Jun 11, 2010

my best friends engagement! | ena... congrats, dear!

 syarifah nurul aina (adik syarifah aini..hehe.just joking okay?)



Sabtu lalu, 29 Mei 2010.... Ena bertunang dengan pilihan hatinya, Rizal. Majlis diadakan seawal jam 11 pagi lagi...dan anehnya, aku tidak tahu majlis bermula seawal itu. Itupun last-last minute bila Mila yang bagitahu. Minggu itu kan suasana rumah begitu genting...atok masih terlantar sakit. Asyik fikir atok saja, sampai aku terlupa dah benda-benda lain.


Namun begitu, aku masih berkeinginan nak pergi ke majlis Ena. Dalam hati takut juga ada saudara-mara yang sound, eh...keadaan macam ni pun nak pergi bergembira juga? takut juga kalau ada yang kata macam tu...kan?


Iyelah, dia BFF yang selalu ada di majlis-majlis penting aku. Masa majlis merisik dia datang, begitu juga majlis bertunang. Aku rasa bersalah sangat kalau tak datang. Tapi dalam pada tu pun aku turut rasa bersalah sebab datang lambat. Adakah aku bukan kawan yang baik untuk seorang sahabat baik?


Harap Ena mengerti... keadaan aku. Biarpun genting, aku tetap juga berusaha datang ditemani adik, Azie dan BFF aku, encik syawadi. Kalau tak ada mereka, minta ampunlah... lagi lah tak dapat datang. Kampung atok dengan umah Ena jauh macam rumah aku dengan atok juga... dan siapa nak bawa aku? jadi, terima kasih banyak-banyak buat mereka.


Apapun, layan gambar-gambar pertunangan Ena yang aku curi dari Fb dia... :)


cantik tak pelamin dia....simple, dan cantik kan? tema hijau putih..sejuk mata memandang...:)



gambar aku dengan dia? tak ada. sebab aku sampai tu..dah petang. dah tukar baju pun... yang ada, ini saja...:)




dengan marjijah... bibik aku. eh, bukan. adik aku, budak putih :) 
aku tahu kau nak cakap dia putih dan aku hitam kan. ye, memang pun. :P


gambar si driver prihatin.. tiada :P


cik bulan:


ku pernah merasai saat-saat ini dulu, sekali. pernah dilayan bak puteri. rasanya tak ingin merasai lagi... :P

2 comments:

Peri PiA said...

oooo,si dia ade kah? :P

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bila la saat aku lak nieh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)