Showing posts with label soffya|eshope. Show all posts
Showing posts with label soffya|eshope. Show all posts

Dec 24, 2010

HIJAB CONTEST dan giveaway by SOFFYA ESHOPE!

INI STICKY POST. SILA SCROLL BAWAH DAN OLDER POST, UNTUK POST TERBARU OKEH?
BANNER HIJAB CONTEST & GIVEAWAY


syarat-syarat contest
(p/s:tapi contest ni dah tamat penyertaannya. yang tinggal GIVEAWAY kat bawah ni)


salam semua!

mudah aje ye kawan-kawan. memandangkan contest kat facebook tu dah tamat penyertaannya, so, korang  korang cuma perlu buat entry kat blog pasal HIJAB CONTEST & GIVEAWAY  ni. syarat dia macam ni je tau... kacang je...=)

  • buat entry pasal HIJAB CONTEST DAN GIVEAWAY by SOFFYA ESHOPE.
  • letak banner kat atas sekali tu dan linkkan ke entry ini okeh?
  • tagkan jugak tiga orang kawan kome dan mestilah dorang tahu telah ditag ;D
  • tarikh tutup : 31 disember 2010 (dah tak lama lagi, ye dak? so buat cepat-cepat)
  • pemenang akan dibuat ikut sistem cabutan bertuah (dah namanya giveaway kan?) dan entry yang menarik hati cik bulan nihhh :D. kira ada dua hadiah atau mungkin lebih berdasarkan sambutan. okeh?
  • pastekan link entry korang kat kotak komen kat bawah. dalam kotak komen je ye, kotak beracun ke, kotak spring ke, gua tak layan.

hadiah:
hadiah mungkin tudung ERIESYA atau tudung curly ala rozita che wan tu (kalau perempuan yang menang), beserta pin/clip shawl yang comel tu. tapi kalau lelaki, pia akan bagi perfume kot...? tengoklah nanti macam mana... yang penting, mestilah beshhhhh :D ye dak?


sekarang, pia nak tag dulu blogger-blogger yang rajin sungguh ke blog cabuk nihh :D




apapun, pia akan update contest ni dari masa ke masa..:) dan hadiah-hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta contest dan giveway boleh tengok di sini ye...:)


tentang contest:
contest ni pia buat kat facebook sebab update kat pages soffya eshope lebih aktif dari update kat blogshop tu. so, pia buat contest yang macam biasa orang duk buat tu, hantar gambar sampai 20.11.2010 hari tu dan lepas tu LIKE-LIKE kalau like. ;) tak susah kan? lagi pulak, tak semua peminat soffya eshope ni ada blog, kan? sekarang dah masuk step like-like tu, apa lagi, pergilah like!

undi peserta kegemaran anda di sini:

update:
PIA DAH UPDATE GIVEAWAY NI BALIK. TENGOK BETUL-BETUL :)
p/s;pada yang dah buat, stay je dengan entry asal okeh?


pesan cik bulan:
kalau tak faham apa-apa, tanya je.. jangan segan-segan :P

Dec 14, 2010

cik IKEA, meh la beriklan di blog cik bulan. encik nuff setuju?

 iklan cik ikea ni kan?

korang nampak kan iklan yang selalu bercongok kat bahagian paling atas selepas header aku nihh kan. fuhh, dah berapa lama dia bercongok kat situ. selalu pulak keluar tu. aku nak manderem, biar dia betul-betul jadi buffred earning untuk blog soffya cik bulan nihh.


dah lama blog ni tak ada BE, sebab hari tu banyak BE yang masuk untuk blogshop soffya eshope je. kempunan blog ni yop, kempunan. harap-harap encik nuff bersetujulah, ye ncik nuff??? (sedang buat muka comel.hakhak)


lagipun based on entry kie-yu ni... Punca Blog Tak Dapat Buffered Earning Nuffnang, rasanya blog aku ni tak ada pulak ciri-ciri demikian, kan? ciri-ciri itu seperti Blog mengandungi semua video dari Youtube, Blog Pornografi dan Kandungan blog berunsur cetak rompak (mp3, video dan download filem). dua lagi ciri-ciri tu boleh jenguk blog kie-yu ye...

 
okeh, pemenang untuk HIJAB CONTEST dah diketahui. sekarang, meh kita berlumba-lumba untuk GA pulak ye. until now, ada 35 peserta. so, kita tengok sampai 31 disember nihh, berapa ramai yang sangkut... yang syoknya, dalam syarat tak ada pulak aku suruh follow, tapi ada yang ingat tu syarat dia jugak. eh tak ye kawan-kawan. masuk je..follow tak follow tu belakang kira.lagipun memang pengfollow blog ni bukan dikumpul sebab GA/CONTEST tapi sebab dorang drop by sini dan nak follow.


ohh ye, seiring dengan kemajuan blog ni yang tak berapa nak maju (ada gak ek?), cik bulan nak buka ruang untuk beriklan. trafik tak lah kencang sangat, tapi alhamdulillah, ada entry sehari sekali atau 2,3 hari sekali atau tidak, UV blog ni masih maintain. harga pengiklanan mestilah murah-murah je kan sebab duit tu nanti boleh support untuk buat lagi-agi GA dan contest. seronok kan?


apapun semua yang ada, yang berlaku ni sebab usaha. aku dulu ingat lagi, bagaiman taksubnya aku dengan dunia blogging nihh. macam nak demam, kalau tak dapat update dan buat entry 3-6x sehari. adoii, rasa macam hilang UV aku masa tu. rasa macam tak BW, wahh mesti tak ada kunjungan balas. tapi alhamdulillah, hasil dari usaha hari tu, dapatlah menuai hasilnya sekarang. feel more relax...  bukan sebab trafik dah ribu riban, tapi cukuplah dengan yang ada sekarang. sama jugak untuk korang, USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN, okeh?


pesan tahibulan:
nanti cerita lanjut dalam entry pengiklanan okeh?

Dec 13, 2010

and the winner of HIJAB CONTEST is... jeng, jeng, jeng?

 

sorri yehh, lambat nak announced sebab kesihatan tak mengizinkan. dari semalam tak online, petang tadi sempat buka kejap, pening tengok huruf-huruf nihh, lepas tu sambung tidur then malam ni baru online balik. hari tu, busy sangat tak sempat nak update apa-apa, tapi sekarang kesihatan pulak tak mengizinkan...


batuk ni pelik sungguh sampai kepala jadi ting tong, dada pun sakit semacam. berdiri rasa nak rebah, duduk rasa nak pitam. haihh, nak kena beli ubat batuk sekilang kot, baru nak hilang. maaf yehhh?


okeh, tanpa melengahkan masa, diumumkan, pemenang-pemenangnya. tapi sebelum tu, chek dulu hadiah-hadiah yang menjadi milik mereka ni. kalau dengki, angkat baju. hehh =P


 hadiah-hadiahnya...



[TUDUNG CURLY] 


[SHAWL]

[SHAWL CLIP]



HADIAH TAJAAN oleh:



dan pemenang-pemenangnya ialah...


tempat pertama

dya teha
279 undian


tempat kedua

alya haduri
209 undian


 saguhati I

eda amisha
186 undian


saguhati II
ayu ayumie
155 undian


saguhati III

 nur farhana
153 undian


TAHNIAHHHH!!!!
 
kepada yang menang. kepada yang kurang bernasib baik, sila cuba lagi next contest eh... ada contest lagi lepas ni tau untuk tahun 2011. lagi besttt!okeh, pemenang, tolong emel cik bulan kat soffya86@gmail.com okeh? nanti mana tahu boleh pilih-pilih hadiah ikut warna kesukaan sendiri ke kan... =)



pesan tahibulan:
ini bukan pilihan cik bulan, ini pilihan pengundi. jadi, jangan pulak tak puas hati dan komen cik bulan lebih-lebih ye...;P

Dec 12, 2010

jom undi cewek berhijab cantek kegemaran anda!

comelnya kak siti berhijab, undi cepat!

nak undi siapa lagi, kalau bukan siti nurhaliza, maya karin, nasha aziz, fazura yang cantik-cantik tu kan? eh, tapi sejak bila pulak depa tu berhijab? =P olohh, silap orang lah. kelabu mata. sebab cewek-cewek yang tersenarai ni pun tak kurang cantiknya jugak. tapi lagi manis sebab dorang berhijab. jom chek it out!


UNDI MEREKA DI SINI:
-bukan aje boleh undi peserta, tapi jugak boleh ushar-ushar shawl, tudung & inner cantik. dah lah cantik, murah pulak tu tau!tambah-tambah lagi ada END YEAR SALE tau :)-



aisyah majid
85 undian


alya haduri
206 undian


jasmine hana
94 undian

atira wahid
53 undian


cik mai
55 undian


Suehoney Ziannie
 40 undian


faradeela rafique
44 undian
dya teha
279 undian


eda amisha
186 undian

fatin diyana
57 undian


 
gee jah
63 undian


mardiatul aminah
60 undian
ayu ayumie
155 undian


 nur farhana
153 undian


nabilah amalin
71 undian


Natsumi
114 undian


siti harniza
72 undian

 nurain
57 undian
siti sani
54 undian
sofie nur
83 undian


surayza
141 undian

suryani
43 undian

syafiqah
43 undian


nur syazwani
74 undian

ely yusliza
43 undian


zarifah
82 undian


ini undian setakat 12.12.2010
undian akan ditutup pada jam 12.01 a.m, 13.12.2010
ha, tinggal lagi berapa jam je kan? so, apa lagi, undi cepat kalau nak peserta kegemaran dan anda rasa layak untuk memang! blogger-blogger yang anda kenal pun ada kat situ join. so, apa lagi, undi cepat!


#klik link ini untuk undi:~
 
pesan tahibulan:
buat blogger, masih ada masa nak join GA. hingga 31 disember ni tau. senarai peserta boleh tengok kat sini... SENARAI PESERTA.

Dec 11, 2010

saya dah baik dari demam kekura =P

 kura-kura, awak demam ke...?

bila sebut demam kekura, teringat satu dialog filem P.Ramlee, Labu Labi yang encik M duk hafal.
"masa kau sakit mau mampusmati, aku, DR Labu yang merawat kau, kalau aku tau perangai kau ini macam, lebih baik aku kasi satu injection, biar kau gol ke bawah...." ni dialog labu kat haji bakhil kot...


lengkuas betul lah encik M. saja nak bikin aku gelak saja. hari tu aku dapat GASTRIK lagi. kalau yang biasa-biasa, aku reti nak handle. tapi kalau yang sakit serupa hari tu, yang aku teringat, cuma hospital, meksi dan doktor dan injection. tapi masa tu kat KL dah, ada encik M sajalah yang melayan. dihantarnya aku ke private clinic. lepas tu, bila aku degil, melawan cakap, dia duk ulang ayat tu. tapi baru je dia nak cakap, aku dah gelak. hakhak.


itu kisah gastrik. yang aku ingat, dah banyak kali aku ke hospital sebab gastrik. nak kata tak makan, aku ni gemuk je. bolehlah lebih tepat kalau kata, aku ni suka makan mengarut dan tak ikut time. kadang-kadang aku makan macam pirana baru dapat jumpa daging orang, kadang-kadang lengah-lengahkan makan, dan kadang-kadang makan sikit sangat. yang aku ingat, pernah sekali aku masuk wad sebab orang rumah aku makan nasik, tapi aku makan meggi berkati-kati. 


yang ni aku cuak gila... sebab lepas tu aku kena selalu jumpa pakar, dan buat apa tu, yang masukkan wayar dalam perut melalui mulut tu dan hujung wayar tu ada kamera. kira nak scan, apa ada dalam perut aku tu. mana tahu ada harta karun seketul dua. tapi malangnya tak ada. yang ada cuma usus, dan bintik-bintik merah gastrik tu. yang doc risaukan, aku ada ulser. tapi alhamdulillah, tak ada...


baik, cerita pasal demam kekura, sekarang aku dah baik dah... lepas kenduri kat kelang, terus balik kemaman. tapi demam pulak, aku agak sebab kerisauan. sebab balik-balik je, cari broadband tak jumpa. tahu kat mana? tertinggal kat kelang. nak tunggu maksu aku pos, hari ni, baru sampai. kasihan... tergendala kerja-kerja aku. nak pergi cc, tak larat. kalau tak, mahu je aku pergi cc. tu yang sebabkan hati aku gundah, sebab tak dapat sempurnakan janji-janji aku.


walaupun sebelum tu, kemain berjanji kat customer semua nak bagi confirmation dan reply order bila dah balik rumah dan chek barang, tapi tak dapatlah nak penuhi. sedangkan sebelum tu kemain berjanji jugak nak update inner dan shawl. tergendala busisess. bila fikir, tak ada rezeki nak masuk masa tu. dan fikir, semuanya kan dari Allah.


so, Allah dah tentukan, untuk masa sekian-sekian cik bulan ni sakit, dan masa tu jugak broadband tak ada... tu semua nak uji kesabaran dan sejauh mana kita ni redha dengan apa yang jadi... dan cari jalan macam mana nak penuhi janji-janji sesama manusia tu. 


okeh, yang penting, aku bebas DENGGI. doc dah ucuk ambik darah aku sekati dan sahkan aku tak demam denggi. tapi malangnya, hari ni adik pulak berjangkit demam, batuk dan selesema aku nihh. apa nak buat, takdir Ilahi, ye dak? jadi, adik dapat MC dua hari. dan berita menggembirakan pulak, aku dah mula belajar kereta... doakan aku lulus secepat mungkin T_T


apapun, terima kasih jugak untuk salah seorang customer aku ni, sebab tolong bagitahu kipas-kipas soffya eshope yang ni tak sihat. sungguh tulus murni amat post yang dia buat ni. kalau orang baca ni, mesti orang ingat aku ni sakit berat je. grrr... =) . terima kasih jugak buat semua pengunjung yang datang membaca hingga terjaga trafik blog ni walaupun tak ada update. korang memang BEST!


tumbesaran cemerlang dengan 1x klik



pesan tahi bulan:
-rajin-rajin refresh masa masuk sini sebab tulisan dia lain sebenarnya.
-ohh saya mula suka header dan tempalte blog ni. kamu rasa okay tak?

Nov 20, 2010

tak makan dasyat, kalau makan pun dasyat

hakhak. itulah aku. kalau tak tidur, memang dasyat, kalau dah tidur pulak, pun dasyat jugak. means, aku boleh tak tidur malam ni, sampai esok petang malam karang pulak baru tidur. tapi... tapi bila dah tidur, mungkin tengahari esok pulak bangun kalau tak ada kerja lah.


tapi pattern tidur pulak boleh sambung-sambung. means, kalau orang kejut suruh pergi sembahyang, boleh bangun. then, sambung tidur. lepas tu kalau ada yang kejut, bunyik telefon ke, boleh bangun cakap-cakap, lepas tu boleh sambung lagi tidur, atau bangun mandi, siap lawa-lawa, lepas tu sambung tidur lagi. hakhak. itu masa zaman study dulu lah, sebab masa kadang-kadang banyak. tapi sekarang, tidur lah pukul berapa pun, mungkin pukul 6 pagi ke, tapi kena bangun jugak ikut time dia. siang pulak, memang tak ada masa lah nk tidur bagai ni.


sama jugak kalau makan. kalau tak makan dasyat, kalau makan pun dasyat. bila tak makan je, zero. tak makan nasik langsung. tapi bila dah start makan, beratur menu aku. contoh tdi dah bantai sepinggan nasik, lepas tu pergi makan dadih lagi sebekas, lepas tu pergi beli pulak burger dagung double special pulak tuhh. tengok, harimau pun tak macam aku ye dak?


mak aku kata tak apa, bukan selalu, sekali sekali, tapi aku rasa mungkin sebab hari tu ramai cakap yang aku ni tak gemuk. (eceh. agak lah kan), tu rasa selesa je. selalu, mulut asyik sebut D.I.E.T diet, diet sampai berbuih dan naik jemu dah dengar perkataan tu.


actually, masa sebelum balik kampung untuk raya haji tu, plan nak diet, tapi bile fikir, raya ni setahun sekali ye dak, takkan lah nak ikat perut. karang terasa hati tuan rumah kalau tak jamah makanan dia hidang sedap-sedap ye dap? walaupun raya haji tahun ni agak disaster, sebab sakit gigi dan mulut ada ulser, (boleh bayang tak, sakit tak sakitnya rasa). nak gigit daging pun payah, tapi aku bedal je...


meskipun encik M dah gelak-gelak sebab fikir, mesti dah kurus cik ya sebab tak dapat makan (he, aku tipu dia, aku bagitahu setiap kali dia tanya, dah makan dah ke, aku cakap, tak, sakit gigi, sakit mulut... dia pun jawab, kesian cik ya, mesti kurus tak dapat makan...)hakhak, padan muka kena tipu hidup-hidup. padahal,  aku sedang melantak dengan rakusnya...=P


dasyat kan, dasyat kan? cepat cakap dasyat, karang aku nangis (T,T)


weh, ini comel tak?


kalau nak, dapatkan si  Soffya's handmade ACCESSORIES!
form di sini


pesan tahibulan:
mari kita berdiet sama-sama, nak? ada tips?

Nov 8, 2010

perempuan macam aku ni kategori gemukkah?

 gemok ke? gambar petang semalam ha...

"gemok, gemok..."
berani tak berani dia ejek aku macam tu. lepas tu SMS...


"dorang dah makan? ha, awak jangan makan lagi tau, nanti gemok...hikhik"
memang tak sayang mulut kau eh? lepas tu, boleh pulak dia cakap...



"makin kembang awak ni. sikit lagi, dah rupa ayam daging"
hehh. memang berani mati.


apa, gemok sangatkah aku ni? dan aku ni boleh dikategorikan gemuk ke...? memang aku selalu cakap nak kurus lagi lagi, dan mulut aku ni memang selalu cakap 'diet, diet, diet'  dan 'sudah-sudah makan' atau 'say no to rice', tapi apakah dengan sedemikian itu, aku ni seorang yang gemuk?


52 kg, tinggi 158cm. hehh, pendekkah? gemuk pendekkah?adoiiiii.... tolong aku jawab? atau adakah kerana dia yang kecik, maka dia berasa aku cukup besar dan gemok? hehh.^,-


cantik tak tudung ni? ha, cepat pergi jenguk blogshop pia 
dan LIKE pages soffya eshope ye =) mekasih, muahhh =,=

p/s;ajak kawan ramai-ramai LIKE dan beli tuung sekali. tehee ;D


pesan tahibulan:
aku ingin start balik diet aku hari ni... tolonglah akuuuu... aku nak KURUSSSS...

Nov 4, 2010

rozita che wan?

oleh sebab internet aku slow dan tak dapat nak upload gambar banyak-banyak untuk post dalam enrty aku, entry kahwin, entry jumpa kawan-kawan, ohh sakit hati amatlah saat ni, jadi aku nak tipu kau orang untuk tengok entry ni konon-konon ada rozita che wan, tapi tak ada sebab nak kasi kau orang ikut sakit hati sekali.



yang ada ialah tudung rozita che wan je yang aku copy paste dari fb aku, ha, harga murah pulak tu. jadi, kalau nak,  pergi beli cepat sebab murah gila dari mana-mana blogshop yang kau tengok sebelum ni. jadi, apa tunggu lagi kawan-kawan?

(ada promosi HARGA RUNTUH jugak sempena raya haji dan clearance stock sampai 8.11.2010) 



urm, sebab apa nama dia tudung roziota che wan? aku agak sebab ia curl kat hujung tu macam bulu mata rozita che wan yang curl-curl tu. agaklah kan? hakhak. jangan marah ar kak rozita =P

hehh, kena, memang kena. =P

pesan cik bulan:jangan gelak tengok muka aku. dan gambar yang kelabu asap sebab rasa masa tengok dalam kamera okay tapi masuk dalam ladtop gelak pulak.huhuhu. jengan gelak weh, lempang laju-laju karang, nak?

Oct 27, 2010

burfered earning semakin rancak, kerana usaha itu tangga kejayaan!

 empat BE untuk blogshop, soffya eshope

kadang-kadang tengok trafik tak lah masyuk mana. setakat 200-300 uv sehari apalah sangat. kadang-kadang juga tak ada update dua tiga hari, tapi alhamdulillah, blog masih dikunjungi. bila chek nuffnang, dan tengok analitik, terasa jugak lega hati ni, sebab tanpa entry kalian masih lagi bertandang ke blog merepek sakan ni. terima kasih okay!

hari tu BE yang selalu berderet macam tiang api tinggal hanya dua hingga empat BE sahaja yang sedang berjalan rancak untuk blog soffya cik bulan, dan lepas tu hilang pulak tinggal dua... yang bestnya bila yang dua tu hilang, timbul pulak BE untuk blogshop aku, soffya eshope. haiih, trafik tak rancak mana, setakat 20-50 sehari, dan kadang-kadang sampai 80 saja sehari, melekat juga BE. ohh itulah yang dinamakan rezeki, ye tak?

beberapa hari lepas, chek ada dua, tapi semalam chek lagi, tengok ada empat pula untuk soffya eshope. ohh bahagia! bila blog yang digunakan untuk urusan jual beli juga boleh jana pendapatan kecil selainnya. meskipun kecil gila jumlah yang masuk, tapi ia satu petanda yang bagus. dulu pun aku bermula dari kecil-kecil juga, tapi lama-lama, ia akan menjadi besar, ye tak?

yang penting, USAHA. tanpa benda tu kita takkan kemana-mana. sama juga bila aku mengusahakan business tudung. akulah yang jadi model dan akulah yang tangkap sendiri gambar. tapi bila adik dan tunangnya, nik ada di rumah, aku minta tolong adik jadi model sekali dan nik yang capture, itu pun masing-masing dah lenguh bagai. nik pun pelik, macam mana sebelum ini aku melakukan sendiri.


 dengan adik. gelak sakan shoot ni

kata aku... usaha kan tangga kejayaan =) dan dia tersenyum, mengiyakan. itulah juga yang selalu aku katakan dalam hati. sudah senang perjalanan perniagaan ini, insyaAllah, aku akan meneruskannya sehinggalah ke kemuncak...

dalam hidup ni pun macam-macam orang aku jumpa, yang paling banyak ialah orang yang nak kaya cepat. bila dia sertai satu-satu perniagaan, angan-angannya nak berada di puncak, tanpa melalui susah-senang dari bawah. ohh itu tak mudah kawan!

hidup ni kan satu perjalanan... apa yang kita usahakan itu juga perjalanan. jalan yang sukar itu selalunya akan membuahkan hasil yang baik di penghujungnya. kegagalan? kesilapan? itu akan selalu ada. macm aku jugak. macam-macma aku dah baut. kegagalan apsti ada di mana-mana, dan kesilapan juga. tapi, bermakna ke kejayaan tanpa itu semua.

sama juga, bila masa SPM aku hanya mendapat 1a sahaja kerana sikap main-main, tapi masa STPM aku berjaya mendapat 3a, 1b+ dengan menjadi top student dari lower six hinggalah STPM tanpa tempat itu dimiliki sekali pun oleh pencabar-pencabar aku. ohh, itu kerana usaha dan tawakkal, dan semuanya diizinkan Allah.

mungkin aku orang yang selalu tak kenal erti putus asa dan diharap kamu juga begitu. ingatlah usaha tangga kejayaan dan manusia hidup dan berakal seperti kita, ingatlah berputus asa itu adalah sifat yang amat memalukan... =,=


pesan tahibulan:
usaha... bukan macam hangat-hangat tahi ayam. nak buat itu ini, tapi duduk berdiam diri. bukan begitu ye....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)