dulu ada seseorang pernah cakap aku ayat ni, dan menerangkan ia dengan panjang lebar. mula-mula aku sedikit cuak, pelik dan tidak setuju, tapi bila aku mendengar penerangannya...baru aku faham. dia itu memang macam tu, kadang-kadang suka mengeluarkan kenyataan 'pelik' dan bersifat 'payah nak faham', tapi bila dia terang baik-baik, sikit-sikit aku akan faham.
kau pun mesti macam setuju tak setuju je tak bila aku cakap cinta itu masalah, kan?nak-nak bagi yang masyuk bercinta, apa kejadahnya ye dak, cinta itu pula masalah? what hal babe, cakap macam tu? kalau kau benci cinta, bencilah seorang-serang jangan nak ajak orang berjemah sekali.ohh jangan salah faham, aku bukan nak bawa ajaran sesat kat sini.cinta itu suci sangat kawan...itu kurnian Ilahi, tapi cinta itu luas sangat, dan dalam cinta itu ada macam-macam.
cinta yang aku maksudkan, ialah bila cinta antara lelaki dan perempuan, gen XY dan XX.cinta itu lain...yang adakalanya sebab bercinta bagai nak rak, sanggup merenangi lautan api dan meredah jalan-jalan berliku bersama (hiperbola yang amat), itu satu. sebab cinta juga, sanggup buang keluarga, ibu bapa dan sadis sekali bila sanggup buang anak dan isteri, itu dua. lagi...sebab cinta, sanggup menyerahkan segala-galanya...wang harta benda, diri sendiri dan masa depan..itu tiga. lagi? banyak lagi...hanya sebab cinta.
cuba kalau tak bercinta? tak adalah macam tu kan...cuba kalau si XX hanya ada XX sebagai temannya dan si XY ada XY sahaja sebagai temannya...(tapi janganlah pula cinta terlarang ya kawan-kawan.itu teman tidak maksudkan...) pasti itu tidak terjadi ye tak?alah, jaranglah nak korban bagai tu kan..kalau korban sanggup berlapar sama-sama, sanggup bagi pinjam duit sebab nak tolong kawan sejati, itu lainlah tak?digalakkan lagi tu...untuk siapa, untuk kawan sehidup semati...kan?
tapi cinta berlawanan gen ini...pasti selalunya terjadi macam-macam. bukan sahaja pengorbanan dalam perenggan tiga tu je, tapi macam-macam lagi...sakit kepala, pening kepala, sakit otak, sakit jiwa, tekanan, bengang, marah, sakit hati, sedih, menangis, cemburu, menyampah dan macam-macam...ya tak? semua rasa itu pasti adalah dalam bercinta.komang-komangpun mesti ada walau sekali, kan?
tidakkah itu masalah? dan tidakkah ia ada, bila adanya cinta? dan tidakkah adanya cinta menyebabkan kau merasakan itu semua? tidakkah begitu kawan-kawan? itu pertanyaan ya...sila jawab dalam hati. nak sedap lagi, kalau setuju, komen kat kotak bawah tu..kalau tak setuju pun komen juga dengan hujah-hujah yang berhemah ya...:)
itulah maksud aku..masalah sebab cinta ni...kadang-kadang pelik sangat. meskipun kalau kau cerita pada orang, orang akan cakap, eh buat macam ni...atau alah, janganlah fikir macam tu... atau kau pun satu, kau buat macam tu sangat, cuba kau buat macam aku ni... atau la...dulu dah cakap dia macam tu, tapi kau degil..see, orang boleh cakap macam-macam dengan masalah kau dan apa yang orang cakap tu memang betul pun, tapi kenapa kau tak boleh ikut ye walau kau rasa nak ikut sangat dan nak sangat aplikasikan kecanggihan idea mereka tu...tapi tak boleh. kenapa ye, pelik tak?
itulah dia...masalahnya cinta...kadang-kadang masalah kita sama, tapi jalannya berbeza dan kadang-kadang jalan yang sama, tapi kita kan orang yang berbeza-beza, bolah ke kita mengambil penyelesaian yang sama sedangkan dia tu hati keras macam batu..boleh lah bila tak suka, blah sajalah,. tapi kita, hati kita ni macam air, kena tipu 44 kali pun, kita masih boleh memaafkan...masih boleh terima..tak ke masalah tu..masalah kan?
ye, itulah point nya. cinta itu masalah...kadang-kadang kita ni nak orang tu buat pada kita macam tu..dah dapat, tapi rimas pula sebab overcaring. tapi bila dia dah pergi..dan kita dapat yang tak macam tu..aduhai..kita pula yang rasa eh dia ni sayang ke tak, tak caring langsung!eceh, payah kan...hati...macam itu..cintanya begitu..kekasihnya begitu. dah bercinta..tapi tak sama apa yang kita nak dan apa yang kita dapat, masalah lagi, kan? tak bercinta pula teruslah tak dapat...kan?
kerana cinta...ada yang mati makan racun. kerana cinta...ada yang bunuh isteri. kerana cinta...ada yang rogol kekasih. kerana cinta..ada yang terjun bangunan. kerana cinta...ada yang masuk penjara. kerana cinta...ada yang hilang segala-galanya...kerana cinta, bukan?
sebab apa..sebab cinta adakalanya memberikan tekanan yang cukup hebat. adakalanya di luar kemampuan kau sendiri,di luar keterbatasan akal waras kau. adakalanya cinta menyebabkan rasa cemburu yang cukup menyala-nyala, yang mungkin adakalanya langsung tak berasas. adakalanya cinta mendatangkan rasa sedih yang kalau boleh kau nak laungkan ke seluruh dunia tentang rasa sedih tu, yang sehingga kau menangis teresak-esak, tersedu-sedu tak cukup air mata...yang mungkin kalau ia berterusan, boleh sebabkan kau hilang kebolehan melihat...
cuba kalau kau tak bercinta? cuba tak ada rasa cinta itu dalam hati...? apa yang nak dibengangkan kan? apa yang dicemburukan? apa yang nak disedihkan, kan? ye tak..? tapi jangan silap faham, aku tulis ni bukan nak cakap, eh marilah kita membenci cinta, atau say no to love say no to couple..eh tak? hilang akal apa...? cuma, aku hanya nak mendedahkan itulah realitinya..sebab ada yang rasa rugi bila tak ada boyfriend atau bila tak pernah bercinta, tapi perlu ke rasa rugi kalau...inilah hakikatnya...cinta itu?
cinta itu yang masalah...tak ada cinta, masalah itu mungkin tak ada...kan? tapi cuma masalah yang macam aku cakap tadi lah..kalau masalah kewangan tak cukup sebab kau kaki judi, masalah tak cukup tidur sebab kuat main farmville, masalah kain baju bertimbun tak basuh lagi sebab kuat sangat pergi meeting, atau masalah kau bengang sebab kereta kau rosak...itu masalah sebab lain ya..jangan mengada-ngada luar dari topik aku ni dan nak cakap "eh, ada je masalah aku ni walau tak ada cinta..tak bercinta...?" aku lempang laju-laju karang, nak rasa?
Bintang cakap:
cik bulan dalam keadaan emosi tak berapa nak baik...pelik, jarang beliau begitu. sebab beliau bukan jenis orang yang ikut mood...tapi hari ni feel lain sangat, sampai beliau tak buat kerja apa-apapun. nak mati ke..???hakhakhak
Tahibintang celah:
shawl baru dah banyak...tapi tak sempat-sempat nak update..bukan tak sempat, tapi cik bulan masih di awan-awan....:(
7 comments:
rencah dalam berkasih sayang :)
bukan mati...
mungkin emosi xmenentu jew tue...
cinta itu kita yang kawal. tapi bila sudah bercinta kita hilang kawalan :)
cinta selalu buat aku x keruan!
itu dulu2 la.. isk, x suka.
apapun, pandanglah dan alamilah 'cinta' dari sudut yang positif ye kawanku.
strongly agree!!! da byk kali menangis krn mempertahankan cinta... semua yg kurang tue wat2 tutup mata,yg baik tue diingat2 -.-
cinta yang suci insyallah akan hidup bersama sehingga ke akhir hayat..cinta materialistik cuma kekal sementara ajer.
umm...ini pendapat sy plak yea...based on my personal oppinion...sebenarnye cinta itu bukan masalah...yang masalahnye adalah dtg dari individu tu sendiri..there's nothing absolute in this world..sbg contoh...kereta...kerna gilakan kreta...snggup bhabis duet...bwk laju2..eksiden mati katak jer....so adakah kereta itu yg bermasalah??? yes...yg mslh itu adalah manusia itu sndri yg diberikan akal oleh Allah S.W.T tapi x digunakan sebaiknya...bwk moto pon ade keburukan..bawak beskal pon sama...even cinta pon sama...cinta itu takde masalah selagi berlandaskan hukum Islam yang termaktub dalam Al-Quran.semuanya ade baik dan buruk...tapi yang menentukannya adalah manusia tu sendiri : ) sekian pendapat saya...baik dtg dari Dia...dan buruk dari diri saya...
Post a Comment