Jun 11, 2010

FBERITA : world cup, soffya cik bulan melaporkan untuk hotlink!

Eh, eh... bukan. hotlink hot ticket melaporkan untuk soffya cik bulan... tapi ala-ala pengacara TV3 la, dia cakap macam tu kan?kan? actually, aku tak tahu hot ticket tu apa sebab encik M bagi nombor top up tu dan suruh aku top up, tapi pakai *105# bukan *100# macam selalu tu... dan chek balancenya pakai *129# bukan *122# macam biasa. Kita akan dapat 120 minit masa berbual dan 300 SMS. Harga? Lupa pula nak tanya encik M..aku rasa RM10, ye tak?


Apapun, yang bestnya ialah... pakej sekali dengan FBERITA. free saja. bila kita top up tu ia akan terus aktifkan FBERITA tersebut. eleh, aku bukan minat bola sangat pun... (layan tu layan juga...bukan tak minat terus, tapi tak minat sangat) tapi, aku suka ambil tahu dan aku tak tahulah kenapa., yang pastinya tiap kali 'cawan dunia' berlangsung aku jadi gementar saja... sebab aku dah tengok dengan mata kepala aku sendiri bagaimana fenomena world cup ini menyerang dunia.


Bila duduk depan TV (konon-konon join sepupu dan bapa saudara tengok bola.konon saja lah....) hati aku gementar saja. aihh, aku bukan Ronaldinho yang perlu berdebar-debar masa Brazil masuk final empat tahun lepas... tapi, entah. mungkin sebab tu event besar dan ia mencetuskan fenomena ke seantero dunia, kan? Jadi, semua orang pun memang merasakan penangannya...


Bak kata, makan bola, mandi bola, tidur bola! suri rumah nak bengang banyak-banyak pun time ni lah... (teringat iklan Adibah Noor hidangkan bola bawah saji... memang lucu tak boleh blah!)


Malahan, empat tahun dulu aku suka kumpul kad topap celcom yang memaparkan team-team bola sepak dunia. lepastu, buat key chain. konon-kononlah... macam minat bola. Tapi jangan risau, aku bukan benci bola. kalau kau nak ajak aku tengok bola sama-sama dengan kau pun boleh, ajak sajalah aku tetap buat macam berpengetahuan tinggi pasal bola dan join kau sekali... okay?


Berbalik pasal FBERITA, ia akan salurkan berita terbaru tentang perkembangan world cup dari masa ke masa. kalau dia bagi berita tentang Robben, pemain belanda pun aku tak kisah sangat sebab aku tak kenal dia pun... tapi kalau kau yang minat bola gila-gila ni, bila FBERITA mesej kau..."Belanda masih pasukan pilihan untuk memenangi Piala Dunia buat kali pertama walaupun dengan ketiadaan Robben dalam perlawanan pertama"...mesti kau yang pro Belanda, senyum saja baca kan? kalau yang anti, mungkin hempas telefon dan-dan tu juga, ye tak?


jadi sekarang, nak langgan FBERITA ke tak? :)




cik bulan:


Maxis, confirm sale kau bertambah lepas ni... sila bayar aku untuk pengehebohan ini... :P

Eh, kalau kau tak nak langgan pun tak apa. aku akan melaporkan dari masa ke masa.... satu hari mungkin ada 2-3 berita. peminat bola boleh ebrterima kasih kepada kebaikan hati aku sejak dia menjak ni :P

6 comments:

NAZ said...

hahaa sangat canggih

Sheherazade said...

En M

Meksis :P

sugar2 kapas strawberry said...

sy nk blaja tgk bola la mulai sekarang.hihi

Cik Akma said...

hehh hehh tak minat bolaa. lalalaa :P

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

mekaseh...

xMINAT BOLA said...

Macam mana nak unsubscribe FBERITA news ni aa.. aduhh.. sms nye dah penuh bah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)