Oct 15, 2013

Rindu Seorang Emak .

Beberapa hari lepas, emak call.
Ada tangisnya.
Dia menyatakan rindu.

Aku benar-benar kenal dia.
Jarang dia menangis utk hal-hal yang kecil.
Dan bila dia menangis,
Aku tahu, dia memang benar-benar memaksudkannya.

Namun dalam tersekat-sekat suara,
Dia menyatakan yang dia memahami.

Hanya cuma,
Ingin menyatakan rindu,
Benar-benar rindu.

Ya Allah,
Berdosakah aku,
Bila di sini, aku tidak lagi berfungsi hanya sebagai anak,
Tetapi juga sebagai ibu, sebagai isteri.

Yang mana aku mengerti,
Amat mengerti,
Yang keutamaan isteri itu adalah suami, serta ibu bapanya suami?



****************
Dan,
Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui,
Apa di hati ini,
Saat ini.





-IKLAN-


Jom ushar sini utk pelbagai produk menarik Perempuan. Lelaki pon boleh juga :)




Tqvm everyone :) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)