Dec 29, 2010

Hari ni kau buat orang, esok orang buat kau balik, lagi teruk dari tu, adat lah tu...kan?

Hari tu terbaca satu post status member si joyah (bukan nama sebenar) kat fb. terkedu gak baca. tapi stail ayatnya macam ada orang dengki dengan dia, dan dia suruh kawan-kawan yang lain berhati-hati dalam kehidupan takut jumpa jugak macam ni. sebab ia main pakai bomoh segala... kot tak silap aku. masa baca status tu, aku senyum aje...


sebab... bagi aku, adatlah hidup ni. kalau hari ni, kau buat orang, esok lusa orang buat kau balik, lagi teruk dari tu... sendiri mau ingatlah kan? aku ni bukan manusia baiiiikkk sangat, tapi satu hal ialah sepanjang aku berkawan, aku tak pernah buat kawan, tapi kalau kawan selalu dengki dan tikam belakang aku, tu bagi aku macam 'makanan' aku, aku dah lali. (senyum)


memang, bila dapat kawan macam ni, rasa baik tak payah ada kawan. aku ni semua orang pun tahu lah kot, aku ni jenis yang kadang-kadang jarang ambik pusing dengan dunia sekeliling. means, kalau aku hadap ladtop ni, inilah dunia aku. so, bukan aku lah nak sibuk-sibuk terpacak depan pintu macam pak guard dan tanya, 'ehh, kau nak keluar dating ke?' atau  'wahhh, hari-hari keluar dating ek?' sorry, itu bukan aku! hehh, ada aku kisah? kalau kau nak keluar dating 14x sehari pun, mana aku nak ambik pusing. takde masa . lain la kalau kau keluar dating tak balik-balik, ada jugak jadahnya aku nak ambik pusing, tak gitu ? (senyum sinis)


tapi ada manusia macam tu kawan-kawan. bila aku happy, aku ada bf, aku keluar dating, semacam ada satu yang tak kena. padahal relax-relax sudehhh... hari ni aku ada bf, kau tak ada bf, lusa aku pulak yang tak ada, kau pulak yang ada, biasa lah tu kan.... tapi, ada sejenis manusia ni dia macam tak boleh tau.


tengok kat fs (dulu zaman fs) aku ramai kawan laki add, ramai orang bagi komen kat wall, pun nak kecoh. nak susah hati. wtf? apa kesss? kalau aku diet maut, mula kurus, slim sikit... dan dia pun diet (sebab lagi gemuk dari aku) tapi tak kurus jugak, lagi hati makin sakit. makan perlilah aku... haihhh, takkan tu salah aku jugak kot? yang ni lagiii aku naik pelik dan jelik. adeh .


bila handphone aku tak sunyi, bunyi mesej, call... hehh makan perli lagi aku ni... 'wahhh, sibuk nampak...almaklumlah....dan bla bla bla' atau 'banyak peminat nampak... bla,bla,bla...' dan bila aku gila ym, suka duduk dalam bilik saja, lagi sakit hati. salah aku jugak ke...?


dan bila aku dapat bf yang jauh lagi hensem dari dia punya... haisshhh, takkan salah aku jugak? so, apa nak buat? dan bila... perasan hasad ni dah mula menguasai diri, mula nak jadi stalker pulak. jadi paparrazzi. intip semua kerja aku... handphone aku dah takde privacy. semua mesej nak korek baca...pantang aku letak henfon merata-rata dan masuk tandas ke, sibuk la dorang. lepas tu pasang telinga bila aku on fon. tak ke gila dan desperate namanya? elok dorang mintak kerja dengan Melodi camtu, baru berbaloi... kan ??


then , siap menyamar jadi jantan dan add aku kat ym. wah, wah, wahhhhh.... melebih pulak kau ek? nasib lah aku ni macam otak cerdik jugaklah... (ha, ni salah satu sebab dia makin dengki sebab asyik dean list je. sem 2 je aku tak dapat dean list dan dia pulak tak lepas 3 pointer, padahal ambik subjek sama je...) aku pun tak layan ym bodoh tu...


konon-konon nak koreklah yang aku ni macam mana, balak aku ada empat belas ke enam belas, setia pada yang satu je ke... atau layan semua? hak hak. macam lawak lah bila ingat. tapi masa kejadian tu, hati aku sakit tau bila dapat tahu. rasa nak lempang-lempang je satu-satu geng joyah bukan nama sebenar tu... nasib aku ni sabar lagi. walaupun perbuatan mereka, akhirnya berjaya memisahkan aku dan dia... eceh, ayat bajet novel.


kalau tak kerana sabar, si joyah bukan nama sebenar and the geng mungkin maut kerana pelempang laju-laju aku ni (hiperbola).  see? kalau kita buat orang... nanti orang akan buat kita balik kan... so, jangan buat orang. kan pepatah melayu ada berbunyi begini, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali?


dan dorang pun akhirnya turut merasa apa yang aku rasa. bf dorang yang dipuja-puja yang ikut sekali nak stalk aku, ambik berat sangat pasal aku macam aku ni artis ni (konon-konon aku ni player), boyfriend itulah jugak yang curang di depan mata. awek satu kelas, satu universiti, boleh lagi merendet junior? kesian... tapi apa nak buat?


eh tapi aku ni bukan PENDENDAM tau. bagaimana kejam orang tu pun, jahat macam mana pun mulut dan perbuatan dorang, aku ni tetap berpegang teguh pada perkataan, maaf adalah dendam yang terindah. sebab bagi aku, moral aku bukan serendah dorang. ye, memang akhlak aku tak baik mana, tapi aku tahu hati aku tahap mana. gaduh boleh, tapi dendam tak boleh.


ini bukan kes cerita aku nak gelak kan siapa-siapa balik dengan tajuk cerita "hahh, padan muka kau, rasakan!", eh tak... ini hanya perkongsian aku saja. sebab saja nak cakap kat korang, aku pun pernah gak jadi artis hollywood macam puteri diana tu, ada paparrazi yang stalk aku selalu... sampai hilang privacy makkkk.... HAK HAK HAK! gila!



weehhh.. toksahlah jadi orang macam ni!

3 comments:

Sheherazade said...

jage diri yunk,nanti share cerita ok

Unknown said...

manusia sesama manusia dengki memanjang..sbb tu kucar kacir jdnye

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

privacy diri amat penting...
hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)