Showing posts with label dunia hiburan dan artis. Show all posts
Showing posts with label dunia hiburan dan artis. Show all posts

May 24, 2011

NERA AF9 yang HOTTT!!!!

cukup hot?


weeeee... dah lama agaknya kat blog ni tak cakap pasal artis-artis HOT MELETOPP kan? so, kali ni dalam segmen sembang-sembang atau dalam bahasa kasarnya mengumpat artis hot, aku rasa nak cakap pasal NERA AF9.


bila sebut nera, mesti korang dah dapat bayangkan kemanjaan serta liuk lentok tubuh badannya kan? bukan aje atas stage, tapi dalam diari akademi tu sendiri... (gaya cakap, macam selalu tengok TV. ha ha)


tapi memang betul ah, masa  tengok nera nanyi lagu gelora asmara tu, aku ternganga kejap. tak tahu mana nak fokus, suara ke, lagu ke, aksi dia. memang dasyatt.... bulih buat lelaki tak lari mata ah kalau tengok gaya dia perform lagu tu. bak kata hattan lah....

“Awak punya liuk lentuk tu tak menggoda saya, sebab awak nyanyi keluar masuk, keluar masuk. “Tone” sedap. Kalau ada “dinner” saya panggil awak tapi kalau “vocal” saya tak nak panggil awak. Kalau nak buat lelaki-lelaki meleleh air liur tengok awak saya panggillah. Fikirlah.”

gaya  kumpulan k-pop 'gula-gula' jugak ah style dia. cuma pakaian senonoh sikit... aku minat gak ah kat nera ni, so, harap dia pergi dengan bakat nyanyian dia, bukan dengan benda-benda macam tu. walau hakikatnya, nera ni seorang naib juara untuk Miss Earth-Water Sabah 2010 dan memang terer menggayakan aksi seksi depan kamera....


tak caya, tengok aksi-aksi Nera kat bawah ni...





nak lagi, sila jenguk sini

Apr 4, 2011

anugerah ABPBH 2010: terubat RINDU kat USOP WILCHA!


 mari kita undi ucop pulak!


haihhh, baru aje kita pos entry cakap rindu kat usop wilcha, tetiba je malam terus dapat tengok UCOP. haihh, UCOP, UCOP... gelemer ko ye ucop. tempang-tempang pun kaloh si abi hurairah dengan hucin. tehee ;D

apapun, masa dalam ABPBH semalam, usop memang the best ah. gamat pentas dibuatnya. dahlah orang tengah duk kalut nak cepat, dia lagi buat tambah kalut. haihhh.


nasib baik ucop dah tua, kalo idok awok ngorat je si ucop nihhh. HA HA. buat balik simpan dalam frame. KUIKUIKUI.


apapun, untuk semua pemenang ABPBH 2010 semalam, syabas diucapkan. tak pernah rasa tengok anugerah ni, kita rasa bersetujuuuu je, dengan semua yang penang. maksudnya semua yang menang semalam, kita SUKA semuanya... I LIKEE...:D. cuma agak frust bila SCHA AL-YAHYA kita tak menang. tapi walau dia tak menang, yang menang pun yang kita suka dan agak jugak. jadi, tetap feel satisfied. eceh.


dan yang paling rasa nak melompat, ialah bila... SAHEIZY SAM menang besauuuuu. kita suka, kita suka. (OHH gediks nya. wak hal lu? eh tiba.) sebab kan memang dia layak lah. tahun 2010 memang kita asyik sebut nama dia je kan, dan asyik tengok dia je kan berlakon. so, memang LAYAK sangat-sangat ah.

 saheizy sam!


tahniah sekali lagi! pada yang tak menang, cool der. tahun depan cuba lagi.


memang anugerah semalam the BEST kot, sebab lengkap dengan pengacara best, persembahan best, pemenang-pemenang best, dan penyampai-penyampai pun tak kurang bestnya. kan, kan? untuk raja azura dan syarifah shahira, walaupun tak menang apa-apa semalam, tapi korang tetap COOL. memang tak kering gusi eden ni ha. tambah lagi dengan si mangkuk ZIZAN, isk, memang lawak tak hengat ah. slumber aje. tambah spontan pulak tuhh.


persembahan pulak kita paling suka part ella, shima dengan alyah. ELLA, you rock. memang dulu cita-cita nak jadi macam ella, tapi silap ambik course lalu jadi cikgu. HAHA, gelak hussin aku karang dengar nihhh. suka ella, walau orang ada cakap dia gediks ke apa, tapi suka lagu-lagu dia, tak ditelan zaman jugak.


tapi shima macam bukan shima, nampak cute gila. tak cam dah. lepas tu suara macam keluar tak keluar je. maybe sebab lama tak nyanyi. alyah pulak, walaupun bukan dari genre rock, tapi persembahan dia boleh dipuji. suara clear je. yang pia perasan, dia ni tiap-tiap tahun mesti ada dalam mana-mana anugerah yang tv3 buat. cuma tahun ni tak nampak si bintang malaysian idol yang sorang tu. lupa dah nama apa.


dan yang paling dinanti, ialah bila dato' siti nyanyi. feel-feel korean girl pulak bila tengok siti nyanyi dengan rentak dan tarian gitu. eceh. memang cun sokmolah dato' siti nihh. mesti dato' k hari-hari makin sayangggg.


encik M, galak duk usik kita, eh kakak ya nanyi, eh kakak ya menang. saja nak kasi haku hangin kan???? :P


p/s:
ohh ye, before tu YUNA ada nyanyi jugak.tapi opsss, yuna pakai lagi tudung yang macam orang MARAH tu cuma tutup leher semua. even tutup pun, tapi tak comellah. suka yuna dengan style YUNA! korang pulak macam mana?

IKLAN!
jemput singgah:


 (boleh klik gambar header untuk ke blogshop)


[gambar;google]

Feb 28, 2011

orang cakap lain, dia faham lain. lawak betoi.



nak tahu lawak ke tak, tengok video tu.  HA HA. kelakar-kelakar jugak, tapi mendalam gila maksudnya. dah lah orang cakap lain, dia pergi faham lain dan buat ulasan sendiri. dah tu pulak orang nak cakap pasal benda lain, dia interview pasal lain. busy body betul. HA HA. perli wartawan eh?


btw, i like ah segmen astro yang niihhh.
gelak terkangkang-kangkang haku. HAKHAK.

Feb 13, 2011

[GAMBAR] Aik, Mizz Nina dengan Farid Kamil pulak?

 

 bukankah mizz nina ni dah bertunang dengan noh hujan?


aiseymann, apakah benar khabar diterima ini? argh, memang tak benar. HA HA. ini juga gambar dalam majalah aje. bukan apa-apa pun. tapi kan, peminat kat pages mizz nina, kemain duk kutuk farid pulak...


adoii, artis macam ni lah awak-awak semua, depa bergambar aje... depa bukan peduli awak tu laki ke bini siapa-siapa... so, janganlah kita duk kalut sangat... tengok aje, mulut diam na...















so daripada hang semua duk buat kalut, pi beli Yezz! Magazine bulan February 2011 untuk tahu kisah sebenar depa nihhh... layannnn.... T______T


ohh ye, ini gambar masa mizz nina dan noh hujan kahwin hari tu. ha, ni tunang dia, tu bukan tunang dia na...




psstt...
hari tu kata noh, selepas kahwin mizz nina tak boleh seksi lagi dah...

Feb 10, 2011

FAZURA, artis wanita yang bijak menyimpan rahsia CINTA



dah cakap hari tu kan, artis dalam senarai blog cik bulan untuk tahun 2011 ialah lisa surihani dan nur fazura. alih-alih, cerita depa ni jugak yang duk tulis. orait, ni artis kegemaran aku jugak, sebab aku suka cara dia bercakap, body contact dia masa berlakon. nampak bijak. terutama dalam cerita pisau cukur.


ohh ye, dia memang bijak jugak kat luar. bijak menyimpan rahsia. memang dia ni pernah kontorversi dulu pasal bergaduh, pasal hotel apa entah, mungkin sebab tu dia lebih hati-hati kot nak cakap apa-apa. bak katanya dalam kosmo januari lalu...

Desas-desus kononnya bintang filem Gol dan Gincu itu sedang bercinta dengan seorang anak orang kenamaan di selatan tanah air enggan dijawabnya ketika ditemui pada majlis Green Cheongsam Showcase yang berlangsung di The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dia sekadar membiarkan persoalan itu tergantung dengan jawapan: "No comment."

Bagaimanapun, akui Fazura hatinya kini sedang berbunga cinta dan perasaan bahagia menyelubungi hidupnya. Cinta yang wujud menyebabkan dia melalui hari-harinya dengan indah.
"Sekarang saya gembira dengan kerja dan kehidupan. Cinta menjadikan saya bahagia dan berada di puncak kehidupan. Saya memang sedang bahagia dengan seseorang tetapi saya belum ada sebarang pengumuman penting untuk dibuat," ujarnya

kenapa suka fazura?
macam cakap tadi.. cara dia macam perempuan yang bijak. percakapan, body contact, eye contact semua lah... aku suka tengok. penampilan, bentuk badan, sempurna. tak seksi sangat pulak tu. so, memang aku minat dia. cantik, itu dah tentu. jom tengok nihhh....


dalam cerita ezora pun, aku suka tengok gaya dia. naif, tapi tetap nampak educated. entah.... melayunya tidak keterlaluan, dan metropolitannya juga tak keterlaluan. sedang-sedang je ar. gambar-gambar dia pun tak ada jugak yang meletup sangat, tapi tetap sedap dipandang mata.









kan, kan? ohh ye, kalau gambar seksi pun, mungkin yang ni lah kot...


[sumber]

Feb 7, 2011

[GAMBAR] fesyen-fesyen rambut FASHA SANDHA

sama ada rambut palsu ke rambut separa palsu, atau tiada yang palsu melainkan yang tidak palsu belaka, argh, tak sempat pulak nak tanya empunya badan mahupun menilik satu-satu. layankan saja... mana tahu dapat bagi idea untuk awak-awak semua ubah rambut untuk tahun 2011 nihh... T____T


= fasha sandha yang masih hot dan tetap HOT =












...photoshoot majalah...


...ABPBH PC 2010...







... masa pergambaran duyung aridinata...


orang cantik, buat rambut macam mana pun tetap cantik. kalau fasha botakkan rambut dia pun dia tetap cantik agaknya. ahh, satu lagi, kalau buat gaya punk pun tetap nampak fun, bukan punk'ngan. t____t

Feb 6, 2011

[GAMBAR] ingat NORA DANISH aje hot, FASHA SANDHA lagi hot tau?

orait, hari tu ada up entry pasal ke'hot'an nora danish sebagai cover majalah cosmopolitan. memang hot lah, kalau tak percaya, baca entry itu. adik aku kata, isk, ingat omputih. haha, memang dia putih. tapi dia tetap ommelayu =P


tapi cuba tengok yang ini pulek. ha, awak cakap nora danish lagi hot dan fasha dah kalah dengan nora danish masa kat entry tu kan... sekarang bolehlah fikir dua kali, sape lagi hot. isk, fasha ni memang tertarik menarik kau memang da boom lah. HOTTTT!!!





dia memang selalu seksi, dan seksi dengannya serasi. tetapi... gambar ini bukan hot kerana dia seksi, tetapi dia memang hot. sama ada seksi atau tak. tengok nihh... bagi aku ni tak seksi lagi lah untuk fasha, tapi tetap HOT!




yang ni pulak, memang super gojes lah fasha nihh. tak dedah-dedah, tapi tetap meletup. wahhh!!!.








apapun, diharap kontroversi fasha sandha dan nora danish cepat-cepat berakhir, sebab industri hiburan kita ni kecik aje, balik-balik, jumpa itu jugak, ye dak?


tapi dari kecil lagi, dia memang comel ha...




psstt...
kontroversi dengan tiz zaqyah dulu, macam mana cerita sudahnya?

Feb 5, 2011

apa lagi yang tak kena dengan NORA danish dan FASHA sandha?

memang kena ngaku, jujur, jarang baca surak khabar. kalau pasal yang meletop-letop, contoh pasal pergolakan kat mesir ke, baru nak sibuk-sibuk cari lepas tu google ke. ha ha. tapi, kalau nak gi beli surat khabar memang payah. atau beli aje, lepas tu bagi sape-sape baca. nahhh. aku tengok aje sampai keroyok. lepas free-free, esok-esok ke, baru rajin nak ambik dan baca. so, berita dah basi. ha ha perangai kan.


cantik dak fasha nihh


samalah jugak... bila isu fasha dan nora nihh. hari tu, kemain keluarkan entry macam ni kan.. tapi tup tup, bila bukak beautifulnara, ada lagi story depa ni tak habis. adoiiii, pening sat. apa tak nya, ingatkan dah habis, rupanya belum.





tapi sebagai perempuan pun, kalau jadi fasha ni, terasa meluap-luap nak marah gak. terasa maruah diri diinjak-injak. macam orang pijak-pijak kepala kita, dan kita biarkan aje kalau tak dedahkan perkara sebenar. lagipun, kalau dipihak yang benar, aku rasa tak salah kalau fasha nak keluarkan statement tu, dan tunjukkan bukti meskipun ia agak kebudak-budakkan bunyinya....  ye dak? T__T


 twitter fasha yang ternyata bengang dan marah dengan seseorang


apa nora danish cakap sampai fasha bengang?
nora sebelum ini ada keluarkan statement yang dia tak ada kaitan dengan perpisahan jejai dan fasha. itu statemnet biasa lah kan... sama jugak masa perpisahan jejai dan nora, fasha pun cakap benda yang sama. TETAPI, bagi menambah kenyataannya, nora danish cakap, yang seperti jejai cakap, dorang dan berpisah dah dua bulan sebelum pergi ke jepun lagi.


sedangkan dalam masa yang sama, fasha cakap depa berpisah pada 18 januari 2011. itu titik noktah perhubungan dorang dan dorang saja yang tahu sebab musabab perpisahan mereka. so... statement nora danish dan fasha sandha ternyata bercanggah lah kan....


dan itu yang buat fasha bengang. sebab seolah-olah dia sangap sangat dengan jejai dan syok sendiri, dan seolah-oleh berbelit-belit. so, apa lagi, fasha pun tunjukkan buktilah kan. statement fasha itu pun dikeluarkan dalam metro 27 januari 2011 dengan tajuk 'Cukuplah tindas saya'.


yang lagi bengang ialah, siapa nora danish nak sibuk-sibuk bagi kenyataan macam tu?  ikuti luahan fasha sandha kat bawah ni...

Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami. “Cukuplah Nora sekadar memberikan kenyataan dia lega kerana bekas suaminya itu cuba mempertahankan yang bukan dia punca perpisahan kami. Nora mengambil langkah tidak betul kerana memberikan kenyataan tanpa mendapat fakta yang benar. “Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,” katanya

Sekiranya, keadaan memaksa saya tidak keberatan melampirkan bukti. Kenyataan Nora semalam memaksa saya untuk memberikan penjelasan berserta bukti yang kukuh. “Saya masih menyimpan semua SMS, BB Messenger dan semua senarai panggilan telefon. Ini saya jadikan bukti untuk menegakkan perkara yang benar. Malah ibu saya juga ada menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun. Pengurus saya dan pembantu peribadi saya juga masih menyimpan semua SMS Jejai pada mereka. Saya harap ini jelas dan tiada lagi spekulasi selepas ini mengenai perpisahan saya dengan jejai. “Cukuplah pengakuan kami sudah berpisah pada 18 Januari lalu. Biar hanya kami berdua tahu puncanya. Saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Ingin juga saya jelaskan di sini saya tidak akan melayan sebarang tuduhan atau fitnah tanpa bukti pada masa akan datang. Sebelum ini diri saya sering difinah dan ditindas oleh sesetengah pihak tanpa bukti. Jadi kali ini adalah masa untuk saya menegakkan kebenaran diri saya fakta Nora adalah salah. 

dan fasha sandha memang betul-betul tunjuk buktinya. ini antara bukti yang ditunjukkan oleh fasha sandha bagi membuktikan yang hubungan depa berakhir pada 18 JANUARI 2011 bukan dua bulan lepas. ada faham? T___T







sekalipun aku tak berapa berkenan dengan beberapa sikap fasha dan kenyataan kontroversi dia dengan pelbagai isu sebelum ni, tapi luahan ni aku boleh terima dengan hati terbuka. anda pulak macam mana?


[sumber: beautifulnara]

Feb 4, 2011

awak suka baca gosip ke?


awk suka baca, saya tulis. hehh. atau sebenarnya ramai yang tak suka baca dari yang suka baca nihhh? =,=
 
tapi saya memang suka ulas gosip ikut pemahaman dan cara saya sendiri...boleh kan? T________T (lebar senyum nihhh. haha)



 suka tak suka, jangan marah-marah na... PEACE no war!!!

Dec 14, 2010

cut tari dah mengakui video seks itu miliknya, tetapi ariel pulak menafikan. aik???

 ini ariel dan luna maya. bukan cut tari


ini cut tari


"Saya tetap konsisten dengan pendirian saya bahawa yang ada dalam video tersebut adalah saya. Tetapi, Ariel tetap mengaku bahawa yang ada dalam video tersebut bukan dirinya," kata Cut Tari.


tapi Ariel bertegas menafikan, yang dalam video itu bukan dirinya. aik, pelik. sorang mengaku, sorang tak pulak? kalau bukan, kenapa mengaku? kalau ye, kenapa sorang je mengaku. hehh, kalau nak baca lebih, klik sini. 


cakap tahibulan:
hehh, sibuk jer dia tuhh....=P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)