Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Nov 8, 2011

jangan sentuh hidup orang lain!

susah jugak nak menulis sekarang sebab banyak sangat hati yang nak kena aku jaga. taknak lagi menyakiti hati orang lain sama ada secara sengaja atau tak. kalau boleh lah.... lagipun kita taknak orang sentuh hidup kita, jadi jangan sentuh hidup orang. kita mencuba untuk mengelak... tapi kalau orang nak sentuh jugak, itu dah bukan salah kita ye dak?

btw, hidup berjalan macam biasa sekarang. hujung-hujung tahun ni, kerja makin bertimbun untuk disetelkan kat sekolah. bisnes tudung pun tetap dijalankan even tak serajin macam dulu. sebab target mesti mau kejar. end of this year or end of tahun sekian-sekian, berapa mau ada dalam account tu kena fullfill rite? kalau tak, sila kejar lagi next tahun. HA HA.

cuma bab family, rasa most better sekarang. sebab amanat yang kat bahu aku ni dapat aku setelkan satu-satu. rasa cuak sebelum ni macam terlerai satu persatu. perlahan-lahan. rasanya, boleh dah aku slow fikir pasal dorang sikit la.. dan fikir hala tuju diri sendiri. kan....umur pun dah genap 25 tahun on 31 oktober baru-baru ni. so, apa tunggu lagi?

cumanya, macam frasa pada tajuk... "jangan sentuh kehidupan orang lain kalau kita taknak orang lain buat benda yang sama..." benda inilah yang ada dalam pale otak aku selalunya. sebagai manusia yang ada perikemanusiaan, aku memang taknak macam tu. even tak fikirkan balasan pun, tapi hati aku memang takmahu, taknak dan tak teringin.

so aku berharap sangat, moga tuhan tak menguji aku dengan cara begitu... mudah-mudahan....


#ingin punya hidup yang sihat... kata orang masalah jangan difikirkan sangat. jangan ikut rasa stress tu... kan?
#hope no more status update kt fb or blog post pasal 'awak'. jadi sila jangan perasan ;P



 penawar hati dah tertinggal kat kampung... nur ain eliesya ;)

p/s; masih ingat HERO? kucing yang dipotong kaki kerana seekor ikan? eh, dia masuk buletin utama lah semalam... kan???

Mar 3, 2011

a little thing :)

maybe for u not, maybe for them yes. tapi biasalah hidup ni, give and take itu perlu, right? same goes for me. kebengangan dalam hidup ni selalu berlaku. puas hati tak puas hati itu benda biasa. cuma yang luar biasanya, ialah bagaimana seseorang itu nak control semua rasa tu, ye dak?


cuma yang saya tahu, saya nak hidup dengan gembira. saya nak bercerita segalanya tentang hidup ni dengan gembira. sedih, marah tu tak perlu nak dihebohkan. yang penting, orang tengok saya gembira. gelak. ketawa. (eh, gelak ketawa tak sama ke?) dan saya suka dengan kehidupan yang saya lalui.


yang penting, jangan hidup menyusahkan dan menyakiti orang, itu aje. kan?


sebab tu saya malas nak tegur orang.. sebab kadang-kadang awak silap yang ni, maybe kawan silap yang lain. sebab kita bukan perfect right? kadang-kadnag bagi kita, kita dah buat betul, tapi orang tetap rasa salah. sama jugak dengan orang. tapi janganlah bila orang salah je, kita nak terus hentam orang, okeh?


we are not perfect. we just a human being. tapi belajar dari kesilapan itu penting. jangan hanya nak orang saja belajar dari kesilapan. kan?



Pssstt...
saya tak boleh orang tegur atau marah saya tiba-tiba atau keterlaluan perkara yang saya tak pernah buat, tapi terbuat sekali sebab mungkin terlupa atau alasan lain, sebab saya akan jadi runsing. sebab tu saya tak suka tegur silap orang jugak.....

Dec 24, 2010

Tak perlu jadi lalang! adatlah... hidup ni ada NAIK dan TURUN...


kalau pasal kehidupan macam ni, rasa dah banyak belas kali dah aku percakapkan. aku ni memang suka sangat cakap benda-benda yang series, sebab aku ni memang seseorang yang memikirkan kehidupan dengan SERIES. apapun, aku suka merancang dan selebihnya aku serahkan pada tuhan.


dan selalunya, aku memang suka berfikir apa yang patut aku ada, capai pada umur sekian-sekian dan apa yang aku patut jadi untuk 5, 10, 20 tahun akan datang. lebih kurang macam tu lah....


samalah dengan blog aku ni. aku tak pernah buat sesuatu saja suka-suka dan aku tak peduli berapa juta manusia pun beri pendapat blog dorang begini, begitu ke apa, dan memerli blog ni ke apa, sebab aku menulis ada target aku sendiri.


kalau pun penulisan aku bukan baiiiikkk sangat dan tak ribu-riban orang baca, tapi bila melahirkan satu-satu entry aku nak berasa PUAS dan lepas tu akan kaji balik, kenapa entry ni kurang orang baca, kurang orang komen, dan itulah yang akan aku perbaiki...


tapi adatlah hidup kan... ada naik dan turun. sama jugak dengan blog ni. sama jugak dengan mood aku. bila rasa nak menulis, berapa banyak draft aku tulis dan bersusun tinggal masa nak publish je. tapi bila mood tak ada, haram nak ada entry. sebab tu trafik pun macam ni je minggu ni...sebab kadang-kadang, bila dah lewat malam, baru nak hasilakn entry. mana nak kejar trafik kan?


trafik naik sekejap, lepas tu turun balik. tapi hari ni, pelik pulak dia naik balik cecah 350++ dan 920++ page views dah tadi. mungkinkah gara-gara PING blog?

tengok ni..

trafik lepas ping blog untuk ENTRY ini


weh korang, sorrylah kalau penulisan aku hambar atau membosankan. tapi apa nak aku pesan, menulis ni pun perlu ada prinsip sendiri. tak perlu lah kau jadi lalang. jangan sebab orang tu naik dengan cara penulisan macam tu, kau pun tukar ikut cara orang tu tulis pulak. 


sama jugak bila kau masuk blog, orang semua suka blog dia tu, komen baiiik-baikkkk punya, kipas je kan, kau pun turut ampu sama meskipun kau tak suka atau kau tak setuju dengan dia tu. tak perlu ye? nak naik, naiklah sebab siap diri kau. dan tulislah berdasarkan prinsip diri sendiri. okeh? aku cakap ni sebab aku pernah melalui semua ni T_____T

 p/s:
ohh ye, entry-entry pasal personaliti-personaliti kat bawah ni telah meng'up'kan trafik blog ni. silalah terjah =)

Nov 11, 2010

ayat-ayat power lepas kawin... ehh power ke...?

 gambar hiasan je ;D

ramai betul orang cari pelakon cinta dan anugerah ni kat blog cik bulan. 
wehh, dia dah kahwin, sila gigit jari sekarang =P

bagi yang sudah bernikah, baca je ye. bagi yang belum bernikah pula, oleh sebab kita ni juga bakal-bakal menikah dan bakal-bakal menjadi isterian orang juga, serta lakian orang juga, terasa sudi dan rela hati pulak aku nak kongsi emel ni yang aku salin dari fb seorang kawan.

geli hati jugak bila baca, dan terasa ada benarnya perkara itu... (ek?) TETAPI, tetapi ye kawan-kawan, (penegas kat situ), diharaplah kita-kita ini tidaklah mengalami situasi yang sama macam tu... insyaAllah, kalau kita ini orang yang mencuba. apapun, semuanya bergantung kepada diri sendiri, kerana ini adalah hidup kita, ye tak? berusaha dan bertawakkal, ye dak?

kadang-kadang benda tu macam kecik, dan mungkin hanya satu bahagian yang paling keciikkkk dalam kehidupan kita, tapi siapa tahu, benda tulah yang akan jadi kudis yang kecil-kecil, dan akhirnya menjadi pula nanah, dan merebak ke bahagian yang lain pula jika kita terlalu memandangnya dengan serius.

kita ni hanya manusia, tak nampak apa yang kat depan kan? oleh sebab kita ni tak nampak apa yang berlaku kat depan, dan tak akan pernah tahu, maka, MAKA ye kawan-kawan, bersedialah! lebih banyak kita bersedia, makin kita terasa kuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan. kerana situasi ini mungkin saja boleh terjadi, bila dan di mana pun, tanpa terduga,

tetapi jika kita 'bersiap sedia', insyaAllah kita tak terasa sangat cuak. yang penting, set in our mind, hidup ini takkan selalu penuh dengan kesempurnaan tetapi jangan mengambil ketidaksempurnaan yang kecil itu, satu perkara yang sangat besar untuk diperdebatkan.

yang penting, sama-sama menghargai.. dan jangan terlalu memandang hal-hal yang kecik itu kerana itulah nanti punca kegelisahan, dan kemungkinan menjadi punca kecurangan. ye dak? apapun, nak baca, silalah baca sedikit jenaka di bawah ni.. tapi tak payahlah diseriuskan sangat. karang ada pulak yang kata, takutlah nak kahwin, baik tak payah kahwin. haishhhhh ;D


Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

dah habis baca dah? apa kata anda...komen sikit ;)

pesan tahibulan:
mukaddimah aku tu..macam merepek je...hakhak abaikan k ;P

Nov 7, 2010

mana idea? idea mana?

salam =,=

beku. beku otak aku. otak aku beku. wehh. tak tahu apa nak tulis. tak tahu mana pergi idea? weh idea mana? mana kau idea? menjelmalah... aku tak reti nak manderem kau, jadi lebih baik kau keluar dulu, sebelum apa-apa jadi kat ladtop ni. mana tahu kejap lagi ia jadi roti, buat cicah kari sebab kebengangang dek kebekuan idea melampau, ye dak?

fasa hidup berjalan seperti biasa. menuju hari tua, kata orang. yelah, tak adanya manusia makin hari makin tua, kan? oleh sebab itulah, fasa-fasa ini menjadikan aku semakin lesu dan lemau. sumpah, semakin banyak kau memikirkan sesuatu dengan serius, semakin terbeban otak kau. kebejatan otak pula makin melarat. haihh.

kadang-kadang, kita berasa, how interestingnya hidup ni! wow, wonderfull life! ada kawan-kawan yang menyenangkan, family yang bahagia, rumah yang ibarat rumahku syurgaku, disertai dengan karier/business yang memberangsangkan. itu kadang-kadang.

dan kadang-kadang yang selainnya, yang bertentangan dari itu. yang ohh, teruknya hari-hari yang berlalu. seperti tak punya siapa-siapa. seperti tak indah langsung isi dunia. seperti, rasa mahu mati. mungkin. seperti, sampai bilalah lagi akan seperti ini?

kadang-kadang di antara kita, mungkin akan tertanya-tanya, mengapakah kita? kenapakah kita? sedangkan dalam masa yang sama, ada seseorang yang lain juga, dari situ, sini, sana, yang mungkin mempersoalkan yang sama? ohh tidakkah kita terfikir, yang bahawa setiap dari kita dihujani dengan ujian yang pelbagai, mungkin berbeza tapi beratnya juga sama?

ye, itulah hidup ini... sekalipun aku selalu bertabah hati, aku juga seperti kamu, akan juga pernah jatuh dan selalu menangis. apatah lagi bila hari-hari memikirkan sesuatu, seseorang yang aku tidak pasti, mana hujung, mana pangkalnya, bagiku ia amat memeritkan. apatah lagi, masalah sesama manusia, amat berat untuk dipikul bukan????

idea, ohh idea... di manakah? aku ingin menulis lagi.. tapi bukan tulisan yang begini...;'(


pesan tahibulan:
bukan tentang cinta... banyak jugak draft sebenarnya, tapi aku tak dapat lagi tempek gambar...intenet tak ok


pesan tahibintang:
encik M di sini...bercuti. impiana resort, best sangatkah?

Oct 20, 2010

berdiam diri itu lebih baik

ye, sekarang ni aku dah tak nak cakap apa-apa dah. aku lebih rela begini. aku tak nak fikir banyak dan tak nak semak-semak. aku juga tak lagi pasang angan apa-apa. aku juga malas nak membela diri atau memberi alasan. biarkan mereka terus menilai dan memberi hukuman, kerana mereka kan lebih baik dan sempurna, bukan seperti aku yang tak berkeperibadian tinggi seperti mereka.

fikirlah apa saja, katakanlah apa saja... kerana aku tahu siapa diri aku. aku memang bukan sebaik mana, tapi aku tahu hati aku di tahap mana. bukan aku kalau jenis bermuka-muka. bukan aku juga kalau depan manis, belakang pula memburuk-buruk. bukan.

aku juga tahu, di mana bumi ku berpijak dan langit yang aku junjung. aku tahu itu. mana yang baik itu, jangan fikir aku kan lupa. aku selalu ingat... dan menjadi kewajipan pada diri aku sendiri, sedikit-sedikit pun, satu masa akan aku perbalasi budi baik itu... insyaAllah...

jadi sekarang, lebih baik untuk diam.... dalam segala hal pun, dalam segala hubungan dengan sesiapa pun...kan? :)


cakap tahibulan:
rasa damai sekarang di samping keluarga tercinta...biarlah, aku masih punya mereka yang tahu baik burukku...;)

Aug 29, 2010

dalam pahit ada manisnya...:)

 [promotion! sila rajin-rajin ke blogshop saya okeh. shawl glamor ada...klik sahaja gambar okeh]

sejak bila aku bertukar penulisan ala-ala tak bermoral sangat aku ni ke ala-ala series nak mati pun aku tak pasti, tapi ini kerana gara-gara mahu menghasilkan hanya satu entry saja satu hari, jadi aku letakkan piawaiannya begitu.kalau satu saja, mesti ia penuh, padat dan panjang.hakhakhak.


sebab itulah aku aniyai kamu semua nak kena telaah kat blog aku lama-lama.... tengok entry aku, semua cecah lantai kan.sampai yang membacanya pun mungkin skip, skip, bila membaca. tak apa...tak apa. dalam entry aku yang lalu pun aku ada pesan, baca mana-mana bahagian yang penting bagimu, jika tidak, biarkan saja okay?


berbalik kepada tajuk, dalam pahit ada manisnya itu... tak lain tak bukan tentang perjalanan hidup beberapa hari ini. eh dah lama kan tak update pasal perkembangan diri, sosial life semua kan. yang update semua pasal benda series-series kan... kalau rindu, nahh inilah entry yang ditunggu-tunggu. ececeh, lagak ala-ala diva tu.. macam super popular kan... tapi tak apa, berlagak pun kat blog sendiri ye dak?


dulu, member aku cakap,
blog pia, kelakar..gelak memanjang aku baca...


itu dulu jue. masa tu update 5-6 entry satu hari, sampai cerita sengal-sengal ubi pun boleh jadi story, kan? jadi, apa kata dalam entry ni kita balik menjadi sengal-sengal ubi berisi, boleh? ringan-ringan punya entry tapi ada sedikit falsafah okay?



perjalanan karier

aku memang terstop cerita pasal temuduga GST 2010 hari tu kan. padahal banyak sangat perihal nak cerita. tips-tips semua lah nak kongsi, tapi terlupa dan terpergi cerita pasal benda lain. jadi, jangan marah aku. sila marah benda lain tu...siapa suruh kacau minda aku kan, kan...


jadi, bila dah pergi temuduga tu, aku berharap lah nak dapat kerja tu kan. kerja dengan siapa? kerja dengan kerajaan. sebagai apa, sebagai cikgi. cikgi kat mana? itu yang kita tak tahu tu... tapi encik comel tu kata, tahun ni nak pakai ramai cikgu bahasa Melayu yang tak layu. aku agak-agak aku ni tak lah layu mana. kayu mungkin. hakhak (tapi tang layu tu aku tambah je okay...hakhak, padan muka, kena tipu oleh aku!).


jadi, sebelum mendapat kerja tetap tu, aku perlu usahakan benda lain dulu lah kan... kalau tak, siapa nak bagi aku makan? kamu? tak nak kan tanggung biawak hidup... apatah lagi mak aku, kan... (mak aku tak cakap pun aku tapi semangat dalam diri sebabkan aku memang tak teringin jadi biawak hidup yang hidup ditanggung. ohh tidak) jadi, aku usahakan satu perniagaan yang dulunya hanya MLM tapi kini aku juga ada perniagaan kecil-kecilan. itulah yang menjadi periuk nasi aku sekarang, selain bertemu pelanggan setipa hari untuk khimat kecantikan dan kesihatan, macam ini...:)


 kerja aku setiap hari, isnin-jumaat.
luar waktu berdasarkan appoinment...

tapi bak kata orang, perjalanan itu takkan selalunya sunyi, lurus saja. pasti ada corner side dia kan, jadi bila salah belok, terbabas lah juga. samalah macam aku... kalau tak terbabas pun, terhenjut-henjut kereta sebab lupa nak tukar gear. eceh. (psssttt....lesen tak lepas lagi oiii.grrrr...encik M cakap makin belajar, makin tetttt.hahahaha). tapi alhamdulillah, kalau ada rintangan tu hadapi, jadi bila dah hadapi, insyaAllah ada jalan nak selesaikan, kan...


sabar itu penting, kalaupun kita tak tahu sampai bila harus sabar. yakin itu harus, sebab kalau tak yakin kita akan buat sesuatu separuh hati. dan percaya....percaya pada diri sendiri, pada orang lain yang turut ada dalam lingkungan tu semua kan... memang macam-macam dugaan, terutamanya dengan myelly. tuhan saja yang tahu.. dan akhirnya, semua berjalan dengan baik sekarang kalaupun belum mencapai tahap yang kami mahukan. syukur sangat-sangat, dengan peluang yang sedikit, dapat kami lonjakkan menjadi rezeki yang segunung sikit demi sikit. insyaAllah....:)


ketika dugaan....senyum...:)

ini antara dugaan kami.... ceritanya, biarlah rahsia.tapi senyum tetap senyum kan. sebab katanya puan CEO, biarlah, apa yang berlaku, kita tetap harus selalu senyum, dan bermanis muka. kerana kita ni hanya mentimun, bergolek luka, tak bergolek pun luka....(T_T) selalu kata-kata itu bermain di kalbu. syahdu.;( eh eh bukan, macam ni :) ye tak?


lalu semalam, gerai kami yang dibuka di Kolej Harun Aminurrashid, UPSI telah mendapat kunjungan ramai meskipun paling lewat membuka booth di sana. tak sempat melayan karenah student dibuatnya, nasiblah kakitangan sudah betambah. seronok, dan ini kali pertama myelly berada di tapak, meniaga secara offline dan soffya eshope adalah kali kedua selepas di Kolej Zaaba, UPSI dua hari lepas (tapi cuma jualan kecil-kecilan).


kan sudah dibilangi, dalam pahit, ada manisnya bukan, itulah dia... kepahitan itu ada kebahagian yang menanti... ???


kehidupan adik-beradik/kekeluargaan

aku ini anak dagang. adikku juga. jauh dari keluarga... jauh dari mata, tapi di hati, tidak, bukan? dulu, selalu bergaduh. pantang berjumpa, bergaduh, bergaduh. macam anjing dengan kucing, tak boleh bertemu. kalau tak kena sedikit, akan jadi besar selautan. aduhh. kerana baju sehelai, boleh rosak gegendang telinga. kerana apa, silap kena clorox baju dia. hakhak.


tapi bila dah besar, hidup mula berjauhan. baru tahu rasanya. padan muka kaulah! rindu ya rabbi.... tak boleh nak cakap. dulu, masa aku di UPSI dan dia di POLITEKNIK, isk gilalah nak cakap rindu ke apa kan, tapi hati rindu sangat nak hang out sama-sama dan paling kurang, duduk berebut makanan kat rumah kan...


yang bestnya, aku ni takut adik aku..hakhak. terbongkar rahsia. sebab dia garang.. aku tak. eceh. dengan orang lain garang lah aku ni... dengan dia, aku selalu kena buli. kak, ambil air kak (dia makan sambil tengok TV). kak, tolong kejap gosok baju (dia bangun lambat-lambat)... gitulah lebih kurang. tapi yang pasti, dia pandai masak, tak macam aku. aku ni up sikit dari dia, tak pandai, cuma terer masak. hakhak (tipu, tipu).


cakap pasal masak kan... dulu aku ada sejenis masakan yang selalu aku suka masak bila free. dari maksu aku belajar gitu-gitu je kan, so aku balik buat sendiri. nasi serai nama dia kot. aku panggil macam tu.. sebab nasi, ayam semua pakai serai. bila aku ingat balik kan, aku ni ada talent jugalah bab masak, tapi bila pergi praktikal dulu, 5 bulan tak pegang sodep (makan kedai der...tak ada tong gas, tak ada dapur. sewa rumah sekejap je kan), so, mana ada peluang nak masak dan lama-lama jadi kekok. balik kampung 2 hari.. sempatlah kupas bawang dan masak cincai-cincai saja... satu lagi, aku paling suka buat cek mek molek. hakhak. memang cek mek aku buat molek-molek semua macam aku jugak, molek. hakhak.


(maaf, entry kali ni banyak hakhak walaupun untuk seseuatu yang tak berapa nak lucu. sila faham ya). lalu... kita berbalik kepada tajuk kecil, aku ni rindu adik. tapi ego nak cakap, cuma bila dapat jumpa, tenang hati aku. nak cium-cium pun ada. grrr... teringat pula zaman pakai baju sama-sama, dari kecil-kecil, macam boria.
dulu macam tak berapa best je kan, tapi sekarang, rindu wehhh....


ni masa dia 4 tahun, aku 6 tahun.


jadi, sekarang dia di Klang, aku masih di tanjung Malim. sempat jumpa-jumpa sebelum ni tapi tak lama sangat dan tak keluar-keluar sebab atas beberapa musabab. lalu... hari minggu lepas, aku teringin nak berbuka puasa sama-sama. jadi, aku pergi rumah dia, tidur sana. cess, sampai pagi kami tak tidur, borak punya pasal.


tapi kan, aku selalu rasa aku ni adik, sebab aku agak gila-gila ciskek dan adik aku agak matang. aku banyak pot pet dan adik aku banyak dengar. aku banyak gelak adik aku banyak senyum. dan adik aku pandai control duit, tapi aku tak berapa pandai. huuu.... tapi yang pasti, adik aku memang comel dan aku lagi comel. hakhakhakhak (muntah).




adik aku bawa pergi AEON dan GM, kelang. sengih je aku macam kerang busuk. maka melayanlah mereka (dia dan tunang dia.sorry okay, adik aku meskipun comel tapi sudah berpunya.grrr...) kehendak aku ni. nak itu ini, tengok itu ini tapi tak beli pun..hakhak. ada beli, spek mata.


 spek mata baru kekonon...lama dah nak pattern gini

ha ni spek mata baru okay, lama dah nak cari pattern ni jumpa juga kat brands outlet. he...suka, suka. somel tak? (tiba-tiba jadi pelat pula.ahh gedik.).lepas tu beli baju dua helai (murah je sebab sale kalau tak sale maaf, ya...he), lepas tu aksesori tangan, dan aku nak cari kasut untuk kaki gajah aku ni, tapi tak jumpa.


banyaklah orang ambil gambar aku, macam artis daaa...hakhak

peace..
adinda...
(psst, dia pakai shawl dari soffya|eshope okeh)


ha, perasan tak aku berselipar...itu tandanya inilah kali pertama setelah sekian lama ini aku berjalan-jalan ronda-ronda macam tu pakai selipar. biasa mesti pakai plat shoes atau wedges. sebab apa? sebab kaki aku terover cantik sampai rasa nak sembunyikan nanti ada yang jealous.hakhak. dan aku inginkan kasut baru dan hari tu saja nak berlagak cool pakai selipar jalan-jalan, okay tak?


okay, ini dah tiba part sedih... maka, kami berbuka sama-sama.... makan banyak-banyak. kenyang tak payah nak cakap. sebab kami beli macam-macam konon kami cakap, aku beli ni, kau beli tu, ha tambah yang ni, itu. kuih ini itu...tak apa lah kan kita makan kongsi-kongsi kan. jadi, jenuh nak perhabis. dan itulah kali pertamanya sepanjang bulan puasa ini aku makan banyak sampai macam tu. aku agaklah kali terkahir makan hodoh macam tu adalah masa budak-budak dulu...(tipu, tipu, hiperbola.grrrr).


bila aku cakap
"eh kenyangnya...tak pernah makan banyak gini ni..."

adik aku pun cakap
"ya ah kak, adik pun sama...tak pernah gak.kenyangnya..."


sedih sob sob sob hati aku ni. ye, bila rindu... kita akan jadi macam tu bila bersama. mengulang kenangan zaman kanak-kanak yang makan banyak-banyak lepas tu standby nak pergi main sembunyi-sembunyi tang nusuk) dan polis sentri. he...rindu wehhh.... sedih juga bile mengenangkan adik aku cakap, berbuka selalu seorang-seorang. kasihan... kadang-kadang dengan kawan satu rumah dan tunang, tapi macam mana lahj sangat kan...


begitulah bagai dikata, dalam pahit ada manisnya... pahitnya jadi anak dagang, ada rindu di dada, tapi manisnya tetap ada bukan... manisnya ialah bila bertemu itu. kegembiraan yang terasa. kerinduan yang terubat. begitu juga dengan berpuasa. salah satu hikmah berpuasa ialah kegembiraan bila berbuka setelah menahan lapar seharian...kan?


nasib baiklah si putih aku ni ada dua ekor budak comel sebagai penghibur. see, comel kan? geram aku nak cubit-cubit.isk.


kamu pula bagaimana, pasti ada bukan, kemanisan yang dirasai dalam kepahitan? kongsikan...ayuh :)


Bintang cakap:
semalam agak penat, di booth kat KHAR, UPSI...:)

tahitbintang pesan:
carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga, bukan?


Aug 15, 2010

trafik steady dan maintain. lebih dua ribu UV sehari.

eh, bukan 500 UV sehari, tapi lebih dua ribu kau. ha...dua ribu rupiah....jangan panik ya. ops kawan, jangan terkejut dulu. sila lihat bawah ini dan kau pasti faham yang blog aku bukan blog popular cuma aku selalu buat-buat popular je.T_T 2000UV? kirim salamlah nak dapat. kalau tak rajin buat entry dan ping blog memang tak ramai UVnya...ohh sekali lagi, maaf telah mentipu anda bulan-bulan puasa ini dengan tajuk itu.grrrr...T_T.bohong sunat..grrrr...


[trafik dari 06 ogos-12 ogos 2010]


macam sekarang, aku sibuk dengan kata lainnya, busy body (hakhak) maka dapat buat satu hari satu entry kira okaylah untuk jaga trafik dan nuffnang tak merajuk kan...alhamdulillah, sekarang masih ada 7 BE yang sedang berjalan, meskipun ciput-ciput tapi tak apa lah kan, dari tak ada.


paling penting, trafik maintain, mendatar...hehe. mesti kau cakap, alah 100++ UV pun nak kecoh? eh tak..bukan aku suka menunjuk-nunjuk time UV aku cecah 400++ UV je, tapi masa sikit macam ni pun aku nak kongsi juga, sebab apa, sebab maintain. bagi aku ini pun dah kira okay untuk aku yang bukan lagi blogger tegar sekarang. tak berapa nak tegar dah, tapi yang pasti aku SAYANG blog aku dan kamu-kamu semua...


ohh hari kalau kamu baca ini, aku masih away... di mana? tak di mana-mana pun. masih dekat dengan hati-hati kamu juga.grrr...(perasang,perasang!). cuma dunia aku tak lagi macam dulu.dulu kalau tak hadap blog, rasa macam lemah separuh badan, tapi sekarang, tak terasa sangat suma bila dapat saja peluang, harus, memang harus untuk update mana yang patut dan blogwalking...rindu kat kau lah punya pasal, kan...T_T


apapun, blog aku dah 100% bertukar wajah. dah warna-warni.aku pun tak tahu kenapa aku boleh berubah sedemikian rupa. penulisan aku...dengan template-template blog 100% tukar, padahal aku sebelum ini terikut juga dengan blog yang skema yang putih mendatar. alah, apa-apa sajalah, kan... eh, kawan..kalau tak suka tengok blog macam begini, bagitahu aku cepat-cepat ye??


seperti musim, kadang-kadang prinsip manusia pun boleh berubah-ubah...


mungkin sebab itu..bila ada angin yang bertiup, bila musim berubah...aku pun harus berubah. kadang-kadang, perubahan iotu kecil, tapi besar maknanya macam sekarang, aku sudah tidak lagi tidur lewat bersengkang mata menghadap ini kerana ingin berstamina keesokan hari...


malahan, aku rasa hidup ini lebih bermakna sekarang.uhh, aku pernah rasa rindu pada diri yang dulu, dan kini aku rasa diri itu kembali.yergh!! seperti juga warna kegemaran...dulu, aku cintakan PINK/MERAH JAMBU tapi kini rasa cinta itu berkurangan. ye, aku sudah tidk algi jiwa auu auuu tapi sudah jadi garang. suka merah, oren..grrr...mungkin sebab dia banyak mengajar aku erti 'kuat' dan 'tahan'.ye, sebab selalu diprovokasi dan selalu dibuli.hehhh.tak apa,

ada ubi ada pengat,
ada hari aku ingat.


apapun, selamat meneruskan ibadah puasa...moga kita dapat mengambil sepenuh kebaikan bulan ini...:) maafkan aku kalau ada tulisan aku semalam-semalam dan hari ini mahupun akan datang bisa membaut kamu tersentap dan melukakan hati kamu.maaf...:|


ohh sebelum tutup entry, ini sedikit gambar bahagia aku dengan family kedua... iaitu pada hari lahir k.elly yang ke-17 (hakhak) pada jam 12 malam,08 ogos hari tu malam kami nak perrgi ke genting keesokan harinya. [17 tahun-atas kek tu tulis macam tu eh...:D. eh sebelum tu nak cakap, aku memang langsung tak sempat make up apa-apa sebab ini suprise party sebenarnya...bedak secuit, lipstik secolek pun tak sempat. maka terimalah prestasi gambar tak semegah, aku si budak hitam.grrr]


layannn...:]

birthday k.elly
sweet 34st

birthday girl dan suami

ohh ini kami yang gedik dan selalu over T_T

aku pegang kucing tapi seba ia hitam itu berkualiti, maka tak nampak sangat mek tam aku tu :P

nak menyibuk, tapi tak sempat


nah, ini bunga dia.hubby dia kasi. ohh aku bila lagi?hehh
(teringat tragedi sejambak bunga tahun lepas...)


Notabintang:
Mengerjakan sesuatu yang kamu minati, kamu ketahui pasti sangat asyik dan menyeronokkan, bukan?

Notatahibintang:
Aku rindu kawan-kawan lama....dimanakah kamu???

Aug 1, 2010

saya bakal jutawan?

 jutaria bolehlah...:P


wah, kamu sudah berjaya sekarang dan bla, bla, bla...-itu pujian rakan-rakan.ia harus dihargai, jadikan ia semangat. itu kepercayaan.itu harapan .itu juga tanggapan.yang positif kita hargai... meskipun jikalau ada udang disebalik mi (hakhak, kalaulah ada okay...sebab yang memuji adalah mereka yang pernah menjadi kawan makan kawan, menikam dari belakang, series), kita harus hargai. harus terima dan ucapan, terima kasih, doa-doakan saya ye.


juga bila teman cakap, fuhh, lagi tak lama kamu jadi jutawan muda.ohh. jutaria mungkin, jutawan, agak terlalu optimis juga, terlalu wawasan 2020 bak Tun Mahathir, tapi tak apa ambil ia sebagai doa.amin, amin...jika seorang, dua, sepuluh , 40 yang mendoakan, insyaAllah..akan termakbul.


jauh atau dekat, itu tetap perjalanan. berjalan, merangkak, jatuh berdiri itu juga perjalanan. susah payah, senang, suka duka itu juga perjalaann. kata orang, semakin jauh perjalanan, semakin luas pengalaman. ye kawan, itulah maksudnya. bukannya kira jauh kau memandu dari utara ke selatan, ohh itu juga perjalanan, tapi pengalamannya ialah melihat hutan-hutan, jalan raya, rumah-rumah dan mungkin bandar-bandar di tepi jalan.


cukuplah sekadar aku tahu, perjalanan aku tak sia-sia membuang waktu.tahukah kamu


"masa adalah nyawa
 nyawa adalah masa."

ye kawan, kata guruku...masa adalah nyawamu sendiri. sebanyak mana kau menghabiskan waktu dengan sia, sebanyak itulah juga kau mensia-siakan nyawamu...fikir-fikirkan, renung-renungkan....




Notabulan:
hargailah masa, hargailah nyawa sementara ia milik kita...


Notabintang:
kaug peluang-peluang yang ada di depan mata. orang yang bijak, ialah orang yang akan mencipta dan merebut peluang...:]

Jul 9, 2010

pijak kucing! nak mampus?

memang cari penyakit. memang perangai syaitan. nak kata perangai binatang, rasanya binatang pun reti. kalau kau tengok video ni, memang kau pun akan rasa yang sama. tapi aku tak tengok pun... cukuplah abang azrul ceritakan semua, sebab kalau tengok, nanti jadi macam tengok video kucing dipotong kaki tu pun, aku dah berendam air mata.



jadi, sebelum drama air mata bermula di rumah ni dan dihadapan penonton-penonton setia, dan sakit hati meluap-luap, maka eloklah aku tak tengok dan bagi kau orang sendiri peluang untuk tengok. nilaikan sendiri... manusiakah ini? kawan, jangan pukul binatang, nak-nak kucing. ingat pesanan aku tu... (klik link untuk tengok video)







Notabulan:
aku memang tak boleh...bab-bab kekejaman ni. pernah adik aku suruh tengok video perempuan kena pukul ramai-ramai masa lagu 'trilogi cinta' tengah popular, aku tak boleh tengok juga. mahu nak muntah. lepas tu tengok KL drift II je, scha dan farid kena pukul-pukul tu, aku tutup mata. jadi, aku melepas babak-babak tu, sebab jenis aku, akan rasa seriau sampai telinga. eeiiii....besar kepala aku.

Jul 8, 2010

merajuk.

merajuk.


malas cakap.


tak nak kawan.



(,")




Notabulan:
Ayat tegar bila hati terusik. merajuk (konon-konon). tambah-tambah kerja banyak,stress, blur semacam. tercuit, terusik sikit, habis. jahanam.

nak ke blog korang pun tak sempat tau hari ni. kalau ada tu..yang digagahkan diri pergi...

Jun 29, 2010

aku kini kembali...

maaf, semalam aku hilang. tak tahu ke mana hilangnya...dan entry yang kau baca semalam, adalah bahana dari autopost. maka, aku tidak sempat terima komen dan hari ni baru terima dan baca. makanya juga tiadalah entry aku yang selalu keluar pada pukul 7:30 pagi hari ini....


ye, semalam sangat sakit. kau tidak pernah berniat melukakan hati orang, tapi bila kau buat sesuatu semua jadi salah, mesti kau gelabah, hati tak tenang, rasa dekat dengan mati, kan?


tak apa. hari ini aku kembali...jangan risau tentang dunia aku. yang pasti hidup harus diteruskan. celaru, keliru, emosi terganggu, nyah saja ia ke tepi dan mulakan 'fasa' baru...tapi bolehkah?


ye, pasti boleh. yang penting, cuba. :)



cik bulan:


mungkin ini dugaan untuk awal pertapakan...sebagaimana empayar yang selalu bermula dengan pelbagai rintangan, insyaAllah...pasti ada hikmah disebalik....:)

Jun 28, 2010

kalau jadi orang tengah, kau mesti buat macam ni juga, kan?

[nah, marah dia!]


masalah. bila berlaku salah-faham antara dua pihak, kalau kau yang duduk di tengah-tengah, pasti kau akan buat macam ni juga, kan? bila pergi pada sebelah sana...kau akan cakap yang baik-baik pasal sebelah sini, kau akan cuba back up yang sebelah sini. dengan harapan, ohh yang sebelah sana akan bersejuk hati. akan faham, akan positif dan tidak marah lagi.


dan bila pergi sebelah sini, kau akan cakap baik-baik pasal sebelah sana pula, kan? juga dengan membawa harapan yang sama... yang murni. sungguh, kau tak ada niat selainnya... cuma niat kau, biar masing-masing nampak kebaikan antara satu sama lain, supaya tak ada lagi salah faham...kan?


tapi bila kau buat macam ni....akan timbul pula satu isu... eh, kau ni back up sangat dia, kan? habis aku ni siapa? jangan buta mata, buta hati... jangan nampak baik dia sangat, dan nampak aku jahat saja. ohh, mungkin dia akan cakap macam tu, ye tak? lalu, kau mungkin dikatakan, 'hahh, kalau dia tu bagus sangat, pergi pada dia!'


sedangkan kedua-duanya penting pada kau... sahabat baik kau...kan? jadi, kalau kau duduk tempat aku, apa yang kau akan buat? pasti kau akan tersepit.. bila yang ini tanya itu, dan apakah jawapan yang layak untuk tidak membuat orang terluka. begitu juga yang sebleah lagi pun sama. apakah perlu kau lafazkan?


paling penting ialah, kau tak mahu orang meragui niat kau... dan paling penting ialah, kau ikhlas dengan kedua-duanya.


kawan,

kadang-kadang orang tak faham niat kita. kita cakap macam ni salah, cakap itu salah. segala-galanya orang akan perhatikan. sumpah, aku tak baik langsung, tapi kalaupun aku bukan baik, tapi aku tahu hati aku tahap mana. hari ni, aku gaduh dengan orang, sakit hati, terluka mcam mana pun, aku tak pernah simpan sampai dua hari. mesti akan timbul dalam hati aku, ohh penatnya rasa macam ni. penatnya nak bermasam muka atau berbuat ignore. ohh, tak boleh...sebab rasa terjerut leher.


dan aku juga tak ada masa, bila gaduh saja, nak buka-buka cerita. tak okay? gaduh bagi aku sementara, tapi persahabatan, akan berpanjangan. walaupun siapa pun dia asalnya pada kita.


kalau kau tahu tersepitnya aku dengan keadaan ni...



cik bulan:

terasa ingin berjalan-jalan melihat haiwan lah...meringan-ringankan bebanan otak. bersendirian, mungkin.


aku ada impian dan cita-cita. aku berusaha dan mencari. jadi, bila dah hampir dapat, aku harus fokus dan membuat yang terbaik. masalah peribadi tidak harus meganggu emosi aku...harus tidak.

Jun 17, 2010

ada banjir ada kemaraunya | begitulah Allah S.W.Ttelah menciptakan segala-galanya secara berpasang-pasangan, kan?

musim kemarau yang menyakitkan...



ye...
ada pasang ada surutnya,
ada atas ada bawahnya,
ada berjaya ada gagalnya,
ada kiri ada kanannya,
ada miskin ada kayanya,
ada hitam ada putihnya,
ada cantik ada hodohnya,
ada gemuk ada kurusnyan,
ada panjang ada pendeknya,
ada rendah ada tingginya,
ada duduk ada berdirinya...

renung-renungkan...


ye...
segala yang terjadi,
di langit dan bumi,
pasti bersebab...


dan bila bersebab,
pastinya berakibat...


begitulah juga,
jika hari ini kita di atas, mungkin juga esok kita di bawah...
jika hari ini kita tersenyum bangga kerana berjaya, mungkin juga esok kita akan bersedih kerana gagal...


itulah sebab dan akibat...begitulah segala-galanya ciptaan Allah S.W.T di muka bumi ini... tidak terjadinya ia secara sia-sia...


percayalah, apa pun yang terjadi,
yang telah disuratkan,
pasti ada hikmah disebaliknya...
sama ada engkau suka atau pun tidak.
percayalah!


insyaAllah...:)



cik bulan:

ye...bersyukurlah... bila kau dilahirkan miskin/kaya/cantik/hodoh.... sebab telah dinyatakan, segala-galanya di dunia ini adalah terjadi mengikut aturannya dan berpasang-pasangan... fikir-fikirkanlah...:)


begitulah ciptaan manusia, pasti ada pasangannya... hanya perlu yakin dan percaya...:)

May 23, 2010

susahnya nak online kat hopsital.... nurse tak boleh consider ke?

boleh online, tapi tak boleh plug ini.ala... kalau dah habis bateri, macam mana nak online? dah macam penyangak gayanya dah aku ni. harta kerajaan bukan harta aku juga ke? bukan harta korang juga ke? haishh...tapi mungkin sebab keselamatan kot. cuma aku tak faham tang mana je... :)


tapi bukan aku nak cakap pasal tu sangat. tapi pasal nurse...kenapa ye selalu je jadi macam ni? kenapa nurse mesti bersikap macam tu? (tapi bukan semua okay? baca ni. ni accident yang berlaku di sebuah hopsital besar di kelantan beberapa bulan lalu)..tahu lah nurse banyak pressure. tapi semua kerja memang ada presure okay? dan semua kerja ada gaji.
cuba

aku pernah baca pasal orang kerja bukan sebab duit. tapi sebab kepuasan, cita-cita, minat dan macam-macam lah...tapi,nurse ni sebab apa ye kalau macam ni gaya..pelik aku.


pesan cik bulan:
buat semua nurse kalau baca ni...fikirlah..orang tak minta anda layan macam puteri, tapi fikirlah, yang datang tu kan sakit. dan anda memang dipertangungjawabkan untuk jaga orang sakit...so, silalah laksanakan tugas anda dengan hati yang ikhlas..:)




bateri dah tk ada...kena offline.he:)

Apr 29, 2010

janji | bagi kamu besar atau kecil? part 2

sambungan perihal janji dari part 1.



 
"mengapa kau lupakan...janji yang kau berikan, janji yang kuharapkan, siang kunantikan, dan malam aku impikan...mengapa kau lupakan...????"-janji-



layan sekejap lagu tu.sebab ada kaitan dengan entry ini.saya memang hangin betul bila orang tak boleh penuhi janji, tapi buat derk je...buat-buat bodoh atau sememangnya dia bodoh saya tak tahu.tapi, fikirlah...harapan orang.hati orang...consider lah sikit...bila tak dapat buat, beritahu awal-awal.say sorry..dan saya bukanlah hitler yang bermisai kontot itu, nak marah-marah tanpa pedulikan masalah yang kamu ada.kan






ye, kita masih manusia.dan bila bernama manusi, kita akan ada perasan marah.tapi tak sukalah marah-marah.tak cantik.tak best.hati tak tenang.kita juga punyai sikap bertolak ansur kan?sebab kita buakn bso di syarikat besar, yang always say no untuk alasan-alasan orang bawahan, tapi kita hanya kita, yang boleh cakap...."okay, u awak sakit, tak apalah, kita pergi lain kali"




bukannya buat-buat bodoh, buat orang tertunggu-tunggu dan kemudian cakap, "u kan tak boleh faham yang i ni sakit.tak larat.bila u nak orang penuhi janji tu, u nak jugak.tak kira,orang tu sakit nak mati ke, yang penting ia janji"




pedihnya hati.dia boleh sound pula macam tu.hello...ini bukan pasal nak penuhi janji tu ke apa.eh, kita ni manusialah boleh faham awak sakit, tapi let me know awal-awal...supaya tak tertunggu-tunggu dan tak berharap.dan bila orang dah berharap, lama-lama, bila dah tak jadi, orang akan marah.marah bukan kerana nak juga pergi, tapi merah kerana awak tak reti nak bagitahu awal-awal.okay?






kamu semua faham tak maksud saya?






p/s:he...cerita ini ada sedikit kaitan dengan sebab saya tidur awal semalam.hehh...bukan merajuk derrr, tapi biasalah, orang ada bunga dalam taman kan..eceehh bencilah, bila orang berjanji tapi tak nak bagitahu awal-awal tak jadi.kan senang....betul tak?




P/s/s:hidup ni segalanya tentang pilihan, kan?

hidup | semuanya adalah pilihan kita

tadi masa kat kelas, ada tegur seorang pelajar.bila tegur dia, saya teringat kata-kata ni "hidup adalah segala tentang pilihan". kata-kata itu buat saya berfikir.masa pergi kursus di pearl international hotel dulu pun, mr gan cakap yang sama...berjaya atau gagal adalah pilihan kamu.kamu setuju tak?




tapi mengapa, setelah segala-galanya saya lalui, setelah segala-galanya terjadi, akhirnya...saya memilih untuk menjadi insan yang lemah.ye.di mana safiahafsah yang bersemangat kental dulu?yang jiwa dan hatinya sekeras besi.seteguh karang.mana?mana?heyy, safiahafsah bukan macam ini lah.bukan hidupnya dihabiskan untuk enjoy semata-mata.bukan.



dia orang yang shoot betul-betul masa depan dia.orang yang bila dia kata boleh, dia akan betul-betul boleh.tapi kenapa lately...begini?ye...betul kata-kata tu, hidup adalah tentang pilihan.saya yang memilih untuk menjadi begini....



tadi, pelajar saya jawab begini...

cikgu:kenapa kamu baru siap ni?ha, tengok, amirul pun dah siap dah kotak-kotak.kamu baru tulis satu ayat ni je.


farhan:dia menulis cepat cikgu...saya menulis lambat...


cikgu:habis, kenapa kamu memilih untuk menulis lambat?belajarlah tulis cepat...





seiring itu, saya tersedar.dah lama ayat itu tidak memotivasikan saya.ye, hidup kan pilihan kita.segala yang kita perbuatkan ini pun pilihan kita.bila kamu membuka satu blog, kamu nak mengkritik atau nak memuji, itu  kamu sendiri kan?



kamu boleh je memilih untuk memuji betul tak?tapi jika kamu memilih untuk mengutuk pun, itu juga pilihan kamu, dan tiada sesiapa akan menghalang.betul tak?segala-galanya terletak di tangan kamu sendiri..dan jika kamu silap memilih tu lah, akan menjadi bencana terbesar dalam hidup kamu...percayalah.




saya anak yang sudah terbiasa hidup berdikari.dari kecil, saya biasa survive dan dari usia yang muda sudah punya tanggungjawab yang besar.setiap musim cuti sekolah, dari tingkatan empat, tak pernah sekali pun bercuti senang lenang,mesti bekerja.cari duit sendiri untuk bayar yuran spm.cuti tingkatan enam rendah, bekerja untuk membayar duit yuran stpm.juga punyai abang yang sakit.perlu untuk selalu ke hospital dulu...alhamdulillah, beberapa tahun ini sudah pulih...juga perlu membantu ibu kerana dia ibu yang kucintai, hanya seorang ibu tunggal....



p/s:akan kembali semula kepada jalan hidup yang dipilih dulu....tak lama lagi.insyaAllah...:)

p/s/s:ada kerja kosong untuk saya tak?sementara menunggu konvokesyen bulan 8 dan panggilan kerja bulan 11 ini...ye, saya ada business kecil-kecilan saya, tapi jika ada kerja kosong yang boleh buat saya memanfaatkan keseluruhan masa saya, let me know okay...??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)