Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Jul 13, 2011

Bogel menuju tuhan | Zahiril Adzim



tengok tajuk tu mesti mengundang beribu persepsi dan jugak mengundang seribu persoalan kan? tapi aku taknak bercakap pasal tajuk. tapi aku nak bercakap pasal siapa penulis buku ni, dan aku nak miliki buku ni.


zahiril adzim. kenal? mula-mula aku tengok dia ni berlakon, aku rasa dia biasa-biasa saja. maksud biasa tu, pelakon macam yang lain-lain. tapi bila aku jumpa blog dia, aku dah tak berapa rasa nak biasa. aku rasa dia lain.


kadang-kadang, orang kecil boleh menghasilkan karya yang besar. dan mungkin kadang-kadang karya itu biasa-biasa sahaja, tetapi memberi seribu makna untuk orang lain yang membacanya kan? sama macam aku.... penulisan dia banyak tentang realiti kehidupan. jadi, dua tiga hari ni mata melekat kat blog dia je.


jangan kau nampak budak jahat kat kaca TV tak reti nak berpuisi bro, dan jangan kau nampak budak selekeh tak reti cakap pasal hidup ni... macam tu lah analoginya... hehe :) dia kan pelakon utama JUVANA :)


yess, aku nak dapatkan buku tu :)

semalam tengok si Botak kat dalam FUHH. dia dah ada rambut :)

May 7, 2011

kegilaan berblog kembali

sepatutnya hari ni adalah hari bermalas-malas untuk bangun dari katil. tapi, apakan daya... hari ni sekolah ganti lagi. tak pe ah, dah nak cuti banyak sangat kan, ganti ah sekolah. karang nak balik kampung senang.


dah dua hari dah, duk belek entry lama... reply-reply komen dan BW balik ke blog-blog yang rajin drop komen tu.. memang hari tu, rasa takde feel dah nak buat benda ni. tapi bila fikir-fikir, blog ni banyak sentimentel value, perakam masa, semua-semua tu lah, tu rasa nak hidupkan balik benda-benda wajib dalam dunia blogging ni.


benda apa pagi? blogwalking, drop-drop komen, reply komen sume tu lah... seronok gak. ye ah, dapat kenal orang-orang baru. yang selama ni datang blog kite kan. seingat-ingat pia lah, dah 6 bulan tak buat aktiviti macam ni secara tegar. start bulan 10 tahun lepas, trafik blog ni naik sebab entry, sebab ping blog. orang nak datang, datang cam tu ah... bukan sebab aktiviti tu sume.


so, sekarang... dah jin rajin datang kan. kita buat ah balik benda yang kita buat-buat dulu tu. kite repeat balik, nak?



p/s: sebenarnya... sebab beban kat sekolah dah makin berkurangan. sekarang, dah sibuk nak exam je dan lepas tu cuti sekolah, pastu baru sukantara. tu yang masa goyang kaki banyak sikit.... kalau tak, kerja kena bawak balik rumah ha...

Apr 8, 2011

kome suka baca entry yang pendek ke yang panjang?

kadang-kadang timbul kekonfiusan dalam dunia blogging ni. sebagai blogger, kita memang lah mahu sangat tahu, apa yang pembaca nak? apa yang pembaca suka baca kan? iyelah, buat apa kita tulis-tulis tapi tak ada yang datang membacanya, tak ke sesia namanya tu?


bila kita update entry yang panjang-panjang, rasa macam eh ada ke orang nak baca aku melalut nihh? kan karang, macam aku syok sendiri pulak taip panjang-panjang lepas tu tak ada yang baca pun. kalau baca pun, kot pilih sekerat-sekerat tang dia suka nak baca je.


lepas tu komen pulak main redah aje.... dia skip-skip baca, tak pun baca part yang bismilllahirrahmanirrahim, then, baca part yang sodaqoAllahulazim, lepas tu dia pun picit butang komen, komennnnn.... dan baiikkkk punya komen. kalau kena, nasib baiklah, kalau tak? adehhh. itu yang parak tu. yuyu zulaikha ada tulis pasal ni dulu.


kalau famous macam cikepal, yang cakap merapu-merapu tapi mencuit hati, yang buat entry panjang tapi sedap dibaca tu, tak apalah kan? ni awak bukan siapa-siapa, lepas tu tulis panjang-panjang, rasa kasihan pulak kat pembaca yang nak membacanya. jarang-jarang, kadang-kadang, sekali sekala okeylah kan?


ben ashaari pun pernah cakap dulu, makin panjang, makin banyak nak kena edit sebab tu jadi malas nak update. so, tulis jelah entry yang pendek-pendek...asalkan update. so, sebab tu, dari jadi penulis tegar yang tulis panjang-panjang, tapi satu atau dua update sehari, kita tukar jadi entry pendek-pendek je, ada sambungan-sambungan dia. sebab rasa nak ambil langkah selamat....kot ye pun pembaca malas sangat, takkan nak khatamkan entry yang secoet, yang beberapa kerat je perenggan tu malas jugak, dak?


tapi tadi, ada baca satu entry kat blogger yang agak famous jugak, dia cakap dia suka satu blog tu... dan dia cakap, entry dia sekali update tak mainlah 2, 3 perenggan aje. that means, dia suka baca entry yang panjang-panjanglah kan, dan blogger yang update entry pendek-pendek ni macam tak kenalah kan.... HU HU.


jadi sekarang, kita jadi macam blur... apa yang pembaca nak sebenarnya? ada yang kata, letak diri kita sebagai pembaca. tapi semua pembaca tu seleranya sama ke?


apapun, yang kita nampak dalam dunia blogging sekarang tak sama macam dulu-dulu mula blogging.... macam dulu tak ramai yang ada blog pun. kejadian follow-mengfollow ni agak susah. bukan semudah hari ni... senang aje nak difollow sebab ramai sangat kan blogger....


then, yang kita nampak, yang hadap blog 24 jam, senang nak dapat follower... sama ada blog itu bagus atau tak, tapi kalau rajin say hye sana-sini, komen sana-sini, dan reply komen, memang cepat naik. kadang-kadang, blogging tak sampai 6 bulan, dah cecah 1000++ follower.



dulu rajin sangat nak geledah tips blogging nihh. tapi sekarang, blogging bukan lagi my piriority. naik atau tak, trafik maintain atau tak, follower ramai atau tak, bukan lagi kepentingan utama.... kita balik pada nawaitu yang asal lah kan, kenapa kita nak blogging...


kita bukan nak, entry kita ramai yang like, ramai yang komen, atau follower dan trafik kita naik akibat berbalas blogwalking, tapi kita nak, entry kita ada orang baca. hinggakan kalau kalau tulis pasal benda yang remeh pun, ada yang baca... even dia tak cakap dia baca, even kita tak tahu dia itu siapa.



so korang pulak macam mana?

Mar 7, 2011

jangan terlebih kreatif!

hidup biar kreatif, baru tak boring dan fun. bila kreatif jugak, entry yang dihasilkan pulak tentu kreatif dan pastinya menarik minat pembaca. tak membosankan.


TETAPI, tetapi ye kawan-kawan jangan kreatif sangat sampai terhasil entry mengutuk-mengata blogger lain dan menjadikan blogger-blogger lain pulak bahan sindiran awak. ohh itu telebih kreatif namanya.


peace T______________T

IKLAN:
JOM JOIN HEARTBEAT! BERBALOI-BALOI. SANGAT CEPAT DAPAT INCOME!
BOLEH JUGA TEMPAH HADIAH MENARIK DI HEARTBEAT!
KLIK LINK KAT BAWAH OKEH :)




Jan 17, 2011

Penulisan yang BENAR dan LURUS, seringkali jarang mendapat sahutan orang. Tetapi jika ada yang tersalah, pasti cepat benar diBIDAS.

apakah manusia sememangnya suka akan sesuatu yang berbaur kontroversi? sesuatu yang bisa menimbulkan perbalahan?


apakah manusia sememangnya lebih suka melihat perantakan, sesuatu yang bukan permuafakatan? gemar menghentam sesama sendiri, tanpa berfikiran sedar dan waras sewajarnya?


bingung.


Pssst..
jangan kau hakimi aku terlalu pantas!

Jan 15, 2011

Jom berIKLAN di blog soffya cik bulan. MURAHHh jer... nak tak?

UPDATE!

Macam dah jadi trend sekarang kan? banyak blog buat perkhidmatan macam ni. harga iklan pulak based on trafik dan pakej yang dia bagi. sama jugak dengan cik bulan. ingin memulakan perkhidmatan ni jugak, sambil membuka peluang kepada kawan-kawan untuk sama-sama menjana faedahnya. saya dapat, anda dapat. setuju?


Baik, ini trafik blog cik bulan. ohh tak best beribu-riban pun tambah-tambah lagi update setakat 2, 3 hari sekali hari tu telah menunrunkan trafik blog. kadang-kadang setiap hari lepas tu senyap sampai 3, 4 hari. tak terjaga.


Tetapi akhir-akhir ini, dah mula aktif balik dan sebab itu trafik mula meningkat dan selepas ini, dah ada tanggungajwab, harap ia dapat meningkatkan semangat untuk aku terus beraksi seperti dulu-dulu kala. buat entry macam makan coklat dan BW dengan kencang tak pandang kiri-kanan, ye dak?


 Trafik minggu lepas. masa mula-mula nak aktif blogging balik


Period: 03.12.2010-09.12.2010
Unique visitor: 1, 360
Pageviews: 3, 818


Trafik minggu ini. dah mula menunjukkan sedikit peningkatan
 
 

Period: 10.12.2010-16.12.2010
Unique visitor: 1, 705
Pageviews: 4, 978


[peningkatan trafik terbaru, lihat SINI]

Ni purata trafik minggu masa aktif berblog dulu 


Period: 11.07.2010-17.07..2010
Unique visitor: 2, 193
Pageviews: 5, 738 
(pageviews harian boleh mencecah seribu) 

Trafik bulanan yang dicatat bulan ini


Period: 17.11.2010-12.12.2010
Unique visitor: 6, 348
Pageviews: 17, 855 


KESELURUHANNYA:

Unique readers per day : 180 - 480++ Unique Visitors
Page views per day : 490 - 1, 200++ views
Monthly Unique readers : 5,400 - 6, 300++ Unique Visitors
Monthly Page Views : 14, 700 - 17,800++ views
Current Readers at one time : 1 - 25 peoples


PAKEJ PENGIKLANAN:
(pia dah update mulai 24.12.2010)

Pakej cun
- personal blog
-sebulan RM10 dengan 3 special post 
-sewa 2 bulan sekaligus free 2 minggu

Pakej vouge
-blogshop
-sebulan RM10 dengan 3 special posts
-sewa 2 bulan sekaligus free 2 minggu

Pakej style:
-personal blog n blogshop
-sebulan RM5
-tiada special post, cuma muncul secara random dalam entry pia 

p/s:
sistem barter dihentikan. sekian 


rajin-rajin drop sini :  SOFFYA ESHOPE

JIKA BERMINAT:
-emel: soffya86@gmail.com
-kalau nak sewa banyak bulan/setahun ke boleh runding ye?

sumber rujukan:
blog dini, zie dan kie-yu. TQVM

Dec 24, 2010

Tutorial meletakkan widget PELAWAT TERKINI oleh GENGBLOGGER

Memandangkan aku pun ternganga semalam bila pergi satu blog tu tengok dia funtion ni, aku pun teraba-raba cari sebab nak jugak. olohhh, ketinggalan sungguh. eh awak semua dah register GENGBLOGGER? kalau belum silalah register dulu, kalau tak, tak dapatnya nak tempek widget ni.


semalam lepas buat, rasa jugak nak share tutorial, tapi ince tadi wanie dah tanya, soffya, mcm mana buat yg 'pelawat terkini' tu?? [sopan santun puan wanie ni, untung encik laboo kekeke], semakin meluap-luap semangat nak berkongsi tutorial ni.


sekali lagi diingatkan, tutorial ni untuk blogger yang dah ada akaun GB, kalau tak ada, silalah register sekarang. then, ikut step-step ni ye =]


ni akaun awak kan...


1. bolehlah klik rumah tu lepas dah sign in akaun



2. otomatik dia akan keluar semua benda ni. so, klik pulak kat widget pelawat tu 
[kalau belum letak widget ni, dia tak dapat trace.so dia tulis 0 pelawat]


3. ketiga-tiga stail widget akan dipaparkan. so, pilihlah stail mana yang nak & copy kod yang diberi

 

4. bolehlah pastekan kod tadi kat bahagian widget blog anda dalam kotak HTML/JavaScript. then, save! macam aku punya, pilih stail 1, so jadi macam ni. kemas kan?



okeh, sekarang, bolehlah mencuba! sorry, kalau tutorial ni banyak kekurangannya. i'll try my best, hope dapat membantu sesiapa yang berminat. chill! 


lain-lain tutorial di sini...



p/s:
banyak tutorial lalu yang pia buat bila selak balik jadi tunggang terbalik, tak tahu kenapa...hu

Dec 1, 2010

Aku blogger! So what???


aku agak dah lama gila tak join segmen yang ben ashaari buat. bloglist dia pun aku dah tak diterlistkan dah. sebab dah tereject sebab tak peka. tapi kali ni, sebab aku pun nak buat karangan jugak kan, naklah masuk segmen ni. iyep, aku blogger, so what kome? hehh, tiba je campur perak pulak.


kalau cakap pasal aku, tengok kat side bar blog ni pun dah boleh agak aku ni siapa dan macam mana. actually, dulu aku tulis blog kat friendster aje, tapi bila jumpa blogspot, terus tukar. mula-mula,  pakai URL ni, gadismanis. blogspot, tapi sebab tiba-tiba je rasa malu-malu kucing kan, aku tukar jadi soffya86.blogspot pulak. dah lama blog ni, sejak 2008 kot, tapi aktif awal tahun ini. orang ganu. aku ni memang dari kecik nak jadi cikgu. ha sekarang dah dapat jadi cikgu. alhamdulillah, syukur... so, mengajar kat setapak mulai tahun depan. 24 tahun. bujang. penjual tudung.  aku cakap sambil menulis masa tulis blog, jadi kalau baca, boleh agak dah aku macam mana, kan?


kalau cakap pasal blog pulak, aku rasa blog ni medium terbaik kot untuk social networking. sebab, dengan blog, bukan saja boleh tulis, boleh pulak letak gambar. nak lebih lagi, letak pulak video. dan tiap-taip perkara itu boleh dihuraikan secara mendalam. berapa banyak nak tulis pun orang tak marah, kan? free pulak tu. jadi, bagi aku ia medium terbaik untuk cakap pakai tulis dan kemudian, kenal-kenal dengan orang lain. malah, apa yang ada dalam kepala otak kita, mungkin juga ideologi kita, apa-apa sajalah kita boleh share kat sini. apapun, setiap yang baik, pasti ada je keburukan, kan? sebab apa, sebab yang menggunakannya manusia. so, kena pandai-pandailah nak pakai kemudahan ini.


positifnya dalam dunia blog ni untuk aku ialah tentang fashion kot. sebab aku rasa, kerana bloglah, fashion apa-apa entah, yang rare, yang awesome yang cute miut segala boleh dicapai dengan klik-klik saja. kalau tak ada blog kan, aku rasa mati kutu jugak nak fikir, eh apa fashion sekarang eh? elehh, gaya aku cakap macam aku ni fashionista jeee. he tak okeh. aku suka ikut fashion aje, tapi ikut-ikut jugak, kalau fashion yang tak sesuai untuk aku, pelik semacam je, memang aku tak ikut meskipun fashion tu tengah tops sekarang.


negatifnya pulak, biasalah, bila dah ada blog ni, makin banyak masa aku nak habiskan kat sini. lepas tu, susah nak control mana privacy ke tak. kadang-kadang semua nak cerita. semua gambar nak letak. itu sendiri mau ingat lah.. tapi kadang-kadang tu yang tak ingat tu. dan pernah lah sekali, aku ada komen kat kawan blogger ni, pendapat aku. alih-alih dia pergi buat satu entry untuk membalas komen aku tu. sedangkan niat aku baik nak tegur dia sebab macam sama-sama naik dalam dunia blog kan... erm, tapi apa ada hal ye dak? senang saja, jangan masuk lagi blog itu. sudah kan?


bila kita buat apa-apa, mesti ada target. bodoh lah kan kita kalau buat apa-apa buat sebuat-buatnya je. sama jugaklah dengan aku. glamour atau ayat sedap sikit, dikenali, itu tak boleh dinafikan. sebab benda ni saling berkaitan. kau glamour, blog kau ramai baca. bila makin ramai orang baca blog kau, kau lagi glamour. semua bersangkutan. sama jugak dengan aku. aku harap blog aku yang glamour, sebab itu sajalah kot pengukuran terpenting bagi seorang blogger. sebab bila blog dah glamour, trafik pun akan naik. itu tunjukkan, apa yang kau tulis, dah tak sia-sia. memang ada orang baca. tapi biarlah semua kerana blog kita tu memang bagus, okeh?


bila dah jadi blogger, yang paling aku suka ialah kawan-kawan aku sendiri yang baca blog aku. tu kebanggaan yang amat. sebab, kadang-kadang ni, kawan-kawanlah orang yang sebenarnya tak suka tengok kita maju sikit, ye dak? so, bila kawan-kawan aku baca, means mereka masih ambil tahu hal aku. dan baca update aku kat facebook. even mereka tak pernah komen, tapi bila lepak-lepak kan, atau cakap kat fon kan, terkeluar ayat dorang, eh blog mu ork kelakar gila.. atau bodoh ah mu ni tulis, lawak gila.. he, means dorang ada bacalahkan? atau, "eh mu rindu lagi dia ke?" "ye... aku tahu, aku baca dah blog mu hari tu..." erm, so kantoilah kan? so yes, aku nak cakap, aku bangga jadi blogger. sebab bukan senang nak jaga blog ni lepas tu nak tulis entry, mahu demam fikir isi, tapi bila dah dapat tulis, kira satu kejayaan lah kan? dan bila ada yang baca, itu satu kebanggaanlah jugak kan?


p/s:
dah siap kan? kalau korang baca macam ada yang tak best je statement aku, aku dahului dengan permohonan maaf...:] yang penting, aku tak suka sembunyi apa yang aku nak, niat aku semua. tak sukalah hipokrit-hipokrit. jadi je diri sendiri dan bergerak dengan kehendak kau... baru lega dan aman terasa dunia ni. ye dak? lakukan, apa saja, asalkan ia tak bersalahan dnegan etika, agama dan undang-undang. ok? chill.

Nov 30, 2010

TIPS : INNER COTTON bagi selesa, muncung dan tak melekat kat dahi

inner pertama aku mula pakai. yang ni dibeli sekali dengan syria
-ia dua warna. so aku lipatkan yang belakang tu naik ke atas, so ia jadi nampak dua warna




ni aku mula-mula pakai inner cotton yang dibeli asing-asing.
nasib aku baik, mula-mula aku kenal inner, aku kenal inner cotton dulu
 

first, aku nak tegaskan, kalau inner dari material cotton, memang muncung dan tak melekat kat dahi. so, sesiapa yang ada beli dan pakai inner ni memang ia muncung. cuma kalau tak muncung, that means kita baru try pakai dan bila baru first trying mestilah ia tak menjadi seperti yang kita harapkan. iyelah, apa-apa yang kita buat pun, tak akan jadi prefect terus kan, hanya dengan sekali cuba, ye tak?



sebab nak pakai inner pun, kena pakai dengan cara yang betul dan ikut jugak tips-tips yang orang bagi kan. sama macam aku juga, mula-mula pakai dulu, tak semegah mana pun jadinya. tapi yang boleh dibanggakan ialah, aku suka sesuatu yang baru dan suka pulak surf dari orang lain cara yang betul nak pakai inner ni. iyelah, semua orang taknak muka jadi bulat macam bola golf kan?



jadi, ini adalah beberapa langkah yang boleh kita laksanakan untuk menjadikan inner kita tu tak bulat dan muncung lawa -selawa-lawanya seperti dak fatin liyana ni buat. tips yang aku bagi ni adalah based on tips fatin bagi dulu sebab aku memang sangat terpengaruh dengan fatin nihhh. apa dia buat, rasanya semua aku nak ikut.



masa tu yang aku ada hanya inner yang dibeli dengan set syria. yang asing-asing tu belum banyak masa tu. then, bila seklai tu jalan kat jalan TAR, ohh jumpa tapi ada satu je, warna hitam. dahlah tak elok sangat pulak tu...tapi aku bedal jugak sebab teruja semacam je kan. apa lagi, try, try. then, balik pakai menjadi, apa lagi, cari-cari cari.



jumpa lagi sekali. masa tu akt up town. kali ni memang tamak haloba tak hengat lah kan. aku beli berapa helai tau?9 helai... hakhak. gila kentang punya orang. gelak kawan-kawan aku kan.sebab masa tu dalam kalangan kami, akulah pembawa fashion ini. masa tu pergi sekolah pun cikgu-cikgu tengok duamacam je kan. tapi ada haku kesah? hakhak.



tengok, muncung je inner dak aten ni sekali ngan mulut-mulut dia muncungkan?hehh


kata aten yang aku ikut dulu-dulu la, masa taj reti fikir jalan sendiri. ekeke.

i.kalau inner tu bulat sebab ketat, tetaskan kat belakang. macam dak irine ni buat jugak. tapi tips irine buat ni baru lagi. bila dah tetas, baru longgar, dan boleh kita nak tarik-tarik muncung dia biar jadi panjang dan naik ke tas seelok-eloknya. yang fatin punya tutorial, DI SINI

 sumber: irine


ii. pakai anak tudung dulu baru pakai inner ni. dia kata lagi muncung tajam sampai boleh terluka jari orang yang sentuh tu. kekeke. anak rambut pun tak terkeluar ye dak?


iii. tarik sikit inner tu ke depan. means tutup pipi kita dan cuba muncungkan ke atas. yang ni tips aten atau aku bedal sendiri pun aku tak pasti.


teheee... korang trylah sendiri ye. apapun, aku buat dari apa yang aku belajar. dah menjadi, aku share pula dengan kau orang. tapi kalau kau jenis jarang makan kepala ikan, aku agak mesti menjadi. kan, kan.


 
gambar pertama tengok aten pakai inner layer buat aku teruja gila!



siap dia bagi tutorial, so apa lagi, ikutlah kan! 
tutorial fatin liyana: di sini



dulu, masa inner ni satu colour, aku teruja gila bila tengok aten boleh buat layer-layer sendiri jadi banyak colour. macam manalah minah ni buat ye, duk terfikir-fikir sampai jenuh dah nak tenung gambar aten ni. so, bila aten bagi tutorial ni, memang lah tak sabar-sabar nak try kan. so, aku pun buat macam aten cakap. he...ni masa aku mula-mula ikut. tengok sini percubaan pertama, kedua dan ketiga ikut aten. hantam sajalah labu...

percubaan untuk bertudung syria seperti Fatin Liyana...bolehlah, kan?


 yang ni dah percubaan ketiga ni


actually aku pernah buat tips pasal pakai inner tak bulat ni dulu. semua tips tentang fesyen bertudung di sini dan sebenarnya ada di side bar blog aku ni. klik saja mana yang berkenan di hati. tapi kalau dah klik, rasa tak berkenan pulak, heeee, itu risiko tanggungan sendiri ye :P btw, selamat mencuba semua!


 JUALAN INNER COTTON BAGI MUNCUNG
apapun, harap-haraplah tutorial kecil yang tak seberapa ni dapat membantu anda semua :) tapi ye, kenapa semua orang nak pakai inner muncung dan dah tak nak pakai inner bulat macam ni dah ye? boleh bagitahu sikit?



pesan tahi bulan:
kongsilah ilmu itu walaupun hanya setitik...

Nov 29, 2010

vote for fatin liyana!

blog si fashionista fatin liyana tersenarai dalam kategori blog personal wanita pilihan. fuhh terkejut aku tengok dak aten punya undian. gila tinggi! memang sungguh mencabar nafsu betul lah (ayat fatin.hehe)  tapi memang patut pun dik, you deserve it! blog awak memang pilihan no 1 akak T_T


actually, aku adalah salah satu peminat si fatin liyana. sebab tu dalam blog ni ada beberapa entry tulis pasal dia secara langsung dan tak langsung. yang siaran langsung je belum sebab yang tu aku kena mintak tolong TV3 untuk bersiaran lah. sebab apa aku minat sangat dia ni? sebab rasa sejuuuk je hati bila tengok dia. eceh.


kecantikan dia tidak seperti wanita biasa-biasa. ia sempurna dilengkap akhlak, budi pekerti, kebijakan, PR yang bagus, cara berpakaian, semua kenalah. pendek kata, kalau tengok fatin ni, perlulalah tengok dan tengok sekali lagi, dan mungkin berkali-kali sebab tak jemu benoo mata memandang. hehh.


aku cakap ni sebab aku pernah jumpa dia masa photoshoot hari tu. ohh sangat teruja okeh meskipun bila aku duduk dengan dia bagai pinang dibelah-belah dan belah dan belah lagi. bukan setakat air kaki, air mulut, air telinga, semua tak ada langsung bak fatin. hakhak. tapi memang seronok gilalah masa jumpa. rasa macam mimpi pun ada.

jangan jealous okeh?
-gambar beliau mesti menjadi jek. tak pernah aku tengok cacat-cela. kan, kan?-


 bersama model-model yang semakin mencipta nama. ohh sangat teruja!
-cik bulan, fatin liyana, datin, jaja, aiza-


okeh atin, ni ada sesuatu suprise untuk awak. mungkin tak perasan, tapi akak dapat catch ni masa masuk blog seminggu lepas kot. gila teruja tengok bilangan visitors ni. tak pernah akak jumpa dalam mana-mana blog pun sebelum ni, dan ini hadiah untuk awak!


105 orang skodeng dalam satu masa. woooow! 
aku dapat 30 orang satu masa pun dah melompat wehh


memang dia bukan blogger yang selalu komen sana-sini, yang blogwalking bagai nak rak, yang selalu ping blog kat gengblogger, bukan. itu bukan fatin liyana. ia naik kerana blog dia yang memang meletup gila sebab cara dia menulis tu macam dia bercakap dengan kita. then, paling best ialah fashion dia. semua orang berlumba-lumba nak jenguk blog si aten ni sebab nak tengok, eh apa fatin liyana pakai kali ni ek? (atau adakah aku sorang je yang berlumba-lumba macam ikan lumba seorang diri nak tengok fashion dia, aku pun tak tahu.hehhh). nak-nak masa hijabi fashion weeks tu, aku agak fatin liyana punya style adalah yang terbaik kot? kena je. tak pelik, dan memang boleh diterima akal.


selain fatin, antara blog yang tersenarai kat situ untuk diundi yang menjadi kegemaran aku jugak (tapi sebab boleh vote satu je, maka fatin jelah aku vote), ialah cik epal, hanis zalikha dan ardinihumaira. yang ni pun memang best-best. aku agak, cik epal ni kalau boleh dimakan lagi best ohh. hakhak. lagi pulak dia tu banyak mengarut dalam blog, tu yang aku suka. selalu bikin wa nak gelak je kan, kan...


si hanis pulak mungkin sebab dia punya background. memang sudah dikenali. ditambah pula dengan cara dia jugak, "beauty with brain".kalau masuk blog dia, aku rasa aku pun macam orang bijak pandai jugak. kekeke. eceh, tiba je kan... iyelah, kalau blog dia apa-apa entry pun, biasanya mesti ada informasi punya yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita ni.


dini? tak payah cakaplah, blogger terajin aku pernah jumpa. bukan saja entry yang mahu 4-5 sehari tapi rajin blogwalking, dan rajin pulak membalas komen orang. aku salute sangat bab ni ni... aku bilalah dapat jadi cepat dan tangkas macam dini ek? kadang-kadang blog pun tak terjaga, tak sempat nak update macam dulu dah sekarang.... hu sedih sob sob, alexa pun dah menurun..hu.


jom, kita terjah lagi-lagi blog dorang ni. harap-harap dapat memberi kita inspirasi okeh? sama-samalah kita mengambil manfaat dari blog-blog terbaik macam ni. yang baik dijadikan contoh, yang tak baik kita ketepikan. tapi jangan pulak dah dikatakan contoh, kau pergi copy bulat-bulat entry dorang, itu memang perbuatan tempah maut akibat dilempang laju-laju oleh dorang. nak rasa?


lagi-lagi tentang fatin liyana di sini :- 



pesan tahibulan:
jangan nak jadi penTIRU sangat. kerja bodoh okeh? copy-copy entry ornag then paste kat blog sendiri buat macam harta sendiri pulak tu. tu kerja bodoh okeh. bukan aku cakap, lecture aku cakap. hehh =P

Nov 15, 2010

aku kurang suka blogwalking ke blog hebat

hebat ke? entah, aku kategorikan hebat, sebab follower dia cecah ratus-ratusan, dekat ribu-ribuan. mungkin hebat. dan lagi satu aku cakap hebat, ialah bila dia menulis sukanya 'perli-perlian'. iyelah, orang lain tulis, buat semua dah tak betul. ada saja yang tak kena. jadi, free-free je makan 'perlian' dia. hebat lah tu kan? atau mungkin dia berasa dia hebat. mungkin.


sebab tu, aku jarang blogwalking sekarang. mungkin lebih tepatnya, jarang ke blog hebat yang seperti aku kategorikan tadi sebab kadang-kadang bila pergi ke sana, memang sentap gila, mood aku akan mati. lepas tu, aku terkedu. iyelah, bila dia tulis, akan tulis, ayat-ayat macam ni...


'buatlah macam ni, janganlah macam ni....bla, bla, bla...' atau ayat macam ni
'baru menulis setahun jagung, ada hati.... bla, bla, bla..;' merujuk kepada blogger baru yang tak sehebat dia, kot?


sebab tu aku suka sangt pergi ke blog, baru nak naik, yang aku boleh tulis sepatah dua kata yang memberangsangkan. yang aku boleh tulis, 'hye, cik bulan singgah, teruskan menulis ya...' dan macam-macam lagilah. yang tak perlu aku bermakan hati, berulam jantung, atau jantung aku berlari kencang 3x persaat. benci okeh bila berasa macam tu...?

hari tu rasa itu pernah terjadi perasaan ni, bila jantung berlari, berdegup kencang. ye, bila ada seorang blogger cun, lawa yang beribuan followers yang menulis, lebih kurang berbunyi, 'dia tak ada pages, dan tak macam sesetengah blogger, yang buat pages sendiri lepas tu invited friends untuk LIKE'. huhh, setengah mati aku terkejut. sentap. terkena woiit. bukan aku saja. seingat aku, ramai blogger buat macam tu dan invited aku, aku rasa okay je.


tapi, TAPI ye kawan-kawan... tak lama selepas itu, dia pulak yang ada pages dan invited aku untuk LIKE pages dia. tak ke lawak tu? rasa nak jelir-jelir je lidah kat dia, hahh, jilatlah ludah kau sendiri ye dak? aku ada komen dia pasal tu, tapi tak pulak berjawab, kenapa, malu?


wehhh, kita ni manusia-manusia biasa je.. tak payahlah kita rasa orang buat itu, tak kena, ini tak kena, lepas tu kita sebenarnya yang teringin nak buat jugak. bagi aku, apa-apa saja dalam dunia ni, kalau buat, tak bersalahan dengan agama, etika, nilai-nilai kemasyarakatan dan tak menyusahkan orang, buatlah, selagi kau mampu untuk mengawalnya.


kalau menyusahkan diri sendiri pun, apa ada hal, ye dak? asal bukan menyusahkan orang lain.titik.


pesan tahibulan:
hati-hati bila menulis... tulis je apa je, tapi jangan sentuh orang lain. faham?

Nov 9, 2010

suai kenal blogger... berminat?


kerajinan encik Ben terus dipuji. tapi oleh sebab lama sangat tak aktif berblog, (sekadar update satu kali sehari sebab tak nak ia mati je) lalu terlepas pandang segmen ni. nasib baik jenguk blog peri piaku. dapat sikit informasi, lalu apa lagi, terus buat entry.

terima kasih encik BA. ingin menjoinkan diri. untuk beramah mesra dengan blogger lain... insyaAllah, akan dapat blogwalking ke link-link yang ada. misi bermula dari sekarang, hehh =,=


untuk semua blogger dan kawan-kawan yang datang 
berkunjung ke blog merepek nihh...

assalamualaikum dan hye! welcome to my blog! 
dan jangan jemu-jemu untuk datang lagi ek? 
friends, ya?

^,- 

cik bulan:
tahniah encik BA, good job! =)

Aug 7, 2010

kalau anjurkan contest, harus fikir dulu.

situasi aku:
aku fikir banyak kali entry ni nak post ke tak tapi lepas fikir-fikir, aku rasa harus, sebab untuk bagi pengajarn untuk semua dan minta pendapat kau orang pula. weh, kalau aku salah, jangan masuk belah aku tapi nasihatkan aku ye? jangan jadi batu api yang terus membakar-bakar.



intro:
pertamanya maaf andai menyakiti....:|


contest aku:
sebelum ni aku pernah anjurkan contest, tapi fasal kucing dan aku pula sibuk jaga atok di hospital, diteruskan dengan pemergian atok, maka tak sempat war-warkan contest. tak update apa segala, maka pengunjung berkurangan. bila aku tarik balik contest tu, ada pula blogger yang tegur di kotak jerit, cakap nak masuk. tapi apakan daya, masa tu aku pun sibuk sangat dengan urusan kenduri arwah tambah server tak elok kat kampung arwah atok, aku tak sedar mana jeritan tu hilang dan lupa nak balas soalan dia, kejam kan aku? aku lupa dia siapa, tapi aku ingat, dia bahasakan diri 'akak'... buat pengetahun, contest itu tidak ada sebarang peserta lagi kecuali pengomen-pengomen yang cakap, tiada kucing. aku minta maaf banyak-banyak pasal tu...


terms and conditions/syarat-syarat:
kawan, walau contest aku tu contest pasal kucing pun, aku rasa aku dah fikir terms and conditionnya apa banyak-banyak kali dan telah aku catatkan bagaimana kemenangan diperoleh biar semua orang jelas, dan yang paling penting, sebagai penganjur contest akulah yang paling jelas, dan pilih pemenang pula ikut rules yang dah dibuat, sebab nanti kalau silap, itu dah kira menganiyai orang. sebab aku sendiri pun, kalau masuk contest, sure ikut rules punya.kalau orang cakap, letak satu gambar, aku letak satu. kalau contest suruh senyum menawan, senyumlah menawn jangan senyum paksa pula, kan...



macam tu juga contest dari walaibatikku. dia cakap pakai batik/sutera, tak kisah kalau kain batik pun.. maka, aku buatlah seperti yang disuruh dan menang. begitu juga contest muslimah anggun. mula-mula aku pilih yang trend tudungnya anggun, tapi istilah muslimah tu bagaimana? takkan nak bagi gambar yang tergedik-gedik nak mati. mana muslimah anggunnya? jadi, aku pilih gambar yang pakai kurung dan bergaya biasa, cuma mungkin nilai tingginya pada lilitan shawl yang dipakai, dan aku menang untuk pilihan kedua kali.





ohh, hanya dua contest itu saja yang aku menang kawan dari berpuluh-puluh contest yang aku masuk tapi ada aku surrender bila kalah?ada aku perang? tak kan.. terus masuk lagi, sebab ia juga mungkin 'luck'.  aku juga tak pernah merungut kalau kalah, sebab bila tengok pemenang, dalam hati cakap, yes, you deserve it! kecewa sikit-sikit tu biasalah...sebab tak dapat merasa dapat barang free, kan? hakhak. tapi yang aku merungut ialah bila pemenang tu tak serupa bikin dengan kehendak contest... pelik, tapi benar. aku tak kisahlah kalau tak terpilih walau kecewa kan, tapi biarlah cerdik dalam menilai...



contest kamu (ini hanya nasihat).
kawan,
nasihat aku buat semua yang nak anjurakan contest lagi, jangan bagi orang lecewa dengan tindakan kita. mungkin kita buat satu contest suka-suka saja, tapi fikirlah baik buruknya dari sikap kita tu. ah, itu contest kau kan? tak apalah, nak buat suka hati pun buatlah. tapi ingat, kita juga jadi pengadil. tahukah hukum bagi orang yang mengadili secara tidak selayaknya?



jadi kawan, main-main juga... yang betul, harus ada pada tempatnya. aku tak pernah berasa begini sentap untuk membalas entry begini (walaupun sebelum ni ada blogger yang buat entry khas nak balas teguran aku di blog dia) tapi bila aku baca statementnya begitu, aku rasa malu. ahh, istilah, definisi, bila kita buat sesuatu yang melibatkan orang, harus jelas, istilah yang dipakai oleh semua orang. definisnya harus selari. kalau kita mahu orang ikut kehendak kita, berdasarkan fahaman kita, jelaskan sejelas-jelasnya. aku bukan pakar bahasa inggeris, tapi aku major in bahasa melayu. tiap orang cakap, akan beri makna pada aku sebab otak bahasa akan menganalisinya. begitu juga otak Mate. bila dengar nombor, dia akan mula mengira-ngira...


jadi pengadil, adili bukan sebab kita rasa ohh dia ni hebat gambarnya, ohh dia ni kreatif, ambil gambar jadi dua pergerakan, dan dia ni melompat-lompat sedemikian, tapi adili adakah ia mengikuti kriteria yang kita tetapkan dalam contest. kalau macam tu, nanti dalam satu pertandingan, pengadil akan pilih, kau nombor satu sebab kau pakai baju lawa dan beg lawa gila, nampak hot. tapi contest nak cari model yang berwajah photogenik. aci ke? pengadil, tugas anda berat. anda harus tahu itu.



bagi aku juga, bila orang menegur, dan bertanya jawablah baik-baik ye. jangan pula kita buat entry nak bidas balik dan cakap, suka hati andalah, saya dah buat yang terbaik (walau anda bukan membidas saya, tapi anda membidas si yang bertanya, penghantar emel itu) atau masih menegakkan benang yang basah. jangan tunjukkan dua kali ketidakcerdikan kita, ye? ditambah lagi dengan kawan-kawan yang duduk menambah (komen di entry bidasan), untuk cakap orang yang tegur tu salah, emm, tak kemanalah jawabnya...kan?



emm, mulanya aku hanya bertanya apa itu definisi '?', tapi bila aku lihat entry dia cakap, terima 2 email cakap macam ni...

definisi ... saya dengan orang lain mungkin berbeza. maksud saya...saya
jelaskan sebab saya ada dapat 2 email yang berupa kritikan. cakap yang saya
pilih pemenang macam bodoh...
takpelah. suka hati awk
lah yer. yang penting saya rasa pemenang saya pilih ADALAH YANG TERBAIK
ANTARA YANG TERBAIK. okay enough about contest.


(tiga titik itu keratan yang dipotong)



ye, aku yakin, perasaan ni memang tidak syak lagi! dan kawan, nasihat aku, kalau anjurkan contest, tolonglah fahamkan dulu diri sendiri... baru fahamkan orang lain.... ye? jangan rumah siap, pahat berbunyi, kan tak best, terjadi pula hantaran emel sedemikian, dan teguran ini anggaplah untuk semua..ye? beringat sebelum kena :)




Nota bulan:
sangat tak sedap, nak cakap ni.. tapi kena cakap juga..mungkin, aku akan unfollow individu terbabit... sebab, aku follow pun untuk contest kan...




kejap lagi mungkin aku akan delete entry ni...:| (entry ditulis pada 3 julai 2010)

Aug 2, 2010

terkena batang hidung sendiri

apabila membaca seseorang menulis sesuatu yang betul,
dengan kasarnya, lagaknya, tidak berhemahnya,
tetapi terkena pada batang hidung sendiri,
sentap.


terkedu kejap.
jantung berlari cepat.cepat.
2 1/2 persaat.
150 perminit.



Notabulan:
best ke kalau hidup saling sakit-menyakiti, perli-memperli, bidas-membidas...

Jul 24, 2010

wow, duit nuffnang dah cecah RM1000++? boleh kahwin dah ni.

tak sia-sia berblogging kawan...memang tak sia-sia. tak sia-sia jadi orang hebat. tak sia-sia buat banyak blog. tak sia-sia cun, comel, lawa putih gebu (eh, sejak bila aku putih?ptuih ada lah..hakhak)... wah, memang tak sia-sia. ramai peminat, trafik tinggi dan banyak pula iklan bertempek kat blog, duit lagi..tambah pula duit nuffnang tinggi gila...cecah RM1000++ dah...



ni buat aku jadi rasa rugi nak berhenti blogging. sayang sangat dengan nuffang. tu rasa nak update blog hari-hari. nak blogwalking memanjang. nak perah otak cari idea buat tips bagai dan buat slot-slot khas... sebab aku rasa selain dapat menconteng dan mengarut seketul dua, gelak-gelak sambil ketik keyboard, nampak macam tak berfaedah, sebenarnya dapat juga side income, kan?



he...best kan? kalau nak duit nuffnang banyak-banyak macam ni...RM1000++ dalam masa setahun, sila tiru macam aku, eh, silap, sila tiru macam zie mandini... hakhak, mesti kau tertipu kan..itu bukan duit nuffnang aku weh... duit aku beberapa bulan ni tak sebanyak tu okay? ni tengah speed, kaji itu ini untuk memperbaiki diri.

inilah dia...zie mandini empunya princessredbloodsnow 
[cun kan? tapi jangan ngorat dia..ngorat aku tak apa..hakhak]




tak percaya, tengok ni...



ha zie...kumpul duit nuffnang tu..jangan belanja, buat kahwin tau...bertunang dah, tunggu masa je kan nak langsung... kawan, mari sama-sama support zie, ye... mudah-mudahan dia akan terus suksess dalam berblog, sentiasa maju jaya dan cepat-cepat kahwin...hakhak



kalau nak tengok duit nuffnnag dia, klik SINI. gerenti kecur liur kau...hakhak. tapi kalau duit nuff kau lagi banyak, bagitahu aku eh...aku nak curi tips juga...:P




Notabulan:

sepeti kie-yu, ku juga punya impian dalam berblog. kalaupun aku bermula dari blog yang kosong sangat...

Jul 22, 2010

siapa nak jadi follower ke-100?

apa pandang-pandang? nak minta pelempang? tipu?main-main? he tak adalah... apa? ohh...tengok follower dah mencecah 4 ratus lebih tapi tanya nak jadi yang ke-100 eh? hakhak, jangan marah. lapangkan dada, ni dengar cerita ini...


buat rakan-rakan yang baik hati, apa kata mari kita meramaikan blog kawan kita ni... namanya, azmin hamin. oh sama ada dia ni handsome, macho, kacak, gagah perkasa atau tak, itu tak penting... begitu juga sama ada beliau ini sudah berpunya, atau tidak single ke tak, itu juga tidak penting....


yang pentingnya kawan, beliau sedang bermurah hati buat satu contest menjadi follower sehingga yang ke-100. aku dah pun jadi juga semalam iaitu follower ke-60..jadi lagi mahu kumpul 40, tapi tadi aku tengok, dah ada 70, maka yang belum terkumpul ialah 30. maka,


aku dengan kuasa veto iaitu dengan kuasa bulan, bertukarlah, nak ajak kau, kau, kau ramai-ramai memeriahkan majlis join contest ni. marilah...kita follow dia ramai-ramai sampai tak muat korum, nak? kalau dia tanya, kau tahu dari mana, kau cakap dari aku..kenapa? sebab senang aku nak bodek hadiah khas dari new zealand..hakhakhak. gila tak ikhlas punya blogger...


apapun, selamat memfollow kawan...:]



Notabulan:
aku rasa tak rugi pun....kalau memfollow kan.... 


encik azmin, terima kasih promote blog saya...kalau sudi, promotelah lagi..hakhak :P

Jul 14, 2010

dapat hadiah dari eDast | sticky mode entry dah tamat semalam.

ingat post melekat aku tentang contest butik eDast, Saya Suka Hijab yang dibuat selama seminggu? ye, semalam dah berakhir... yang bestnya, walaupun event belum tamat, tapi aku dah dapat emel dari puan eDast hari tu lagi... minta maklumat untuk penghantaran hadiah. ni petikan emelnya...





dalam contest itu, aku pertaruhkan gambar ni...


 [senyum.konon-konon memang dapat hadiah.hakhak]


best.semua yang buat, dapat hadiah...:) terasa bahagia. senyum. ada hadiah yang bakal menyusul ke rumah, walaupun hadiah bukan special (sebab tak ada satu pun peneka yang tepat, walaupun aku perasan dan syok sendiri, aku dah teka dengan tepat.huhu...)



apapun, terima kasih untuk puan eDast...



Notabulan:
tapi banyak-banyak, aku tetap tunggu hadiah dan kad dari WANIE pujaan hatiku...hakhak (mesti wanie bengang. aku siap mesej kt Fb dia, mana tak bengang kawan tu...hakhak, gelak lagi)


best tak dapat peserta macam aku...selalu buat entry update contest.secara tak langsung, aku mempopularkan blog pengajur beberapa kali kan...betul tak?he... betul kata CEROI, aku ni rajin.hakhak. (boleh tak nak berlagak macam ni, wanie?)

Jul 13, 2010

adakah aku blogger tersohor dan masyhur?

kawan lama.
mula-mula tegur di chat facebook, kataku sombong. ohh, kerana sudah tersohor dengan blog. hakhak, aku gelak.


kemudian, kerana rasa bersalah sebab aku ni bodoh-bodoh alang kalau berchatting sangat tidak pandai menghormati orang, sangat tidak pandai menjaga perasaan, iaitu sering lupa membalas teguran, ohh bukan sombong kawan, tapi sebab aku jenis yang ralit bila berblog atau membuat kerja. aku mohon maaf dan titipkan nombor telefon. lalu mesej aku dibalas ini...




hakhak, aku gelak lagi. biarkan. biarkan teman dengan ramalan sendiri. haiih, masyhurkah aku dengan sekeping blog yang tidak berPHD ini? kawan, kalau satu masa nanti pun aku masyhur, insyaAllah aku bukan lalang...aku padi.


kemuncaknya, aku lihat beberapa kali nombor ini 017-921xxxx tertera di telefon. haiih, siapakah ini? tak pernah aku jawab sebab aku tidak sempat. sekali lagi ye, bukan sebab aku blogger hebat. ohh, jauh sekali.


tapi malam tadi, jam 1:28 am... nombor itu terpampang lagi di telefon. ye aku jawab. aku ingin tahu, siapakah gerangannya. tapi aku diam. aku tidak bersuara walau sepatah pun.


selepas dia berradab memberi salam, barulah aku menjawab salam. ye, dengan beradab juga.

soalan:
erm, siapa ni?

jawapan:
saya? saya ni pembaca setia blog awak.. saya baru je lepas baca blog awak ni

eh,dia tahulah..aku ada blog. haiih. rasa-rasanya kat blog tak ada satu patah perkataan pun yang menunjukkan nombor bertuah aku ni. macam mana dia dapat nombnor aku eh?

jawapan lagi.sebab aku masih terpinga-pinga.

'mungkin awak tak kenal saya.... almaklumlah awak ni pemblog tersohor...'

hakhak. aku gelak. statement tu tak tahan tu...yess, aku kenal suara ni! langsung aku cakap:


"der, wa kenal suara lu der..."


siapa?


"FAHMI!"



hakhak. dia membebel lagi... konon-konon blog aku hebat sangat. malu sampai rasa nak terkancing gigi tadi, sebab dia baca blog bodoh aku ni. dan paling tak tahan...dia buat ayat aku jadi bajet aku ni masyhur seantero dunia bak kata cik epal...




"baru ni fahmi buat survey 10 blogger terhebat kan kat malaysia... pia jatuh nombor tiga ah tak silap..."




wakaka. yang ni lagilah aku gelak geleng-geleng, bukan guling-guling dah. dia punya auta, buat aku rasa nak kecing time-time tu juga...




eh kawan, perli aku ye?






Notabulan:
kawan itu perli sebab aku terlampau sibuk, kononya siobuk dengan blog pada hemat beliau kot... itu diperlinya aku. fahmi, kalaupun daku bukan blogger tersohor atau termashyur, tapi soffya cik bulan itu hanya ada satu saja okay?




[suka tak?]

Jul 10, 2010

saya baru di gengblogger. salam kenal!

bila sebut gengblogger saja, mesti ramai yang celik mata. mana taknya, semua berpositif dengan GB dan ramai yang meningkat naik trafiknya dengan GB, kan? dulu aku pening lalat, apakah itu GB? dah sign up, tapi tak tahu pula nak masuk macamana lepas tu. hari tu rajin, godeh punya godeh, akhirnya kini aku dah berjaya jadi salah satu keluarga GB dengan jayanya...



terus mesej dini, (sebab dah ada nombor telefon kan), macam mana nak ping blog? dini kata dia tekan dekat gambar rumah atas tu. cari punya cari tak ada pun yang berupa rumah, yang berupa manusia bertenggek tu adalah. lama cari, baru jumpa, eh perkataan 'rumah'. sila ulang, 'rumah' ye kawan-kawan!



tak fikir panjang terus klik dan terus ping. hakhak. lepas tu masuk profail photo, dan kemudian tambah URL blog pada setting. amboi dah pandai... geledah lah lagi kan dan sekarang, aku mula berkawan dengan blogger luar yang aku kenal dari GB. best... ramai kawan, trafik pun naik.



aku tak nak banyak pun, maintain 200 unique sehari dah kira okay...kan? tapi hari ini biarlah lagi baik dari semalam dan seterusnya...kan?



Notabulan:
terima kasih GB. klik je pada gambar untuk terus ke GB. daftarlah sebagai ahli GB sekarang, pasti tak rugi, kawan!

cik epal private blog?

 cik epal private blog?


siap ada yang cari lagi. dapat blog aku mungkin sebab beberapa entry pasal cik epal kot, begitu juga fatin liyana. selalu sangat masuk dalam keyword aku kalau pasal fatin liyana blgospot.


aku sendiri pun tertanya-tanya. kemanakah hilangnya buah epal kita? kenapakah diprivatekan blognya? apakah dia diancam dan terancam? (hakhak.hiperbola amat soalan). dulu kalau dia update saja, aku mesti akan singgah. ketawa-ketawa baca entry. satu hari satu entry pun dah cukup... tak macam blog cabuk aku ni.



kau orang tahu tak kenapa cik epal privatekan blog? kongsi sikit kalau tahu.....




Notabulan:
belum pernah terfikir nak privatekan blog...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)