .dah dia suka sangat dengan encik jamil kan dan suka dengan mangkuk, ye tak?

take note, take note: gambar encik jamil tiada.maaf...(T__T)


Tanah, Air, Angin & Api

Tanah, air, api dan angin. itu elemen yang terlalu rapat dengan dunia kita bukan?? ia 4 elemen yang sering disamakan dengan sifat manusia kerana sangat berkait dgn hakikat ciptaan manusia itu sendiri...betul tak? lalu, keempat2 petala tersebut digunapakai utk menterjemahkan sifat-sifat diri manusia supaya kita ada landasan utk lebih mengenali sifat diri kita. penting untuk mengenali diri kita....iaitu hakikat diri. sehinggakan pada pandangan aliran hakikat (yang pernah diucapakan oleh seorang kawan ye), "kenali dirimu....baru kau dapat mengenali tuhanmu.". Jadi sangat penting untuk kita mengenali hakikat ciptaan diri kita.




tidak pula dikatakn ia 100% betul, tetapi sangat boleh diterima akal jika dilakukan kajian sewajarnya, dikaitkan pula dengan tarikh kelahiran seperti yg pernah diutarakan oleh pakar motivasi dato' Fadzilah Kamsah.



Malahan, kajian tentang perkaitan 4 elemen tersebut dengan sifat manusia juga banyak dilakukan oleh individu-individu tertentu. Contohnya, yg terdapat pada blog novbrown. (mempericikannya kepada sifat wanita berdasarkan 4 elemen itu....en.nov, boleh saya cedok pasal tu tak? en nov pun dapat via emel kan....??hehe. apapun, kredit untuk en nov untuk salinan ke blog saya ini).nak baca entry penuh pasal ni klik SINI...ok, berdasarkan tulisan itu, saya boleh dikategorikan ikut entiti ini;



WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;
Cancer (22 Jun-23 Julai)
Scorpio (24 Oktober-22 November)
Pisces (20 Februari-20 Mac)

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.
Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.



......i like.....=D


soffya....anak ke-2 (unsur air) & berzodiak scorpio (31 oktober 1986).juga air.kena kan?




manakala blog oleh penyair dan sasterawan Marsli N.O pula menjadikan 4 sifat ini sebagai tittle blognya dan taglinenya pula ialah...."nyatakanlah sesuatu yang benar, meski pahit". Sekali dibaca, sukar ditafsir. boleh faham tapi apa kaitannya dengan 4 elemen itu dan hingga kini, pia masih blum mengerti.....




erm...tahu tak kenapa pia tiba-tiba cakap pasal empat entiti alam ini??actually, pia orang yang sangat berminat nak mengkaji benda ni dengan lebih lanjut., dan sampai satu masa, pia akan kaji juga dengan lebih mendalam...insyaAllah.....




bila cakap pasal elemen ni juga, teringat la pula satu cerita.cerita kelakar tau.kih3. okay, kita tinggalkan bab series itu....kita masuk part kelakar ini. (kalau tak kelakar, tolong juga gelak, ok?)




Actually, hari tu time duduk lepak-lepak kat rumah, jiran pia yang juga merangkak kawan baik emak pia yang pia anggap juga macam saudara sendiri, telah membuka cerita. kami masa tiu ramai-ramai juga la. Maklong (bukan nama sebenar.ececeh....) pun bercerita pasal anaknya, iaitu satu-satu anaknya, si Awin (bukan nama sebenar juga).nama-nama kena rahsia la kan, nanti kena saman pula, niaya (walaupun diaorang takada blog pun...pia berani confirm maklong tak ada blog.huhuu).ni bukan kes mengumpat ke apa tau tapi berkaitan dengan isu 4 petala itu tadi la.




Ceritanya, maklong ni dah pening bagai. Sebab si Awin (yang juga baik dengan pia) ni suka sangat bergaduh dengan tunang dia. lepas gaduh, gaduh. dan gaduh lagi. tapi time baik, masyaAllah...gelak situ, gelak sini.kih3.kih3.maklong laanh yg cakap kna.menyampah aku! kata maklong lagi....hohoho, pia gelak aje la dengar.then, maklong rasa tak sabar-sabar sangat dah nak menikahkan diaorang (sekarang dah bernikah pun...dah ada anak sorang pun.huh, selamat...lega maklong, barangkali). pia suka lah dengar hal-hal macam ni sebab pengalaman orang, mungkin akan jadi pengalaman kita nanti, betul tak??yelah, diaorang bukan gaduh apa pun sangat. cuma si tunangnya, Mirul (juga bukan nama sebenar) suka sangat mengusik. yang si Awin pula, alahai...anginnya, agak kurang okay..(tapi if korang tengok dia kan, nampak cool je...). sebab tu la, asyik gaduh aje. takleh tak kena sikit...adela....ala, gaduh-gaduh manja. kan3.



Mak pia pun menyampuk la...(nak masuk dah ni bab air, api segala tu).




"Awin tu bekeng (loghat terengganu, maksudnya garang la lebih kurang, ada faham???) ke...??? kan, dia anak sulong.anak sulong kan tanah.mesti sejuk.sabar..." kata mak. mak memang menganggap Awin seorang yang cool... sebab nampak pun memang macam tu.pia pun sama.




then, maklong menjawab.yang buat pia, bukan pia aje, kami...gelak terkekeh-kekeh.keras perut gelak dibuatnya maklong. tak tahu la maklong niat dia nak melawak ke apa kan atau memang nak buat lawak petang hari ke apa. tapi spontan je tu...bravo maklong!




"erm...memang tanah...tapi, tanah pun, ada macam-macam tanah.tanah liat, tanah kor, tanah selut. ni hok pesen tanah kor, hok kerassss sekali ho.r..hok kalu petong2 dinding pon, dok hancur2." hua3...mantap jawapan maklong.kami gelak.betul juga...even dengar macam tak logik dan kelakar je.fikir pia dalam diam. tapi korang faham tak apa maklong cakap tu...??huhu, pandai-pandai buat faham lah ye.




"betul jugok dok...macam air, ada macam-macam air. air terjun, air pasang, air bah, air deras...hikhikhik..." mak pia pula gelak.hurrmmm...(mak perli saya, yer???huhu)



dialog tu sangat-sangat spontan tapi sangat berbekas di hati ini. buat pia berfikir.betul tu, betul juga kalau fikir-fikir la.sebab bila fikir-fikir pasal pia pula kan, as anak no dua, yang bersifat AIR, rasanya taklah cool mana pun, mcm air tu.(mmg tak cool langsung pun.perasan tak cool mana pula.haha.) kadang-kadang temperature boleh naik tahap kritikal tau, bila marah....akhir-akhir ni lah.dulu rasanya tak ada lah macam ni.mungkin sebab akhir-akhir ni, sejak dewasa ini, (eceh, dewasa..dewasakah aku???) banyak sangat PRESSURE yang membebankan hati.mungkin la..jadi emosi pn jarang stabil, dan banyak sangat problem nak handle. tapi yang pentingnya, pia cepat sejuk dan cepat memaafkan. susah nk dendam-dendam, atau marah lama-lama. tapi yang penting, pia ni sangat susah nak marah dengan budak-budak.entahlah, mungkin pengalaman masa kecil dulu buat pia sangat-sangat menghargai kanak-kanak dalam hidup pia. tak mahu lah mereka mengalami apa yang pernah pia alami....



a girl with hot temper (sometimes.haha), who loves child so much...suka sangat.biar siapapun mereka...






so, PIA kategori air apa ye??air pasang yang tak surut-surut atau air pasang pagi, surut pukul lima??haha.atau air bah musim hujan??atau ombak di air laut, huhu.lari topik.ke..air kopi, air fresh oren??hehehe, apa-apa je la...yang penting, pia tak se cool sifat air tu dah sekarang. insyaAllah, masa mungkin akan merubah pia kembali. lagipun, sejak akhir-akhir ini, banyak membaca novel-novel yang banyak mengajar tentang kehidupan. salah satunya, trilogi epik triller Bagaikan Puteri. di dalamnya, pia ketemu LAKSAMANA SUNAN, yang mempunyai sifat-sifat yang amat mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W. kagum sangat...biarpun ia hanya watak novel, tapi pia percaya bahawa ia bukan dongengan semata2-mata. pasti wujud insan sedemikian. tak ada yang mustahil bukan dalam dunia ini, jika Allah mengizinkan, betul tak?? yang penting, mesti yakin dengan Allah S.W.T dan yakin dengan janji-janjiNya...




"awan andai dapat dicapai, maka saktilah hamba...."-laksamana sunan. kurun ke-15.sepotong ayat yang jelas kuingat...




pia says: sesiapa ada pendapat nak kongsi fasal ni, dialu-alukan ye...terima kasih didahului atas budi baik saudara-saudari nanti....=]. tabik spring kepada penulis, Ramlee Awang Mursyid...satu lagi, maaf ye. sesiapa yang perasan tentang entry ini, diam-diam sudahlah ye.hehe.sekarang,pia dah cool balik kot...kan dah kata, saya manusia biasa, pendirian manusia kan boleh berubah-ubah. ia seperti juga musim dunia.huhu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)