Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Jul 29, 2011

Bersangka baiklah wahai HATI-HATI kamu semua... boleh?

Ada mamat yang baik hati selalu hantar mesej baik-baik atau mesej nasihat kat facebook aku tu. aku terima baik mesej-mesej tu. even aku tahu, kadang-kadang mesej tu 'mesej tuju-tuju' berdasarkan post kat blog atau kat wall FB.. (eleh, mentang ah tulis pasal bersangka baik, pastu cakap ah terima baik. wakaka).... banyak sangat sebenarnya. ada aku dah kongsikan, ada yang belum terkongsi.


ah, biasa lah manusia. kalau yang baik tu, selalu sangat dilambatkan. sama ah jugak bab solat ye dak...? kalau tak lagi hujung waktu, tak rajin nak bangun pergi ambik sembahyang. (tuju kat diri sendiri jugak..:P)


sama jugak lah dengan ganti puasa, dah last-last ni sebok nak berganti ha. barulah orang duk jamuan, post luck bagai, awak tengok sambil nangis dalam hati. ahh padan muka, rasakan :P (tuju semua jari kat diri sendiri...wakakaka. esok sehari lagi nak puasa yop. lepas tu rasa nak lempang laju-laju muka diri sendiri. apesal lupa ada lagi balance tak ganti puasa hari tu...???wawawawa)


Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya.

Renung-renungkan ye...-____=


ngedate semalam. sebab bersangka baiklah ni, dari dunia fs, blogging, fb.... ke alam nyata :)


peri pia.... http://pia-pinkylita.blogspot.com/
nama sama, ece cehh :P
ngedate yang entah ke berapa kalinya...:)

Oct 12, 2010

isteri pertama dari isteri-isteri kamu... hargailah...:)

kalau membaca, lalu tersentuh itu biasa, kalau membaca lalu terinsaf, itu lebih dari biasa dan kalau membaca ini terus berubah, itu memang luar biasa. menjadi yang luar biasa itu banyak bezanya dari yang biasa.

lalu ku persembahkan pembacaan ini supaya selain menjadi geng merepek cik bulan, sekali-sekala kita berbicara dari rohani ke rohani? semua bacaan di bawah ini disalin sebulatnya dari mukabuku seorang kawan. terima kasih... dan silalah membaca ye... ;)



"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

---------------------------------------------------------------


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...


2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...


3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...




Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.


Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...


Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.


Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.




Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.


(kredit to arxar nadhirah)

selingan:
shawl clips ni cantik, kalau nak, sila singgah soffya eshope!
harga pun sangat murah dari blog-blog lain tau... rugi tak beli. beli banyak lagi murah.
SMS 017-9212631 untuk wholasale atau beli banyak-banyak :)
sure harga murah gila-gila!





macam adik pia pakai. tapi yang dia pakai yang pattern dulu. sekarang, pattern lagi cantik!


singgah sini, jom!


pesan tahibulan:
cukuplah jangan sekadar membaca..;)

Oct 2, 2010

Sharing | terutama untuk yang bergelar isteri...

selingan:
sila tengok SALE kat blogshop teman ye kawan-kawan. jangan lupa follow... 
sebab ada diskaun 10% utk para pengfollow...;)


inilah antara shawl yang still available...cantik kan?

 .
.
.
.


isi penting
(eceh, gaya tulis karangan da...)

Salam. 
atas dasar rasa ingin menyebarkan dan berkongsi sedikit pembacaan, saya nak kongsikan ini dengan anda semua. yang dah baca, semoga sudah terbuka jiwa. yang belum membaca, sila baca dan jangan skip walau satu ayat. sebab ini bukan perkongsian suka-suka, tapi ini perkongsian untuk saling mengingatkan...

copy paste bulat-bulat dari seorang hamba di mukabuku. mari kita sama-sama ambil iktibar.


Kisah Benar : Wasiat Buat Isteri Tersayang

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buat semua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin nanti, kisah nie biarlah tersemat di dalam jiwa.

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah, telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah :



1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan>20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.

3. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

4. Wang tunainya di bank persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.

5. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

6. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima, manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat. Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

She should be thankful...she got the forgiveness from her husband.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


pesan tahibintang:
macam mana, sudah terbuka pintu hati...?? ohh ini bukan hanya untuk wanita yang bergelar isteri dan bakal isteri, tetapi untuk kamu juga wahai lelaki. dengan moralnya di sini, jangan terlalu tamak harta, kelak memakan diri sendiri nauzubillah!

Aug 4, 2010

bukan boneka

ini bukan cerita novel. ini juga bukan drama TV, bukan juga sinetron jam 2.00 petang, mahupun cerekarama yang selalu bisa membuatkan kau menangis. ini watak hidup, bukan boneka ciptaan manusia. ini kisah aku. kisah aku, sekali lagi aku tekankan, ini adalah kisah aku. seorang manusia hidup.


bagaimana kisah itu? bagaimana ia bisa membuat kau tersentuh dan menitiskan air mata laju-laju, itu akan aku ceritakan kemudian, tapi yang harus aku tekankan, ini kisah hidup kita, kisah di mana walau sebanyak mana pun kau berusaha, ada satu masa kau terlepas pandang sesuatu itu, hingga akhirnya ia menjerat diri kau sendiri dan membawa kau dalam kesusahan.


namun, walau apapun yang berlaku... percayalah, susah senang hidup dan perjalanan ini, hanya kita saja yang tahu. orang boleh berkata macam-macam, boleh menuding satu jari ke arah kau, kepada kesilapan kau, tapi yang tahu perit jerih suka duka hidup kau, hanya kau, kamu, anda, awak. ye.


apapun, ia dah berakhir..alhamdulillah... alhamdulillah, alhamdulillah... doakan aku berjaya esok...berjaya menjawab dan memberikan jawapan yang terbaik. sungguh, untuk apa yang berlaku ini, ku rasa tidak sia-sia aku diuji...sungguh tidak.


satu ingin aku pesan padamu kawan, hidup ini ada pasang surutnya. ada atas bawahnya. ada di puncak ada di kakinya tapi jangan cepat putus asa..jangan... kalau kau diuji anggap selepas ini ada manisnya dan kiranya tiba kemanisan, harus beringat, mungkin sekejap saja lagi ada tangisan. percaya itu.


jangan biarkan kesusahan menjadi kesedihan yang melarat-larat hingga mendatangkan putus asa kepada tuhan...
jangan biarkan pula kegembiraan meruap-ruap hingga mendatangkana lupa pada nikmat tuhan...



Notabulan:
mahu tidur awal. sedikit penat kerana banyak urusan dan berperang tangisan...
maaf tiada blogwalking...tiada pengomeman dan tiada penerimaan komen...
membaca adalah digalakkan..tapi mengharapkan pembalasan harus dijauhkan...
tapi bila tiba masa bila seru memanggil aku pasti datang membalas kunjungan...insyaAllah..

Jul 31, 2010

renungan | sekali-sekala, muhasabah diri

 memohon ampun..itu yang terbaik..;]

Adakah kita orang yang lupa, lupa nikmat dari-Nya hingga lupa untuk bersyukur? bacakan ini..semoga menginsafi diri... ohh mungkin itu hanya kisah sang suami yang tidak menghargai, tapi sebenarnya, jika direnungi, ia lebih dari itu..moga sama-sama menjadi pedoman kawan :]

********

TAJUK :DIARI SEORANG ISTERI...

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari.

Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. 
Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati. Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. 
"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. 
Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. 
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. 
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... 
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. 
Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...
YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

[Dipetik dan dibahsuaikan daripada Facebook cikgu Kamal]
*********
sob sob sob..sedih baca ni...memang menyayat hati tak pasal-pasal malam ni ada cerekarama free. kawan-kawan, hargailah sesuatu itu sementara ia masih ada...kalau nak lagi renungan, baca cerpen ini, PULANGKAN. lagi sedih dari ini.. tapi aku rasa lebih logik cerita pulangkan ni. kenapa, baca sendiri... semoga sama-sama menginsafi :)



Notabulan:
Iya..bila dah tak ada, jangan ditanya lagi, ia dimana? kan...?

Notatahibintang:
Sebab tu takut sangat dapat kekasih panas baran... lelaki, awak kan pemimpin, mana boleh terburu nafsu, ye tak?

Jul 14, 2010

"kenapa awak tak rogol saya?" tanya si perempuan kepada si lelaki

Oleh  Hilmi Halim


Kisah benar ini  berlaku di US.
 
Tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.  Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan  ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia  mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang  agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak  gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan  bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih  Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan  tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah  memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan  agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik  lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke  rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang  perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong  yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.  Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat  aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia  mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,  tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu  sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol  tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat  lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to  me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa  tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw  two young man walking with you. One on your right side and the other one was by  your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak,  awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan  awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah  awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni  rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai  hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia  pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi  pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas  yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah  malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan  diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat  tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang  siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan  memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr  r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan  ku...semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang  bermanfat...sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari  kejahatan syaitan yang direjam…….

Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...



(dipetik dari blog suraiza : [tazkirah] kenapa tak r*g*l saya)


*****************************************

kenapa aku petik entry ni? sebab aku berkenan dengan kelebihan ayat kursi tu yang aku sendiri benar-benar merasakannya...ye, kita semua sedia maklum yang ayat kursi ni memang banyak kelebihannya tapi aku nak cerita kisah-kisah yang berkaitan dengan diri aku sendiri, makhluk-Nya yang lemah lagi hina...



cerita di mana bila aku sendirian di stesen bas tanjung malim jam empat pagi tanpa sebarang makhluk pun, tanpa sebarang alat komunikasi pun... cerita di mana aku menaiki kereta dengan seorang lelaki warga India tanpa sebarang senjata pun....


nak tahu ceritanya? next entry...coming soon...(hakhak. suprise lah konon. bukanlah, sebab entry ni dah panjang sangat, nanti kau pengsan nak baca)



Notabulan:
Bacalah ayat kursi saat kau blur doa apa nak baca time tu....baca je ayat kursi okay...(jangan ayat kursi pun lupa, sudah...)


Apr 29, 2010

janji | bagi kamu besar atau kecil?

apa perasan kamu, bila yang berjanji memungkiri janji?dan apa perasaan kamu bila kamu pula yang tidak menepati janji?hehh, bagi saya ia persoalan besar.apa yang akan kamu buat bila kamu tidak dapat memenuhi janji?apa pula kamu akan buat bila seseorang tidak berpegang pada janji?




ohhh, lupakan, jika kamu ingat entry ini soal cinta semata-mata.tak.sebab, persoalan janji itu besar.kenapa orang suka memungkiri janji ek?ehh, saya tak cakap saya perfect sampai boleh memenuhi semua janji yang saya buat, tapi, saya ingin katakan, saya sakit bila dimungkiri sebab itu bila saya berjanji saya akan buat, usaha penuhi janji-janji itu sebab saya tahu perasaannya bila orang tidak menepati janjinya dengan saya.



kecewa kan.jadi, jika tak dapat penuhi..cuba jernihkan keadaan itu.insyaAllah, orang lain akan memahami, kan?tapi jangan sesekali lari...semakin kamu lari, semakin ia akan emngejar kamu.contohnya, kalau kamu janji nak bayar duit orang hari ini, usaha untuk penuhi.dan jika tak dapat, hadapi dia.jangan lari dan buat dia macam orang bodoh.




jadi nak saya pesan, fikir dulu sebelum berjanji.ada orang yang nak pinjam duit, walaweehhh ayat kemain manis, canggih manggih, nak bayar esok konon sebab takut orang tak bagi pinjam kan kalau cakap minggu depan, tapi bila tiba hari kejadian, macam-macam alasan atau offkan phone.hehh.bengong.tak pakai otak.dah lah yang bagi pinjam duit pun nak pakai duit, nak bagi adik pakailah, mak pakailah, tapi kasihan dengan kawan, bagi dulu.tapi kawan pula lahabau, mungkiri janji.




so, jangan berjanji.itu lebih baik.jika masa kamu nak pinjam duit, rasa tak boleh komimen nak bayar bila, jangan berjanji.atas tuan badan lah nak bagi ke tak kan?tapi...boleh ke kita semua berkelakuan begitu?saya lah kan....saya akan berjanji hari apa nak bagi balik tu lepas fikir betul-betul bila dapat bagi, tapi kalau dia tak boleh tunggu sampai hati yang saya janjikan, dan tak nak bagi, tak payahlah.jangan menipu okay?kasihan juga pada orang....



bagi saya, janji itu penting...sangat PENTING.tapi ramai orang yang meringan-ringankan hal janji, kan?ingat, dalam Islam ada cakap, janji itu berat.memungkiri janji pula, adalah sifat-sifat orang munafik....nauzubillah...



p/s:fikir dan buat yang terbaik untuk menghadapi segala kemungkinan dan dugaan dalam hidup..okay?



p/s/s:jangan cepat marah....berikan peluang untuk orang lain juga bernafas....memberi dia peluang untuk bercakap dan menerangkan keadaan.insyaAllah, segalanya akan kembali baik...:)

Apr 1, 2010

setelah beberapa tahun tak kena.hari ini ku kena lagi.

.ehsan dari pakcik google.




april fool.hari bodoh.kamu tahu dari siapa, dari muridku sendiri.wah wah wah..dipekenakan kita.citt!!nasib baik anginku baik...ku tak kisah.ye, hari ni sahaja.tengoklah esok, mungkin kembali mengganas seperti biasa.okay?





ini, fakta April fool ku cilok di sini.


Fun facts about April Fool’s Day

2010/04/01


Also known as All Fools’ Day.

In some countries such as the United Kingdom, Australia and South Africa, the jokes only last until noon, and someone who plays a trick after noon is called an April Fool. Ancient cultures including the Romans and the Hindus celebrated New Year’s Day on April 1. April Fool is known as “Poisson d’Avril” in France.

Translated the word means “April Fish”.

Children will paste pictures of fish onto the back of their friends and shout “Poisson d’Avril”.

April 1 is Iran’s National Day.

Many still think it’s a joke. The most pranks played are through computers.






p/s:tinggal-tinggalkanlah hari bodoh itu....usah disambut lagi.kita Muslim, okay?


p/s/s;usah perbodohkan orang.nanti kmu pula yang dibodohkan...bak kata "labu...labu..hari ini hari engkau, hari esok..hari aku pulak...hehhh"

Mar 31, 2010

.tepuk dada, tanya hati.

Ku ingin berkongsi ini sekali lagi....



Kadang-kadang apabila halusinasi menguasai fikiran kita, kita tak sedar bahawa kita tak lagi di dunia nyata.kita mula berfikir, berkehendak dan berperasaan sesuka hati kita, yang adakalanya melebihi kudrat dan capaian akal.Pelbagai persoalan timbul tentang hakikat diri dan kita mula mencari-cari…



tapi sebagimana yang dikatakan oleh Saidina umar AL-khattab…



"TAKKAN KAMU BERPERASAAN GUNDAH WALAU SEKALI,
JIKA KAMU TAHU APA YANG DI CARI…”




jadi apa yangg ANDA cari??


Tepuk dada, tanya hati...



dan sekiranya kamu tahu apa yang kamu cari, pasti kamu tidak akan bergundah hati…



p/s:dipetik dan diubahsuaikan dari entry lama saya.huhu...masa tu rasanya tak ada sesiapa yang baca, sebab ia adalah entry terawal tahun 2008.ilmu yang sedikit harus dikongsi, kan?


p/s/s:apa yang kamu cari dalam hidupmu, sahabat??



p/s/s/s:sekejap lagi, jika diizinkan tuhan, saya bakal berdating dengan peri pia.second time, tapi without her husband.ececehh....kasi pecahlahh!!



wif peri pia..first date.hehe





Mar 24, 2010

jauh perjalanan kan, luas pengalaman?

20Mac2010 (sabtu)


....budak baru terkejut dari mimpi tidur dalam bas.hehh....




balik dari kemaman ke KL hari tu seorang diri.itu perkara biasa untuk saya.cumanya....bila dah sampai ke Kl, terasa pelik pula.owh, saya seorang.patut la pelik...(apa ke hel la minah ni.baru bangu tidur ke apa?jangan tak tahu, separuh mati tidur dalam bas wehh) apapun, seperti biasa masih sempat ke jalan TAR (ye, memori tempat budak hilang beg duit dan handset.he..malu.malu). itulah saya.kadang-kadang jalan sorang-sorang bisa membahagikan..(T_)T).ke jalan TAR biasalah, komang-komang pun sempat juga beli selendang sehelai dua.murah je jenab oii...hehe



...selendang murah itu, 2=RM15....



kemudiannya saya ke kota raya, belakang sikit dari mc'd tu.tahu kan?apa lagi, menunggu bas 41 atau 57 (hurm, encik mangkuk di sungai buloh tak sempat rushing menjemput saya...tapi tak pelah, bukan tak biasa berdikari, kan?).kalau dapat 41, mahu hangit nak sampai rumah ni. tahu tak, saya sorang-sorang berdiri di bahu jalan, menunggu bas tak kunjung tiba.apasal payah sangat bas ni, mogok ke apa?



masih sempat merakam situasi...merakam aksi...




hampir sejam juga saya menunggu.tibalah kelibat bas yang dinanti.wau, 57.macam budak nampak aiskrim, berlari-lari anak saya kejar bas tu.hoho...dan saya lihat sesuatu.sekali lagi.dan itulah yang selalu saya perhatikan bila naik bas runcit-runcit ni (saya panggil bas runcit-runcit, anda?)saya tak sampai hati...ye, selalu begitu.dan ramai yang pernah marahkan saya sebab rasa itu.pelik, kan?


...lihat pakcik konduktor bas ini.gigih kan?....




pakcik:"kl central, sri gombak, chowkit, sogo, sentul!!!"
(banyak kali jerit...melihat-lihat dan jerit lagi.mengharap)




tak boleh...memang tak boleh.saya tak boleh lihat orang bekerja penat-penat.apatah lagi, terjerit-jerit mencari pelanggan macam tu.dari seorang ke seorang.saya selalu berdoa, jangan orang terdekat dengan saya bekerja begitu.biar saya tak nampak, jika ada pun. tak tahu kenapa saya kesian.dulu ex-fiancee saya pernah marah, bila saya kesian dengan budak-budak yang kerja kat puduraya jual tiket, cari orang situ sini berebut pelanggan.menyapa siapa-siapa saja tanpa segan.nak-nak yang bekerja itu gadis-gadis, ataupun juga ibu-ibu.saya kesian...tak boleh tengok.kata dia, entah-entah duit yang dai dapat lagi bagus dari orang yang kerja ofis.hu....




tak.buka itu persoalan bagi saya.bukan saya kata kerja tu low class ke apa, tapi maksud saya...saya kesian bila saya yang melihat sendiri cahaya pengharapan pada wajah mereka.nak-nak jika mereka datang kepada saya.tu saja...berapa yang mereka dapat, itu saya tak peduli.cuma yang saya tahu...setiap hari hidup mereka pasti penuh pengharapan.ye, serupa dengan kita ada pengharapannya tetapi pengharapan itu pastinya berbeza...




itulah, makin jauh perjalanan makin luas pengalaman.dan bila lihat dengan mata kepala sendiri, pasti kau akan lebih mengerti, kan?






p/s:benar kata orang, makin banyak yang kau tahu, makin banyak yang kaut idak tahu sebenarnya...percayalah!


p/s/s:saya sebenarnya agak risau di situ seorang diri kat kota raya tu.walaupun orang ramai sibuk ke sana ke mari...jadi, saya pun buat-buat sibuk mengambil gambar..he



Mar 13, 2010

hidup adalah untuk menyintai dan melayani....;)

juga kata-kata mahaguru Gan Ah Seng,sekadar mutiara kata hari ini...



iya betul tu...sejauh mana kau bersetuju, sebenarnya sejauh itulah kau benar-benar bersedia untuk mencintai dan melayani...



update terakhir....


(sebab rasa kalau kat rumah tak sempat update blog kot.nak melayan itu ini.nak menjaga emak.nak menengok atok, makcik-makcik,akak-akak...he...nak merempit, merewang.hoho..nak melepak.nak mengumpat bergosip.nak berbisness....macam-macam nak buat kalau kat kampung.macam YB pulak aku ye, soffya?macam dikutuk kata oleh BFF,mr syawadi...he)



kenapa pulang ke kampung?

sebab...hari ini cuti sekolah telah bermula.satu minggu.seperti budak-budak sekolah yang melompat tak ingat bila cuti sekolah tu, itulah juga kami cikgu-cikgi ni.huu....senyum tak habis masing-masing bila dapat balik kampung.awal-awal lagi dah booked ticket dan packing barang siap-siap (tu cikgu mila lah tau...). yelah flight takut terlepas...flight utama express aje sebenarnya. berlepas dari airport puduraya.hu...tiket...RM26.20 ke kemaman, terengganu (tolong bayarkan, boleh?)




saya, lusa baru balik.esok saya ada program di puchong boulavard @ otak-otak place bersama usahawan-usahawan lain.mungkin jadi beautition atau membantu kak pah apa yang patut...(tapi lama dah tak memegang scanner muka tu.huuu...kekok dah rasa sejak duk releks memanjang ni). sesiapa yang free, silalah datang ye.jemputan untuk semua. boleh chek kesihatan dan chek kulit sekali dan macam2 program lagi.yang penting, FREE!!yuhuu......




kepada semua cikgu-cikgu praktikum, balik kampung jaga diri.jangan nakal-nakal terlbih.karang terpanjat pokok kelapa dan terjatuh, kene terrepeat praktikum tak pasal-pasal. jadi, iangatlah orang yang tersayang...hidup mesti pakai otak, jangan sesekali terburu nafsu ye, sayang? (saya selalu cakap kat encik M macam ni. drive elok-elok...pakai otak, jangan terburu nafsu, kasar kan? haha)




p/s: psst...psstt...pernah tak rasa penat untuk menyintai dan melayani?


p/s/s:tanya sikit, apa yang kamu akan cakap, bila ex BF kamu kata "awak jangan marah ye kalau saya cakap, kenapa saya tengok awak tak comel macam dulu...??

Mar 12, 2010

masa bekerja, bekerja dengan bersungguh-sungguh.masa bermain, bermainlah dengan sepenuh hati.

bebelan beliau kadang-kadang sama dengan bebelan seorang guru. ye, mahaguru Gan Ah Seng. bagi beliau, itu satu prinsip dan saya mesti faham itu.(sebab saya fahamlah, saya masih stay.jika tidak...)



kata guru;

"bila bekerja, bekerja dengan sesungguh-sungguhnya,
bila bermain, bermainlah dengan sepenuh hati,
bila tidur, tidur dengan selena-lenanya,
dan bila makan, nikmatilah makanan itu..."




faham kata-kata ini?ye....sesuatu itu lakukanlah dengan bersungguh-sungguh.betul-betul.apa sahaja, walaupun hanya persoalan makan atau bermain.



kata guru lagi,

kenapa ada orang yang malamnya tidak lena tidur?ye...ia kerana masa dia bekerja dia tidak membuat kerja itu dengan bersungguh-sungguh.kerana itu, ketika tidur pun masih memikirkan. asyik terfikirkan akan hal-hal yang belum selesai.hati tidak tenang....lalu tidur pun tidak nyaman.




kenapa pula ada orang yang tertidur ketika bekerja dan selalu tidak siap kerjanya?ye..ia kerana malamnya tidak tidur lena, lalu langsung tidak dapat bekerja dengan baik. tidak dapat fokus.kurang tidur, langsung mengantuk. lalu, tidak siap kerja.akhirnya...malam pula tidak dapat tidur lena kerana asyik memikirkan perihal yang belum selesai...



dapat lihat pusingan itu?



begitu juga ketika kita makan....nikmatilah.jangan makan seperti lembu...meragut saja.begitu juga ketika bermain.main....main.mainlah sepenuh hati.keluarkan seluruh tenaga dan perasaan.tendanglah bola sekuat hati.jangan tendang macam orang yang nak mati.boleh?macam budak-budak bermain, macam mana?pasti terlihat kesungguhan itu....




atas prinsip itu...encik jamil saya, beliau jika bekerja, akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. owh, tak silap PERMANIS menggajikan beliau sebagai ceti halal @ cik siti.hu...amanah katanya. saya cakap, bolehlah daftar dengan ASB lepas ni.dia cakap, kurang asam budak ni...hoho.memang pattern kalau bekerja memang tak ingat apa dah. kalau lepak, memang lepak memanjang, tak fikir fasal kerja dah.


"saya, kalau saya kerja..nak kerja je.ingat kerja je.yang saya tahu saya nak settle kerja saya. saya tak suka nak campur-aduk itu-ini.tapi, bila saya lepak, saya nak lepak je memanjang...tak nak fikir apa dah."




disebabkan itu, saya pernah bengang sebab dia tak mahu melayani SMS saya.saya faham sebenarnya dan saya juga tak suka menganggu orang bekerja. tapi kadang-kadang naik hot sebab langsung sunyi sepi.tapi dia menegaskan, dia memang begitu...owh, encik jamil saya masih muda belia, SMS itu sangat penting, makanan kmai budak 16 tahun. kurang asam, budak ni...kau nak kata aku tualah?he...die gelak.saya pun.



tapi...sejenak termenung, saya sedar...ye, prinsip itu sangat benar dan tepat.okay encik jamil, mulai minggu lepas, saya akan ikut cakap kamu.dan kamu, jangan nak eksyen bagai sangat, okay.boleh?




p/s:itu prinsip hidup...moga akan menjadi teladan buat semua....

p/s/s:satu masa ingin berkongsi profil sebenar encik mangkuk a.k.a encik jamil ini...

Feb 23, 2010

Tanah, Air, Angin & Api

Tanah, air, api dan angin. itu elemen yang terlalu rapat dengan dunia kita bukan?? ia 4 elemen yang sering disamakan dengan sifat manusia kerana sangat berkait dgn hakikat ciptaan manusia itu sendiri...betul tak? lalu, keempat2 petala tersebut digunapakai utk menterjemahkan sifat-sifat diri manusia supaya kita ada landasan utk lebih mengenali sifat diri kita. penting untuk mengenali diri kita....iaitu hakikat diri. sehinggakan pada pandangan aliran hakikat (yang pernah diucapakan oleh seorang kawan ye), "kenali dirimu....baru kau dapat mengenali tuhanmu.". Jadi sangat penting untuk kita mengenali hakikat ciptaan diri kita.




tidak pula dikatakn ia 100% betul, tetapi sangat boleh diterima akal jika dilakukan kajian sewajarnya, dikaitkan pula dengan tarikh kelahiran seperti yg pernah diutarakan oleh pakar motivasi dato' Fadzilah Kamsah.



Malahan, kajian tentang perkaitan 4 elemen tersebut dengan sifat manusia juga banyak dilakukan oleh individu-individu tertentu. Contohnya, yg terdapat pada blog novbrown. (mempericikannya kepada sifat wanita berdasarkan 4 elemen itu....en.nov, boleh saya cedok pasal tu tak? en nov pun dapat via emel kan....??hehe. apapun, kredit untuk en nov untuk salinan ke blog saya ini).nak baca entry penuh pasal ni klik SINI...ok, berdasarkan tulisan itu, saya boleh dikategorikan ikut entiti ini;



WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;
Cancer (22 Jun-23 Julai)
Scorpio (24 Oktober-22 November)
Pisces (20 Februari-20 Mac)

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.
Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.



......i like.....=D


soffya....anak ke-2 (unsur air) & berzodiak scorpio (31 oktober 1986).juga air.kena kan?




manakala blog oleh penyair dan sasterawan Marsli N.O pula menjadikan 4 sifat ini sebagai tittle blognya dan taglinenya pula ialah...."nyatakanlah sesuatu yang benar, meski pahit". Sekali dibaca, sukar ditafsir. boleh faham tapi apa kaitannya dengan 4 elemen itu dan hingga kini, pia masih blum mengerti.....




erm...tahu tak kenapa pia tiba-tiba cakap pasal empat entiti alam ini??actually, pia orang yang sangat berminat nak mengkaji benda ni dengan lebih lanjut., dan sampai satu masa, pia akan kaji juga dengan lebih mendalam...insyaAllah.....




bila cakap pasal elemen ni juga, teringat la pula satu cerita.cerita kelakar tau.kih3. okay, kita tinggalkan bab series itu....kita masuk part kelakar ini. (kalau tak kelakar, tolong juga gelak, ok?)




Actually, hari tu time duduk lepak-lepak kat rumah, jiran pia yang juga merangkak kawan baik emak pia yang pia anggap juga macam saudara sendiri, telah membuka cerita. kami masa tiu ramai-ramai juga la. Maklong (bukan nama sebenar.ececeh....) pun bercerita pasal anaknya, iaitu satu-satu anaknya, si Awin (bukan nama sebenar juga).nama-nama kena rahsia la kan, nanti kena saman pula, niaya (walaupun diaorang takada blog pun...pia berani confirm maklong tak ada blog.huhuu).ni bukan kes mengumpat ke apa tau tapi berkaitan dengan isu 4 petala itu tadi la.




Ceritanya, maklong ni dah pening bagai. Sebab si Awin (yang juga baik dengan pia) ni suka sangat bergaduh dengan tunang dia. lepas gaduh, gaduh. dan gaduh lagi. tapi time baik, masyaAllah...gelak situ, gelak sini.kih3.kih3.maklong laanh yg cakap kna.menyampah aku! kata maklong lagi....hohoho, pia gelak aje la dengar.then, maklong rasa tak sabar-sabar sangat dah nak menikahkan diaorang (sekarang dah bernikah pun...dah ada anak sorang pun.huh, selamat...lega maklong, barangkali). pia suka lah dengar hal-hal macam ni sebab pengalaman orang, mungkin akan jadi pengalaman kita nanti, betul tak??yelah, diaorang bukan gaduh apa pun sangat. cuma si tunangnya, Mirul (juga bukan nama sebenar) suka sangat mengusik. yang si Awin pula, alahai...anginnya, agak kurang okay..(tapi if korang tengok dia kan, nampak cool je...). sebab tu la, asyik gaduh aje. takleh tak kena sikit...adela....ala, gaduh-gaduh manja. kan3.



Mak pia pun menyampuk la...(nak masuk dah ni bab air, api segala tu).




"Awin tu bekeng (loghat terengganu, maksudnya garang la lebih kurang, ada faham???) ke...??? kan, dia anak sulong.anak sulong kan tanah.mesti sejuk.sabar..." kata mak. mak memang menganggap Awin seorang yang cool... sebab nampak pun memang macam tu.pia pun sama.




then, maklong menjawab.yang buat pia, bukan pia aje, kami...gelak terkekeh-kekeh.keras perut gelak dibuatnya maklong. tak tahu la maklong niat dia nak melawak ke apa kan atau memang nak buat lawak petang hari ke apa. tapi spontan je tu...bravo maklong!




"erm...memang tanah...tapi, tanah pun, ada macam-macam tanah.tanah liat, tanah kor, tanah selut. ni hok pesen tanah kor, hok kerassss sekali ho.r..hok kalu petong2 dinding pon, dok hancur2." hua3...mantap jawapan maklong.kami gelak.betul juga...even dengar macam tak logik dan kelakar je.fikir pia dalam diam. tapi korang faham tak apa maklong cakap tu...??huhu, pandai-pandai buat faham lah ye.




"betul jugok dok...macam air, ada macam-macam air. air terjun, air pasang, air bah, air deras...hikhikhik..." mak pia pula gelak.hurrmmm...(mak perli saya, yer???huhu)



dialog tu sangat-sangat spontan tapi sangat berbekas di hati ini. buat pia berfikir.betul tu, betul juga kalau fikir-fikir la.sebab bila fikir-fikir pasal pia pula kan, as anak no dua, yang bersifat AIR, rasanya taklah cool mana pun, mcm air tu.(mmg tak cool langsung pun.perasan tak cool mana pula.haha.) kadang-kadang temperature boleh naik tahap kritikal tau, bila marah....akhir-akhir ni lah.dulu rasanya tak ada lah macam ni.mungkin sebab akhir-akhir ni, sejak dewasa ini, (eceh, dewasa..dewasakah aku???) banyak sangat PRESSURE yang membebankan hati.mungkin la..jadi emosi pn jarang stabil, dan banyak sangat problem nak handle. tapi yang pentingnya, pia cepat sejuk dan cepat memaafkan. susah nk dendam-dendam, atau marah lama-lama. tapi yang penting, pia ni sangat susah nak marah dengan budak-budak.entahlah, mungkin pengalaman masa kecil dulu buat pia sangat-sangat menghargai kanak-kanak dalam hidup pia. tak mahu lah mereka mengalami apa yang pernah pia alami....



a girl with hot temper (sometimes.haha), who loves child so much...suka sangat.biar siapapun mereka...






so, PIA kategori air apa ye??air pasang yang tak surut-surut atau air pasang pagi, surut pukul lima??haha.atau air bah musim hujan??atau ombak di air laut, huhu.lari topik.ke..air kopi, air fresh oren??hehehe, apa-apa je la...yang penting, pia tak se cool sifat air tu dah sekarang. insyaAllah, masa mungkin akan merubah pia kembali. lagipun, sejak akhir-akhir ini, banyak membaca novel-novel yang banyak mengajar tentang kehidupan. salah satunya, trilogi epik triller Bagaikan Puteri. di dalamnya, pia ketemu LAKSAMANA SUNAN, yang mempunyai sifat-sifat yang amat mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W. kagum sangat...biarpun ia hanya watak novel, tapi pia percaya bahawa ia bukan dongengan semata2-mata. pasti wujud insan sedemikian. tak ada yang mustahil bukan dalam dunia ini, jika Allah mengizinkan, betul tak?? yang penting, mesti yakin dengan Allah S.W.T dan yakin dengan janji-janjiNya...




"awan andai dapat dicapai, maka saktilah hamba...."-laksamana sunan. kurun ke-15.sepotong ayat yang jelas kuingat...




pia says: sesiapa ada pendapat nak kongsi fasal ni, dialu-alukan ye...terima kasih didahului atas budi baik saudara-saudari nanti....=]. tabik spring kepada penulis, Ramlee Awang Mursyid...satu lagi, maaf ye. sesiapa yang perasan tentang entry ini, diam-diam sudahlah ye.hehe.sekarang,pia dah cool balik kot...kan dah kata, saya manusia biasa, pendirian manusia kan boleh berubah-ubah. ia seperti juga musim dunia.huhu.



Jan 15, 2010

Tanah, Air, Angin & Api

Tanah, air, api dan angin. itu elemen yang terlalu rapat dengan dunia kita bukan?? ia 4 elemen yang sering disamakan dengan sifat manusia kerana sangat berkait dgn hakikat ciptaan manusia itu sendiri...betul tak? lalu, keempat2 petala tersebut digunapakai utk menterjemahkan sifat-sifat diri manusia supaya kita ada landasan utk lebih mengenali sifat diri kita. penting untuk mengenali diri kita....iaitu hakikat diri. sehinggakan pada pandangan aliran hakikat (yang pernah diucapakan oleh seorang kawan ye), "kenali dirimu....baru kau dapat mengenali tuhanmu.". Jadi sangat penting untuk kita mengenali hakikat ciptaan diri kita.




tidak pula dikatakn ia 100% betul, tetapi sangat boleh diterima akal jika dilakukan kajian sewajarnya, dikaitkan pula dengan tarikh kelahiran seperti yg pernah diutarakan oleh pakar motivasi dato' Fadzilah Kamsah.



Malahan, kajian tentang perkaitan 4 elemen tersebut dengan sifat manusia juga banyak dilakukan oleh individu-individu tertentu. Contohnya, yg terdapat pada blog novbrown. (mempericikannya kepada sifat wanita berdasarkan 4 elemen itu....en.nov, boleh saya cedok pasal tu tak? en nov pun dapat via emel kan....??hehe. apapun, kredit untuk en nov untuk salinan ke blog saya ini).ok, berdasarkan tulisan itu, saya boleh dikategorikan ikut entiti ini;



WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;
Cancer (22 Jun-23 Julai)
Scorpio (24 Oktober-22 November)
Pisces (20 Februari-20 Mac)

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.
Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.




......i like.....=D


anak ke-2 (unsur air) & berzodiak scorpio (31 oktober 1986).juga air.kena kan?




manakala blog oleh penyair dan sasterawan Marsli N.O pula menjadikan 4 sifat ini sebagai tittle blognya dan taglinenya pula ialah...."nyatakanlah sesuatu yang benar, meski pahit". Sekali dibaca, sukar ditafsir. boleh faham tapi apa kaitannya dengan 4 elemen itu dan hingga kini, pia masih blum mengerti.....




erm...tahu tak kenapa pia tiba-tiba cakap pasal empat entiti alam ini??actually, pia orang yang sangat berminat nak mengkaji benda ni dengan lebih lanjut., dan sampai satu masa, pia akan kaji juga dengan lebih mendalam...insyaAllah.....




bila cakap pasal elemen ni juga, teringat la pula satu cerita.cerita kelakar tau.kih3. okay, kita tinggalkan bab series itu....kita masuk part kelakar ini. (kalau tak kelakar, tolong juga gelak, ok?)




Actually, hari tu time duduk lepak-lepak kat rumah, jiran pia yang juga merangkak kawan baik emak pia yang pia anggap juga macam saudara sendiri, telah membuka cerita. kami masa tiu ramai-ramai juga la. Maklong (bukan nama sebenar.ececeh....) pun bercerita pasal anaknya, iaitu satu-satu anaknya, si Awin (bukan nama sebenar juga).nama-nama kena rahsia la kan, nanti kena saman pula, niaya (walaupun diaorang takada blog pun...pia berani confirm maklong tak ada blog.huhuu).ni bukan kes mengumpat ke apa tau tapi berkaitan dengan isu 4 petala itu tadi la.




Ceritanya, maklong ni dah pening bagai. Sebab si Awin (yang juga baik dengan pia) ni suka sangat bergaduh dengan tunang dia. lepas gaduh, gaduh. dan gaduh lagi. tapi time baik, masyaAllah...gelak situ, gelak sini.kih3.kih3.maklong laanh yg cakap kna.menyampah aku! kata maklong lagi....hohoho, pia gelak aje la dengar.then, maklong rasa tak sabar-sabar sangat dah nak menikahkan diaorang (sekarang dah bernikah pun...dah ada anak sorang pun.huh, selamat...lega maklong, barangkali). pia suka lah dengar hal-hal macam ni sebab pengalaman orang, mungkin akan jadi pengalaman kita nanti, betul tak??yelah, diaorang bukan gaduh apa pun sangat. cuma si tunangnya, Mirul (juga bukan nama sebenar) suka sangat mengusik. yang si Awin pula, alahai...anginnya, agak kurang okay..(tapi if korang tengok dia kan, nampak cool je...). sebab tu la, asyik gaduh aje. takleh tak kena sikit...adela....ala, gaduh-gaduh manja. kan3.



Mak pia pun menyampuk la...(nak masuk dah ni bab air, api segala tu).




"Awin tu bekeng (loghat terengganu, maksudnya garang la lebih kurang, ada faham???) ke...??? kan, dia anak sulong.anak sulong kan tanah.mesti sejuk.sabar..." kata mak. mak memang menganggap Awin seorang yang cool... sebab nampak pun memang macam tu.pia pun sama.




then, maklong menjawab.yang buat pia, bukan pia aje, kami...gelak terkekeh-kekeh.keras perut gelak dibuatnya maklong. tak tahu la maklong niat dia nak melawak ke apa kan atau memang nak buat lawak petang hari ke apa. tapi spontan je tu...bravo maklong!




"erm...memang tanah...tapi, tanah pun, ada macam-macam tanah.tanah liat, tanah kor, tanah selut. ni hok pesen tanah kor, hok kerassss sekali ho.r..hok kalu petong2 dinding pon, dok hancur2." hua3...mantap jawapan maklong.kami gelak.betul juga...even dengar macam tak logik dan kelakar je.fikir pia dalam diam. tapi korang faham tak apa maklong cakap tu...??huhu, pandai-pandai buat faham lah ye.




"betul jugok dok...macam air, ada macam-macam air. air terjun, air pasang, air bah, air deras...hikhikhik..." mak pia pula gelak.hurrmmm...(mak perli saya, yer???huhu)



dialog tu sangat-sangat spontan tapi sangat berbekas di hati ini. buat pia berfikir.betul tu, betul juga kalau fikir-fikir la.sebab bila fikir-fikir pasal pia pula kan, as anak no dua, yang bersifat AIR, rasanya taklah cool mana pun, mcm air tu.(mmg tak cool langsung pun.perasan tak cool mana pula.haha.) kadang-kadang temperature boleh naik tahap kritikal tau, bila marah....akhir-akhir ni lah.dulu rasanya tak ada lah macam ni.mungkin sebab akhir-akhir ni, sejak dewasa ini, (eceh, dewasa..dewasakah aku???) banyak sangat PRESSURE yang membebankan hati.mungkin la..jadi emosi pn jarang stabil, dan banyak sangat problem nak handle. tapi yang pentingnya, pia cepat sejuk dan cepat memaafkan. susah nk dendam-dendam, atau marah lama-lama. tapi yang penting, pia ni sangat susah nak marah dengan budak-budak.entahlah, mungkin pengalaman masa kecil dulu buat pia sangat-sangat menghargai kanak-kanak dalam hidup pia. tak mahu lah mereka mengalami apa yang pernah pia alami....



a girl with hot temper (sometimes.haha), who loves child so much...suka sangat.biar siapapun mereka...





so, PIA kategori air apa ye??air pasang yang tak surut-surut atau air pasang pagi, surut pukul lima??haha.atau air bah musim hujan??atau ombak di air laut, huhu.lari topik.ke..air kopi, air fresh oren??hehehe, apa-apa je la...yang penting, pia tak se cool sifat air tu dah sekarang. insyaAllah, masa mungkin akan merubah pia kembali. lagipun, sejak akhir-akhir ini, banyak membaca novel-novel yang banyak mengajar tentang kehidupan. salah satunya, trilogi epik triller Bagaikan Puteri. di dalamnya, pia ketemu LAKSAMANA SUNAN, yang mempunyai sifat-sifat yang amat mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W. kagum sangat...biarpun ia hanya watak novel, tapi pia percaya bahawa ia bukan dongengan semata2-mata. pasti wujud insan sedemikian. tak ada yang mustahil bukan dalam dunia ini, jika Allah mengizinkan, betul tak?? yang penting, mesti yakin dengan Allah S.W.T dan yakin dengan janji-janjiNya...




"awan andai dapat dicapai, maka saktilah hamba...."-laksamana sunan. kurun ke-15.sepotong ayat yang jelas kuingat...




pia says: sesiapa ada pendapat nak kongsi fasal ni, dialu-alukan ye...terima kasih didahului atas budi baik saudara-saudari nanti....=]. tabik spring kepada penulis, Ramlee Awang Mursyid...satu lagi, maaf ye. ini repost tau...entry asal DI SINI, yang telah diubah sedikit-sebanyak. sekarang, dah cool balik kot...haha.kan dah kata, saya manusia biasa, boleh berubah-ubah mengikut musim dunia.huhu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)