Jun 10, 2010

Susahkah menulis entry di blog sendiri?

Pernah aku baca satu komen di blog embun, yang berbunyi… tuliskan apa sahaja walaupun satu ayat kerana blog adalah tempat untuk menulis apa sahaja, Cuma menjadi satu kesukaran bila semua nak menghasilkan entry yang mantap bila sibuk mengejar nuffnang, elexa dan page rangking. Begitulah lebih kurang bunyi komen itu…aku ingat secara overall saja. Kenapa boleh ingat? Sebab aku setuju sangat dengan yang mengomen. Sangat-sangat setuju.


Bagi aku…blog adalah hak milik. Tulislah apa sahaja asalkan tidak bersalahan. Lagipun dah kita namakan, ia catatan peribadi. Lainlah kalau kau memang dah mention ini adalah blog pendidikan, atau blog masak-memasak, maka janganlah kau pergi tulis pasal pukul berapa engkau bangun tidur, bila si Anne bercerai, atau kenapa kucing beranak empat? Yang ni sebetulnya salah sebab tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya…tidak kena sebab dan tujuannya…


Apabila kau dah mention blog kau blog pendidikan, selayaknya kau tulislah pasal dasar-dasar pendidikan, kenapa sistem pendidikan selalu berubah, PPSMI, formula-formula matematik, atau cara menghafal formula KIMIA dengan cepat, ye tak?  Begitulah apabila dah melabelkan blog pasal masak-memasak, kau sapulah semua resepi masakan yang ada, tulislah.  Begitu juga dengan tips-tips masakan untuk jadi sedap, petua nak jadikan masakan tahan lama, atau petua ikan tak hanyir pun boleh tulis. Dah memang niat kau begitu, ingin berkongsi pasal masak-memasak, kan?


Begitu juga aku…blog aku berbentuk peribadi dan bebas… dulu aku bertema “catatan dari hati” tapi sekarang “bicara dari bulan”… walaupun bunyi tak sama, tapi maksudnya sama saja, jadi…aku tulis apa sahaja. Bagi aku, tak susah nak menulis… idea aku memang banyak. Kadang-kadang tersadai kat draft saja sebab sibuk nak tulis pasal benda lain pula yang konon bagi aku lagi baik untuk di postkan… jadi, bagi aku memang tak susah :)


Cuma bila susahnya… bila nak megikut rentak semasa. Sebab semua nak mengejar nuffnang, alexa dan PR, kan? Jadi… blog perlulah ada yang membaca, kan? jadi... kenalah tulis entry yang mantap-mantap. Ah, tapi aku rasa entry aku tak mantap-mantap juga...hehh :P malahan, dulu, sebelum tahu semua ni (nuffnang, alexa, PR), aku rasa tak rumit nak berblog… aku rasa nak tulis saja, apa saja. tak ada yang baca pun tak apa, tapi yang penting ialah aku ADA BLOG dan boleh tulis apa yang aku nak tulis. Apa nak kisah, kan? 


kesimpulannya...tak susah nak menulis entry di blog sendiri...tapi bila nak mengejar nuffnang, Alexa, PR..tu yang jadi susah, kan? 

Jadi sekarang,  apa yang susahnya? tulis saja biarpun satu ayat….


cik bulan:
kenapa kau ada blog ya? untuk popular, untuk berkongsi, atau semata-mata untuk income sajakah?

11 comments:

Mak Su said...

maksu tulis apa2 jer yang terlintas di hati.... nak kata kejar sgt duit iklan, tak gaks, setakat dapat 50.00 setiap 5, 6 bulan tak ada apa nak dibanggakan...

anyway, have a nice day :)

Sheherazade said...

yg bermutu itu susah sayang,bagi ku :)

cik helena said...

sebab tu bila kite terlalu fikirkan pasal tu kite boleh jadi tertekan,asik terpikir..cube biarkan jek..nt bende tu smooth je..kan ke blog nih part time saja..

ardinihumaira said...

^__^ tulis apa sahaja.. betul tu pia

cik arnab said...

suka tulis benda yang terlintas dihati, moment yg rasa mcm kalau xtulis nanti lupa lak, so drpd bosan duk sesaja kat umah, lebih baik layan blog, tu pun cik bulan yg banyak ajar,,hehe

.::WaNiE::. said...

kerana blogging itu fun

huhuhu

aien said...

tulis je pape yg patut.. ngeee~
janji kita bahagia.. nuff tu sampingan jer.. (^__^)

aien said...

tulis je pape yg patut.. ngeee~
janji kita bahagia.. nuff tu sampingan jer.. (^__^)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aku menulis kerana kepuasan...
itu jew...
;)

deqyalalink in-situ said...

samola kitee pemalas jugak :p dulu ade buat blog ilmiah tapi tah malas sbb rase diri ni mcm x brapa nak ilmiah skrg :p

sugar2 kapas strawberry said...

btl tu kak bulan..kdg org sebok dok kejar nuff..sy xpeduli ngat sal nuff ni.sy hepi bila ad yg bc ape yg sy tulis.but nk hasilkn satu cerita mmg sush .hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)