Dendam
bila log in fb, benda yang first kita tengok, tentulah home kan. tengok update kawan-kawan kan... dan hari ni, terasa suka pulak dengan wall post si datin najahIylia ni. really agreed. aku sendiri pun kadang-kadang tak faham, kenapa dalam hidup mesti ada dendam. even kita marah sekalipun pada orang yang menganiyai diri kita, tak perlulah berdendam. yakin saja pada janji-janji Allah kan...
ala, orang yang buat kita pun, hidup tak sesenang atau sebahagia mana pun kan... itu dah cukup membuktikan, apa yang dia buat pada orang akan dapatlah balik. takkan kita nak jadi serupa dia? kalau kita buat kat dia pulak sebagai balas dendam, nanti kita pulak dapat balik. tak habis sampai kesudahnyalah dendam tu...
lagipun tak syok la, kalau hidup penuh dengan dendam. hati kita sendiri tak senang. sama lah macam aku, bila marah, kita akan makin ingat tau pada orang yang buat kita. tapi, kalau kita redha aje, dan memaafkan, kita mesti rasa lega sangat. ala, bahagian masing-masing tu ada kan. even kita sakit sekarang, kita senang kemudian ye tak? kita bahagia dan gembira kemudian kan?
mungkin dengan membalas dendam, hati akan puas. tapi sejauh mana kepuasan hati tu? sampai bila lah sangat benda tu? contohlah, kalau kita dendam dengan orang, nak balas kita punya sakit hati, kita pun usaha macam-macam untuk meruntuhkan kebahagiaan dia, dan benda tu pun jadi lah macam kita nak. apa kita dapat? setakat puas hati je? lega dapat merosakkan kebahagiaan orang? lepas tu boleh ke kita hidup senang atas apa yang telah kita rosakkan tu?
kita ni manusia hidup. ada akal... kalau ikut perasaan marah dan tak puas hati tu, macam-macam boleh jadi. tapi fikir, hidup ni panjang lagi. nak kita lalui. kalau kita pernah gagal dan kecewa, tak semestinya selamanya macam tu. so, jangan jadikan orang lain sebagai mangsa untuk membalas ketidakpuasan hati. meskipun kita disakiti, ingat itu ujian yang telah Allah beri. cuma caranya, kita dapat kekecewaan tu melalui manusia. pasti ada hikmah disebaliknya nanti.... insyaAllah...
Ingat ni...
"Kamu
tau tak kalau kita balas apa kehendak hati kita pada orang yang buat
buruk pada kita, dalam darah kita ada iblis tau. Itu berdendam namanya. zuriat kita perlu bersih dari semua niat buruk tu, zikir dan solat
sentiasa itu meningkatkan kesabaran dan Allah redha niat baik kita untuk
berdiam. Satu hari mereka akan tersedar sendiri"- Ibu NajahIylia
#yang membezakan manusia dengan manusia yang lain ialah hati itulah. mungkin kita ni manusia biasa, penuh kekhilafan, tapi sebenarnya kita punya hati yang sangat bersih... mungkin. itu juga sebabnya yang menjadikan kita ini manusia yang boleh disayangi atau tidak, dicintai atau tidak...
No comments:
Post a Comment