kadangkala kita ada membenci seseorang itu kerana sesuatu yang amat buruk telah dia lakukan pada kita. tapi kadangkala, orang itu jugaklah yang menjadi terbaik dalam apa jua hal pun. malah, sukar untuk kita melupakan benda baik orang yang orang buat pada kita, even yang dia sakitkan kita lagi teruk dari benda baik yang dia buat pada kita tu. pelik kan?
tapi itulah... bila kita fikirkan kebaikan orang melebihi keburukan yang pernah dia lakukan, itu yang menjadikan kita mudah untuk memaafkan, melupakan dan jauh dari perasaan berdendam. bukankan itu lebih baik? tapi ada sesetengah side pulak, ia mungkin tidak bagus. sebabnya, orang yang sering dimaafkan akan seringkali mengulangi kesilapan dan kejahatannya pada kita, kerana tahu hati kita amat rapuh serta mudah memaafkan dan melupakan. bukan?
tapi takpe... tak rugi pun kalau kita menelan apa jua kesakitan itu dengan hati yang tenang dan dalam senyum. kerana, mungkin hari ini kita yang berada di pihak yang memaafkan, dan mungkin esok lusa kita pula yang menjadi pihak yang bersalah. orang lain pulak akan memafkan kita dengan mudah, ye tak?
apapun, cubalah menyukai sesuatu yang telah menyakiti hati kita. meskipun, ketika melaluinya, pahit sangat kita rasakan. pedih hingga menusuk ke jantung. takpe... sebab mungkin sesuatu itu jugaklah yang menyebabkan kita menjadi semakin kuat dan menjadi lebih dewasa. kan?
#entry lepas... DENDAM
#percaya... pasti ada hikmah di sebalik yang terjadi...insyaAllah...
No comments:
Post a Comment