Aug 26, 2010

kaulah calon isteri aku!

Mukaddimah:
bila aku menulis ini...bukan aku ingin cerita ini dicanang tapi hanya sekadar berpesan-pesanan dan saling memberi peringatan. mana yang baik jadikan teladan...yang tak baik jadikan sempadan. aku minta juga janganlah disensasikan... ini hanya sekadar luahan/cerita benar untuk tatapan dan renungan dan segala-galanya hanya Dia yang tahu....T_T




Senyum. bila aku membaca komen ini...yang paling tak tahan, tang lempang laju-laju tu, ha trademark kesukaan aku tu. baca komen itulah, baru aku teringat ada hutang yang masih belum diselesaikan. lupa, ya benar-benar lupa. aduhh, banyaknya janji yang telah diabaikan... banyaknya entry yang perlu disambung tapi tidak dihiraukan. bukan apa, semua kerana lupa, dan adakalanya bertangguh masa, lalu bila satu ditangguhkan, akan ada lagi yang menyusul, dan beratur, dan akhirnya bertangguh lagi. itulah manusia, bukan? T_T


terima kasih, buat yang masih membelek tulisan lalu yang tersenarai di sebelah. ya, ia bukan disenaraikan hanya untuk menghiasi barisan tepi blog, tapi tidak lain dan tidak bukan untuk dibaca, dan adakalanya dijadikan penduan. contohnya, entry yang berada dalam kumpulan tutorial, tips dan sharing. ohh maaf dulu, tajuknya tak seindah rupa, atau mungkin tutorial/tips yang diberi tidak sempurna. cik bulan akan berusaha, memperbaiki ia semula dari masa ke masa...insyaAllah. ini bukan janji, tapi hanya kata 'usaha'...dengan izin-Nya juga, itu pasti.


"tidak mahu berjanji lagi...kerana janji itu amanah, dan amanah itu berat...


berbalik kepada entry yang lalu... "inilah calon isteri aku..." | kau begitu sempurna --" yang aku tulis lama dulu... aku pun kadang-kadang mati kutu nak ulas balik. bukan senang, nak ulas benda-benda macam begini, silap-silap jadi macam entry semalam dan semalam dulu. apatah lagi dengan perasaan risau akan manusia-manusia yang menungu masa untuk menghentam. aduhh, cuak juga. eh, aku tak emosi bila tulis entry kedua tu, cuma bagi penekanan saja. jadi, aku rasa tak ada apa yang perlu aku perbetulkan di situ lagi...


cuma untuk entry terdahulu iaitu tajuk tadi, susah nak dihuraikan sambungannya kerana aku tahu di antara kita mempunyai pendapat masing-masing dan mungkin ianya berbeza.cuma biasanya, aku ni menulis dari pengalaman... secara puratanya aku bersetutu dengan pendapat kalian yang mengomen dulu... meskipun ada yang menulis komen hanya untuk menjawab persoalanan, tak pernah/pernah...dan ada juga yang berkata alangkah bestnya kalau pernah berlaku begitu... :)

"bila pertama kali saya melihat awak, dalam hati sudah terdetik...inilah calon isteri aku. sungguh sempurna segalanya..."

baik, aku menjawab soalan kamu satu-satu. jika persoalan yang bermain dalam kepala kamu, adakah itu pengalaman sendiri, ya... jawabnya. bukan sekali, tapi dua. dua ya kawan-kawan. ah, aku tahu kalau melihat aku, kamu mungkin akan cakap, tak ada istimewanya cik bulan hingga ada yang cakap macam tu, tu...(yelah, apa nak istimewanya, sebab aku bukan 'kanak-kanak istimewa' kan, hanya kanak-kanak normal biasa sejak lahir?grrrr) tapi kamu mesti juga percaya yang itu benar-benar terjadi, tapi persoalannya juga, boleh percaya ke kata-kata itu? eceh...cuba buat spekulasi lah pula, ye dak?


memang, aku ni manusia biasa macam kau orang juga. tak ada yang lebihnya dan tak ada lah lebih hebat dari abdul wahub, tak juga lagi kaya dari abdul wahab, (nada mesti sama dalam cerita tiga abdul ye kawan-kawan) cuma....entah, mungkin nasib kot. melalui perkara yang sama berkali-kali. kalau logik di akal kamulah, ada ke lelaki macam tu? dan ada ke peristiwa begitu... yang pertama kali saja kau tengok, kau dah boleh dapat rasa itu lah calon isteri aku! macam nak percaya dengan tak sama banyak je kan... itu kalau kau sebagai lelaki, cuba jadi pererempuan macam aku ni? tak ke tersedak, terkejut, terpana, atau tertakpercaya? atau dan-dan masa tu rasa biasa saja, macam alah, ayat manis lelaki... mana satu rasa hati kamu agaknya?


aku? baik, aku cerita dengan flownya ya peristiwa-peristiwa itu... kalau nak menyampah ke, silalah pergi dekat sampah sarap senang nak muntah ke apa kan. kalau nak menangis terharu sob sob sob tu, sila ambil tuala pegang siap-siap (over kau cik bulan.hehh) atau kalau rasa nak jealous, baik lupakan... tak ada maknanya nyah, sebab bila kamu baca sampai akhir, kamu bolehlah kata, cess, ayat manis tak boleh blah, time nak!benci, benci, benci, tak suka, tak suka! (,")



**********

kali pertama:
raya ketiga 2007, kira-kira tiga tahun yang lepas

menunggu di beranda rumah akan kedatangan seseorang yang berani, yang mungkin ikhlas dalam perkenalan. malamnya menelefon untuk berkenalan, dan esok ingin datang untuk bersemuka. melihat sendiri...sebab ajakan untuk keluar ditolak T_T.


resah menanti... seakan rupa apakah dia itu? mungkinkah seperti james bond, yang kelihatannya gagah perkasa atau seakan-akan faizal tahir, yang rock-rock gitu? tapi, mendengar tutur kata dan dari percakapan, gemersik suara, gaya budak nerd dan tahu macam-macam lagaknya. aduiii, matilah... kalau, dia mula mempersoalkan macam-macam. risau kalau ditanyanya isu semasa, Rancangan ekonomi negara, ataupun paling kurang pun bab-bab sejarah tingkatan enam.adehhh...lupakan, lupakan itu.


sabar menanti. akhirnya, ia menelefon bakal tiba dan sudah dekat dengan rumah. lalu aku menunggu, di beranda rumah. berbaju kurung biru... melontarkan senyum dari jauh.eh, yang berbaju kurung biru itu aku lah... dia berbaju kemeja lengkap, sebab raya ketiga katanya sudah bekerja. dia juga melemparkan senyum hinggalah ke tangga rumah. ku jemput naik... kuhidangkan minum dan makanan. ramah orangnya bercerita terutama dengan emak. tapi dalam hati aku, arghh, tidak suka. sebab? biarlah rahsia....


aku sudah ada yang melekat di hati, meskipun tidak begitu serius. tapi... bila ia menyatakan ayat ini, dari bibir seorang lelaki yang bagi aku tinggi imannya, tinggi ilmunya tentang agama, tinggi pekertinya (seawal perkenalan, lah ya...) lalu aku jadi tertarik hati. kenapa ya? tiba-tiba terlintas dalam hati, adakah itu jodoh aku? malahan dia seringkali ajak aku berfikir tentang pertemuan ini...

"safia...awak tahu tak, masa saya mula-mula sampai, kat parking kereta, dari jauh saya tengok awak, Allah indahnya ciptaan tuhan ni...saya dah terdetik, sah, inilah suri hidup aku... dan saya pun cakap kat ady, ady, nilah bakal/calon isteri abang dot dot dot"


ini budak itu masa umur 20 tahun, tahun 2007.
puas cari gambar hari raya 2007 tu, tak jumpa, pelik.
gambar ini sajalah untuk kutukan T_T


semakin hari, aku semakin dekat dengannya kerana beribu cara diambil untuk mencuri hati. susah nak dielak, tepis ke kiri, ia datang ke kanan, tepis ke kanan, ia datang ke kiri. malah, dalam sujud, dalam istikharah juga aku panjatkan memohon petunjuk. ya, hati makin dekat, dan rasa mungkin katanya 'benar'... keluarga juga terkejut, kata mereka, aku 'tidak suka' awalnya, tapi... sebagai manusia biasa, tidak ku dapat menghalang ombak yang datang bergelombang di jiwa ini tika itu.


tapi... jangan disangka, yang baik awalnya akan manis juga sampai akhirnya. jangan kawan. dulu, aku begitu naif, lekas mempercayai tiap yang dikata... perwarakan baik, sejuk hati melihat, jangan disangka itulah hakikat. kadang-kadnag aku pelik, bagaimana seseorang boleh menggunakan agamanya untuk menipu dan memalsukan diri? sanggup kah kita menjadi yang munafik, berpura-pura, apatah lagi, berlandaskan agama,dengan hadis dan ayat al-quran di bibir, untuk meyakinkan hati seorang gadis yang tika itu sungguh kagum pada anak muda yang sedari awal lagi sudah dilengkapi dengan ilmu sedemikian?


ya, aku kagum dengan dia. malahan hormat menebal hingga timbul rasa malu pada kejahilan diri. hingga dikata/dicerita apapun, aku percaya. meskipun kadangkala ia kurang masuk di akal, tapi fikirku, takkanlah seseorang yang digelar ustaz pada sesetengah orang itu sanggup menipu?boleh berbohong? aduuhhh, naifnya aku. bodohnya...aku lupa, dalam dunia ini kan, macam-macam orang ada. yang lidah bercabang, yang bertalam dua muka, yang baik di depan, jahat di belakang, yang macam astro-macam-macam ada...lupa tentang itu. tika itu, masih 20 tahun. aku lupa yang manusia sanggup memperalatkan agamanya untuk kepentingan diri.


pernah aku rasakan, bahawa Dia telah memberikan satu rahmat yang besar... yang aku seperti mendapat rezeki terpijak. yang diberi kepada orang yang langsung tidak layak seperti aku...yang aku rasakan, aku dan dia ibarat jauh panggang dari apa, ibarat gajah dan semut merah, ibarat kaca dengan permata. ibarat aku ini hanya mentimun... yang kalau bergolek pun luka, tak bergolek pun luka, tapi dia adalah durian, yang kalau apapun, dia adalah raja.


pelbagai cerita indah direka, pelbagai janji manis ditabur, pelbagai pembohongan dilakukan, pebagai cerita dongeng digubah. semuanya macam iya-iya saja, tapi hakikaknya, hampehh. habuk pun tarak. dan paling pahit, bukan saja dibohongi kita, tapi diperbodohkan juga keluarga kita... aduuhh, hormatnya kami pada dia, kerana anak muda yang lengkap ilmunya... rupa-rupanya ia hanyalah sandiwara belaka, tapi bila difikirkan-fikirkan balik, untuk apa? atau sebab aku pernah menolak?


kalau kalian membaca ini, apakah perasaan yang sedang bermain-main. ya, aku tidak menghalang kalian untuk jugde aku apa saja, atau mahu fikir apapun. atau mungkin menyatakan aku manusia bodoh, tolol atau apa sahaja yang sama label dengannya, katakanlah... tapi memang itulah hakikatnya, itulah yang terjadi... hingga satu masa, bila sudah tersedar, yang aku rasakan, menyesalnya aku kerana tertipu. ohh manis sungguh budi bicaranya, hebat sungguh babak lakonannya, hingga tertipu mata hati dan minda!. aduhhh..


mujur tuhan masih sayang... Allah sungguh baik denganku, memberikan aku petunjuk demi petunjuk. segala pembohongan dibuka satu persatu. hingga kini pun masih ada pembohongan yang bersisa, yang akhirnya sendiri terjawab meskipun ia bukan milik aku lagi. dan Dia telah membawa aku pergi jauh-jauh dari dia itu... sungguh, tidakku menyesal, meskipun kerana cinta pernah mekar mendalam untuknya meninggalkan seribu rindu di hati dan melekat kenangan di minda, tapi aku bersyukur, perasaan itu tidak terbawa-bawa. kerana aku sedar, yang aku tinggalkan ia bukan kerana aku, bukan kerana siapa-siapa, tapi kerana dia, yang memilih untuk menjadikan hubungan ini begini meskipun peluang beribu-ribu kuberi, maaf ku hulur bukan sekali, berharap berubah diri dan mengubah yang telah dirosakkan, tapi ia tetap memilih jalan yang begini...hendak kukatakan apa lagi?


akhirnya, yang dikatakan bakal suri, bakal jodoh, bakal isteri itu hilang melayang. mungkinkah dia manusia yang cepat terlupa akan apa yang pernah diucapkan? atau terlalu banyak sudah kata-kata manis ditabur kepada setiap wanita yang idkenali sehingga dia terlupa pada kata-katanya itu?


jadi, kalau kamu jadi aku... rugikah kalau tidak bertemu dengan lelaki yang menyatakan perkataan sebegitu? kalau kamu jadi aku, inginkah kamu bertemu lelaki yang menyatakan sebegitu, sekali lagi? ohh pasti tidak bukan???grrrrr...... (tetttt....habis T_T)


**********

kali kedua:
Jun 2010, kira-kira dua bulan yang lalu...

kalau tuhan telah mentakdirkan, itu jalanmu, maka itulah yang akan kamu lalui... sebagaimana serik pun, sebagaimana peritpun, sebagaimana trauma pun, bukan daya kita nak menghalang kuasa Ilahi. ye tak? jadi, itulah yang terjadi, sekali lagi. ya kawan-kawan, sekali lagi...


melihatkan ia, tidak kurasa apa perasaan pun. pertama kali bersua, bukan kerana pernah kenal atau apa-apa tapi kerana kerja yang menuntut pertemuan kami, beramai-ramai, aku temui dia. padaku, ia bukan siapa-siapa, cuma seorang lelaki, yang mungkin bakal meriuhkan suasana dalam pekerjaan ini.


tapi, tidak pada dia. mungkin aku adalah 'seseorang'. ohh sekali lagi ya... ini bukan kenyataan mahu kamu muntah-muntah, tapi aku hanya menceritakan kronologi hal yang terjadi. tapi benar atau tidak ucapan kata itu, jangan kamu analisiskan dulu, tunggu hingga ke akhir cerita, adakah itu benar bagai dikata atau masih serupa yang dulu, hanya ucapan bermanis muka untuk menarik satu rasa di hati?


dia berani, seperti yang terdahulu. dia pandai berbicara, seperti yang terdahulu. melawak, berjenaka, dan bersenda-gurau, aduh sama. persis sekali. lenggangnya... perwarakan, ala-ala ustaz juga, juga sama. jadi, kalau kamu di tempat aku, percayakah kamu? atau...ia mengingatkan kamu semula pada kenangan lama?


ya, itulah yang terjadi. mulanya ia tidak jelas, tapi bila ia ucapkan begini... tika itulah aku tersentak, terpana dan kaku. bukan kerana terperasan dengan ayat itu, tapi kenapakah ia bersikap sama seperti yang lalu? adakah Dia ingin menguji sekali lagi...? aku memandang ia dalam-dalam...bila ia bertanya:


pertama kali awak lihat saya, apa awak rasa? dan aku umpama manusia bodoh, yang ditanya soalan, makan coklat tu rasa manis sangat tak dan jawab, taklah, biasa saja. ha, begitulah jawabnya aku... macam tak ada apa-apa rasa bersalah ku jawab, "entah... saya tengok awak bla, bla, bla... biasa saja... cuma tertanya, siapa dia ni... ?itu jelah..." lalu dia pun bertanya, "taknak tahu apa pula saya rasa?" aku senyum. eh, tanya-tanya juga, "okay, ha...(gelak kecil), apa awak rasa?" dia senyum lalu menjawab....

"bila pertama kali saya melihat awak, dalam hati sudah terdetik...inilah calon isteri aku. sungguh sempurna segalanya..."

sama. sah sama. dan dia bla, bla, bla lagi... dalam masa yang sama aku memutar kenangan. aduhh, sekali lagi. apakah aku tak dapat lari dari lelaki yang manis mulutnya begini? atau memang itu takdir aku...? semakin hari pula sikap ditunjukkan sama dengan si yang pertama itu, tuturnya, jenakanya, budi biacaranya, hingga dalam hati cakap, "tak, bukan.itu hanya kata-kata manis.sila jangan percaya ya hati."


hinggalah berlaku satu tragedi. itu terbukti benar. benar yang aku duga atau mungkin tersilap faham, aku tidak pasti, tapi yang ternyata, ia bagiku tidak benar sama sekali. kenapa, bagaimana ia terbukti, cukuplah kami saja yang tahu atau mungkin aku yang tersilap faham pun, biarlah, aku pun tidak ingin memanjangkan lagi. cukuplah, apa yang aku tanggapi kerana aku tidak ingin dipermainkan lagi hanya sekali aku pernah disandiwarakan, bukan kali ini lagi... bukan.(tetttt....habis T_T)


**********

sewaktu aku menulis entry "inilah calon isteri aku..." | kau begitu sempurna --" tika tu, peristiwa itu sedang berlaku. tika tu aku termanggu-manggu jugalah dan entry tentang nama juga, iaitu entry kebetulan atau memang suratan | double S dalam kenangan...:| kerana aku berasakan sunggguh banyak kebetulan yang terjadi dalam hidup ini.malahan, ia berkait rapat dengan dua peristiwa ini...


sungguhpun begitu, aku sedar, yang kita ni sebagai hamba-Nya akan selalu diuji. ujian yang bagaimana itu saja yang kita tak tahu dan pastinya tiap dari kita akan diuji dengan cara yang berbeza-beza. macam aku, selain kesusahan hidup, bab jodoh adalah ujian yang paling besar merintangi hidup ini. yang anehnya, aku seringkali disuakan dengan beberapa orang (yang ditemukan oleh orang-orang tertentu yang sayang padaku. he...macam risau aku tak laku..hakhakhak), tapi ia tetap tidak menjadi-jadi. terbaru, selepas si dia dalam peristiwa kedua, aku dikenenkan lagi dengan seseorang yang mungkin aku boleh anggap sebagai hanya kawan baik/bapak paddle pop. hehh T_T.


sebab sumpah aku cakap, aku ni dah serik... bila berjumpa saja lelaki berkata-kata manis, aku dah mark, dia ni macam itu ini, tapi tak baik kan bersangka buruk pada orang, ye tak?. entah, kalau kamu jadi aku pun, setelah melalui dugaan-dugaan ini pasti berasakan yang sama. serik yang amat.... tapi aku bersyukur dengan dugaan itu sebab ia menjadikan aku semakin kuat untuk menghadapi pelbagai ragam orang kini. cuma jangan marah ye kamu-kamu (lelaki), kalau aku sering mengatakan ayat ini..'argh lelaki semua sama/itu ayat manis lelaki.../seperti biasa, lelaki pandainya berkata-kata...". jangan marah okay....:)


dan kerana dua peristiwa itu jugalah, aku telah hilang percaya kepada lelaki-lelaki berpewarakan 'ustaz'. maaf ya, aku sukar mempercayai lagi. cukuplah dengan hal-hal yang terjadi... kalaupun aku percaya, aku pasti akan beringat-ingat. sebab bagi aku, banyak yang aku jumpa, manis di depan saja... tapi hakikat? kamu fikirlah...


tapi hati kan, walau seserik manapun, aku takkan lari dari fitrah ketentuan-Nya, yang manusia itu hidupnya berpasang-pasangan, yang pastinya satu itu XY dan satu XX. jadi, aku pasti, akan tiba saat di mana ada lelaki yang akan memayungi aku dari rasa-rasa yang lalu. insyaAllah....


dan kamu, andai ada nasihat buatku, lontarkanlah. aku mengharapkan ia agar menjadi pedoman untuk hari esok dan seterusnya....last aku mohon, doakan aku, ketemu jodoh yang bersesuaian denganku, bersesuaian dengan mampuku, dengan diriku....:)


Bintang pesan:
wah, kamu memang hebat. hebat memeriahkan blog ini hingga hari ini cik bulan dapat BE lagi.ya, ada 10 sekarang sedang berjalan...:) terima kasih daun kayu ubi, esok-esok datang lagi, bawa trafik, bawa rezeki :) hakhakhak :)


Tahibintang cakap:
ini bukan sesi mendedahklan keburukan..cik bulan harap juga kamu tak tanya itu-itu tu siapa...tak perlulah ya, cuma yang dikongsikan, ialah pengalaman, semoga menjadi pedoman sebagai lelaki mahupun perempuan :)

Tahibulan celah:
eh, encik ibnu naim, sila jangan lempang saya laju-laju..sebab saya dah tulis pasal ini ya... atau nak saya lempang kamu laju-laju? hakhakhak :D

5 comments:

Sheherazade said...

ku keliru,ade sesuatu ni...

ku takut salah komen dan lempanng laju2,komen dulu..fuhh selamat hak2

Anonymous said...

adek linda knl x insan 2...huhuhuhu

cik fiza said...

jodoh tu kita tak tahu bila dan siapa..
sama seperti saya masih menanti huhuhu T_T

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

jamaica style eh???
smart gak kan..
:)

.::WaNiE::. said...

Soffya, panjangnya entry ni

Kecewa lah baca cerita ni

Kenapa ye? Sebab kecewa dengan perangai lelaki begini mungkin?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)