Mar 6, 2011

fitness screening profile. OHH kurus tak semestinya tak berlemak!


ni je outfit hari ni. sebab katanya kena pakai biru, ni je baru biru yang ado... saya belasah aje. tahu tu baju apa, baju budak BM UPSI batch saya. haha, saya begitu gemuk sekali nampaknya berbaju besar =P ohh ye jin tu skinny yang baru beli beberapa hari lepas. tehee :P


tadi, masa kat CNI centre, pia sepatutnya bertugas jadi beautition, buat skin analysis, macam dalam entry ini...ohh ye, hari ni hari terbuka CNI. tapi tak sehavoc hari tu sampai ada UPIN IPIN sebab hari tu, jarang-jarang buat. sekarang, every month insyaAllah, akan ada hari ni. CNI buat every month.


skin analysis hari tu. tapi sekarang, alat dia lagi canggih. kat CNI ada benda tu. yang pia pakai tu, alat pia sendiri. beli dengan duit usaha sendiri, masa masih belajar semester 7 kat UPSI :)


  antara hasil dia. HE HE.----> tekstur kulit yang sangat berminyak
tips nak jaga kulit; KLIK SINI



so tadi sebab tak sibuk, pia ada buat ujian kecergasan. banyak yang dia ukur, sama ada komposisi badan, fungsi organ pengedaran, denyutan nadi, diagram analisa dan kecergasan fizikal. dari hasil ujian tu, kita akan dapat tahu keputusan keseluruhan serta aktiviti yang disyorkan berdasarkan kecergasan kita. baik, pia cerita satu-satu... ini penting, pasal kesihatan. sebab tu nak cerita dengan details.... nak tahu tak?


Komposisi badan (body composition)
okey, untuk tahu keputusan bagi bahagian ni, first kena timbang berat dan ukur tinggi kamu yang pasti. yang tepat. yang jitu. beserta naik satu machine yang membolehkan pengukuran kandungan lemak dalam badan dibuat. so, dari berat dan tinggi, akan dinyatakan BMI kamu. okey, biasa kita diberitahu berapa BMI kita kan? tapi dengan ujian ini, dia akan beritahu sekali berapa berat yang sepatutnya bagi kamu dan ketinggian kamu seiring dengan usia.


baiklah, berat saya ialah 53.1 kg. berat kan? tinggi pulak hanya 158cm. so, sepatutnya pada usia ini tinggi ialah 159.3cm. tapi tinggi boleh naik lagi tak? dah tak kan? so, turunkan berat agar sesuai dengan tinggi itu.berat ideal, yang comel lote, yang molek ialah 49.3kg. wahhhh, lagi 4kg maaa... boleh, boleh. i bet myself. kena turunkan :)


then, lemak yang ditunjukkan pulak memanglah sangat tak sesuai. ohh kak pah cakap, nampak kurussss budak niii.... HA HA. si encik Nin cakap, eh biasalah orang kurus selalu macam ni. (eh kuruhh ke? :P) nampak aje kuruss. tapi dalam banyak lemak....isk, isk. tak elok okehhh. jadi, perlu turunkan sebab lemak cik nin kata macam orang usia 34 tahun, bukan 24 tahun. HA HA. sila gelak. -tahun ni actually dah 25. teHEE



Fungsi organ pengedaran (Fungsi organ pengedaran)
dalam bab ini, ukuran tekanan darah diambil. ternyata, tekanan darah tidak stabil ahh, memang dari dulu pun. biasalah, tidur sekadar 5-6 jam sehari. lepas tu, kurang excercise bagai kan, takkan result nak sama macam orang sihat badan. keputusannya ialah systolic= hypotension, means darah rendah. tapi diastolic okeyyy... so, result kira masih okey iaitu 99/68 mmHg.


degupan jantung jugak sangat normal. alhamdulillah, jantung saya kuat :) 60bpm bacaannya. TETAPI, tetapi ye kawan-kawan, vital capacity (paru-paru) saya sangat lemah. medical checkup needed. OMG. keputusannya, 1950ml, dan bacaan yang standard bagi wanita dewasa ialah 3050 ml. so peratusan vital capasity hanyalah 53.2%, sedangkan normal rangenya ialah over 80%. OMG again!



okeh, setakat 2 bab ni dulu lah ye...  badan penat seharian hari ni. nak sambung kerja sikit lagi...nanti saya cerita lagi untuk bab-bab yang lain. boleh? tapi for sure, memang tak rugi bayar RM20 untuk buat test ni. kalau awak pun rasa nak try buat, bagitahu kita. kita serbu wisma CNI ramai-ramai. nak? kat glenmarie, shah alam aje punnn... =)


tunggu sambungannya, pasti lagi menarik dan buat awak rasa excited...:S


dan pulang dengan gembira... T__T



IKLAN:
JOM JOIN HEARTBEAT! BERBALOI-BALOI. SANGAT CEPAT DAPAT INCOME!
BOLEH JUGA TEMPAH HADIAH MENARIK DI HEARTBEAT!
KLIK LINK KAT BAWAH OKEH :)







2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nak serbu same la yong...
hehehe...

Sheherazade said...

a very2 gud info

nak buat tiap bule?ciayok2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)