Showing posts with label alexa. Show all posts
Showing posts with label alexa. Show all posts

Jul 25, 2010

cik alexa jatuh anak tangga!

laporan kemalangan jatuh anak tangga secara melampau oleh blog soffya cik bulan. wah, memang melampau, diam-diam dah jatuh menjunam. ye, 24.07, blog soffya cik bulan jatuh 1000++ anak tangga (baca gaya penyampai kedudukan anak tangga dalam muzik-muzik ye kawan), dalam ranking blog-blog di Malaysia. manakala, kedudukan dalam kalangan blogger seantero dunia pula jatuh beberapa ratus ribu anak tangga. :]



fuuuhh, kalaulah memang anak tangga tu gaya anak tangga bangunan KLCC tu, mahu semput nak turun naik ni... nasib baik bukan, kan? okay, ini laporan berkala tentang rangking Alexa aku ye..lihat sini...


 18 Mei 2010


4 Julai 2010


8 Julai 2010


dan ini yang paling latest...

 24 Julai 2010



yang lain bezanya berlakunya penurunan kan...tapi satu je beza kali ni iaitu sites linking, berubah iaitu bertambah dari 1 ke 7, apakah itu ertinya kawan? ada sesiapa boleh bagitahu? 


lagi bebelan dan kemengarutan pasal alexa boleh klik pada link yang tersebut...




Notabulan:
Ini bukan kisah cik siti bawa payung...eh.

Jul 7, 2010

blog soffya cik bulan di bawah sejuta | terima kasih cik alexa

 18 Mei 2010


4 Julai 2010


8 Julai 2010


cepat ucap tahniah pada aku... kalau tak aku sentap dan terus menangis guling-guling.hakhak. eh, bukan... ini perkembngan blog aku okay. tiada bersangkutan dengan niat lain... (weh, aku tak malu dengan kedudukan alexa dan PR aku, walaupun aku tahu kau lagi maju.... sebab? tak ada empayar akan terus bertapak megah kalau tak melalui fasa-fasa kebangkitan kan... dan lagi cepat sesuatu empayar tu bangun, lagi cepat ia akan jatuh-belajar teori tamadun empat fasa tu eh)



kawan, lagi tentang alexa di sini :




Notabulan:
Seronok melihat perkembangan blog.. ibarat melihat anak yang baru belajar merangkak dan kemudiannya bertatih...:)

Jul 4, 2010

rangking alexa aku dah menurun lagi...

mula-mula lihat laporan terbaru rangking alexa aku di SINI dan ini adalah rangking pada 18 Mei 2010,  iaitu kali pertama chek alexa yakni sebelum faham benda apakah itu alexa dan sebelum pasang toolbar sendiri. ngee..:D



(besar kan angka? kecewa sangat!)


bila dah pasang toolbar sendiri, mula faham. masa tu sebulan lepaslah lebih kurang. aku ditangga dua juta lebih. aku rasa aku paling teruk, tapi bila aku pasang toolbar alexa, baru aku tahu yang ada berbelas-belas juta blog lagi dalam alam maya ni ha.. lupa, tu kan bilangan seluruh dunia. kalau kita pasang tu, kita akan dapat lihat rangking untuk semua blog yang kita singgah tau.



tapi kalau di Malaysia, aku punya pun masih agak tidak berada pada kedudukan selesa, iaitu 3, 915. tapi tak apa, aku pandang ia dari sudut positif.. untuk terus berusaha dan maju.




bila kau dah berusaha, itu tandanya kau berjaya. eh, ukuran kejayaan bukan bila ia benar-benar berjaya, tapi langkah kau dari tompok dahulu itulah ukurannya. begitu juga budak di sekolah, tidak wajar kalau kita cakap ia bodoh kalau dapat '0' sebab '0' bukan infiniti, masih ada -1, -2 dan seterusnya... betul tak?



kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya, kan? tengok, semalam dah pecah rekod trafik sendiri dan semalam semalam, dapat kunjungan seperti ini.. kan best? ye tak?





dulu...paling tinggi pun ini..hakhak (malunya......)



oii, apa hal gelak-gelak, sengih-sengih, perli aku ye?



cik bulan:


PR masih satu.. entah bila akan berubah ye?google, cakalah bila kamu mahu update?

Jun 11, 2010

alexa | aku tahu aku bukan yang layak nak cakap pasal ni...

Tapi aku nak cakap juga (sambil hentak kaki sampai pecah lantai.he) eh, alexa tu apa sebenarnya... rangking blog kita ye? apa kaitannya dia dengan trafik kita? atau macamana urutan blog mengikut alexa ni? (aku tanya, bukan cakap..he)


baik, aku teringin juga nak beralexa bagai macam kau semua. dah, aku  pergi blog tu cakap pasal Alexa dia, pergi blog sana pun sama. dulu, aku pernah buat entry pasal rangking alexa Ben Ashaari yang dah potong red mummy. yang itu aku cilok laporannya dari blog encik ben sendiri.


then, aku masuk blog bukan kisah bunga dahlia. aku suka baca situ sebab dia selalu tulis pasal rangking Alexa. dia cakap, elok download toolbar dia. jadi, aku buatlah.. dan aku sedikit faham apa gunanya toolbar itu. bila masuk je laman apa-apa, dia akan terus tunjukkan di atas tu kedudukan laman tu dalam Alexa. contohnya, tempat pertama dimiliki oleh encik google kita (eh, kita? ada share ke?hehh), dan kedudukan kedua digondoli oleh siapa lagi kalau bukan abang facebook, tempat kau berbuang masa itu (eh, baik kau buang masa kat blog aku. gerenti, kedudukan aku naik, kan?)


terujanya ialah... (yang ni kau jangan gelak, kalau pun blog kau punya kedudukan yang bagus, okay?) blog aku semakin meningkat kedudukannya. mula-mula aku pasang toolbar ni, aku tengok ia berada pada kedudukan 2 3+++, +++. lepas tu, 2 0+++, +++ dalam masa seminggu ini saja... semalam, jadi lagi 1 99+, +++ dan hari ni aku tengok, 1 93+, +++. walaupun ia berada pada kedudukan 2 juta lebih dan sekarang, pada 1 juta lebih, aku bangga dengan blog aku.


aku pun tak faham, macam mana kedudukan itu berubah sikit demi sikit dalam masa beberapa hari saja... sedangkan unique aku hanyalah dalam lingkungan 40-50 saja minggu ni sebab aku memang tak punya banyak masa. masa banyak, tapi line connection sangat mematahkan kegiatan blogwalking aku. ada pun publish entry, tak boleh letak gamabr, kecuali kesempatan semalam masa keluar ke town sekejap... sempat buat autopost.


Dalam unique hanya 20-30-40-50 dan 80 ni aku menerima tiga BE dari minggu lepas. tadi aku chek, masuk lagi dua BE, jadi lima lah sekarang (dua dah ME). walaupun nilai kecil, tapi inilah pertama kalinya aku dapat BE. sedangkan dulu, unique aku pernah cecah 200 dan biasanya 100 lebih tak pula dapat BE dari encik nuffnang... aneh, kan? apa kriterianya ye?


Alexa ni pula... aku jengah blog yang best gila...yang komen setiap entry sampai 50 orang pun masih pada kedudukan 3 juta lebih. dan ada blog yang biasa-biasa saja pula duduk di 1 juta lebih... dan yang ada followernya ratus-ratus (2 kali ganda blog aku) duduk di kedudukan 5 juta lebih. pelik kan? jadi, apa kriterianya ye untuk penambahbaikan kedudukan di alexa ni? apa kau nak ye cik Alexa? (nama cantik, macam perempuan, kan?)



cik bulan:


bila menulis tak kisah mantap ke tak ni, rangking alexa makin baik...dan dapat pula burfered earning walaupun unique tak tinggi... jadi, apa lagi...tulislah apa sahaja cik bulan oii.....kan? kamu pun sama, tulis sahaja, apa saja.


sentap tengok keyword hari ini... ish, nanti aku buat entry lain. bengang ni...he :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)