Showing posts with label hari terbuka CNI. Show all posts
Showing posts with label hari terbuka CNI. Show all posts

Mar 6, 2011

fitness screening profile. OHH kurus tak semestinya tak berlemak!


ni je outfit hari ni. sebab katanya kena pakai biru, ni je baru biru yang ado... saya belasah aje. tahu tu baju apa, baju budak BM UPSI batch saya. haha, saya begitu gemuk sekali nampaknya berbaju besar =P ohh ye jin tu skinny yang baru beli beberapa hari lepas. tehee :P


tadi, masa kat CNI centre, pia sepatutnya bertugas jadi beautition, buat skin analysis, macam dalam entry ini...ohh ye, hari ni hari terbuka CNI. tapi tak sehavoc hari tu sampai ada UPIN IPIN sebab hari tu, jarang-jarang buat. sekarang, every month insyaAllah, akan ada hari ni. CNI buat every month.


skin analysis hari tu. tapi sekarang, alat dia lagi canggih. kat CNI ada benda tu. yang pia pakai tu, alat pia sendiri. beli dengan duit usaha sendiri, masa masih belajar semester 7 kat UPSI :)


  antara hasil dia. HE HE.----> tekstur kulit yang sangat berminyak
tips nak jaga kulit; KLIK SINI



so tadi sebab tak sibuk, pia ada buat ujian kecergasan. banyak yang dia ukur, sama ada komposisi badan, fungsi organ pengedaran, denyutan nadi, diagram analisa dan kecergasan fizikal. dari hasil ujian tu, kita akan dapat tahu keputusan keseluruhan serta aktiviti yang disyorkan berdasarkan kecergasan kita. baik, pia cerita satu-satu... ini penting, pasal kesihatan. sebab tu nak cerita dengan details.... nak tahu tak?


Komposisi badan (body composition)
okey, untuk tahu keputusan bagi bahagian ni, first kena timbang berat dan ukur tinggi kamu yang pasti. yang tepat. yang jitu. beserta naik satu machine yang membolehkan pengukuran kandungan lemak dalam badan dibuat. so, dari berat dan tinggi, akan dinyatakan BMI kamu. okey, biasa kita diberitahu berapa BMI kita kan? tapi dengan ujian ini, dia akan beritahu sekali berapa berat yang sepatutnya bagi kamu dan ketinggian kamu seiring dengan usia.


baiklah, berat saya ialah 53.1 kg. berat kan? tinggi pulak hanya 158cm. so, sepatutnya pada usia ini tinggi ialah 159.3cm. tapi tinggi boleh naik lagi tak? dah tak kan? so, turunkan berat agar sesuai dengan tinggi itu.berat ideal, yang comel lote, yang molek ialah 49.3kg. wahhhh, lagi 4kg maaa... boleh, boleh. i bet myself. kena turunkan :)


then, lemak yang ditunjukkan pulak memanglah sangat tak sesuai. ohh kak pah cakap, nampak kurussss budak niii.... HA HA. si encik Nin cakap, eh biasalah orang kurus selalu macam ni. (eh kuruhh ke? :P) nampak aje kuruss. tapi dalam banyak lemak....isk, isk. tak elok okehhh. jadi, perlu turunkan sebab lemak cik nin kata macam orang usia 34 tahun, bukan 24 tahun. HA HA. sila gelak. -tahun ni actually dah 25. teHEE



Fungsi organ pengedaran (Fungsi organ pengedaran)
dalam bab ini, ukuran tekanan darah diambil. ternyata, tekanan darah tidak stabil ahh, memang dari dulu pun. biasalah, tidur sekadar 5-6 jam sehari. lepas tu, kurang excercise bagai kan, takkan result nak sama macam orang sihat badan. keputusannya ialah systolic= hypotension, means darah rendah. tapi diastolic okeyyy... so, result kira masih okey iaitu 99/68 mmHg.


degupan jantung jugak sangat normal. alhamdulillah, jantung saya kuat :) 60bpm bacaannya. TETAPI, tetapi ye kawan-kawan, vital capacity (paru-paru) saya sangat lemah. medical checkup needed. OMG. keputusannya, 1950ml, dan bacaan yang standard bagi wanita dewasa ialah 3050 ml. so peratusan vital capasity hanyalah 53.2%, sedangkan normal rangenya ialah over 80%. OMG again!



okeh, setakat 2 bab ni dulu lah ye...  badan penat seharian hari ni. nak sambung kerja sikit lagi...nanti saya cerita lagi untuk bab-bab yang lain. boleh? tapi for sure, memang tak rugi bayar RM20 untuk buat test ni. kalau awak pun rasa nak try buat, bagitahu kita. kita serbu wisma CNI ramai-ramai. nak? kat glenmarie, shah alam aje punnn... =)


tunggu sambungannya, pasti lagi menarik dan buat awak rasa excited...:S


dan pulang dengan gembira... T__T



IKLAN:
JOM JOIN HEARTBEAT! BERBALOI-BALOI. SANGAT CEPAT DAPAT INCOME!
BOLEH JUGA TEMPAH HADIAH MENARIK DI HEARTBEAT!
KLIK LINK KAT BAWAH OKEH :)







Aug 19, 2010

Tips : Menjaga Kesihatan dan Kecantikan Kulit (bahagian I)

 budak yang perasan kulit dia sihat bersama foto sifu dia


Tajuk kau... tak nak alah kan. ala-ala pakar je kan. tak apalah, perkongsian sahaja okay...maka, agar kulit berseri-seri macam buah ceri, ala-ala siti dan tegang bergetah macam pipi Juliza Adzlizan, marilah sama-sama memanfaatkan entry ini... bagi lelaki, baca juga sebab kamu juga punya muka dan kulit. kalau rasa cuak, baca untuk manfaat anak bini nanti...:)


okay, ini hanya perkongsian aku sahaja, tanpa mencampur adukkan dengan mana-mana rujukan, berdasarkan apa yang aku fahami, pelajari dan pengalaman setahun lebih dalam bab-bab kecantikan kulit muka ni.


even muka aku tak secantik angelina jolie, tapi alhamdulillah, kulit aku sihat dan tekstur kulit aku juga tak rosak. jadi, rasanya elok aku kongsikan dengan kalian tentang pemahaman aku tentang bab ini, meskipun aku kadang-kadang sebelum tidur tak cuci muka dulu, tak pakai pelembap selepas penyegar,cuci muka dengan tak mengikuti langkah..hakhak. malas..itu lah alasannya, tetapi sesiapa sahaja yang datang merujuk tika membuat pemeriksaan kulit, aku pasti nyatakan langkah yang sebenar kan?moralnya, jangan ikut aku, tapi dengari nasihatku...:)



Pemakaian pencuci muka sahaja, tanpa penyegar dan pelembap itu salah.

Macam yang kita tahu, kulit muka memerlukan penjagaan yang rapi, bukan hanya sekadar kita cuci-cuci muka sahaja setiap hari tetapi memerlukan pelbagai langkah lain juga, salah satunya pemakaian toner dan pelembap. kadang-kadang sesetengah orang anggap, saya sudah cuci muka jadi, tak perlulah lagi nak itu ini kan. apa nak kisah penyegar dan pelembap tu... macam-macam, cerewet.


Ohh kawan, kalau nak cantik, mesti cerewet. ini bukan ukuran muka kamu cantik tak, tapi KULIT. sekali lagi aku tegaskan, K.U.L.I.T... kulit yang sihat dan lambat tua. itu yang mahu, bukan? banyak yang aku jumpa, datang buat pemeriksaan kulit muka, cakap nak kulit sihat, bukan nak putih...tapi, pakai si itu, ini yang kasi kulit menggelupas dan nipis. hello...itu dah menjejaskan kesihatan kulit kamu okay? jadi, jangan fikir nak putih apa lah, nak lagi gebulah..tapi tak fikir bahan yang kamu pakai itu merosakkan kulit muka.


Nak kulit sihat mesti kena rajin. jadi, jangan hanya tahu cuci muka sahaja tapi tak bagi ia tenang kembali. Ketika kamu cuci muka, PH kulit telah berubah... liang-liang roma juga terbuka. jadi, perlukan penyegar untuk mengembalikan PH yang asal dan menenangkan kulit setelah proses itu. manakala pentingnya pelembap muka adalah untuk membantu menghidrat, melicin dan melindungi kulit daripada kekeringan.


Sebab itulah..ramai orang yang berpori-pori terbuka. seumur hidupnya, ia hanya tahu mencuci muka. alasan? sebab mak dia cantik juga tak pakai apa-apa pun. ohh, betulkan fakta anda. betulkan pemahaman anda. kita bukan lagi di zaman mak-mak kita yang persekitarannya sihat sejahtera, yang makannya segar-segar bukan KFC, MCD, bukan pati ayam knorr, bukan twisties, bukan meggi segera. bukan kawan. jadi, janganlah mengandaikan kondisi perut anda seperti mereka, dan kondisi persekitaran kita sangat selamat.


Jadi, bertindak bijaklah. kembali kepada paras normal dan renungkan kita kini di alaf 21 yang macam-macam ada. pertu kita juga macam-macam sudah disumbat. mahu tak mahu, kita harus mengambil jalan berjaga-jaga, dan lebih tepat lagi, CEREWET. arh, pedulikan cakap-cakap, yang berbunyi.."eleh, tak payahlah jaga sangat...aku tak pakai apapun, okay saja..."


ha, datang sini mari aku periksa tengok tekstur kulit kamu masih okay ke tidak...entah-entah sel-sel kulit mati berkerak di muka, entah-entah lubang sana-sini, dan entah-entah keradangan di mana-mana. sayang, dengar pepatah ini..."mencegah itu lebih baik dari mengubati..." ye tak? jadi, selagi berkesempatan, jaga ye...ohh tiba-tiba terasa insaf sekejap sebab diri sendiri pun kadang-kadang alpa. buat pengetahuan kamu juga, dulu aku pun tak ambil berat sangat pasal ni, tapi bila aku dah tahu macam-macam dan jumpa macam-macam orang, aku terasa insaf sangat dan bersyukurnya ya Rabbi dengan keadaan kulit muka sekarang...


 kenapa tangan? jawapannya di sini.

  
 pemeriksaan kulit muka dengan scanner kulit


 tekstur kulit yang sangat berminyak

  
alhamdulillah, dari dulu lagi, aku tak pernah ada keinginan nak putih ke apa, jadi, aku tak pernah mencuba produk yang ekstrem-ekstrem jadi, tekstur kulit masih baik. apatah lagi, bila aku tahu hal ini, maka aku mula amalkan pemakaian pencuci muka, penyegar dan pelembap dengan teratur walaupun sekarang ala-ala skip-skip juga bila malas...ngeee. jadi kawan-kawan, jangan seksa kulit kamu. bagi ia perawatan yang secukupnya...bukan buat ikut suka-suka hati saja.




Penyegar adalah penenang kulit, bukan pencuci kotoran


ini lagi satu masalah. menjadikan penyegar sebagai pencuci. jadi, apa peranannya pencuci muka? banyak yang kita lihat, ramai dari kita yang akan mencuci muka, kemudian mengambil penyegar dan meletakkan ia pada kapas dan menggahar kata orang timur..lupalah kata orang key el (KL) macam mana...ha, menggosok...ke seluruh muka sekuat hati dengan lahapnya (aku lah tu...dulu.grrrr).adui...sakit kulit dik. kasihan dia. kalau dia boleh cakap, lama dah dia cakap "eh mangkuk, what hal lu gahar-gahar gue like that? apa ingat gue kulit durian ke....??" aha, lebih kurang macam tu lah dia sound kau nanti tapi sebab ia tak boelh bercakap indirectly, makanya kamu kena faham sendiri....


Faham bahawa yang penyegar fungsinya adalah untuk menenangkan kulit jadi bila sebutnya menenang, maka, gunakanlah ia dengan cara yang paling 'cool'. bagaimana nak apply ia pada wajah? senang saja... hanya spray (jika berbotol spray) kalau tidak bagi yang dalam bentuk botol biasa, sapu pada wajah sahaja dan kemudian tepuk sikit-sikit. alah, macam iklan SK II tu...bukannya menjadikan ia sebagai peluntur (clorox) wajah.


Konon-konon...bila dah letak pada kapas muka dan gosok sekuat hati tu..."eh, ada kotoran keluar.banyaknya kotoran..wahh, hebat penyegar ini..."ye, bukan begitu ye kawan-kawan. penyegar adalah penyegar...dan pencucilah peranannya untuk menghilangkan kotoran-kotoran itu. segala make up itu harus dibersihkan oleh pencuci muka dan cucilah muka dengan cara yang betul. bagaimana nak mencuci muka dengan betul, bagaimana nak memakai pelembap, krim (sunblock) dengan betul, itu next entry ye.ni kita cerita pasal pencuci dan penyegar dulu.


Elakkan menggunkan kapas muka untuk pemakaian penyegar sebab kita telah membazir benda tu. yelah, dah kita letak pada kapas, kapas serap lagi, lepas tu yang apply kat muka hanya saki-baki saja. jadi, teruskan apply pada muka. kalau yang spray macam SK-II itu lagi bagus.




Pencuci berPH sesuai untuk muka, pastinya tidak bersabun. jika bersabun, baik ambil sabun badan saja.


Mana yang kita nak? sedap disental ke sedap dipakai ke tak sedap disental tapi bagus untuk kesihatan kulit?wanita...adalah golongan yang selalu dipsiko dengan anggapan-anggapan sedemikian, dan kecenderungan wanita selalu dipergunakan untuk perkara-perkara sebegini. okay, pemahaman kita, kalau pencuci muka banyak buih, sedapnya nak pakai. boleh gosok-gosok seluruh muka dengan ganasnya...kan?kalau kurang buih, macam tak cuci je, tak selesa, tak best. tapi, sejauh mana kebaikan ia untuk kulit?


Sangat tidak bagus ye kawan-kawan...zero. sebab, kalau pencuci muka banyak buih, ia pastinya tinggi PHnya. bukan lagi 5.5 yang macam iklan 5.5 tu..grrrr. sabun badan...tahu berapa PH dia? sekitar 9 hingga 11 tahu? jadi, kalau pencuci muka kita pun berbuih lebih kurang itu juga, agak-agaklah berapa PHnya pencuci muka itu...?


Macam aku...prefer pakai pencuci muka yang dah ada make up remover sekali, maka tidaklah perlu memakai segala mak nenek untuk tugas itu. hanya bila mencuci muka saja, aku dapat melihat kekotoran itu keluar dan wajah pun bersih dan bebas dari sebarang anasir luar. tiada buih, tiada sabun. bila tiada buih, tak perlu pakai air yang banyak, hanya apply sahaja, dan segala anasir pada wajah pun hilang. kulit pun rasa sihat, tiada ketegangan yang tidak menyenangkan itu.


Apa yang aku pakai? tentulah dari produk pilihan, yang 100% selamat dan bebas alkohol, kimia berlebihan, 100% dari sumber semulajadi seperti rumpai air...iaitu produk IRES, keluaran CNI. selamat sangat rasa guna produk ni, meskipun mahal sikit, tapi tak apa, tahan lama dan pastinya, menjamin kesihatan kulit, bukannya kecantikan melampau dalam sekelip mata yang akhirnya memberi kesan buruk bertahun-tahun lamanya....kan?

penjagaan asas untuk kulit muka kering/berminyak sedikit/ kombinasi
(P/s:berminat?nak order boleh PM kat facebook.theee...)

alat make up pun menekankan kesihatan.ekslusif bukan?
(p/s: suka tak, suka tak?order PM kat facebook ya...hakhak)


Sempat lagi selingan tu.grrr...eh, sambil menyelam minum air kan..ye tak? Jadi, fikir-fikirkan. mana satu yang anda mahu...kulit sihat? kulit cantik? kulit sihat dan bertahan? kulit cantik dan rosak? kulit cantik dan sihat? itu semua di tangan anda. apa yang anda pakai, tak ada sesiapa boleh paksa. menyarankan boleh..tapi menyuruh tidak.ye tak? sama juga aku..sehari, kadang-kadang aku jumpa hingga 10 individu yang membuat pemeriksaan kulit, aku hanya menyatakan hal yang benar dan memberi saranan, jika ia tidak mahu, tiada sesiapa boleh memaksanya ye tak?



mendengarlah kamu aku membebel sebakul dua hakhak



aku akan berkongsi lagi kemudian tentang ini. aku senaraikan dulu takut terlupa nanti...
  • apa jenis-jenis kulit dan bagaimana mengenali jenis kulit sendiri
  • bagaimana menjaga kulit mengikut jenis dan masalah yang ada
  • bagaimana memakai pencuci muka, penyegar, pelembap, sunbclock dengan betul
  • masalah-masalah kulit... jerawat, white head, black head, pori-pori terbuka, sel kulit mati tebal
  • pemakanan kesihatan untuk penjagaan kulit 
  • tips-tips penjagaan kulit yang lain..insyaAllah...

aku akan cuba kongsikan mana yang termampu. apapun, kalau aku salah dalam fakta-fakta ini, tegur aku ye dengan cara yang berhemah dan matang. jangan cakap main bedal saja... apa jua pendapat, pandangan dan teguran aku terima okay..kita kongsi-kongsilah. mungkin aku tahu sikit, tapi kamu pun tahu sikit lagi dan pengalaman kamu sendiri lagi banyak...ye tak?


 aku..tak cantik pun..tapi bagi aku, kesihatan kulit itu penting


ohh sebelum aku terlupa, terima kasih sebab rajin datang sini memeriahkan blog meskipun aku tak sempat jenguk blog ini... dan alhamdulillah, BE bertambah lagi. hari tu, aku bilang ada tujuh BE yang sedang berjalan sempena puasa kan, tapi sekarang tiap-tiap hari ada tambah satu dan satu jadi sembilan. ohh syukur sangat...terima kasih tuhan, terima kasih kawan-kawan... terima kasih encik nuffnang :) satu lagi, penerimaan komen ditangguhkan dahulu sebab rasa bersalah pula bila dah approve tapi tak dapat buat blogwalking dan mengomen semula kat blog kamu....sabar ya, dan jangan berkecil hati.please...:) aku sangat hargai komen-komen kalian.itu pasti.


Last, apa-apa hal... nak order barang ke, berminanak jadi ahli CNI ke, nak tanya itu ini ke, nak bagi pendapat apa ke...selain kotak komen bawah ni, bolehlah facebook aku di sini ya...ohh kawan, jangan lupa LIKE pages blogshop aku, soffya eshope jika berminat ya...:)



Notabulan:
Alhamdulillah..rezeki bulan puasa..shawl dah hampir habis dijual dan tunggu untuk direstock. sesungguhnya, percubaan pertama dalam penjualan online ini bukan senang.mula-mula rasa macam putus asa dan tak ada orang hairan, tapi usaha yang kuat dan berterusan, akhirnya menjadi juga... kini, aku dalam proses mengepos barang-barang itu harap aku akan terus bersabar melayan karenah setiap orang...dan menjadi ramah selalu... 


Notabintang:
Tempahan kuih raya juga masih berjalan..dan aku agak tahun ni tak nak buat tarikh tutup. sampai aku masih ada kat tanjung malim ni, sesiapa boleh datang order dan ambil terus. tapi kalau aku dah balik kampung, kirim salamlah ye...

Notatahibintang:
weh, jangan cuak tengok gambar aku asyik baju merah tu..nak buat macam mana, asal pergi CNi mesti pakai merah, jadi itu saja si merah aku ada yop...grrr... 

Aug 8, 2010

trip to genting highlands lagi

muka depan pamplet



tengah


[ada 5 kupon baucar yang diberikan kepada peserta selain breakfast dan lunch]
kebestan trip-trip yang lepas lihat di SINI

Trip to Genting...31 Jan 2010

(salah satu kenangan trip yang lepas)

kawan, hari ni aku bawa lagi satu trip ke Genting Highlands lepas siri pertama yang dihandle dulu. sebelum ni, akak aku selalu buat dan kali ni aku handle sendiri benda ni mengambil alih tugasnya...boleh dikatakan kali ni aku handle lebih kurang 75% seorang diri jadi aku harap misi ni berjaya.


ohh ye, trip ni banyak bagusnya untuk business. banyak contact kau dapat nanti dan masa ni jugalah kau boleh buat orang kenal dan faham tentang business kamu. jangan lupa untuk ambil sepenuh peluang yang ada tika ini dan tawarkan pelbagai keistimewaan untuk peserta trip kamu itu.


ohh blog memang tak bernyawa sangat rasanya. entry yang ada pun entry dalam draft yang aku godek-godek. cuma semalam cuba memberi nafas baru. maka hai hai bai bai lah kepada template lama itu. erm, okay tak template dan suasana baru blog aku ni..kalau rasa tak sedap mata menjamu, tegur-tegurlah ye...:]

semalam (sabtu, 7.8.2010) aku ke kelas Amali I (3 jam) dalam kelas untuk lesen memandu L. ohh payah juga nak dapat lesen L pun kan? tak apa, sabar je lah meskipun 3 jam itu sebenarnya duduk di sana dari jam 9.00 am sampai 3.00 p.m tapi dikiranya 3 jam. mengadu kepada si mangkuk...dijawabnya:


"kalau nak senang, sila ambil lesen kereta lembu, tak pun kereta sorong". cess, memang mangkuk tingkat betul lah mamat ni. tak apa, ada ubi ada pengat, ada hari, aku ingat. cess, cess, cess. :P dipesannya lagi...khamis ni, jangan orang suruh buka bonet, awak buka enjin pulak. hek eleh, nak cakap aku buta kenderaan sangatlah tu.cit poorah....


yang aku ingat hari tu...bila naik kereta ke dengan dia, untuk ke satu destinasi..aku banyaklah tanya itu ini kan. bile jumpa waterfall, aku tanya, bila jumpa jalan baru, aku tanya, bila jumpa tempat cantik, aku tanya...dia pun sound:

"oii, tengoklah sini...nak belajar memandu sangat... ini bila orang drive bukan nak tengok orang drive. sibuk nak tengok kiri kanan, tengok hutan, tegok bukit, tengok pokok, tengok ari terjun. melangak macam datin. lepas tu sibuk tanya, wak itu apa wak? wak ini apa wak? wak pokok itu cantik kan wak?"


aku? gelak tak payah cakaplah.....haiihh, dia kan kalau dia sound aku apa-apa kan memang sebijik kena atas kepala. tak lari langsung tapi nasib baik lah dia tu jenis outspoken yang kelakar. dan dan juga, aku gelak terbahak-bahak, berdekah-dekah tak ingat dunia. cess, baru aku perasan, mangkuk ni perasan aku bagaimana... hakhak. malu pun ada...tapi buat macam tak rasa apa-apa jelah kan?


ha, tadi juga kami sambut parti kejutan hari lahir untuk kakak kesayangan saya...iaitu kak elly. fuhhh, full of romanticlah. abang azrul siap bagi bunga rose merah-merah cantik sungguh! aku terinngatkan sesuatu...tiba-tiba. dan k.elly pula cakap "ohh tengok bunga ini ingat satu tragedi...' hu...ye, tragedi. ahh, lupakan saja ia. kita bergembira okay?makan kek banyak-banyak dan harus kenyang. yang pasti, bergambar memang selalu tak nak kalah, kan?


sebelum lupa, esok ada hari COOL SUNDAY di wisma CNI shah Alam lebih kurang macam hari tu juga. sesiapa yang pergi dan memakai baju merah serta spek amat hitam akan mendapat hadiah msiteri. so, apa tunggu lagi?trip kami pun akan singgah ke sana dulu. hope rombongan akan bergembira dengan trip ini...:D. isnyaAllah...:]



Notabintang:
saya nak pakai baju merah dan spek mata hitam tapi ke genting, saya mahu tukar...huhuhu.boleh tak?

entry ni macam-macam ada kan?hu..1 malaysialah katakan....:P

Jul 7, 2010

krew Upin Ipin marah aku. Sentap.



Pertama-tamanya nak mohon maaf dari encik krew upin dan ipin. saya saja keluarkan statement tu dalam entry ini... saja nak menarik perhatian encik krew kerana kita telah seperti orang asing (macam bukan kawan). Saya saja cakap macam tu, padahal saya tahu benar you a part of UI (cuma tak pasti what is ur real position) dan tahu masa kat FS lagi.



Tapi masa awak menegur saya di FB beberapa hari lepas, saya tidak membalasnya kerana bergegas nak keluar, dan yang paling penting, saya ni jenis tak alert bab berchatting ni. maaf ye encik krew... bila jumpa awak balik di lokasi tersebut, awak tegur dan saya teruja, tapi saya faham mungkin awak sibuk melayan peminat UI. tak apa...tak apa...



Ohh encik krew, masih ingat surat ehem3 kita pada awak masa form 1?hakhak.(jangan gelak wehh...) emm, btw, encik krew terima kasih tolong capture gambar ini... [ye, awak sudah besar.matang.ada janggut. tak macam tingkatan satu...tak macam masa awak couple dengan z..... dulu(hakhak.jangan marah na...)]



rasa comel bila bergambar dengn budak ni.he...

Hari Terbuka CNI IV : Bersama Upin & Ipin

 [gambar istimewa macam ni harus ada]

peace! -eh ni siapa, upin ke ipin ye?



Seronok deme ni duk main-main dengen upin dan ipin. siap dapat hadiah lagi. teringin aku nak serbu sekali, berlakon macam budak darjah dua, boleh tak? eii, geram nak cubit je tengok budak upin ipin tu. weh, tapi aku tak kenal mana pun budak dua orang tu...tak boleh beza (daya pengecaman yang rendah)

 





seronok kan? siapa peminat upin dan ipin, angkat kain! tapi aku tak pasti siapa kartunis Upin dan Ipin, sebab hari tu, ramai krew yang datang, tuan managerlah (tapi mana satu pun aku tak tahu)... maaf, aku ni jakun sikit.ngee...



notabulan:
semalam internet aku tiba-tiba putus tak tahu kenapa... jadi aku tak ada sebarang autopost untuk pagi tadi...

Jul 6, 2010

Hari Terbuka CNI III : Analisis Kulit

Ini adalah tujuan utama aku dijemput ke event ini. mak oii, gila ramai orang. dalam hati berdoa, janganlah ramai sangat datang chek..hakhak (busuk hati), sebab tak lalu ni... bayangkanlah, sampai hari ni suara aku serak lagi.


macam-macam ditanya dan nak lawan suara gelak-gempita mereka yang buat show lagi..adoii. biasanya kami diberi uniform macam doktor tu...kalau macam tu, baru nampak profesional sikit, kan...


"kome, saya beautition, bukan pakar kulit badan. kalau tanya saya pasal kenapa kulit badan anak gatal-gatal, fuhh, itu kena fikir dua kali dan suggestion adalah bukan dari produk muka lah kome, mestilah produk kesihatan. begitu juga kalau gatal di muka... bukan barang kecantikan penyelesaiannya....okay?"


ini gambar original candid oleh kak pah



itu yana... my old friends. ohh lebih tepat, adik yana

akak... kita harus tahu jenis kulit kita. jangan bila produk baru launch je kita pergi beli...


(tekstur kulit tangan adalah tekstur yang paling bagus.
seharusnya, kulit muka kita pun macam itu juga. meh bandingkan, sama ke tak?)


dan ini gambar lakonan...hakhak (itu kawan-kawan saya...)




Sesungguhnya pengalaman semalam memberikan aku lebih keyakinan. Dah lama aku meninggalkan bidan ini, sampai ilmu pun nak berkarat di otak. Scanner kulit tu pun lama dah tak pegang. rindu...rindu akan keyakinan, semangat dan sikap berani aku dulu... ke mana eh, hilang semua tu?


myelly akan dilancarkan kelak... ada sesiapa nak syorkan produk, nak join venture, dialu-alukan...:)



Nota bulan:
Tak mahu malas-malas lagi... akan menjaga kulit sendiri macam dulu...(he. tahu tetapi tidak mengaplikasikan teruk kan?)

covergirl majalah cina

ye, budak hitam kadi cover girl malajah cina. apa kepeliknya...kan? he... tajuk harus perasan dan sedikit hiperbola. tapi unsur paradoks dilihat pada isi, okay? kau jangan gelak. cuma komen je, okay ke tak make up ni...hakhak.


[ini dari kamera fon sendiri, N73]



dan ini...scroll sampai bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan lagi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tak jumpa lagi?sabar!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraaa...

miss saffi chen.hakhak
.
.
.
.




ngee... itu saja gambar yang aku ada dari photoshoot tu. sakan aku gelak. mesti juru make up tu cakap, ini budak banyak hitam. kasi dia putih sikit.. nak bagi putih punya pasa, terus jadi macam cina mata aku dah tengok... hakhak.



nota bulan:
kalau kau perasan, baju dengan makeup macam tu, aku rupa mak harimau pula nampak..eh?ngee...

apalah yang tak kena dengan button like aku tu...kejap tengah tepi..aisshh...

Hari Terbuka CNI II : photoshoot

photoshoot



ni sesi tunjuk bakat terpendam dan sesi berlagak model. poyo je... bergambar kemain banyak, pakai itu ini, gaya itu ini, tapi lepas pilih satu je untuk cuci, kalau nak semua gambar tu add RM100. ala... lupakan sajalah. kalau banyak gambarnya okaylah juga.. ni ada dalam 10 keping je, RM100...



so, ni gambar sempat snap masa k.pah berphotoshoot, tapi lupa nak tutup flash tu jadi macam tu...




dan inilah hasilnya...:) k.pah pilih gambar dengan baju biasa saja.. sebab nampak gemuk katanya gambar dengan baju bulu-bulu tu...


 aku pun nak tayang k.pah punya...



aku punya? ngee... u utnggu enxt entry. takut kamu pengsan tengok aku...macam avatar ada, macam opera cina pun ada...hakhak.



nota bulan :
teringin nak berphotshoot lagi...teringin dimakeover lagi...lain kali nak pilih makeup pelik-pelik. pelik tak apa, jangan jelik, sudah. :)

Hari Terbuka CNI I : make over

Oleh sebab aku dan k.pah serta 5 lagi jemputan sebagai CNI beautition, maka kami dapat free makeover tu yang bernilai RM120. Orang lain yang datang pula dapat buat dengan harga RM60. make up punya make up, (konon bajet lawa), steady je aku duduk situ. tadah muka.



 [sesi makeover]


soalan:


awak nak cukur kening tak?
ohh taknak..


sikit pun taknak.
(geleng)


sini (tunjuk bahagian antara kening), buang sikit..
taknak...(senyum), saya belum kahwin oo...



ohh saya faham.saya ramai customer melayu..

(sengih)



fuhh, nasib. aku memang tak pernah cuit pun kening aku ni walau sehelai, sikit mahupun sedetik.hakhak. dulu masa nak bertunang, orang tu nak buat juga tapi bekas tunang aku cakap 'don't' dan mak aku sendiri pun cakap tak payah lagi.nanti kahwin baru buang sikit... ye, aku nak nampak lain masa hari bersejarah tu je nanti...


soalan lagi:

mata nak warna apa?
emm, ikut suka u lah...


awak suka colour apa? sebab tudung u macam-macam colour pun ada...
(hakhak.memang pun.colourfull okay.) okay, i dah selalu pakai pink and purple, so cuba bagi warna lain sikit (makeover kan..biarlah over.hakhak)


jadi, dia pilih hijau untuk aku.okay saja, sebab tudung pun ada warna tu. make up. pakai bulu mata (cess, macam apa dah... terjulur panjang)


siap. tengok cermin. ohh macam pelik je.rupa AVATAR pun ada dah. emm, layan saja...

[before]
[after]
lepas tu sesi photoshoot pula... bagaimana, next entry ye...:)



nota bulan :
nanti eh tengok aku punya gambar...jangan gelak okay? aku memang jarang make up mata dengan aye shadow, cukuplah guna eyeliner saja, sebab rasa jadi macam sepet mata. ye tak?

Jul 5, 2010

sehingga petang ini, saya tiada sebarang entry.

yes, im back!


1.aku baru pulang dari program semalam open day CNI. program habis jam 6.00 petang tapi oleh sebab rumah k.pah di kelang tiada bekalan internet, maka aku tak sempat buat sebarang autopost. rindunya dengan blog tak payah nak cakap. nasib hari sabtu dah buat siap-siap schedule post untuk ahad. (sekurang-kurangnya boleh jadi pengubat untuk orang yang rindu.wakaka) ada empat tak silap...


2. Semalam, kami sempat pergi i-city. wow, dah dapat tengok depan mata. sebelum ni meleleh air liur tengok gambar orang kat sana kan.. ha, semalam aku buang terbiat lah. bergambar pelik-pelik tapi kualiti gambar tak di tahap yang memuaskan...


3. program open day CNI berjalan lancar..ha, aku diberi peluang buat make over free.hakhak. nanti aku update semua pasal semalam eh?


last nak cakap,
R.I.N.D.U.



cik bulan:
baru nak start baca komen, buat entry dan nak blogwalking ni....

Jul 3, 2010

Laporan hari ini | invitation hari terbuka CNI, skin analisis kulit free & door gift milik anda

jemputan : ahli dan bukan ahli
masa : 4 julai 2010, jam 9.00 am hingga 6.00 pm
pelbagai aktiviti menarik : klik sini

[satu malaysia, satu CNI]
inilah harinya!



hari ini agak berjuang habis-habisan untuk mantain trafik. ye sebab hari ni kan hujung minggu, maka seperti biasalah mana ada orang nak menghadap benda ni sangat.baik pergi lepak-lepak di luar menikmati saat-sat indah bersama teman kan,kecuali aku...menghadap ini sajalah.



tapi esok, aku ada hari terbuka CNI besar-besaran di wisma CNI shah alam, seksyen 17 dan dijemput sebagai beautition di sana. ya Allah, hampir enam bulan aku meninggalkan lapangan ini kerana 'spirit' yang hilang bak kata XPDC, semangat yang hilang (hakhak). jadi, terasa sedikit kekok. namun begitu, aku akan buat yang terbaik sebab tadi dah buat perstudian balik. refresh ingatan tentang beauty ni...segalanya tentang kulit.




jadi sesiapa yang free esok, datanglah beramai-ramai nanti ye? ajak semua ahli keluarga dan rakan-rakan. bagaimana jenis kulit? berminyak, kering atau dihidrasi...atau lain-lain atau cara-cara menjaga kulit, kondisi kulit sama ada dipenuhi bintik-bintik hitam/ putih insyaAllah dapat diketahui bila kau membuat pemeriksaan ni. semua akan nampak. gunung-ganang pada kulit pun nampak besar. parut, calar, garisan halus, penuaan insyaAllah dapat dikesan... dan aku punya jawapan untuk itu.




dengan scanner kulit ini, dan skin analisis yang dibuat, insyaAllah kau akan lebih faham tentang kulit kau serta apa yang perlu/tidak perlu mesti/jangan dibuat pada kulit kau. mungkin juga selama ni kau pakai barang mahal gila, tapi kulit masih tak okay. bukan sebab produk tu yang tak elok tapi kenapa? aku ada jawapannya....insyaAllah...




jadi, datanglah beramai-ramai. selain skin analisis, ada juga pemeriksaan kesihatan yang boleh kau tahu kondisi badan kau, berapa banyak lemak kau pun boleh tahu dan bagaimana nak jaga kesihatan dengan betul, insyaAllah kau akan tahu dan faham...




lain-lain aktiviti, KLIK SINI. banyak yang akan kau dapat, okay? jom sama-sama memeriahkan hari terbuka ini...:)




cik bulan:
sesiapa datang di sini dan jumpa aku, aku akan berikan baucar rebat untuk pembelian barangan dengan myelly nanti...saja je... nak bagi kau orang meriah sikit nak pergi kan..



[suka tak? hebah-hebahkn eh...]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)