Tiga hari tak masuk sekolah minggu ni... Isnin, ada test apa entah namanya yang berkaitan sakit gastrik hari hari tu kat HKL, so doktor kat situ bagi cuti. katanya, balik rehatlah... even test tu tak menyakitkan, tapi sebab beliau tengok bengkak kat pipi kemain lawo menaik tu kot, lalu dia rasa baik hati nak bagi aku MC tanpa diminta. Macih la doktor yang ingat aku masih single tu, tapi eh eh rupanya dah puan hakhak :P
Selasa dan Rabu pula bercuti lagi kerana diberi MC oleh doktor gigi. doktor gigi yang aku pergi jumpa masa hari Isnin tu macam sangatlah blur... siap search lagi dalam komputer dia macam mana nak rawat aku kot... pasal, aku mengandung. lepas tu, yang bermasalah sekarang ni ialah gigi bongsu. bila mengandung, itu tak boleh ini tak boleh. lalu, dia kata, kena cabut gigi tu tapi lepas deliver. means, lagi 5 bulan laaa.... then, tak boleh makan ubat 'kuat-kuat', hanya panadol sahaja. lalu diberi panadol dan antibiotik. gigi aku tu? langsung tidak dirawatnya.... pasrah. lalu pulang. diberi jugak ubat surut bengkak. emmmm....
Esoknya, selasa.. aku pergi lagi jumpa doktor gigi lain. sebab takkan la takde cara untuk redakan kesakitan aku walau sedikit tanpa makan ubat-ubatan tu. lalu, doktor ini lebih menyenangkan hati. sekilas air di kali, sudah tahu jantan betinanya.... ibarat jauhari juga yang mengenal manikam, begitulah perihal si doktor ini. dia cucikan bahagian yang sakit... dan cakap, 'girl, jangan telan air ni... relax girl...relax...sakit tak...?'. rasa comel dan lega hati la juga sebab doktor panggil girl, girl macam tu.... wakaka. doktor cakap lagi, kumur dengan air garam dengan kerap. aku cakap, dah selalu doktor. doktor tanya, air garam yang macam mana? bukan secukup rasa tau. hihi doktor gelak. hampehhh.... tapi hampehh hampehh doktor pun, dia bagi la aku MC dua hari, iaitu hari Selasa dan Rabu. mungkin sebab dia fikir, kalau pergi sekolah pun, rasanya ada je budak sekolah yang kena telan sakit-sakit gigi gini... huuu.
lalu hari ini, kerinduan pada sekolah dan kerja yang tertangguh sebabkan aku masih di sekolah jam ini. ye, masih. =)
No comments:
Post a Comment