Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

May 11, 2011

nak letak tajuk apa ek entry ni?

masa pia update ni, mata macam nak tutup dah je... hu, boleh tahan penat ek minggu ni. macam-macam aktiviti ada. aktiviti kat sekolah, sekolahnya... aktiviti kat rumah, rumahnya... padahal tadi dah tidur kejap lepas maghrib, tapi ni dah menguap kemain.


actually, tadi pia snap gambar untuk soffya eshope. memang ah macam senang je, tapi penat takleh cakap ah. nasib ada kawan yang sudi bekerjasama dalam business ni. dulu boleh gak ah harapkan adik, ni mana maunya, dah dia pun dah berlaki. kerja dia layan laki dia ah, takkan nak layan kakak dia doplohpatjam (words cikepal. hu).


taknak cakap banyak, just nak gitahu, hari khamis ni interview untuk sah lantikan guru. fuhh, berdebar tak terkata ni. macam-macam tak prepare lagi padahal lama dah tahu. kerja nak last minute saje, tu yang kelam kabut tuh. dahlah pukul 8, pagi-pagi lepas subuh dah nak kena gerak tu.


doakan saya lulus ek, walaupun macam susah je nak lulus...hu.


okeh, nanti jangan lupa singgah soffya eshope untuk update terbaru kain pasang/tudung/syria dan shawl T____T macam kat bawah nihhh. esok kot update, malam ni rasa tak larat sangat dah....



#GAMBAR ATAS: shawl plain cotton #GAMBAR BAWAH: tudung ala denim corak spider



ohh ye, kita juga buat tutorial sekali untuk style shawl yang pernah kita pakai :)
 stay tune!!!


pssst
gambar nak yang stok-stok merah je sebab nak sesuaikan dengan baju dan belt. :P

Feb 10, 2011

Ada ke patut dia panggil aku singa aka LION?

aku yang ayu, sopan-santun, cakap tone rendah aje ni dia panggil singa? hehh, patut ke tak patut? memang tak patut ye dak? eh tak patut, tak patut... cuba cakap korang, patut ke tak patut?


KEH KEH. TAPI bukan lah sebab dia panggil aku singa sebab aku garang atau bengis ke apa, tapi sebab pashmina rosey aku ni... ha ha. aku gi sekolah pakai macam biasa tu, tak pakai inner macam selalu. so, bila dah belit-belit, tak kemaskan, ia jadi kembang. so, muka aku nampak kecik je tengah-tengah, yang kembangnya pashmina tu. tu sebab nampak macam kepala singa. HA HA. lawak-lawak.





ada pulak geng cikgu-cikgu cakap, eh ingatkan rambut pelesu. HE HE.
aah rambut pelesu kakak, ada gaya marilyn monroe tak saya? hehh :P



OHH tapi, marilyn monroe tak pakai tudung ye kawan-kawan ;p
nak tudung. inner. shawl.pin cantik.. kat SINI






dan juga perfume comel dan free alcohol ini :)


jemput singgah ye T__________________T

Dec 15, 2010

Entry tentang fesyen, tutorial dan tips bertudung sangat mendapat sambutan. ada request atau pendapat tak?

keyword semalam, 14.12.2010.


majoritinya tentang tudung kan? alhamdulillah, entry-entry berkaitan tudung ; fesyen, tips, tutorial dan review sangat mendapat perhatian daripada readers. ramai yang menggoogle entry berkenaan tudung dan melekatlah blog cik bulan ni.


so, ada sesiapa yang nak bagi pendapat kepada cik bulan bagi meningkatkan lagi potensi ini serta nak request lagi tips apa-apa, atau tutorial tentang fesyen bertudung ke, bolehlah cik bulan buatkan lagi dan kongsikan dengan semua... cik bulan ni okeh je. kalau cakap selalu macam samseng pun, tapi hati ni lembut bak salju. salju pun tak lembut macam ni (ni paksa gak percaya walaupun ia tak benar. hakhak)


apapun, cik bulan bersyukur sangat sebab korang ni rajin drop by sini dan sebab koranglah, trafik blog ni terjaga. okeh, ni antara tutorial dan tips tentang fesyen bertudung kat blog cik bulan ni ye. bolehlah baca dan praktikkan...


malah, kalau rasa nak share, boleh saja. cuma kreditkan ke blog ini saja okeh. ingatlah, jadilah penulis yang beretika ye? jangan jadi bodoh sombong ye kawan-kawan? anyway, terima kasih banyak-banyak.


selamat mencuba eh kawan-kawan. kalau yang elok, kongsikan. kalau tak elok, bagitahu cik bulan, nanti perbaiki dari masa ke masa =] btw, thanks a lot for reading all my entries =D


love ♥♥,
soffya cik bulan (SCB)

Nov 30, 2010

TIPS : INNER COTTON bagi selesa, muncung dan tak melekat kat dahi

inner pertama aku mula pakai. yang ni dibeli sekali dengan syria
-ia dua warna. so aku lipatkan yang belakang tu naik ke atas, so ia jadi nampak dua warna




ni aku mula-mula pakai inner cotton yang dibeli asing-asing.
nasib aku baik, mula-mula aku kenal inner, aku kenal inner cotton dulu
 

first, aku nak tegaskan, kalau inner dari material cotton, memang muncung dan tak melekat kat dahi. so, sesiapa yang ada beli dan pakai inner ni memang ia muncung. cuma kalau tak muncung, that means kita baru try pakai dan bila baru first trying mestilah ia tak menjadi seperti yang kita harapkan. iyelah, apa-apa yang kita buat pun, tak akan jadi prefect terus kan, hanya dengan sekali cuba, ye tak?



sebab nak pakai inner pun, kena pakai dengan cara yang betul dan ikut jugak tips-tips yang orang bagi kan. sama macam aku juga, mula-mula pakai dulu, tak semegah mana pun jadinya. tapi yang boleh dibanggakan ialah, aku suka sesuatu yang baru dan suka pulak surf dari orang lain cara yang betul nak pakai inner ni. iyelah, semua orang taknak muka jadi bulat macam bola golf kan?



jadi, ini adalah beberapa langkah yang boleh kita laksanakan untuk menjadikan inner kita tu tak bulat dan muncung lawa -selawa-lawanya seperti dak fatin liyana ni buat. tips yang aku bagi ni adalah based on tips fatin bagi dulu sebab aku memang sangat terpengaruh dengan fatin nihhh. apa dia buat, rasanya semua aku nak ikut.



masa tu yang aku ada hanya inner yang dibeli dengan set syria. yang asing-asing tu belum banyak masa tu. then, bila seklai tu jalan kat jalan TAR, ohh jumpa tapi ada satu je, warna hitam. dahlah tak elok sangat pulak tu...tapi aku bedal jugak sebab teruja semacam je kan. apa lagi, try, try. then, balik pakai menjadi, apa lagi, cari-cari cari.



jumpa lagi sekali. masa tu akt up town. kali ni memang tamak haloba tak hengat lah kan. aku beli berapa helai tau?9 helai... hakhak. gila kentang punya orang. gelak kawan-kawan aku kan.sebab masa tu dalam kalangan kami, akulah pembawa fashion ini. masa tu pergi sekolah pun cikgu-cikgu tengok duamacam je kan. tapi ada haku kesah? hakhak.



tengok, muncung je inner dak aten ni sekali ngan mulut-mulut dia muncungkan?hehh


kata aten yang aku ikut dulu-dulu la, masa taj reti fikir jalan sendiri. ekeke.

i.kalau inner tu bulat sebab ketat, tetaskan kat belakang. macam dak irine ni buat jugak. tapi tips irine buat ni baru lagi. bila dah tetas, baru longgar, dan boleh kita nak tarik-tarik muncung dia biar jadi panjang dan naik ke tas seelok-eloknya. yang fatin punya tutorial, DI SINI

 sumber: irine


ii. pakai anak tudung dulu baru pakai inner ni. dia kata lagi muncung tajam sampai boleh terluka jari orang yang sentuh tu. kekeke. anak rambut pun tak terkeluar ye dak?


iii. tarik sikit inner tu ke depan. means tutup pipi kita dan cuba muncungkan ke atas. yang ni tips aten atau aku bedal sendiri pun aku tak pasti.


teheee... korang trylah sendiri ye. apapun, aku buat dari apa yang aku belajar. dah menjadi, aku share pula dengan kau orang. tapi kalau kau jenis jarang makan kepala ikan, aku agak mesti menjadi. kan, kan.


 
gambar pertama tengok aten pakai inner layer buat aku teruja gila!



siap dia bagi tutorial, so apa lagi, ikutlah kan! 
tutorial fatin liyana: di sini



dulu, masa inner ni satu colour, aku teruja gila bila tengok aten boleh buat layer-layer sendiri jadi banyak colour. macam manalah minah ni buat ye, duk terfikir-fikir sampai jenuh dah nak tenung gambar aten ni. so, bila aten bagi tutorial ni, memang lah tak sabar-sabar nak try kan. so, aku pun buat macam aten cakap. he...ni masa aku mula-mula ikut. tengok sini percubaan pertama, kedua dan ketiga ikut aten. hantam sajalah labu...

percubaan untuk bertudung syria seperti Fatin Liyana...bolehlah, kan?


 yang ni dah percubaan ketiga ni


actually aku pernah buat tips pasal pakai inner tak bulat ni dulu. semua tips tentang fesyen bertudung di sini dan sebenarnya ada di side bar blog aku ni. klik saja mana yang berkenan di hati. tapi kalau dah klik, rasa tak berkenan pulak, heeee, itu risiko tanggungan sendiri ye :P btw, selamat mencuba semua!


 JUALAN INNER COTTON BAGI MUNCUNG
apapun, harap-haraplah tutorial kecil yang tak seberapa ni dapat membantu anda semua :) tapi ye, kenapa semua orang nak pakai inner muncung dan dah tak nak pakai inner bulat macam ni dah ye? boleh bagitahu sikit?



pesan tahi bulan:
kongsilah ilmu itu walaupun hanya setitik...

Nov 14, 2010

blog buruk

 (^,~)

sekali pandang, macam okay je. dua kali pandang, macam buruk je... tiga kali pandang, hehh, hilang selera aku. grrrr. aku tak cakap muka kau eh, aku cakap pasal blog buruk aku ni. entah, banyak sangat nak berubah selera, edit itu ini, last-last jadi macam ni.


actually, aku nak baut header yang transparent tu. baru je belajar. tapi, TAPI ye kawan-kawan, masa tak cukup. sekarang kan, 24 jam sehari pun macam 14 jam je. kadang-kadang aku tidur 2-4 jam je sehari kerana kerja-kerja yang memburu. redha je lah....kan... aku sebab kalau buat kerja, suka bagi fokus betul-betul untuk mendapatkan hasil yang macam aku nak. so, header baru, tunggu dulu.


okeh lah, aku nak tengok stok tudung baru pulak dan stok tudung yang orang dah booking. nanti aku tulis lagi... kalau nak kutuk blog aku ni kutuk lah. segala kritikan membina diterima. kritikan yang menjahanamkan pun diterima. =P


chow.


pesan tahibulan:
gua bukan kat kampung sekarang. jadi jangan gatal-gatal nak sms, nak datang rumah...:P

Jul 29, 2010

review fesyen bertudung | style pemakaian tudung kecil/kecik

memandangkan ini keyword paling popular kat blog aku, ada baiknya aku menambahkan bilangan entry tentang fesyen bertudung ni supaya yang datang mencari selalulah berpuas hati. sebelum terlajak perahu boleh diundur terlajaklah kata buruk padahnya...


aku nak pesan awal-awal, kalau stalk blog aku dengan berharap bahawa teknik pemakaian tudung di sini amatlah gorgeous bagai ala-ala model majalah dar.com, ohh itu sangatlah berlebih-lebihan dan tidaklah digalakkan seperti mamat poyo ini, sebab aku ni hanyalah bakal guru bahasa melayu adanya, yang tidaklah pernha berkursus untuk menjadi model tudung mahupun model anak tudung. ye..???


okay, bertepatan dengan tajuk, aku nak kongsi satu fesyen bertudung yang mungkin kau orang dah lupakan, dan tak pandang sekarang (tapi aku rasa budak-budak UPSI masih lagi dengan gaya lama, iaitu tudung petak ni) sedangkan satu masa dulu, ia adalah satu trend juga dalam kalangan wanita hot seperti kita ini.wakaka, ayat tak boleh blah. fesyen yang aku maksudkan dari awal tu, seperti tajuk hendaknya, ialah fesyen tudung kecil empat segi tu... ingat tak? macam ni ha....




biasanya tudung ni sangatlah comel dengan saiznya yang kecil dan pelbagai coraknya. biasa, kita payah nak dapat tudung bercorak yang kecil, kan..?banyak yang kat pasaran ialah tudung besar dan bercorak, tapi yang ada kat pasaran tudung-tudung ini pun banyak dari luar contohnya, jenama mortada, donatello, dan sebagainya. yang famous itu ialah jenis donatello tu yang boleh dibeli dengan harga, RM 15 sehelai dengan kualiti yang cukup baik, sebab itu mahal sikit, tak macam shawl kita, RM10 ke bawah pun boleh dapat, ye tak?


dulu...pemakain tudung ini amatah comel, simple dan senang digayakan. aku cukup-cukup selesa dengan tudung ni. mudah nak pakai, walaupun kawan-kawan aku cakap, tak suka pakai tudung bunga-bunga ketika zaman muda-mudi dulu, iaitu lebih kurang satu hingga empat tahun yang lalu.... tapi aku peduli apa, nak pakai juga.nah, ini cara aku pakai....

kat jalan TAR, awal tahun lepas


kat Genting...
eh asyik tudung sama je, tak ada tudung lain ke?okay-okay, tukar-tukar lain...

.
.
.
.
.
.
.
.
.

gaya dalam kelas.memang cess!

nak pergi tengok Puteri Sakdung


cantiknya gigi..apa rahsia?kodomo lion...


ni lain sikit, ada manik-manik. itu handmande :]
pernah cuba jual dulu cara offline, tapi tak jalan, mahal katanya..handmade memanglah mahal sikit, kan?

nak tahu ke macam mana nak pakai? tudung ni leceh sikit, kena pandai lipat nak jadi segi tiga tu sebab ia kecil, karang sangat senteng pula. kalau nak tahu, tunggu next entry. bagi tutorial fesyen bertudung ni, mungkin banyak sangat kat pasaran ni, yang bagi tutorial shawl kan, jadi aku nak bagi tutorial kepada orang-orang yang masih kekal dengan tudung 4 segi tapi nak berfesyen sikit...boleh?


itu pun kalau diizinkan tuhan..sebab aku ni banyak hutang tutorial...



Notabulan:
sebenarnya, aku segan nak buat video..hakhak.

Jul 18, 2010

hijab pun seksi?

 dicarinya..hijab seksi.



Hijab pun nak seksi? macam-macam... dik, kalau dah pakai hijab, pakailah yang elok-elok terus. kalau terseksi tu lain, tapi kalau sengaja pergi cari nak hijab seksi, guane cerita tu mung eh?



Ke adik nak cari cerita tentang orang pakai hijab seksi atau orang pakai hijab tapi seksi? tak ada, tak ada. dalam blogshop akak pun ada hijab tak seksi je dik. kalau nak, boleh klik soffya|eshope


pelik.


Notabulan:
DEJAVU. aku rasa aku pernah mimpi/melalui benda ni lama dulu....orang cari benda nilah....terasa terjadi lagi. dejavu, kah?

Jul 13, 2010

Saya Suka Hijab

[ini adalah sticky mode entry]
[scroll ke bawah untuk entry terbaru, ye?]




CONTEST - GIVEAWAY @ eDast Boutique
~TEKA & MENANG~


Untuk melihat syarat-syarat pernyertaan bolah KLIK SINI. Malah, saya pun dah buat entry memperkenalkan contest di sini tadi. Ingat ye, buat sticky post selama seminggu... dan saya bermula hari ini hingga 13 julai 2010.



Jadi, cik bulan mempertaruhkan gambar ini...:)





Ini pula pendapat saya tentang butik eDast
'Butik eDast mempunyai kelainan dari butik-butik yang lain kerana ia menyediakan pelbagai keperluan wanita, bukan sahaja tudung dan shawl tetapi juga menyediakan aksesori, pakaian, cros dan pelbagai lagi. Malahan, kebanyakkan item yang disediakan juga masih tidak terdapat di pasaran lain, mungkin kerana ia agak ekslusif dan bermutu tinggi. Contohnya, Swirl Roses dan Ruffles. Jadi, saya memilih tudung Swirl Roses black + grey sebagai item yang paling saya suka dari butik eDast'


(tudung swirl roses black + grey)


Jadi, jika anda inginkan kelainan serta suka/berminat akan tudung tersebut, boleh beli online di http://edast-onlineboutique.blogspot.com & boleh juga datang ke kedai di http://butik-edast.blogspot.com. Malahan, anda juga pasti akan teruja dengan pelbagai pilihan pakaian, tudung, crocs dan aksesori wanita yang lain. Silalah jengah di sana, ye!


Soalan teka dan menangnya ialah, tarikh butik eDast - offline mula-mula beroperasi adalah pada : ? JUN 20?? dan jawapan saya ialah pada 4 Jun 2009 dan tahun ini adalah ulangtahun butik eDast yang pertama...:)


okay, dah siap... sekarang saya nak hantar penyertaan ke edastboutique@gmail.com dengan subjek CONTEST-GIVE AWAY @ eDast boutique dilengkapi dengan butir-butirnya...




nota bulan:
actually ia dah tutup, tapi puan eDast cakap boileh lagi hantar...:) jadi, cepat...

Jul 9, 2010

pakai inner tak bulat | lagi tips fesyen bertudung

[inner ungu + merah]


 [inner merah]

 [inner ungu + pink lembut]

 [inner pakai tak bulat. muncung]


okay, ramai yang tanya aku macam mana pakai inner jadi tak bulat macam tu. rahsia dia mudah saja, yang aku pakai tak bulat tu, ialah bukan inner yang kain lycra. maksudnya, ia kain yang tak melekat, iaitu kain cotton. sebab tu, ia jadi muncung. boleh tarik naik ke atas.


kalau pakai lycra,biasanya memang jadi bulat. susah sangat  nak buat jadi tak bulat, biasanya, nak-nak kalau muka memang macam bola bowling macam muka aku ni. setakat ni, inner cotton hanya dibuat dalam satu warna, tak campur-campuar dua tiga layer. satu inner satu colour. kalau tengok aku pakai berlayer-layer tu, ialah sebabnya aku pakai dua tiga helai. rajin, kan?


selamat mencuba...:)


Nak dapatkan inner cotton?
Jadi, untuk tak nak muka jadi bulat, inner jadi bulat di atas dahi, sila dapatkan inner cotton. inner cotton ada dijual di mysoffya dengan harga RM5 sahaja untuk promosi pembukaan. boleh request nak warna apa, akan dijahitkan untuk anda. 

p/s:
gambar belum sempat upload lagi...
kalau nak tengok live, jumpa di stadium malawati s.alam 9-11 julai



Notabulan:
sila dapatkan sekarang...kalau tak, anda pasti tak senang hati.hakhak


[autopost. suka tak?]

Jul 1, 2010

fesyen bertudung santai di rumah | shawl dan inner syria...


ni kalau di rumah kan, selalu ada kerja-kerja kena kumpul ramai-ramai laki dan perempuan macam ofis kan, tapi malas nak pakai tudung macam pergi ofis kan (konon-konon), jadi pakai tudung macam ni sajalah.... senang, ye tak?




oren dan ungu biji kundang. saja mix and match melampau, pelik tak?hakhak
(muka di rumah seharusnya none make up.he)

tapi kalau heliza memakai begini..mix begini, bau tidak pelik.
hehe..cantik dan putih kau...mana nak pelik...:)


bagaimana cara memakainya?
alah... pakai inner tu... lepas tu letak selendang tapi kasi ke belakang sikit kan.. dan keronsangkan saja di bawah dagu. lepas tu, selempangkan saja lah kedua-dua hujungnya ke belah kiri dan kanan bahu. senang kan?


kalau pakai shawl saja karang simple sangat, jadi mixkan kedua-dua jenis tudung tu supaya lebih menarik..



cik bulan:

cara pakai shawl paling mudah...:) tapi aku tak tahu mix and match tu okay ke tak eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)