Apr 25, 2010

The Loser : hebat | buat saya berangan nak jadi macam lara croft

selamat hari ahad malam.berita filem jam suku pukul 9 dari soffya86.blogspot... :D


okay,tadi tak berblog sebab pergi tengok cerita ni. dan tak ada phone blackberry macam wanie nak update terus.hehh.asalnya tak terniat pun nak tengok filem ni.asal nak tengok semerah cinta stileto (SCS) tapi oleh sebab pergi bukan dengan pasangan bercinta, fikir2 rasa feel tak sampai kalau tengok cerita cinta tu.so, elok layan cerita aksi lagi best, kan? (isk3, tapi ada pulak babak yang betul2 18sx pulak dalam cerita...)



tengok cerita ni kat e@curve.bukan dengan teman bersosial sekepala iaitu encik M, tapi dengan skandal kawan-kawan tak berapa sekepala.huhh, layan jelah...nasib cerita aksi, saya pun berangan macam asha tu.terfikir, fuhh kan seksi kalau kurus keding macam dia..wakaka...:D



mula-mula saya tidur dulu.memang, kalau tengok wayang je, asyik tidur je.start-start tu dah tidur,hebat tak?yang tak tahan tu, time iklan mula2 filem nak start tu dah tidur.boleh ke?ada ke orang macam ni?sabar jelah....ni filem yang kelima rasanya saya tidur masa tengok.haha.bengang je teman sebelah.tapi ada aku kesah?hehh :D



tapi bila sampai part yang dorang dah selamatkan budak-budak tu,saya bangun.woohhh, sedap jugak.saya pun celik mata dan layan dengan penuh emosi.tahu lah saya,kalau tengok filem aksi, penuh penghayatan. macam tengok evolusi KL drift 2 jugak.tangan, kaki, mulut semua ikut teruja.haha.



okay, ni sedikit sebanyak tentang The Loser.series, tak rugi beli tiket filem ni.berbaloi-baloi...:)



filem ini arahan Sylvain White dan dibintangi pelakon-pelakon seperti Jeffrey Dean Morgan sebagai Franklin Clay, Zoe Saldana (Aisha al-Fadhil) dan Chris Evans (Jake Jensen), Idris Elba (William Roque), Columbus Short (Linwood Porteous), Oscar Jaenada (Carlos Alvarez) dan Jason Patric (Max). filem ini asalnya diilhamkan dari komik Vertigo dan ditulis oleh Andy Giggle. 

 

The Losers mengisahkan lima ahli kumpulan skuad elit iaitu Special Force, dari Amerika Syarikat yang awalnya dihantar melunaskan satu misi khas di hutan belantara Bolivia. Anggota itu, Clay, Jensen, Roque, Pooch dan Cougar, kemudian mendapati mereka menjadi mangsa pihak dalaman yang belot selain berdepan dengan musuh yang dikenali sebagai Max.



Mereka cuba mencari penyelesaian dan bagaimana dikhianati dan dianggap pengkhianat negara. Pada masa sama, mereka mahu membawa perkara itu ke muka pengadilan, tetapi perlu bertindak dengan tangkas dan bijak membersihkan nama buruk. Begitupun, lebih penting, mereka perlu menyelamatkan diri sendiri terlebih dulu sebelum dimusnahkan oleh Max. Dengan hakikat mereka sudah 'mati', kumpulan itu yang terpaksa menyamar dan menamakan diri mereka sebagai The Losers, kemudian mendapat bantuan seorang wanita misteri, Aisha, yang mempunyai agenda tersendiri.



The Losers perlu bertindak segera menyelamatkan dunia daripada kerakusan Max yang memasang perangkap yang sangat berbahaya.



Bagi pihak produksi, karakter The Losers sangat menarik. Mereka bukanlah superhero, tetapi manusi biasa yang bijak dan tangkas. Produksi filem ini bermula sekitar 2007. Penggambarannya bermula di Miami, Florida dan Puerto Rico pada Julai tahun lalu. Kebanyakan babak filem berkenaan mengambil latar Brickell, Downtown Miami, Midtown Miami, Port of Miami dan South Beach dan Adrienne Arsht Center. The Losers diterbitkan oleh Joel Silver, Akica Goldsman dan Kerry Foster. Ia edaran Warner Bros.


(sumber:harian metro)


p/s:jangan ajak saya tengok wayang, mesti sakit hati sebab saya selalu tidur...tapi cerita kelakar, takpe..hehe

p/s/s:tak tahu sampai tak hajat nak tengok SCS esok.kalau encik M mungkin janji, saya hantuk kepala dia laju-laju.tapi mesti feel tak sampai tengok dengan beliau, sebab dia tu kan mangkuk....mesti dia pun tidur..haha.

3 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

cm best je cite nih.
tp terugn la nk tgk cite ape tuh..stileto??ngn kl drift..huhuhu
ad cite hantu top x skang ni??

.::WaNiE::. said...

ehh pelik gak belum start dah tido?? hahaha

ehh bukan blackberry saja la,apa2 hp yg boleh sent email boleh jek update blog :p

Sheherazade said...

hehe :P,cerita orang putih

ku ingt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)