Apr 30, 2010

ulser mulut. berbahaya tak?






oleh sebab saya ni agak prihatin lah konon-konon (cepat, sila chop buat menantu.cakap kat mak okay?hehh), saya pun carilah maklumat ini....tentang ulser.dah encik M duk sakit mulut, tak boleh makan segala.sampai bawa demam (dia kuat makan, tak boleh hidup tanpa nasi.jadi, bila sakit mulut, maka semuanya jadi sakit....jangan sakit hati sudehhh...)



okay, mari kita berkongsi fakta mengenai ulser mulut supaya kita dapat berjaga-jaga...:)



ULSER MULUT/MATA IKAN/KUDIS MULUT

Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.


Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :
  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam


Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.


Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.


Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air


tapi ada juga kan, ulser sebab tersilap gigit mulut.hehh.gelojoh sangat kan...sebab tu orang cakap sedangkan lidah lagi tergigit.ada kaitan tak?



p/s:jaga mulut.tanpa mulut, tak boleh makan, tak boleh bercakap, tapi still boleh berblog.:)

p/s/s:rajin update tiba-tiba...sebab lepas ni mahu blogwalking tanpa henti.yerghh!!!

4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

msa panas ni la ulser nk jd kn??
org ckp letak garam lau nk sembuh..tp sakit kot..
lau sy,sy suke kumur ngn antiseptik tuh..yg cm listerine tuh..tp bkn jenama listerine la..menjadi...2 hari da elok

aibaks said...

wa...bahaya gak sindrom ni.. meh kite jauhkan penyakit ni..

aibaks said...

uih... minta dijauhkanlah dari penyakit ini..amin

Peri PiA said...

sakit,apa2 penyakit kalau tak dirawat akan melarat..setuju??

enche M sakit kena ulser eh...(gelak jaat)maaf3..get well soon..

hubby ku pon kena musim2 panas ni,cian dia.lop u a b,nge~

p/s-pegi konsert eh esk?hav fun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)