Aug 1, 2011

Sanggupkah kau melihat orang yang kau sayang dengan orang lain?

bagaimana engkau mengatakan boleh menghadapi...? boleh membenarkan kekasihmu pergi ke dalam genggaman lelaki lain, sekiranya dengan hanya melihat sahaja dia dan lelaki lain, kau begitu sentap dan tidak mampu menahan rasa??


lalu onar kau perbuat. ketika itu juga, kau cuba mewujudkan ketidakselesaan antara dia dan teman barunya. berkasar, menarik tangan sang kekasih dan cuba menyakiti hati teman barunya itu...?? apakah sudah lupa engkau tentang duduk keadaan yang sebenar...?


lalu, kesilapan tak kau akui. pergolakkan kau perpanjangkan. tidak cukup dengan sms, kau ingin bersua muka. konon, cerita antara lelaki dengan lelaki. dan, rasa sayang kau curahkan. cerita sebenar kau khabarkan. segala. tidak cukup dengan pertemuan, sms lagi peganti diri. kata kau, si wanita milik kau abadi. tapi untuk apa...? bukankan kau sudah punyai seseorang untuk kau kahwini...?


dan sekali lagi ingin aku bertanya, bagaimana engkau ingin menghadapi...? sedikit itu pun kau sudah hilang warasnya, apatah lagi nanti melihat ia berdua di atas pelamin dan kemudiannya melihat ia bergembira bersama bakal suaminya, apakah kau masih terfikir, ketika itu kau masih boleh menjadi kawan?


fikir-fikirkanlah. cakap memang mudah, membuatnya itu payah.


entah untuk kali ke-berapa, kau berkelakuan begini.... memperjuangkan cinta engkau takut, tetapi engkau sendiri tak sanggup mengahadapi bunga kau puja menjadi milik orang....

puasa yang datang, moga memberi lebih sinar kebahagiaan... :)


Dengan tetiba, terasa...
RINDU BUDAK INI. iye, dia dah benar-benar menjauh... ;(

2 comments:

CIK PARO! said...

tak sanggup cik bulan..
siapa kah gerangan empunya diri?

Nana Eddy said...

lamanya tak singgah sini~ sorry ye cik soffya. Ni post tuju khas utk seseorang ke?

Truth is, we never know what we have till we lost it. As much as we try to appreciate things and people around us, we will still end up missing something or someone and hurting them. Somewhere along the road, we would always lose someone precious and there's nothing we can do about it. The most important thing is we don't repeat the same mistake again by getting hung up in the past. Coz we might miss that other special person that had been standing there all along in the present while we're looking back in the past. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)