Oct 18, 2010

mencintai orang yang mencintai atau dicintai. mana lebih baik?


dalam hidup kita, apa yang kita nak, apa yang kita harap... takkan selalu terjadi. itu memang lumrah.jadi jangan pernah mengeluh dan mengalah. sebab, tiap-tiap yang tuhan takdirkan, pasti ada hikmahnya, ye tak?

comtohnya, kalau kamu menangis hari ini, takkan esok,esok,esok pun sama. kan? contohnya juga, kalau hari ini kita dilukai, esok-esok Allah akan mempertemukan pula kita dengan seseorang yang sangat menyenangkan. betul tak?

aku pernah berkata, yang cinta itu masalah. apabila tidak dinilai dan diperhalusi, pasti ada makhluk yang berfikiran dangkal akan menyangkal dan memberikan pelbagai komen yang berbentuk tohmahan kepada kenyataan dalam entry itu.

mungkin juga hanya membaca tajuk dan tidak membaca isi, lalu menimbulkan spekulasi yang entah apa-apa, yang langsung tidak berkaitan dengan apa yang aku perkatakan. nevermind, sebab itukan manusia. suka menghentam orang lain tanpa berfikir terlebih dahulu. kan?

kali ini, aku ingin timbulkan topik yang baru. almaklumlah, untuk orang yang masih mencari cinta macam aku, pasti akan berdepan dengan pelbagai persoalan begini. kadang-kadang muak juga, cinta, cinta, cinta. tetapi selagi kamu declare diri kamu single, maka akan ramai yang datang menghulurkan cinta. persoalannya, bolehkah kita menerima jika hati tidak terbuka?

ada kawan memarahi aku... soalnya, bolehkah aku menerima jika tidak membuka hati untuk ke arah itu? soalnya, bolehkah aku menerima jika seluruh pemikiran aku bepusat kepada seseorang yang lain? soalnya lagi, bolehkah aku menerima, kalau aku berfikir macam-macam, dan memberi persepsi macam-macam, seolah-olah bersyakwasangka dengan nawaitu orang?

hemm, kalau kamu di tempat aku... pasti kamu akan faham. setelah berkali-kali gagal dalam bercinta, pasti kamu tak ingin lagi bermain api. ye tak? lebih baik, sendiri tanpa perlu memikirkan siapa-siapa. tetapi, bolehkah suatu masa nanti mempunyai pasangan hidup jika tidak memberi dan menerima?

kata kawan lagi, boleh... jika sudah ditakdirkan tuhan begitu. bertemu, berkawan dan seterusnya berkahwin, tanpa bercinta terlebih dahulu. bercinta selepas kahwin, lebih nikmat katanya. tetapi... tak semua orang dikurniakan cinta sebegitu.

yang pastinya, Allah menggemari orang-orang yang suka berusaha. tidak menunggu, tetapi berusaha mencari cintanya. pasti pencarian tidak akan sia-sia jika tidak pernah berputus asa. malah, putus asa itu adalah sifat yang sangat dibenci Ilahi.

jadi, katanya lagi... mencarilah dengan hati yang terbuka untuk menerima. jika ada cinta yang diberi dari tangan yang ikhlas, menerimalah dan merasailah. jangan mengejar seseorang yang hanya mimpi, kelak merana diri, katanya lagi.

urm, persoalannya di sini... adakah lebih baik mencintai orang yang mencintai diri kita, dari mencintai orang yang kita cintai? meskipun orang yang kita cintai sangat dekat dengan jiwa kita dalam kebanyakkan aspek dan orang yang mencintai pula masih kita tercari-cari keserasian untuk bersama...?

semalam, dalam NONA, aku mendengar seseorang berkata, jangan mencari perbezaan, kerana kalau dicari, jurangnya akan semakin besar... apatah lagi, kita ini adalah dua insan yang berlainan, bertemu setelah dewasa. adik beradik, yang membesar bersama sedari kecil pun boleh bertengkar dan adakalanya bercerai-berai, apatah lagi kita, yang hanya mengenali setelah dewasa.

aku setuju dengan kata-katanya itu. tetapi aku masih takut dan diburu kebimbanga... kerana perkahwinan itu kata orang satu perjudian. mungkin kau kalah, mungkin kau menang....


perlukan jawapan =;=


cakap tahibulan:
mencari dan mencari...:) 
sekarang kat rumah BFF, mila untuk persiapan kahwinnya. oh lagi 3 hari.... tak sabarnya melihat dia menjadi seperti puteri..

7 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kalau dapat kedua nye lebih baek..

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

♥ mencintai orang yg mencintai kita...sebab cinta kita insyaAllah akan saling berbalas...

Sayer Best said...

Mencintai diri sendiri dulu..ehehehe

sebab kalau kita mencintai diri sendiri,kita akan fikir setiap pros and cons apa yg kita lakukan,siapa yang kita pilih,dan sebagainya.

hati org berbolak-balik,tak semestinya dia suka kita hari ni,dia akan suka kita smpai bila-bila,dna org yg x mencintai kita,mungkin 1 hari nanti dia akan jatuh cinta pada kita.

Paling penting,serahkan segalanya pada pemilik segala cinta(allah S.W.t),hanya dia yg mengetahui

SoFie NuR said...

me too...in dilemma!!
but as for me lebih mencintai orang yang mencintai kita dan kita akan rasa lebih dihargai....

ardinihumaira said...

kalau tidak diberi pilihan, dni akan cintai orang yang menyintai kita... kalau diberi pilihan, dni nak bercinta dengan orang yang cintakan dni dan dni juga menyintainya ;)

cik Liyana said...

dulu...saya pernah mencintai orang yang mencintai tapi lepas dilukai org yng sangat2 saya cintai.. then i choose orang yng mencintai kita. mungkin kita boleh belajar mencintai..cinta takboleh dipaksa kan, so yg tu jugak la kita kna guna bila kita nak org yng kita cintai mencintai kita.

Peri PiA said...

insyAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)