bila difikir-fikir lagi, terasa tamak adakalanya. bagaimana ingin membuat dia terus menunggu, sedangkan tidak meletakkan ia di tempat sepatutnya...? bagaimana hendak membuat dia tetap menanti, sedangkan hati yang diminta separuh sahaja diberi?
jika difikir-fikir, tolak segala kepentingan diri, tolak perasaan yang sekejap ada sekejap tiada, ingin sekali membiarkan ia pergi, malah memaksa ia untuk pergi agar kebahagiaan ia rasai, tetapi makin dipaksa, makin sabar ia di sisi.
tidak mahu menjadi penyesal. menyesali keterlanjuran diri hingga ke akhir mati. mohon dibuka hati untuk lebih mengerti dan menghargai. jangan akhirnya jatuh kerana keegoaan diri. jangan akhirnya menderita kerana terlalu berkeras hati.
ingin sekali menghargai sebelum ia pergi....
Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
kredit:elia jejariruncing
3 comments:
harap semua akan okay =')
biasa la tu my dear..
dah xde depan mata baru tercari2 kan..
lumrah manusia, waktu ada, tak reti nk hargai, bila dah tak ada, baru nk kenang kenang. kalau belum terlambat, takpa lagi, kalau dah terlambat, nyesal pun tak guna. kann :)
Post a Comment