Nov 8, 2011

jangan sentuh hidup orang lain!

susah jugak nak menulis sekarang sebab banyak sangat hati yang nak kena aku jaga. taknak lagi menyakiti hati orang lain sama ada secara sengaja atau tak. kalau boleh lah.... lagipun kita taknak orang sentuh hidup kita, jadi jangan sentuh hidup orang. kita mencuba untuk mengelak... tapi kalau orang nak sentuh jugak, itu dah bukan salah kita ye dak?

btw, hidup berjalan macam biasa sekarang. hujung-hujung tahun ni, kerja makin bertimbun untuk disetelkan kat sekolah. bisnes tudung pun tetap dijalankan even tak serajin macam dulu. sebab target mesti mau kejar. end of this year or end of tahun sekian-sekian, berapa mau ada dalam account tu kena fullfill rite? kalau tak, sila kejar lagi next tahun. HA HA.

cuma bab family, rasa most better sekarang. sebab amanat yang kat bahu aku ni dapat aku setelkan satu-satu. rasa cuak sebelum ni macam terlerai satu persatu. perlahan-lahan. rasanya, boleh dah aku slow fikir pasal dorang sikit la.. dan fikir hala tuju diri sendiri. kan....umur pun dah genap 25 tahun on 31 oktober baru-baru ni. so, apa tunggu lagi?

cumanya, macam frasa pada tajuk... "jangan sentuh kehidupan orang lain kalau kita taknak orang lain buat benda yang sama..." benda inilah yang ada dalam pale otak aku selalunya. sebagai manusia yang ada perikemanusiaan, aku memang taknak macam tu. even tak fikirkan balasan pun, tapi hati aku memang takmahu, taknak dan tak teringin.

so aku berharap sangat, moga tuhan tak menguji aku dengan cara begitu... mudah-mudahan....


#ingin punya hidup yang sihat... kata orang masalah jangan difikirkan sangat. jangan ikut rasa stress tu... kan?
#hope no more status update kt fb or blog post pasal 'awak'. jadi sila jangan perasan ;P



 penawar hati dah tertinggal kat kampung... nur ain eliesya ;)

p/s; masih ingat HERO? kucing yang dipotong kaki kerana seekor ikan? eh, dia masuk buletin utama lah semalam... kan???

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)