Jul 15, 2010

dia tak dirogol. nasib dia baik | nasib ke?

masih ingat entry  "kenapa awak tak rogol saya?" tanya si perempuan kepada si lelaki ini?


bila aku ceritakan kepada seorang teman, dia cakap, aah, nasib baik dia tak kena rogol macam perempuan lepas dia tu. telan air liur aku... sama ada maksud aku tak sampai, atau teknik naratif aku tak berjaya, aku pun tak pasti. tapi, aku dah sedaya upaya ceritakan jalan ceritanya tu...


the point is, aku nak ceritakan kelebihan ayat kursi tu, dan betapa besarnya hikmah dia membaca ayat kursi hingga menjauhkan dia dari mala petaka tika tu....kan?  bukan kerana nasib baik semata-mata...tapi kerana ia telah meletakkan ssuatu ditempatnya, iaitu mengamalkan sesuatu yang patut dibuat tika dalam keadaan begitu, dan bukannya bergantung kepada nasib semata-mata, kan?


dan ini kisah aku dengan ayat kursi....betapa besar kuasa-Mu ya Rabb....Allahuakhbar!


satu pagi, jam 3/4 pagi di perhentian stesen bas tanjung Malim.

telefon mati. pekan pun mati. tak ada astu makluk pun dalam kepekatan malam tu. macam mana? nak di call teksi masa dalam bas lagi sebelum sampai, telefon mati. sampainya, telefon guna public phone tika di stesen bas. nombor telefon lupa. nasib ingat nombor telefon kawan. kawan pun tolong telefonkan. nasib memang dari awal lagi berjanji.


menunggu. cemas. tuhan saja yang tahu kawan...detik dan saat tu...seperti menunggu detik mati.  nafas seperti dihujung nyawa. telan air liur pun berat. apa aku buat? tak lain tak bukan, baca ayat kursi sampai tak tahu berapa kali aku ulang. bibir kering mengulang ayat yang sama. tak henti-henti.


bila nampak cahaya kereta, aku sembunyi di belakang tiang. harap mereka tak nampak aku. harap sangat. takut pada malam dah tak ada time tu. tapi takut, cemas jika... ada manusia datang dan terfikir, kalau nanti aku hilang dari dunia nyata kerana kerakusan manusia. astagfirullahalazim.... jauh-jauhkanlah....


Allah menduga. tiba-tiba ada kereta meluru masuk. jantung macam terhenti. aku tahu, itu bukan kereta abang fendy, si pemandu teksi yang kami kenali. bukan. apa nak buat ni? macam mana dia boleh nampak aku? aku serebehkan diri. jangan takut, pesan dalam hati.


mereka datang. penuh lelaki satu kereta. ,mereka menegur. aku pucat, tapi aku tak berpaling. aku diam, buat-buat bodoh. tegur lagi dan mengusik. aku memandang tajam dalam sepi. dalam hati, harap mereka fikir, aku ni hantu. tapi aku hantu yang pandai baca ayat kursi, lalu aku baca lagi dan lagi...


dan dengan kuasa Allah, mereka pun pergi......jauh dan semakin jauh..... lega sekejap. nampak lagi cahaya kereta, aku bersembunyi. dan akhirnya, abang fendy tiba...lega.


masuk kereta, empat bakul abang fendy membebel. ye, aku harus mendengar dan aku tahu salah aku.. careless. lupa nak cas telefon. itu memang kelemahan aku sangat... aku kadang-kadang terlupa yang aku ni ada telefon. hingga selalu ada yang sound, campak je telefon tu ke laut..ye, mengaku, salah aku.


sayang,
itulah syafaat ayat kursi. kalau kau fikir betul-betul, mesti kau akan faham...


lagi satu pengalaman, next entry ye...:) moga cerita aku ni memberi iktibar kepada kita semua, ye... beringat. sama ada cerita tentang ayat kursi dan telefon bimbit tu, jangan careless ye?


Notabulan:
i. jangan hadiahkan aku telefon bimbit, kalau ia bukan yang cangih-manggih.hakhak
ii. tak mestinya harus jadi ustazah baru boleh tulis entry macam ni....ye kawan...


[kongsikan ini ye kawan...]

5 comments:

Sheherazade said...

ku akan membebel 10 bakul

jgn buat lagi,sesak nfs ku bace ni

p/s-kadang2,diri ku juge lupe ade hp nge~ :P.mcm mane nak bertelefon mahal heh..sedekah je kat org jumpe nti

redzwanie redzmann said...

stuju dgn yg last..
x semestinya ustazah bru tls entry cm nie..=)
kite as manusia kne slalu bepesan kan..=)

Anonymous said...

pekan tg mlim mmg tido awl..hati2 dik..siang2 pun org boleh pukau..akak dah lame idup di sana :)

mak_ngoh_selamoh said...

dulu..mak ngoh takut berada di pekan tanjung malim selepas pukul 7 malam. menakutkan. Kalau keluar malam gak, hanya di sekitar taman u

sugar2 kapas strawberry said...

ngeeeeeee....

bgs utk peringatan,
Allah itu maha besar,maha agung,maha kuasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)