entahlah, kalau kamu tanya aku mestilah aku akan jawab gaya pakar kaunseling yang memberi sesi khidmat nasihat kepada pasangan yang datang merujuknya...kan? tapi sebagai penasihat, aku boleh bagitahu kamu semua tu pun, nasihat macam-macam, tapi yang melaluinya adalah kamu...kan? yang merasainya hanya kamu dan berat sakitnya kamu saja yang menanggungnya.
jadi, adalah tidak wajar di sini aku berlagak pakar seperti pakar sakit puan yang arif segala pasal keperempuanan, tapi cukuplah aku bercakap sebagai seorang manusia biasa, seorang perempuan, seorang cewek yang pernah
ohh kamu, aku tidak tahu siapakah gerangan kamu yang bertanya itu..adakah kamu orang yang sama yang menuliskan komen ini...??? pada entry aku yang berbunyi begini Pertunangan lalu | Bahagiakah bila berpisah?
komen si dia
aku agaklah dia ni baru frust putus cinta.ni bukan biasa-biasa punya frust (kecewa) ni, tapi tertonggeng punya ni. seperti yang dikatakan, telah bercinta dari tahun 6 hingga dewasa. fuhh, lama tu bhai. kita yang bercinta dua tiga tahun pun terasa perit nak menanggung bila putus cinta, apatah lagi dia, kan?? aku faham sangat perasaan dia ni... yang ku harap, dia kuat dan bersabar. jangan sesekali ambil jalan tengah ye kawan...
hati pecah. frust
baik, apa nak buat bila berpisah? kalau ditanyanya aku... aku tak boleh cakap direct apa yang aku buat sebab kisah percintaan tu memang berbeza-beza kan? adakalanya kita putus sebab kita memang dah tak cintai dia lagi, atau kita putus sebab dia yang tak mahu kita lagi, atau dia curang, atau dia ada pilihan lain, atau cinta terhalang, kan?
cuma, masa putus tunang, amat beza dari putus cinta sebab ia melibatkan keluarga, ye tak? takkan sama rasanya bila putus cinta meskipun percintaan kau diketahui keluarga, sebab ia belum diikat dengan apa-apa. bila bertunang, yang nak kena fikir, keluarga dulu bila nak ambil keputusan apa-apa. contohnya, aku. dilema sungguh... keluarga belah aku okay, tapi keluarga dia?
lagipun bila dah berikatan, hubungan kita dah baik sangat, dah rapat sangat sebagai satu keluarga. selalu ada apa-apa, masalah ke... boleh bincang sama-sama. jadi, semua tu akan meninggalkan ingatan yang mendalam dalam diri kita. apatah lagi hubungan adik beradik ni. adik beradik dia dah macam adik beradik kita. makan sekali, keluar sama-sama. begitu juga dengan mak bapak dia. tuut tuut...berpisah. beratnya rasa...jadi, apa nak buat??
jika kau fikir ia berat bagimu, ingatlah ini...
apa yang aku buat dulu ialah...pertama, aku fikir pasti ada hikmah disebalik tiap yang berlaku. mungkin orang melihat aku okay, dan aku cakap, ye saya okay,tak ada apa-apa pun...tapi dalam hati tuhan saja yang tahu. dah lama kita bersama dengan dia, tup tup dia bukan lagi siapa-siapa pada kita. sekelip mata semua tu berubah. ohh kalau hati tak kuat, kalau tak ingat akan itu adalah ketentuan Allah, macam-macam boleh jadi. life memang tak sama.
semangat tu memang hilang...tapi fikir, perpisahan tu pasti ada hikmahnya. yakin. mesti yakin. jadi, selalulah minta pertolongan Dia. kan Dia tahu segala-galanya. mengadu saja pada Dia, kerana mengadu kepada manusia pun tak sama tenteramnya jiwa bila mengadu kepada Dia.ye tak? jadi, banyakkan dekatkan diri dengan Dia. kadang-kadang aku rasa kosong sangat...jadi bila bersama Dia, aku ambil peluang mengadu macam-macam, luahkan perasaan dan menangis dengan semahu-mahunya. kadang-kadang, bila dah mengaji pun, mata berbuku-buku dengan air mata...
ingat kata-kata ini...
ohh bila sebut saja lelaki, memang dah ditetapkan Allah dan memang azali lagi kita ni memang akan bertarikan dengan sesuatu yang berlawanan, betul tak? dan memang sebab itulah, bila kita punya dua rakan baik, perempuan adalah kawan yang akan selalu mendengar dan lelaki pula adalah rakan yang akan menghiburkan hati. mungkin dia tak boleh/sukar menjadi sebaik-baik pendengar, tapi pastinya boleh menghiburkan hati. sebelum terlupa, aku ni memang sangat sukakan lawak jenaka, hiburan macam nyanyian dan bersukan, jadi aku perlukan teman dalam aktiviti-aktiviti ni supaya aku tak terasa bosan dan selalu ingat apa yang lepas-lepas.
selalu bersemangat!
yelah, dulu ada dia, sekurang-kurang pun kita boleh cakap, 'awak, saya penat...macam give up je nak...bla, bla, bla...' pasti dia akan cakap, 'ala..sabar ye...nanti..bla, bla, bla...'.maksudnya, bila kita penat dan berputus asa dengan sesuatu akan ada orang yang tolong ingatkan dan sabarkan, bagi motivasi.eceh..banyaklah motibasi kau ye..ha, macam tu lah bila ada seseorang. jadi, sekarang ni bila tak ada seseorang, maka kita harus merangsang diri kita sendiri. kita yang harus motivasi diri kita sendiri. apa cara sekalipun, kita harus pastikan diri kita jangan sesekali putus asa.
macam aku...aku bersyukur sangat, rahmat Allah tidak putus. bila Dia menarik seseorang dari aku, Dia gantikan seseorang yang lain dengan cepat even dia hanya seorang kawan. tak tahu nak cakap macam mana, tapi dia sangat membakar semangat aku. bila aku jatuh, dia akan torture aku, dan buat macam-macam termasuk pernah cakap aku 'bodoh' bila aku masih mengingati lelaki yang selalu buat aku menangis dulu. mungkin aku jenis yang cepat termotivasi sebab tu bila kena torture apa-apa, aku akan cepat bangkit... aku pun akan belasah diri aku sendiri kalau aku banyak menangis. sayangilah airmata oii...buat apa dikenang lagi..??? itu yang aku selalu cakap ada diri sendiri.
selalu positif!
begitu juga fikiran kau. tak perlulah kau nak fikir bukan-bukan tentang perbuatan dia selepas tu. asal dia tunjuk itu ini, kau cakap ohh dia gilakan kau. atau ohh dia saja tunjuk girlfriend baru konon-konon nak bagi kau jelous atau ohh dia saja je post status macam tu kat FB nak tuju kat kau nak bagi kau sakit hati. jangan ye kawan-kawan.itu hanya makin menyakitkan diri kau sendiri. makin akan buat kau terluka dan terseksa, jadi, ignorekan saja diri dia. biarkan dia dengan dunianya even 100 kali dia nak tukar status di Fb dia, jangan pedulikan...lantaklah, kan.
okay, banyak lagi nak cakap..banyak lagi yang perlu buat bila berpisah... nanti aku sambung lagi. apapun, kepada dia yang mencari apa nak buat bila berpisah tu...andai kamu dalam kesusahan hati sekarang, dalam kekecewaan yang amat...fikirlah bahawa kamu tidak keseorangan...dan aku, yang mungkin bukan siapa-siapa bagi kamu, turut faham apa yang kamu rasai...moga kamu selalu berada dalam rahmat Allah hendaknya....:]
apapun, maaf jika tips ini tak banyak membantu sebab aku hanya berkongsi pengalaman diri... kawan, semoga kita semua terus diberikan kekuatan .....:]
#Repost ; ENTRY LAMA.
No comments:
Post a Comment