yang bestnya, setiap hari selepas kahwin, aku berasa yang eh, aku dah mengandung ke tak eh? hahaha. its sound so funny. tapi itulah hakikatnya... bukan ah gelojoh tapi very excited. excited sangat sebab aku memang NAKKKK sangat ada baby secepat mungkin. sebab aku fikir, aku dah 26 tahun. dan aku fikir, anak ni pengerat hubungan suami isteri. malah, bila ada anak, kehidupan kita akan lebih terisi, ye dop ayah-ayah dan ibu-ibu kat luar sana tu ??? :D
bercerita pasal pengalaman mula-mula disahkan hamil ni... haha, memang kelakar. sebab, aku awal-awal lagi dah buat pregnancy test padahal masa tu aku belum pun lewat datang period. tapi, disebabkan over excited kan... kot la, ada keajaiban, kandungan tu boleh disahkan walau beberapa hari, aku pun buat laa sesorang tanpa pengetahuan suami. konon ah, bila dah sah tu, nak cakap kat dia, " bang, supriseeee..." haha. tetapi, hasilnya mengecewakan. huuuu. tapi masih tak putus asa ni. sebabnya, mak aku cakap, kalau mengandung, rasa berdebar-debar , jantung tu laju je... aku rasa jugak la macam tu. tapi maksu aku kata, biasa ah tu, sebab perasan mengandung, tu yang rasa macam-macam rasa ada... wakakaka :D.
makin hari... hati aku makin kuat merasakan yang aku ni mengandung... sebab benda yang paling aku perasan ialah dah lama aku ni jarang menangis sebab perkara yang remeh macam sebab tengok cerita yang sedih-sedih kat tv kan... dulu, kalau tengok drama yang sedih sikit, banjir la jadinya. tapi lama dah tak macam tu... tapi sejak akhir-akhir tu, mak aihhh.... sikit-sikit je nangis tengok cite kat tv tu. aku pun rasa pelik ... semacam je ni peel. sebab hati aku sedikit keras dewasa ini disebabkan banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. hingga hal yang besar-besar pun aku jarang menangis, apatah lagi yang kecil. tu yang pelik tu bila sejak akhir-akhir tu hati aku mudah sangat tersentuh....
tapi lepas 5 hari lambat period, aku pun terus beli sekali lagi pregnancy test. masa tengok positif tu, aku rasa nak melompat time tu jugak . haha. masa tu hasben takde kat rumah. memang tak sabar gila nak tunggu dia balik ni.... nak cakap kat dia. tapi text dulu dia... "abg, cepatlah balik... i've a suprise for u !" saja, kasi panasss kan...
bila dia balik dan tengok benda tu, dia macam pelik. apa kejadahnya ini ? wakaka :D. hasben aku sangatlah naif... bila tengok senyum aku lain macam je, barulah dia faham... & elok pulak dia cakap, simpan ni tau, buat kenangan. benda pregnancy test tu buat kenangan jugak ke? hihi, layankan ajeee... ;P
kalau nak cerita benda kelakar pasal over excited sepanjang mengandung ni kan, memang banyak laaa..... yang pasal sedih, menyakitkan pun banyak... begitu banyak dugaan masa mengandung ni. dan aku berharap, dikurangkanlah kesakitan masa nak bersalin nanti. yang pasal dugaan ni, kita cerita dalam entry akan datang (berapa banyak nak cerita dalam entry akan datang daaa.. tapi tak cerita-cerita lagi.. wakaka :D sabauuu ajelah kekawan ye).
okey, nanti sambung lagi. ni dah hampir 3 bulan aku tak menulis kan? sebenarnya, aku ada lagi satu blog peribadi yang aku update dan ada entry kat sini aku taip tapi tak publish. nanti laaa... ada masa aku update lagi ye (=
eh, lupa nak cakap, selamat hari raya maaf zahir batin dari cik bulang & suami.=D
ini si gedix dengan encik sominye masa majlis bertandang.
(walau dah basi, tapi masih tetap berseri-seri wakaka :D)
bye, sayang selalu !
Assalamualaikum..... T________________T
No comments:
Post a Comment