ohhh, lupakan, jika kamu ingat entry ini soal cinta semata-mata.tak.sebab, persoalan janji itu besar.kenapa orang suka memungkiri janji ek?ehh, saya tak cakap saya perfect sampai boleh memenuhi semua janji yang saya buat, tapi, saya ingin katakan, saya sakit bila dimungkiri sebab itu bila saya berjanji saya akan buat, usaha penuhi janji-janji itu sebab saya tahu perasaannya bila orang tidak menepati janjinya dengan saya.
kecewa kan.jadi, jika tak dapat penuhi..cuba jernihkan keadaan itu.insyaAllah, orang lain akan memahami, kan?tapi jangan sesekali lari...semakin kamu lari, semakin ia akan emngejar kamu.contohnya, kalau kamu janji nak bayar duit orang hari ini, usaha untuk penuhi.dan jika tak dapat, hadapi dia.jangan lari dan buat dia macam orang bodoh.
jadi nak saya pesan, fikir dulu sebelum berjanji.ada orang yang nak pinjam duit, walaweehhh ayat kemain manis, canggih manggih, nak bayar esok konon sebab takut orang tak bagi pinjam kan kalau cakap minggu depan, tapi bila tiba hari kejadian, macam-macam alasan atau offkan phone.hehh.
so, jangan berjanji.itu lebih baik.jika masa kamu nak pinjam duit, rasa tak boleh komimen nak bayar bila, jangan berjanji.atas tuan badan lah nak bagi ke tak kan?tapi...boleh ke kita semua berkelakuan begitu?saya lah kan....saya akan berjanji hari apa nak bagi balik tu lepas fikir betul-betul bila dapat bagi, tapi kalau dia tak boleh tunggu sampai hati yang saya janjikan, dan tak nak bagi, tak payahlah.jangan menipu okay?kasihan juga pada orang....
bagi saya, janji itu penting...sangat PENTING.tapi ramai orang yang meringan-ringankan hal janji, kan?ingat, dalam Islam ada cakap, janji itu berat.memungkiri janji pula, adalah sifat-sifat orang munafik....nauzubillah...
p/s:fikir dan buat yang terbaik untuk menghadapi segala kemungkinan dan dugaan dalam hidup..okay?
p/s/s:jangan cepat marah....berikan peluang untuk orang lain juga bernafas....memberi dia peluang untuk bercakap dan menerangkan keadaan.insyaAllah, segalanya akan kembali baik...:)
5 comments:
manusia kena pegang pada janji kan
besar,bagi ku...
sedih,sayu,pilu,sayu jika dimungkiri
p/s-maaf lagi ya syg,diats perangai ku yg agak mendesak..maaf
i tak suka berjanji... kalau berjanji... nanti rasa tak bebas.. ToT
komen i punya entry gak ye.. klik kuat-kuat kat sini >>Sebab-sebab Blogger takde Idea nak tulis Entry
manusia kan berpegang pada janji...so mmg sgt penting...agk2 x leh nak tepati janji jgn berjanji..
Ada satu ayat dalam Quran-Allah menjanjikan kejayaan,dan syaitan juga menjanjikan kejayaan,namun syaitan itu sgt besar tipu dayanya.
Org yg memungkiri janji--hati-hatilah kerana sifat demikian itu adalah sikap org2 munafik
cthny: kwn kita jnji kul 10..tp kul 1015 x dtg lg..ok ley sbr kot..
then kul 1030 xsmpai2 lg..itu sgt2 (*&^%% ok.sakit hti sgt2..
mcm hri tula..jnji kul 8 pg..terkial2 kita bgn pg siap2..alih2 dia bru bgn tdo postpone kul 9..hohohohoho..saket ati aii ni ok
Post a Comment