Aug 25, 2010

biarlah apa kata kamu, bagi aku cinta itu masalah!

Hikmah berpuasa :
"Puasa dapat menambahkan kesegaran dan kesihatan padatubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perluberhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya ... seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti."
*******

[cinta itu masalah...]


berbalik penulisan aku semalam tentang tajuk di atas tu.macam-macam feedback aku dapat. iya lah, tulis pasal cinta..benda universal. semua orang tahu pasal cinta, even budak hingusan yang baru kenal dunia pun dah pandai main-main cinta kan...apatah lagi bila aku menulis dalam dunia siber yang meluas ini, yang pelayarnya terdiri daripada umat manusia yang macam-macam ada.. macam-macam idea, dan paling penting, datang dari macam-macam peringkat pendidikan...takkanlah pendapat pun sama bukan?


cuma...yang aku kesalkan bila ada yang memberi pendapat tanpa membaca dahulu apa yang aku perkatakan. kadang-kadang hanya melihat status atau link aku di mukabuku, masing-masing dah buat provokasi..dah fikir macam-macam dan mulalah ada yang jadi ustaz lah, ada yang jadi tukang tambah lah, ada yang jadi macam-macam, tanpa fahami dahulu maksud aku... terkilan juga sebab aku menulis dari kaca mata aku dan untuk berkongsi di blog aku, bukan bikin kontroversi .


aduhaiii...bukan juga aku minta semuanya setuju, tapi kalau nak membidas, pointnya biar kena. jangan jadi sangat radikal....dan berlagak seolah-olah kamu adalah hitler dan aku cuma askar prebet.bukan juga aku tak boleh menerima pendapat orang, tapi tolonglah baca dulu entry aku ni sampai habis baru lah bagi komen...okay? ha, kan dah tak pasal-pasal dapat mesej best dari aku...grrr T_T


namun kawan, walau apapun pendapat kamu semua...walau apapun kamu semua nak ceramahkan, nak bebelkan, nak kata, dan kecam kenyataan aku..aku tetap sama, takkan berganjak....dah bila aku nyatakan 'cinta itu masalah', takkan aku ubah walau sekali. malahan, aku harap kau semua faham maksud aku sebelum bagi pendapat apa-apa dan menuduh aku macam-macam... betul ironi kamu tu, dan ironi itu memang selalu juga aku nyatakan...


"pisau...kalau kita dapat, kita ambil buat potong tangan, mestilah ia membawa keburukan, tapi pisau kalau kita ambil buat potong buah, mestilah membawa kebaikan, kerana ia sebenarnya tak lain tak bukan adalah bertujuan unutk memudahkan.iya, memudahkan kerja manusia...maksudnya di sini, benda yang baik, kalau digunakan dengan cara yang salah, pastinya akan memberikan keburukan, kan...???jadi, pilihannya terletak pada diri kita sendiri...nak ambil yang baik atau pilih yang buruk, ye tak???"


sama juga lah dengan 'cinta' ini. aku faham maksud kamu semua okay...memang cinta itu juga pilihan diri kita..tapi aku nak tanya kau eh, sejauh mana kita boleh jadi rasional dalam bercinta? jaranglah aku jumpa kawan...kalau kau macam tu, okaylah, baguslah. tapi setakat aku jumpa, walau secerdik mana orang tu, tinggi mana imannya, bila dalam bab bercinta semuanya kadang-kadang tak menjadi diri sendiri. padahal kita dah berusaha untuk mengawal setiap rasa itu, tapi tak boleh..pelik kan? itulah maksud aku.... contohnya, dalam 'diari cinta humaira', menangis ia dalam solatnya bila mengenangkan cinta yang telah pergi...

"hinanya aku Ya Rahman, dengan cinta yang Kau hidangkan...masih aku mengenangkan lelaki yang menyakitkan"

Diasangkakan benar-benar lelaki itu telah hilang, luput dari hati daningatan. Datangnya kembali pada waktu sebegini. Pastinya Tuhan mahumenguji lagi. Sesak nafasnya menahan segala gelodak mainan jiwa,bersama bacaan surah Al-Insyirah yang sedang dibaca.


nampak tak...?bukan dia tidak tahu...dia tahu, lelaki itu bukan milik dia lagi, tapi hati ini, bila bab cinta, sukarnya mengerti, kan? begitu juga luahan hati seorang adik di blognya...mengatakan tentang cinta yang dikhianati, dan cinta yang baru berputik di hati, meskipun cinta yang lama telah pergi, dan yang baru adalah kepada lelaki yang diminati, adakah dia tak cuba kawal rasa itu? mencuba...tapi hati ini, cinta itu, payah nak dibiarkan pergi dan perasaan meminati sang lelaki akhirnya menambahkan rasa rindu dan cinta yang mendalam di hati. sebagaimanapun ia cuba mengawal, tapi cinta ini macam pernah aku cakap, susah nak faham dan nak control...


sekarang ini bukan persoalan cinta yang suci cinta yang akan berjaya, cinta yang tak suci tak berjaya, atau apa-apa, tapi maksud aku, apa bentuk pun cinta itu,,,cinta tak berbalas, cinta ditolak, cinta dipendam, cinta yang tak diketahui, cinta mencintai, atau apa saja, pasti di dalamnya ada masalah. itu point aku, dan ia benda yang mudah, dan simple sangat. kalau kamu faham maksud aku, pasti kamu faham keseluruhan entry aku semalam dan hari ini.


jadi jangan bila aku tulis begitu kamu mengomen seperti aku ini budak kecil, yang tak faham apa-apa. kan aku dah bilang, jangan campuri urusan masalah cinta ini dengan masalah yang lain...alah, jangan ingat aku bodoh hingga tak tahu, yang masalah itu dari Allah...ye, aku tahu, tapi pokoknya? takkanlah kalau kita punya soalan yang hampir sama, "kenapa dia kemalangan, sebab takdir Allah" dan " kenapa kamu sakit, ohh sudah takdir Allah". adui, sampai bila kita nak menyalahkan takdir Allah, bukankah kita punya akal untuk berfikir dan mengkaji puncanya...????


ohh ya..aku mungkin pakar kulit, tapi aku bukan pakar cinta...apa saja kau rasakan, berpendapat, pasti kau bersebab. begitu juga aku...aku dah cakap, awal-awal lagi...yang bercinta, bagus-bagus sangat tu..tak payahlah nak masukkan dalam perbincangan yang lepas tu...tapi aku maksudkan, masalah dalam bercinta yang kita lalui..

cuba kau fikir...

dalam kau bercinta, pernah tak kau merajuk?
dalam kau bercinta, pernah tak kau memujuk?

dalam kau bercinta, pernah tak kau marah?
dalam kau bercinta, pernah tak kau dimarahi?

dalam kau bercinta, pernah tak kau sedih?
dalam kau bercinta, pernah tak kau membuat dia bersedih?


pernah bukan.dan bila itu berlaku, kadang-kadang ia buat kau tak keruan.kalau ia besar, kadan-kadang ia sebabkan kau hilang kawalan bukan?..dan kadangkalanya kau lupa apa yang patut kau perbuatkan. itulah maksud aku..yang aku katakan masalah... bukannya kalau kita ni bercinta bagus-bagus masalah tu tak ada...atau persoalan tentang sama ada cinta itu suci, adalah kurniaan Ilahi ke apa.itu aku tahulah...aku bukan bodoh sangat, tapi aku sedang membicarakan sesuatu yang realiti...sesuatu yang aku, kau, mereka pernah, sedang dan akan alami dalam bercinta...


bila aku memberikan contoh-contoh yang berat-berat, bukan bermakna aku nak kamu fikir yang tentang itu saja. bukan aku nak kamu fikir..ohh cinta boleh sebabkan seseorang itu bunuh diri, terjun tingkat, gagal dalam pelajaran, buang keluarga anak bini...itu contoh yang berat. yang selalu kau baca dalam surak khabar, tapi sila fikir guna mata hati...masalah-masalah kecil itu, yang seperti di atas tadi...


bukan juga aku nak kau cakap...'alah, mana-mana pun ada masalah..bukan cinta saja..tak bercinta, pun masalah juga.kalau tak nak masalah...tak payah hiduplah!!'. eh bukan aku yang tulis ni tak ada masalah langsung dalam hal-hal yang bukan cinta.ohh tak..bukan tu maksud aku kawan...banyak, sangat banyak masalahnya...tapi tolonglah faham bila aku cakap 'cinta itu masalah' kau fahami ia sebagai 'cinta itu yang masalah...'.ha...baru kau faham, kan?


dan aku juga menulis bukan untuk kau setuju angguk-angguk kepala dan kipas aku...bukan, tapi tolonglah jangan cepat menempelak. aku bukan tak nampak apa kebaikan cinta dari satu sudut tapi aku cakap ni dari pengalaman aku sendiri lah... aku bukan sekali dua gagal bercinta tapi dah masak sangat.malahan aku dah tengok sendiri sandiwara cinta di sekeliling aku...banyaklah, macam-macam ada, kalau nak cerita... dan aku agak, kau sendiri pun ada pengalaman yang sama, terutamanya melihat ia berlaku pada kawan-kawan, kan?


apapun, sejauh mana aku menekankan yang cinta itu masalah...keindahan dalam cinta itu tetap ada. bukan aku nafikan dan tak pernah pula aku tolak. macam aku cakap, dah banyak kali aku ni bercinta, gagal sebab aku sendiri, sebab pasangan, sebab faktor lain semua ada, tapi kemanisan kenangan dalam bercinta itu tetap bermain di ingatan. pasti bukan? itu juga yang sering diingat-ingat...itu juga yang sering terbayang dalam minda meskipun diri kini dalam episod cinta yang seterusnya. ohh itu masalah juga kan???grrrrr...T_T

...tettttt....(dah habis)


cerita lain:

nasib baik semalam hati sedikit senang...sebab apa, sebab sempat update satu jenis shawl kat mukabuku. tengok ni, cantik kan? (tapi kualiti gambar tak berapa okaylah....nanti nak kena update semula lah macam ni...)


shawl harmoni (meterial:net), RM12 ex postage

kalau nak tengok lagi, tengok sini... facebook cikbulanmengambangyangtaksohormana dan isi order anda di blogkedaicikbulang. nanti cik bulan update kat blogshop tu juga okay? harap-harap ia pun laku macam pisang panas macam yang sebelum ni juga... T_T



Bintang cakap:
cik bulan bukan trauma ya...cuma paranoid.grrrrrr....:P mungkin nasib andalah bila dia selalu cakap, 'arghh lelaki semua sama.' atau 'alah, ayat manis...tak payahlah..tak percaya'.hakhak.

Tahibintang pesan:
hentamlah nak hentam pun entry ni...cik bulan tak degil, tapi cik bulan ada pendapat sendiri, walaupun kadang-kadang cakap macam budak sekolah menengah...maaf ya...:)

7 comments:

Sheherazade said...

nape ni syg....willing to share?

NAZ said...

hahaha banyak lagi benda yang bermasalah jika mahu di canangkan :)

deqyalalink in-situ said...

wahh.. cinta takda la menyusahkan tapi kadang2 sesak juge nakk pikerr :p

Mat Sentap said...

kdg2 cinta itu mmg membawa masalah...tp kadang2 cinta tue membawa ketenangan...tp lbh membawa bnyk masalah dr ketenangan rsenya..hehe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nak shawl satu...
hehehe...
:)

Mrs. Q! said...

kesimpulannye:
rambut sama hitam hati lain-lain
hee :D

smlm kt bazar nmpk org pakai shawl net tu
dah sampai johor woh!

Anonymous said...

salam..

cerita pasal cinta tak pernah selesai....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)