Jul 11, 2011

Ada ke dipaksanya aku kencing 2 kali?

ni bukan kisah kencing berdiri ke, kencing berlari ke...macam lawak Sepah dalam maharaja lawak dulu tu. ni kisah aku. ye, kisah aku. tapi maaf, takde benda yang 18sx pun kat cerita ni. ni kisah pergi medical check up okey?


sedia maklum, aku dah dapat taraf GST tetap. means, aku lepas ni akan bertukar dari DC 41 ke DG 41. akan menikmati keistimewaan seperti pegawai kerajaan yang berjawatan tetap. ada orang mungkin makan masa bertahun-tahun, tapi alhamdulillah, dalam ready tak ready pergi temu duga hari tu, berjaya jugak. :) yang best, elaun rumah akan bermula. save lah sikit kan :) cuti bersalin jugak dah ada. hehe ngade. macamlah dah kahwin :P


okey, aku buat kat klinik KITA sebab dekat je dengan rumah. lagipun nama dia klinik kita, maksudnya kita pun ada share lah kat situ kan? :P dengan niat nak mengadu kat doktor tangan aku ni sakit. dan berjaya, aduan dilayan dan aku pun dapat m.c hari ni...:)


buat punya buat chek up, sekali dia cakap, kak, kena kencing berlari sikit lagi. sebab air kencing tak cukup. walawehhhh. nak paksa kencing ke ni? aku minum apa pun tak, mana nak dapat air kencing nihh? takpelah, kita cuba sekali lagi. haha. usaha kan tangga kejayaan? urm, dapatlah sikit lagi..kekeke.


nasib baik tak buat statement macam awal ashaari kat adik tu... hu, malu i okeyh??


 zaman study dulu. dah jadi cikgu dah pun kau sekarang ye mc ya :0

2 comments:

Peri PiA said...

syg mcm mane?dah ok sikit?

Far8 budak baik said...

hahahahaha
jgn sampai berlari
sambil bagi kat doktor tu sudah..
haha..waa tahniah wehh =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)