May 23, 2011

Manusia kan makhluk ANEH lagi PELIK...

kadang-kadang kan, kita selalu tertanya-tanya dan selalu terjumpa persoalan-persoalan macam ni dalam hidup kita...


soalan macam ni...
"eh kenapa kau kata kau taknak dia, takde apa-apa dah, dah kau keluar hari-hari dengan dia, selalu call, mesej tu apa kebendanya...? dah tu pulak, kau tak layan langsung orang lain, dan dia pun macam loving couple je aku tengok..."

macam ni...
"yang perempuan ni kenapa, aku tanya elok-elok, dia cakap dah taknak. dah taknak, aku ambik. bila aku ambik, aku jaga elok-elok, dia meroyan pulak. asyik mesej-mesej si laki ni, itu ini, ungkit kenangan itu ini, macam-macam pulak. nak cakaplah nak, kan senang...."


mungkin macam ni...
"awak kan, kan dah ada girlfriend... dan awak memang takkan tinggalkan girlfriend awak tu. awak takut kat abang dia, keluarga dia cakap apa... yang awak duk masih escort saya, peduli semua tentang hidup saya, buat itu ini untuk saya ni kenapa?"


atau mungkin macam ni...
"dah tak suka kita, tak perlulah buat baik. jaga boyfriend awak tu elok-elok. kita ni bekas kekasih dia aje. yang awak sibuk-sibuk nak buat baik dengan kite, lepas tu, belakang kite, awak duk bersoal dengan boyfriend awak tu, masih ingat kat kite lah, kite ni lagi baik/comel dari awak lah, itu kenapa pulak? tak boleh, jangan berbuat baik. hati awak pun tak sakit.tak perlu bermuka-muka"



aneh kan?
kadang-kadang manusia ni adalah sejenis makhluk yang sukar sangat dimengertikan. (yang menulis ni pun manusia jugak. tuju pada diri sendiri jugak ah HU HU).  kita dah arahkan akal kita untuk melupakan, tapi hati tak nak nak buat macam mana?


sama jugak, bila kita cakap, just stop it. macam-macam mana pun benda tu tak boleh diteruskan, tapi batin kita melawan... lepas tu tekanan dari luar pun cakap, tak boleh stop, tak boleh. so, boleh ke kita nak hentikan?

aneh kan hidup ini?


Namun begitu, semua persoalan hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang rahsianya... apa yang Dia rancangkan dan tentukan buat kita....


lagi entry tentang perangai manusia - makhluk-pelik-dan-ANEH

gelak aje. eh bukan gelak, sengih. geli hati.

Hari ni kau buat orang, esok orang buat kau balik, lagi teruk dari tu, adat lah tu...kan?

tak sekolah punya orang!

Dunia yang BERBEZA

 

IKLAN:
release tension sambil shopping kat sini...


P/S:
order form dah berfungsi balik dah. so, boleh isi order form macam biasa untuk order.
kain pasang cotton/crepe silk update beberapa hari lepas dah fully booked/sold out. so, tunggu kite update lagi insyaAllah malam ni kain-kain baru... tapi kalau berminat yang tu jugak, saya boleh restockkan okeh.

2 comments:

Sheherazade said...

tau xper,tak fhm btl

Fendi BL036 said...

manusia dicipta berbagai2 rupa dan bentuk...tapi tetap sama jekedudukan seluruh anggota..

yang membezakan antara manusia ni adalah hati...rambut sama hitam hati lain2...

manusia = unpredictable = wierd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)