Nov 5, 2011

tacing tak pepasal

salah satu perangai aku ialah aku cepat sangat tacing dengan bf. kalau orang lain takpe, haram jadah macam mana pun aku boleh. sebab aku fikir, kawan, sedara, officemate, semuanya perlu ada consider dalam berhubungan. so, kita kena selalu consider even hati tersakiti atau disakiti. anggap itu semua benda bestt.. supaya tak cepat tacing atau emo.

tetapi, ha tetapi kat situ ye (sebut: tatapi), kalau dengan bf memang la cepat tacing bebeno. pantang silap sikit, hangin dia mai dah.. haha. kadang-kadang bukan hangin la jugak, macam cuak. entah la macam mana nak describe, tapi ini soal perasaan yang macam ni... macam senstitif la. kalau bf tu lain macam sikit, cepat sangat rasa. soalan setan pun banyak la keluar dalam kepala (eh, dia ni kenapa, dah bla, bla, bla... dan bla, bla, bla... atau dia ni mesti macam ni, macam ni... sekian segala macam mak nenek soalan ada -sila bajet sendiri soalan yang macam mana. poyo kan?) biasalah, syaitonirrajin kan. dah kita macam tu, tambah lah lagi hasutannya supaya kita makin syak dan akhirnya timbullah pergaduhan... kan...

ha... macam tu lah. tambah pulak kita ada sejarah yang macam-macam dah. ditipu, tertipu dan seangkatan dengannya. jadi, nak percaya kat orang tu payah. rasa nak percaya... tetapi sekejap boleh, sekejap tak. trauma mungkin.

sebab tu ah malas nak bagi hati kat orang. dan pendek katanya, malas nak bercinta. kang buat orang pening dengan perangai kita yang asyik sentap tak tentu hala ni je kan... huhuhu.


(bila berjumpa dengan orang yang sangat baik, rasa tak layak. bila berjumpa dengan orang yang biasa-biasa saja, rasa sukar nak percaya.... takpe, doa kan senjata kita. mungkin tak hari ini, esok lusa rasa yakin tu pasti tiba. insyaALLAH).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)