Mar 4, 2011

sambutan maulidur rasul

dah hampir tiga minggu hari keputeraan baginda Rasulullah berlalu.... tapi hari ni baru diraikan di sekolah saya. biasalah, takwin sekolah...so, pagi-pagi jam 10 dah terpacak kat sekolah, sebab 10.30 acara akan bermula. bila dah jadi cikgu ni, awak lah yang akan jadi kepala. bila berarak, duduk depan sekali, mengalunkan zikir dengan suara semaksimum mungkin. eceh :S


tapi sambutan maulidur rasul ni memang satu memorial. terkenang balik masa zaman budak-budak, remaja, dan zaman universiti. betapanya sambutan itu berubah seiring dengan sikap kita. dulu, masa sekolah rendah, paling semangat nak berarak sekeliling kampung ha. pagi-pagi dah terpacak kat sekolah. orang berzikir, kita berzikir. orang bernasyid, kita ikut sama.


dan bila zaman remaja, di bangku sekolah menengah... keadaan tetap berterusan. tetapi, kemeriahan seakan-akan berkurangan. cumanya, sebab sekolah agama dan tinggal di asrama, so aktiviti pertandingan nasyid tu satu kewajipan. kalau tak masa maulidur rasul, mungkin masa awal muharram. wajib masuk. kalau tak sekadar pertandingan antara dorm untuk peringkat asrama, pertandingan kat sekolah, secara sukarela. buat team sendiri, dan berlatih sendiri, dan perfome. hehehe. lawak pulak. tapi memang memori betul.


nak kata nakal, nakal jugak, tapi semua nak buat. belum kira pertandingan sajak, syarahan tentang nabi lagi.. hehe. bab tu boleh harap sangat. bab nakal boleh harap jugak. tapi satu, nakal-nakal pun, sepatah kata cikgu tak pernah lawan. kalau kena denda ke, kena debik ke, kena marah ke, tak pernah menjawab. tak pernah rasa dendam, tak pernah rasa nak balas balik kat cikgu. yes i admit, itu memang salah saya. jadi, kenapa nak marah cikgu? baik tak, baik tak? haha. :S


dan hari ni, maulidur rasul disambut lagi. kali ni sebagai guru pulak. act, memang tak sabar nak tunggu hari ni sebab bila dengar budak berlatih nasyid, hati rasa terpanggil. rasa syahdu. memang, banyak betul kekhilafan diri, kan? kalau dikenang-kenang, tak terhitung. memang kat sekolah, kalau ada sambutan ni, mesti ada ceramah dari mana-mana ustaz jemputan kan. sama jugak kat sekolah ni.


walaupun ceramah itu ditujukan kepada budak-budak tu, tetapi kita yang mendengar ni pun rasa nak berinteraksi sama. apatah lagi, bila disebut-sebut hal tentang rasulullah yang tidak beribu bapa sejak dilahirkan, aduhh, semakin sayu hati teringat rasulullah yang menumpang kasih ibu susuan, bapa saudara dan datuk. at the same time, teringat pulak kat ibu dan bapa sendiri. mula menitik air mata....


ye, rasulullah bukan hanya untuk diingati pada hari lahirnya sahaja. tetapi kita kan memang manusia lalai kan? bila tiba-tiba hari begini, sekurang-kurangnya ada satu kesedaran, akan ada satu anjakan, bukan? insyaAllah, semoga ia akan bermula... dari hari yang baik, ke perkara yang baik. insyaAllah....


selamat beramal juga buat korang...:)


psst...
hari ni jugak hari lahir pengetua sekolah saya, puan kamariah. selamat hari lahir puan... may god bless you always =)










       

1 comment:

Sheherazade said...

i try to follow Prophet way

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)