May 18, 2010

SMK HIllcrest | jamuan kelas 1 Amal... selamat meninggal cikgu! :P

ye, inilah satu tanda.sebagai meraikan saat-saat terakhir aku di SMK Hillcrest...sangat best.makan kfc besar-besaran.almaklumlah, budak sekarang kaya-kaya.cikgu je yang kayap.hehh.kek yang ditaja pun besar-besar.actually, brownies dalam bahasa manggerisnya. thanks to cahaya untuk brownies besar gedabak tu.terima kasih daun keladi, lain kali tajalah lagi..:).




begitu juga buat raja danial untuk kek yang dibuat oleh nenek tu...tradisional sungguh.terasa rindu nenek kat kampung jadinya...:)




lepas tu, yang syoknya, ada game kotak beracun.aku pun tak tahu apa soalan dalam kotak tu dah budak-budak tu yang buat. lee Pui Jyn kena soalan, apa ucapan terakhir untuk cikgu safia?dia malu gila, terkial-kial kat depan tu.speechless.tak tahu nak cakap apa kot.then, terucaplah..."selamat meninggal cikgu..."




haha.apa nak dikato yop?aku gelak besar rasa nak gelak guling-guling.budak-budak sekelas apatah lagi.kalau termakbul ucapan tu, mahu tak sampai tiga kali jumaat dah aku ni..hoho.aku cerita kat encik M, dia cakap..."aah, tengok lah cikgunya macam mana...serupa itu...".huhh, perli aku lah tu.




ye, mengaku.aku cikgu bahasa melayu budak-budak tu.tapi tak ada pula rasanya aku ajar
macam tu.ni salah ibu mengandung ke salah cikgu mengajar ni? :P




pesan cik bulan:
ini entry tiada bergambar.nanti cik bulan attach gambar dalam entry seterusnya...:)

4 comments:

Sheherazade said...

pertemuan dan perpisahan :'(

AJ said...

bukan mudah menjadi seorang guru kan?

P/s : Jika ada kelapangan dan keluangan masa, minta tolong vote untuk saya...mudah saya...register ruumz, log in dan tekan like..Ini link nya:

http://projectalphagroup.ruumz.com/Videos/View.aspx?id=86944

soffya cik bulan said...

peri pia,
ye...yg bertemu pasti akan berpisah...:)

soffya cik bulan said...

eyriqazz,
ye..bukan mudah.:)

bro, soffya dah vote hari tu..lm dah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)