Jul 12, 2010

nah, ini berita di harian metro pasal TOM, tapi ulasan wartawan benar-benar mengelirukan!

susulan entry ini tadi...aku hidangkan berita ni...nah, baca diam-diam.


[gambar dari blog DINI]



PETALING JAYA: Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom Raja Farah dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.

Pergaduhan berlaku kira-kira jam 5.30 petang di tepi jalan raya berhampiran sebuah restoran berdekatan Balai Polis Damansara itu menggemparkan orang ramai termasuk sekumpulan wartawan yang dijemput ahli keluarga isteri rakan lelaki Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25.

Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas ahli keluarga isteri rakan lelaki penyanyi itu mengadakan sidang media di kediaman mereka bagi memberi penjelasan susulan kenyataan Tom, rakan lelakinya dan isteri lelaki itu yang mendakwa mereka difitnah dalam satu program hiburan di televisyen, tengah hari semalam.

Ketika sidang media berlangsung, suami wanita itu menghubungi seorang ahli keluarga isterinya bagi menyatakan hasrat untuk bertemu di rumah mereka, tetapi mengubah lokasi ke Balai Polis Damansara beberapa minit kemudian.

Pihak keluarga wanita itu bersama wartawan kemudian pergi ke Balai Polis Damansara tetapi Tom enggan bertemu, sebaliknya mahu berjumpa seorang demi seorang ahli keluarga berkenaan di sebuah restoran berdekatan.

Ketika ditemui di lokasi itu, Tom sempat menyatakan dia tidak menyangka ahli keluarga wanita berkenaan sanggup berkasar kerana dia menjaga anak perempuan mereka yang sarat mengandung dengan baik.


Pada awal pertemuan itu, suasana tenang apabila kedua-dua pihak berbincang dengan baik namun tanpa diduga, tiba-tiba Tom yang kelihatan sedang duduk berbual dengan seorang ahli keluarga isteri rakan lelakinya diserang oleh seorang lelaki.

Akibat serangan itu, Tom jatuh terbaring di atas jalan raya, namun lelaki terbabit masih cuba menyerangnya manakala rakan lelaki penyanyi itu bersama seorang lagi kawannya turut bergaduh dengan anggota keluarga lain sehingga menggemparkan orang ramai yang berada di situ.

Bagaimanapun, pergaduhan itu dapat dileraikan apabila beberapa ahli keluarga lain menenangkan keadaan manakala Tom bersama dua rakan lelakinya bergegas ke Balai Polis Damansara yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Susulan kejadian, kedua-dua pihak membuat laporan di Balai Polis Damansara, manakala Tom yang ditemui sejurus selesai membuat laporan enggan mengulas insiden berkenaan kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.

“Mungkin saya akan membuat kenyataan media secara rasmi tapi tidak tahu bila. Buat masa sekarang saya tidak mahu komen apa-apa, biar polis jalankan siasatan dulu,” katanya yang cedera di pipi kanan, perut dan paha kiri.

Terdahulu pada sidang media, bapa angkat kepada isteri rakan lelaki Tom yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka sudah lama mengetahui ‘hubungan sulit’ penyanyi itu dengan suami anak angkatnya sejak berada di Taiping, Perak lagi.

“Kami hanya mendiamkan diri kerana sedar kami hanya keluarga angkat tapi siapa mampu menahan sabar apabila kami mendapat tahu anak perempuan yang kami jaga umpama anak sendiri sejak berusia setahun didera suami dan teman wanitanya.

“Kami cuba mengesan tempat tinggal mereka di sini tapi gagal sehinggalah mendapat tahu anak angkat saya itu melahirkan anak sulung di Hospital Sungai Buloh pada 29 Jun lalu.

“Pelbagai cerita tidak elok kami dengar mengenai apa yang berlaku antara penyanyi itu dengan suami anak angkat saya, malah anak angkat saya itu sendiri menceritakan segala-galanya mengenai dia dipukul menerusi SMS dan panggilan telefon, namun disebabkan takutkan suami, dia enggan membuat laporan polis,” dakwanya.

Ibu angkat wanita itu, Norliza Shamsuddin, 53, pula berkata hatinya terguris apabila menonton program televisyen mengenai kenyataan Tom dan suami anak angkatnya.


[petik di SINI]



*********************************************


makin pening baca. semalam statement TOM macam tu. aku rasa keluarga si isteri lelaki tu bengang kot, tu yang jadi macam ni...isu fitnah-memfitnah tu pula, cerita-cerita yang timbul, SMS demi SMS tu... tu aku tak berani nak komen...apapun, baca sendiri...




Notabulan:
benar-benar mengelirukan... entah mana satu nak percaya. wartawan pun tulislah elok-elok sikit...dua kali lima je dengan aku yang tulis blog cabuk ni.haihh.



[suka tak?]

9 comments:

Nur Areefah said...

wah memeningkan.banyak sungguh watak dalam kes nie..huhu

NAZ said...

mesti ada sebab hinggakan pukul memukul apa kes

ardinihumaira said...

pia tau tak dni baca cerita tu buleyh cakap...


weehhhh natey apo dio ghoyak nih?


cisss tok pehey gapo satu huhu

Sheherazade said...

kes ni dah jadi lagu peter pan
fikiran ku tak dpt ku mengerti,kaki di kepala kepala dikaki

Epul Azimi said...

kita layan jelah....ehehe

Belleza~ said...

ha tu la.su pn cm tak bpe faham sgt citer die ni..hri tu dh tgok melodi..tp still x fhm nape nk gado2 bgai..ish2

sugar2 kapas strawberry said...

huhu.ntah pape laki serang pmpn

Anonymous said...

benda tak pening.. sms ade.. bukti2 ade.. email2 ade.. yang buat pening adelah wartawan kite sndri yang suke bertokok tambah.. wartawan mane yg tak tokok tambah utk lemakkan crite.. tak salah saye, antara tercedera akibat diserang, adelah seorg wartawan dr utusan also a sedara of tom.. so kena la die back up sdare sndri.. kan? pasal kena terajang tu plak, saye rase tom tu mulot kurang ajar.. tgk pakaian pun dh cukup. bukan nak menghina, dah tau nak berjumpa dengan KELUARGA orang, pakailah sopan skit nyah oiii!! hotpants kau pki?? kite pikir mcm ni.. klau nk berdamai, kite nak nampak presentable, menegakkan ape yg btul,n klau tgk balik.. kluarga si perempuan hadir dgn anak pinak sedara mara dgn majority nye prempuan, mestilah nak berdamai.. korg tak yah dgr crite org.. tgk secara logic sahaja.. masuk akal tak? sume ni adelah opinion shj..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pening2...
;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)