Dec 27, 2011

Demam shopping vs Melaka !

year end sale (yes) dah bermaharajalela sekarang! maka, agak kerugian kalau tak join sama maraton hangkut mana barang yang berkenan di hati . kali ni untuk handbag, aku dah tukar selera. dari guess kepada carlo rino pulak. dapat RM350++ after less 20% . lepas tu purse pulak, yang beli kat guess hari tu dah macam tak best. tadi aku hangkut la satu . lepas less 40%, dapat RM95++. yang ni masih kekal dengan guess . kira dah cukup bagus dan sangat-sangat bersyukur laa untuk penjawat awam makan gaji macam aku, kan ??  :))) #kak yani, insyaAllah tahun depan la pulok spend bajet beli coach tuhh haha ;D


untuk baju pulak, aku rasa memang every month aku pembeli baju tegar . sebab, aku sejenis manusia yang agak tidak boleh pakai baju sama . so, tak boleh beli baju mahal-mahal la kan... sebab pernah aku beli baju kat elle, harga rm99 tapi aku pakai 2x aje, lepas tu rasa menyampah . adehh. jadi kebiasaannya paling mahal pun, beli kat padini outlet. kat situ ada seed, pdi, padini dan kasut boleh rembat vincci aje . sangat valuable bukan ?? dan sekarang , bila YES berlansung, makin harga turun dengan kejam. wah3x!!!kejap kat padini jusco wangsa maju, kejap kat sunway piramid. nasib pergi the curve semalam dan mid valley tadi tak hangkut lagi . HAHA. yang ni aku tak tahu la berapa aku spend. tapi berbaloi la, sebab ada less sampai 70% kan ?? dan sempat hangkut sehelai levi's lusuh kat wangsa walk tu. RM150 aje , murah kan ???? #bulan lepas aku pergi cotton on dan hangkut 3 helai baju yang sama, beza warna je sebab sedap pakai . haha, ada aku kesah ? wakaka.


then, tadi masa kat mid, metrojaya ada buat sale jugak . so... aku tersangkut pada perfume yang paling terbaru keluar kat pasaran. belum launch lagi tu . acqua di gioia by giorgio armani ;)) sweet sangat bau dia, tu yang aku nak . dapat dengan harga RM270 ;)) tapi takde set lagi, sebab baru punye. sedih sob sob sob. kalau yang lama punya kan, boleh dapat hingga RM200 tau sekali dengan losyen dan barang free lain. ha, apa lagi, sila serbu !


barang makeup ? huuuhh agak kuciwa. elianto peberet takde sale. ada pun, 10% aje. takpelah, rembat mana keperluan seperti lipstik, eye liner dan blusher aje even pakai blusher macam rajin tak rajin je.#eye liner itu paling penting.  dulu selalu pakai maybeline. try la elianto pulak sebab lipstik dia sangat bestt. mana tahu, eye liner dia pon best, kan ?? yang ni spent RM100++ only :))



lastly, handphone ! dah tak reti benau nak pilih gajet mana yang sesuai dengan diri ni . huhu. lastnya, dah semua orang demam samsung sekarang, aku pun hangkut jela samsung s plus tu . semalam Adah hangkut samsung ace. pikir punya pikir, okeylah. muktamad. samsung s plus !dan dapat RM1250 for original set punya. kita pakai touch-touch pulak dak?? maka selamat tinggal Nokia e72 (bakal menjadi milik adik pulak sebab aku sayang la nak jual...) hope kali ni tak cepat boring pakai ni ... BB ? encik kacak saya kata sanggih sangat. dia pun nak jual BB dia... untuk orang kaki youtube, kaki game, samsung la prefer. rite ?? #aku kaki pesbuk aje pon dengan layan angry bird HUHU ;))




dan lain-lain shopping barang-barang keperluan biasa sahaja . insyaAllah, kalau sempat, nak serbu jusco tamna maluri tu. katanya sedap bebenau sale ???  ohh ye, rambut seminggu lepas juga sudah bertukar wajah . sudah buhsan rambut sedia ada, kita bertukar lah pulak ye tak ?? hehe ;))




#bajet dah hampir capai tahap maksima untuk shopping tahun 2011. maka, kita jumpa di lain tahun pulak . hehe. sekian, laporan shopping saya untuk tahun 2011. haha ;D

#ohh ye, sabtu hari tu sempat gi melaka. lepas gi kenduri kahwin kawan kepada kawan , terus ke bandar melaka . seronoks ! ;)









 #1 actually hujan . tak sempat nak beli dan belah . #2 laju-laju lari dari paparrazi. huhu . #3 teman sejati beronggeng hahaha





p/s:
tiba-tiba da cerita gi melaka dalam entry gi shopping . ada kaitankah ??? kahkah nanti cerita kat melaka disambung lagi, insyaAllah. ;D





1 comment:

Sheherazade said...

makan hati bace n3 neh,muahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)