Nov 7, 2011

Kalau senang

bukan senang kita nak melepaskan seseorang tu pergi... nak-nak orang yang dekat dengan hati kita. meskipun datangnya sekejap, masih seperti dalam proses mengenali atau awalan bercinta, tetapi kalau dah hati nak sayang, kenal sekejap, pun boleh sayang, kan?


tetapi, perjalanan hidup ni masih panjang. kalau kita sangat sayang pun, tapi tak punya satu jalan yang sama untuk kita ;-berbeza fikiran, prinsip, kehendak, matlamat... agak sukar untuk kita teruskan sesuatu perhubungan tu. even, hati rasa suka, even hati rasa sangat mahu.


mungkin ini yang terbaik, daripada kita saling terus menyakiti.... kan? sebab dalam satu-satu perhubungan, sukar untuk mencari yang sangat rela dan sanggup berkorban dengan sabar dari awalnya hinggalah mengecap bahagia... kan?


#kata orang cinta tak mengenal siapa... kadang-kadang kita dah tak peduli dia itu siapa, macam mana... kerana ada sesuatu yang menarik hati kita padanya. kita ingin memberi hidup kita yang akan datang padanya... tetapi dalam hati ada tanda soal, adakah dia bersedia untuk melakukan yang sama?


#pengalaman ditipu dengan sebegitu teruk buat hati rasa sangat trauma dan serik. sukar untuk mempercayai sesiapa lagi. sukar untuk memberi cinta dengan sepenuh hati. susah kan...?

1 comment:

wachak said...

Sebab tu jgn mudah jatuh hati.Kenal betul2 dulu baru bercinta. Mcam nk kawin juga. Merisik dulu baru bertunang dan selepas itu baru bernikah.


walau apa pun ajal maut jodoh pertemuan telah tertulis sejak azali. Kita mampu merancang, Dia yg menentukan segalanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)