Jun 12, 2010

Susahkah menulis entry di blog sendiri? Bahagian II



Berdasarkan respons dalam entry lepas (bahagian I) ramai yang cakap tak susah dan setuju dengan aku… sebab-sebabnya kita boleh tengok pada komen-komen pada entry bahagian I tu dan apa yang telah aku bebelkan dalam entry tersebut. Sekarang, aku nak tambah lagi sebab apa…



Bagi akulah, jika menulis blog adalah satu kegiatan mengarang… barulah ia menjadi sukar. Betul tak? Mengarang dan menulis mempunyai makna yang berbeza okay? Jadi, blogger mungkin penulis tapi bukan pengarang. Cuba fikirkan… contohnya, yang pertama, senangnya berblog ialah kau tak perlu mematuhi nahu, betul tak? Tulis guna ai (i), tidow, derr…. pun boleh, kan? Tak ada sesiapa marah pun kan? Tapi kalau mengarang, buat cara menulis lagu ni, confirm E…kan? Maksudnya di sini, ruang skop menulis lebih kecil dari mengarang, betul tak?



Menulis di blog pula bukan kegiatan mengarang, tapi tulis semula apa yang kita cakap. Betul tak? Sekarang pun aku tulis apa yang aku bebelkan, bukan satu idea yang bersarang… seolah-olah aku sedang bercakap dengan kau ada di depan. Tulis saja apa yang aku nak cakap, bukan gagasan idea yang sedang difikirkan… cumanya, aku lebih preferred menggunakan ejaan yang betul, bukan olok-olok, iaitu bukan ejaan yang macam kita cakap, kita sebut. Haha.

Olok-olok… maksudnya tulis suka-suka hati. Ada yang cakap, bahasa rempit. Tidur diejanya tidow, gitu diejanya gitew. dan banyak sangatlah yang pelik-peliknya (kalau masuk blog macam ni, mulut boleh jadi termuncung-muncung kalau membaca. Hehe) tapi kadang-kadang tersasul juga ‘saja’ pergi tulis ‘je’, atau ini pergi tulis ‘ini’ atau ‘kau orang’ tulis ‘korang’ (perlu tahu ye kalian, saya sangat mengelakkan hal-hal ini walaupun nahu saya kadang-kadang dilanggar dengan tanpa batasnya)



Sebab tu apa yang aku perhatikan, semua orang nak ada blog. Semua orang rajin nak menulis dengan tiba-tibanya… sedangkan masa sekolah dulu, dialah yang paling malas tulis karangan. asal cikgu suruh buat karangan je, haram… tulislah karangan sekontot ,mungkin atau seperenggan dua (Ni bukan semualah, tapi separuh besar, mungkin. Aku graduan pendidikan bahasa melayu, aku tahulah) Tapi bila berblog, mak aihh, berjela-jela, sedap pula dibaca.



Sebab apa? Sebab ia pandai bercakap… petah bercakap dan berblog, ialah menulis apa yang kau nak cakap, betul tak? Tulis semula. Itu lagi baik nak menggambarkan perbuatan kita-kita semua ni. Hehe. (anak murid aku pun ada yang ada blog. Aku suka baca blog mereka sebab blog mereka lebih best dari karangan yang mereka pernah hantar kat aku…  sebab best juga baca mereka merepek dan berjurnal dalam blog. Mengumpat aku pun ada.tak apa…tak apa…aku suka.jangan marah ar…)



Malah, tika berblog juga, yang kita gunakan ialah aku, saya , I, hamba…tapi masa menulis karangan kita tak pakai kata ganti nama diri tapi menulis dengan secara tidak individualisme, tidak bersifat ‘keakuan’ kan? Tidak merujuk kelompok tertentu, tapi secara umum sahaja, ye tak? Contohnya, “setiap orang mestilah… atau “bagi mengelakkan, penyakit H1N1 terus menular dalam kalangan masyarakat, dicadangkan setiap orang…” kita tak tulis secara personal iaitu “kamu semua mestilah…” atau “bagi mengelakkan, penyakit H1N1 terus menular dalam kalangan masyarakat, saya cadangkan kamu/kamu semua…” (kecuali karangan berformat syarahan/ceramah/surat kiriman tak rasmi)

Jadi, bila berblog… jangan kau harap mereka yang blog best tu… dapat A1 masa SPM. Begitu juga blog yang kau rasa tak berapa best yang follower cuma sekerat dua macam aku tak dapat A1 masa spm. Salah, okay? Hehe (tapi tka pula aku cakap aku dapat A1 dalam SPM. Bukan riak ye)

Tulis blog… sebab ia adalah hak masang-masing kan, jadi boleh tulis apa sahaja dan setiap orang juga ada prinsip masing-masing, begitu juga aku…perhatikan perubahan blog aku dari masa ke masa kerana bagi aku, mana yang aku fikirkan baik, aku akan betulkan, ubahkan… jadi, jangan pula kita gatal-gatal pergi persoalkan, eh “apasal kau asyik cakap pasal rangking alexa kau saja, dah tak ada idea ke?” atau “eh, entry kau ni tak ada mutu langsung…”. No no no… jangan, okay? Suka hati dialah, blog dia, kan? Kecuali ia ternyata bersalahan atau bertentangan…

Dan sekarang yang jadi lagi susah ialah… bagaimana nak berhenti menulis bila dah start membebel, eh? Masalah juga tu…Hehe. Itu masalah aku… aku tak reti nak buat entry pendek (masa di sekolah dulu pun, karangan aku selau panjang dan cikgu bahasa Melayu aku, Cikgu Asmadi, selalu puji… sebab mesti ada data/ fakta/contoh peristiwa dalam setiap perenggan. Hairan aku… macam mana aku boleh hafal data-data/statistik kemalangan jalan raya/penyakit keronik semua tu…atau aku hentam saja eh, ye dak? Huhu…dulu otak suci, bukan macam sekarang, berkarat.hehh)

Memang aku tak reti nak buat entry pendek. Aku rasa tak puas. Semua nak cakap… pasal itu, aku memang nak minta maaf banyak-banyak. Memang aku tak reti bebel sikit-sikit kecuali aku dah set awal-awal, entry ini mesti dua kerat saja, baru jadi entry pendek. jadi, janganlah tertekan bila singgah di sini… ayuh, apa lagi…mari kita sama-sama menulis dan menulis…

Ha, apa yang susahnya? tulis saja meskipun hanya sebaris ayat….



Cik bulan:
Satu ayat tu mesti panjang kan? mesti ayat majmuk bagai kan? :P Contohnya…
“saya minta maaf sebab dah lama tak update blog dan tak berblogwalking sebab saya berada di luar kawasan yang jauh dari  bekalan telekomunikasi sehingga menyukarkan saya untuk beronline, berblog dan berfacebook meskipun saya teringin benar nak melakukan semua aktiviti tersebut.” Hehe :)

3 comments:

.::WaNiE::. said...

karangan aku skolah2 dulu sokmo melebihi apa yg cikgu mintak ahaha

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

memang kadang2 sasau xleh online nieh...
hehehe...
;)

Sheherazade said...

suke dan cemburu xdpt menulis sebaik mu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)