PERNAH TAK?
korang jumpa seseorang yang sangat berbeza segala dengan diri kau...
ideologi, gaya hidup, cara, perwatakan, minat... semua tak sama.
yang sama, hanya rasa... sama-sama SUKA satu sama lain.
TETAPI,
kau selalu rasa ingin mencuba...
menyesuaikan diri dan menghapuskan perbezaaan
agar terus dapat berjalan beriringan dan duduk bersama-sama
dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang.
PERNAH tak?
dan KEMUDIAN, pernah tak...?
kau terasa hampir berputus asa.
bila... kau telah berpenah melawan arus, tetapi keadaan masih SAMA.
dia dengan caranya, dan kau tetap terkial-kial ingin mencari cara...
dan AKHIRNYA,
kau mengalah, dan ingin beralah.
usah dipaksa keadaan yang tak mungkin berubah.
namun dalam masa yang sama, ia tak mahu membiarkan kau pergiiii.
meskipun banyak air mata kau taburkan meminta ia mengerti.
adakah kau masih lagi ingin bertahan di sisi??
sayang,
dunia kita berbeza.
dari dulu lagi kita menyedarinya... tapi kita tidak mahu mengakui
bila sebelah tangan aku lepaskan dan mahu melangkah pergi,
kau menahan dengan sepenuh hati
tetapi sayang,
dunia kita tetap tak akan sama.
biarlah kau dengan caramu,
aku dengan cara hidupku....
;'(
No comments:
Post a Comment