Jul 13, 2010

adakah aku blogger tersohor dan masyhur?

kawan lama.
mula-mula tegur di chat facebook, kataku sombong. ohh, kerana sudah tersohor dengan blog. hakhak, aku gelak.


kemudian, kerana rasa bersalah sebab aku ni bodoh-bodoh alang kalau berchatting sangat tidak pandai menghormati orang, sangat tidak pandai menjaga perasaan, iaitu sering lupa membalas teguran, ohh bukan sombong kawan, tapi sebab aku jenis yang ralit bila berblog atau membuat kerja. aku mohon maaf dan titipkan nombor telefon. lalu mesej aku dibalas ini...




hakhak, aku gelak lagi. biarkan. biarkan teman dengan ramalan sendiri. haiih, masyhurkah aku dengan sekeping blog yang tidak berPHD ini? kawan, kalau satu masa nanti pun aku masyhur, insyaAllah aku bukan lalang...aku padi.


kemuncaknya, aku lihat beberapa kali nombor ini 017-921xxxx tertera di telefon. haiih, siapakah ini? tak pernah aku jawab sebab aku tidak sempat. sekali lagi ye, bukan sebab aku blogger hebat. ohh, jauh sekali.


tapi malam tadi, jam 1:28 am... nombor itu terpampang lagi di telefon. ye aku jawab. aku ingin tahu, siapakah gerangannya. tapi aku diam. aku tidak bersuara walau sepatah pun.


selepas dia berradab memberi salam, barulah aku menjawab salam. ye, dengan beradab juga.

soalan:
erm, siapa ni?

jawapan:
saya? saya ni pembaca setia blog awak.. saya baru je lepas baca blog awak ni

eh,dia tahulah..aku ada blog. haiih. rasa-rasanya kat blog tak ada satu patah perkataan pun yang menunjukkan nombor bertuah aku ni. macam mana dia dapat nombnor aku eh?

jawapan lagi.sebab aku masih terpinga-pinga.

'mungkin awak tak kenal saya.... almaklumlah awak ni pemblog tersohor...'

hakhak. aku gelak. statement tu tak tahan tu...yess, aku kenal suara ni! langsung aku cakap:


"der, wa kenal suara lu der..."


siapa?


"FAHMI!"



hakhak. dia membebel lagi... konon-konon blog aku hebat sangat. malu sampai rasa nak terkancing gigi tadi, sebab dia baca blog bodoh aku ni. dan paling tak tahan...dia buat ayat aku jadi bajet aku ni masyhur seantero dunia bak kata cik epal...




"baru ni fahmi buat survey 10 blogger terhebat kan kat malaysia... pia jatuh nombor tiga ah tak silap..."




wakaka. yang ni lagilah aku gelak geleng-geleng, bukan guling-guling dah. dia punya auta, buat aku rasa nak kecing time-time tu juga...




eh kawan, perli aku ye?






Notabulan:
kawan itu perli sebab aku terlampau sibuk, kononya siobuk dengan blog pada hemat beliau kot... itu diperlinya aku. fahmi, kalaupun daku bukan blogger tersohor atau termashyur, tapi soffya cik bulan itu hanya ada satu saja okay?




[suka tak?]

5 comments:

ardinihumaira said...

wahhh... no 3? ganasss pia.. kalahla redmummy cemni... peewit...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ko tetap tersohor n masyur pada aku...
;)

Unknown said...

wah wah
tersohor gitu
hihihih

vangardx said...

yea, seronoknya dapat komen dkt blogger tersohor ni.. :)

Sheherazade said...

yes u r ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)