wali band, semua orang kenal kan..lagu-lagu dia memang layan, lepas je cari jodoh, gempak pula dengan lagu-lagu menyentuh hati nurani. aku turut join sekali dulu-dulu masa start je famous, sebab mereka ni... k.pah, anis, abang azrul dan k.ely dah download dan aku pun mendengar dengan sepenuh hati juga.
fenomena menyerang habis lebih kurang bulan 11, 12 hari tu kan...sampai kami kalau naik kereta, wali band. melepak di rumah, wali band. pendek kata mana-mana ada radio, di situ ada wali band. cuma kami belum lah jadi wali mana-mana pengantin setakat ni.
bila dah selalu mendengar, memang hafal lah kan...cakap, lagu apa tak hafal...satu album okay, ulang, satu album. harga diri? baik-baik sayang? adinda? semua ingat... menjerit-jerit dalam kereta nyanyi ha...tapi, banyak-banyak lagu, paling bagi feel ialah lagu 'harga diri'.
part ni...
"bila kamu tak lagi denganku..tak ada apa tuk jalani hidupku....
bila memang kau, pergi dariku...tak ada lagi di dunia ini....
bukan ku tak punya harga diri...tapi dirimu begitu bererti...
kaulah nafasku...engkau harga diriku...
mengerti aku..."
jadi ini kisah pokoknya...masa fenomena ini melanda... aku dengan bekas tunang lagi. kami pun layan sama-sama juga. kalau melepak ramai-ramai, pun layan sama-sama juga. ha, tadi aku cakap ini bukan kisah wali band, jadi aku nak bagitahulah, sebab kenapa ia bukan kisah wali band...
sebab wali band tetap wali band. kalau lagu dia menyentuh sentuh tak sentuh pun, ia tetap top dan tetap menyanyi dan terus menyanyi kan...tapi ini kisah aku dan lagu-lagu itu...sekarang, dah tak boleh layan, dan nyanyi lagu-lagu wali band yang slow-slow, mesti nak ingat si dia.haihh, kacau. apatah lagi, sebelum dia menyepikan diri hingga kini, dia tinggalkan aku dengan bingkisan lagu...
"harga diri"
sekarang, agak-agak kalau kau jadi aku, bila dengar lagu tu ingat dia tak??? jadi, macam tajuk, kesimpulannya, memang ini bukan kisah wali band.... :]
Notabulan:
memang besar penangan sesebuah lagu...sebab tu kakakku layan je bila dengar lagu 'puaskah?' :)
Notabintang:
agak-agak aku ni jenis jiwang terlebih ke tak? atau itu memang normal?
Notatahibintang:
apa lagu yang menyentuh hati kau orang sangat-sangat, boleh bagitahu?yang ada sentimental value?
7 comments:
ouh
artis indon ini mm hawt skrg
tp tak berjaya memikat hatiku
hee :D
xsuke btl bila dgr lagu tiba2 igt si dia..npk sgt 100% blom buang dia lagi dr ingatan.
EMM NTAHLAH CIK BULAN..LAYAN AJELAH..!
tak suka wali band.
ade lagu wali band aku layan...
;)
jiran dni suka pasang kuat2 lagu wali band. yang sama lak tu... adoyaiii
lagu memang punya pengaruh yg kuat
adik akak suke lagu Puaskah
Post a Comment